Sehari dua ini di paparan akhbar online (yang menyokong kerajaan), ditulis kemelut yang tercetus di antara dua parti komponen utama dalam Barisan Nasional (BN) - MIC dan UMNO.
Lihat
sini,
sini dan
sini.
Adalah sesuatu yang tidak menghairankan perkara ini berlaku, terutama setelah BN gagal mengekalkan majoriti 2/3 selepas PRU-13 yang lalu.
Namun, sesuatu yang baik selepas PRU adalah posisi dan prestasi yang ditunjukkan oleh UMNO, berbanding rakan lain dalam BN.
78 kerusi perlimen yang diraih UMNO sendiri sahaja sudah cukup untuk menyamai jumlah kerusi MP (Members of Parliament) Pakatan Rakyat (PR) setelah digabungkan PKR, DAP, PAS dan PSM (
sumber).
Di dalam gabungan BN pula, UMNO adalah jauh 'perkasa' dengan meninggalkan MCA yang hanya mengekalkan 15 kerusi, PBB (14 kerusi) ....... dan MIC, senak perut dengan hanya 3 kerusi parlimen (
sumber).
Jika kita lihat peratusan keseluruhan pula, MIC hanya menyumbang 2.20% kejayaan BN, berbanding UMNO, 57.35%.
Secara mudahnya, 'kecil periuk, kecillah keraknya: besar periuk, besarlah keraknya'.
Apapun, di dalam kita memperkatakan tentang prestasi kurang baik MIC dalam PRU lepas, parti ini bagaimanapun, jauh bernasib baik jika melihatkan parti lain yang turut berteraskan kaum India iaitu Parti Progresif Penduduk (PPP), yang gagal meraih sebarang kerusi (
sumber).
Dalam basBN boleh diibaratkan sebagai sebuah bas. Dan PR juga boleh dikiaskan sama sedemikian.
Dengan kekuatan yang ditunjukkan UMNO, makanya kita mengganggap UMNO-lah pemandu* bas express BN & Co. ketika ini.
(* - siapakah pemandu bagi bas express PR & Co.? Jika dilihat dari jumlah kerusi parlimen, DAP rasanya lebih banyak (klik)...I wonder la kan..)Di dalam mana-mana bas pun, pemandunya hanya seorang sahaja - dalam satu masa (dalam hal ini tiada pemandu simpanan). Tidak pernah berlaku dalam sebuah bas ada 2 stereng dan 2 pemandu yang kemudi.
Makanya, rakan-rakan MCA, MIC, PBB, etc. tu bolehlah kita anggap sebagai 'penumpang' bas express BN & Co.
Realitinya, penumpang akan duduk di belakang pemandu dan akan menurut sahaja ke mana hala tuju dan destinasi yang dipandu. Dan di dalam bas ini, penumpang dan pemandu telah sepakat untuk menuju ke satu destinasi - 1Malaysia.
Disebabkan terlalu suka dengan 'kuasa' yang ada padanya sebagai 'pemandu', seringlah dia menyuruh penumpang lain di belakangnya agar mengawal diri sendiri dan anak-anak mereka (ahli parti) daripada membuat bising dan kacau.
'Ketegasan' pemandu ini semakin lama semakin membuatkan si penumbang dan anak-anaknya (ahli parti) makan hati, malah ada juga yang merajuk.
Dilemanya di sini, penumpang (pemimpin parti) masih ingin duduk di atas bas, sedangkan ada di kalangan anak-anak mereka yang mula mengugut untuk turun meninggalkan bas berkenaan.
Sekarang ini, apakah yang wajar dilakukan penumpang bas ini?
Hendak melawan pemandu? Takut nanti dia dan anak-anak sekali dihalau keluar!
Hendak biarkan diri terus dikawal dan mengikut telunjuk pemandu?
Gas dalam BasBelumpun selesai isu yang berpanjangan di antara pemandu-penumpang di dalam bas, kini timbul pula masalah hadirnya 'gas' di dalam bas.
GAS (Gerakan Anti-Samy) ini dicetuskan oleh Mugilan, bekas Tim. Ketua Pemuda MIC Malaysia (yang dipecat Samy baru-baru ini).
Setelah 'terbau' Gas ini, ramailah yang ingin tahu dari mana puncanya. Dan isu tambah hangat setelah dakwa anak Samy, Paari, GAS dikatakan mendapat sokongan dan restu 'di balik tabir' pemimpin UMNO (
sumber). Benarkah tuduhan ini?
Tuduhan ini bagaimanapun (dijangka) telah dinafikan sekeras-kerasnya oleh pimpinan UMNO. Bagi saya ini adalah contoh klasik - telur atau ayam, mana dulu?
MIC tuduh UMNO mulakan tindakan untuk memecahbelahkan MIC, dan apabila MIC lemah mudahlah ianya diletak di bawah telunjuk UMNO.
(a.k.a MIC jadi lauk).Bagi UMNO, tuduhan MIC itu hanyalah sekadar mengalihkan kesalahan (dan kelemahan) pemimpin MIC sendiri kepada pihak lain, iaitu UMNO.
(a.k.a UMNO mangsa keadaan).Apapun sekarang ini, gas yang berbau telah terlepas dan gas ini akan membawa bau-bau yang kurang enak, terutama jika dihidu oleh Samy dan pimpinan dalam MIC.
Begitupun, gas ini jika tidak 'dikeluarkan' dari dalam bas, bisa saja memeningkan kepala pemimpin dan ahli MIC, penumpang lain dan BN secara keseluruhannya.
SarananSaya sarankan kepada yang terlibat, ambillah pengajaran daripada krisis yang baru sahaja tercetus di Bangkok.
Lihatlah implikasi yang terhasil, setelah pada peringkat awal kerajaan Thailand tidak begitu serius menangani tuntutan kumpulan 'Baju Merah'.
Akhirnya? Barulah khidmat tentera digunakan bagi 'menamatkan' (riwayat) konflik yang berlarutan tersebut.
Hasilnya? Bukan sahaja Bangkok yang jadi kawasan darurat, malah menghuru-harakan seluruh negara, rakyat dibunuh, bangunan dibakar, tayar dibakar, ekonomi jatuh, sosial tidak selamat, pelancong lari, dan imej kerajaan di mata jiran serantau telah terjejas teruk.
Siapa yang untung? Rakyat?
Adalah tidak mustahil di masa yang akan datang, akan muncul lebih banyak organisasi 'bebas' bersifat pendesak seperti Gas, Perkasa dan sebagainya.
Dan jika didesak secara yang betul (tegur kerajaan dan tegur pembangkang), senario masa depan politik akan berubah, dan kedua-dua pihak, mahu tidak mahu, perlu mendengar dan bertindak balas terhadap perubahan tersebut.
Jika di dalam keadaan sekarang penumpang tidak boleh melawan pemandu kerana takut dihalau turun, pernahkah kita terfikir - siapa yang membayar gaji pemandu itu?
Kenalah saling tegur-menegur. Wassalam.