Friday, 7 November 2008

Bertemu kembali,

Dalam artikel kali ini saya ingin menarik perhatian para pembaca dengan berita/kisah/atau layak (tidak rasanya) digelar dokumentari mengenai orang ular, orang pokok yang bakal disiarkan di Chanel Discovery.

Menggunakan tagline 'FREAK FAMILY SHOW' - merupakan cara promosi yang berkesan dan menarik perhatian penonton. Namun, menggabungkan kesemua insan kurang sempurna di bawah satu rancangan dengan menggelarkan mereka ini sebagai FREAK adalah satu tindakan biadap, bersifat memanipulasi serta tidak bertanggungjawab, apatah lagi untuk sensitif terhadap nasib dan penderitaan yang terpaksa mereka lalui.

Perlu diingatkan, tajuk sebegini akan menambahkan lagi stigma negative terutama kanak-kanak serta golongan remaja terhadap golongan yang tidak bernasib baik ini. Penggunaan istilah FREAK jarang (amat asing) digunakan atas dasar kebaikan, malah ia lebih sinonim dengan orang jahat, di luar tabii, ganjil dan cacat.

Sudahlah orang itu menderita dengan penyakit yang dihidapi, media pula lebih memainkan peranan memberikan label buruk kepada mereka-mereka ini. Akhirnya, masyarakat akan lebih memandang serong (jika tidak hina pun), dan semakin menyisihkan mereka (kerana takut berkawan dengan FREAK). Yelah, siapa mahu dilihat berkawan dengan FREAK!

Media perlu menjadi platform pendidikan yang menyebarkan kesedaran kepada masyarakat terutama generasi muda betapa pentingnya golongan sebegini (dan yang lain-lain yang juga kurang bernasib baik) untuk disantuni dan didekati. Seharusnya label FREAK ini tidak disebutkan langsung oleh dokumentari sebegini.

What a shame!

No comments: