Rasa down betul nak buat posting ni. Apapun, daripada dok pendam dan menjadi murung, baik disuarakan dengan harapan akan rasa lega sikit kepala ni.
Kisah yang nak saya sentuh adalah mengenai kekalahan wakil tunggal dan satu-satunya harapan negara meraih pingat emas di sukan Olimpik, Lee C. W. dalam final badminton tadi.
Pujian
1. Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada Lee kerana akhirnya berjaya menganugerahkan sebutir pingat yang amat ditunggu-tunggu oleh seluruh rakyat Malaysia setelah kita mengharungi kemarau tanpa sebarang pingat sejak 2 sukan Olimpik sebelumnya (tahun 2000 di Sydney dan 2004 di Athens).
2. Syabas juga kerana berjaya mengekang 'perayaan besar' skuad badminton China di temasya ini di mana mereka hanya menang 3 emas dan terlepas 2 lagi emas kepada Indonesia dan Korea. Sekurang-kurangnya ego total China telah berjaya dipatahkan di mana beberapa perlawanan akhir tidak lagi menemukan sesama pemain China.
Kritikan
1. Memandangkan tiada sebarang sidang media mengenai punca kekalahan ini disiarkan, saya kira seluruh rakyat perlu bersabar dan menunggu penjelasan yang bakal dibuat sebelum mengkritik dan menghukum Lee atas kekalahan di final ini.
2. Apapun, daripada pengamatan saya terpampar wajah stress/tension yang amat tinggi oleh Lee dari mula perlawanan akhir ini.
3. Beliau kelihatan sedang berusaha melawan dua perkara iaitu 'perang emosi' dan 'perang fizikal'. Barangkali riuh-rendah dan jerit-pekik penyokong China begitu menggugat fokus beliau terhadap perlawanan dan juga prestasi dan kepintaran luar biasa lawan yang memerangkap dan menjerat beliau dalam permainan tadi.
4. Rekod kemenangan 10 daripada 15 pertemuan dengan Lin Dan sebelum ini menjadi kayu pengukur dan sandaran keyakinan kita kepada kemampuan Lee. Bahkan ini bukanlah kali pertama beliau beraksi di kejohanan besar dan di khalayak yang ramai. Faktor ini jugalah menjadi penggerak sokongan saya kepada beliau di kejohanan ini.
5. Tempoh 39 minit bagi sebuah perlawanan akhir adalah sangat singkat kerana penonton menjangkakan saingan yang sengit, bertenaga dan penuh menghibur. Pembeli tiket selain mahu melihat pasukan yang disokong menang, juga mahu menyaksikan satu perlawanan yang bermutu dan 'berbaloi dengan harga tiket'.
Akhirnya
Saya berpendapat semua pemain profesional seperti Lee telah cuba memberikan persembahan yang terbaik di dalam setiap permainannya bermula pusingan pertama hingga ke perhitungan yang terakhir.
Mungkin PENYAKIT LAMA atlit Malaysia yang sering goyah di kala detik perhitungan terakhir dan teramat gugup dari segi mental masih lagi tidak dapat diubati sepenuhnya oleh pihak yang berkenaan.
Persoalannya, sampai bila sindrom gugup dan goyah ini hendak kita jadikan alasan di kala atlit lain dari negara kerdil seperti Jamaica (100m wanita menggondol pingat Emas, Perak dan Gangsa; 100m lelaki Emas dengan rekod baru dunia); Romania (10km wanita Emas) dan tetangga kita Indonesia (Emas Bergu Lelaki Badminton) terus memahat nama di persada antarabangsa?
Fasiliti sukan kita adalah antara yang terbaik di rantau Asia, cuma yang kita masih kurang adalah pembangunan minda dan sikap atlit yang cemerlang dan mantap.
Apapun, pingat Perak yang disumbangkan oleh Lee tetap saya terima dengan lapang dada bak kata orang "tidak dapat gading bertuah, tanduk pun berguna juga". Mudah-mudahan ini menyuntik semangat untuk terus berjaya buat semua atlit Malaysia.
Wassalam.

2 comments:
haah betul. for me, he has done the best. if we were in his shoes, x tau camana. sian kat dia. tp x setuju sgt depa bagi pingat 'datuk'..hehe bukan jeles, but, give it sometime later on la kot. baru seswai sikit.
itu nasib baik jadi naib juara, dah dapat "datuk", kalau pingat emas, sah-sah depa bagi "tun" terus...haha. tapi dapat silver pun dah mewah, RM300k, pencen 3k bulanan...syiook..
Post a Comment