Friday, 18 April 2008

Snow@Oxford2008

Rezeki main salji tahun 2008

"i love global warming" - mungkin satu ungkapan yang tidak enak didendangkan terutama setelah melihat pelbagai usaha giat dilakukan komuniti global untuk menyelamatkan nyawa bumi kita ini.

Namun, situasi yang saya alami 2 minggu yang lalu (30 Mac 2008) begitu mengejutkan. Cuba bayangkan dah nak masuk April (bulan 4) tiba-tiba ada snow di bahagian selatan UK. Sedangkan banyak pokok dah mula berbunga. Disebalik berseronok main salji, ia sebenarnya mengingatkan kita (saya terutamanya) akan nasib bumi kita yang semakin tenat ni.

Inilah yang sedang dialami kita sekarang, bagaimana pula nasib anak-cucu kita di kemudian hari, wallahua'lam. Tak siapa yang tahu. Apapun, bukan itu yang hendak saya kongsikan di sini. Saya cuma hendak berkongsi dengan anda foto-foto yang sempat kami rakamkan pada hari tersebut untuk tatapan bersama.

bergambar di depan rumah

us_at headington park

kat depan rumah

ambik ko 'orang putih'

ngan brother2 yang tinggal kat Oxford

Sebenarnya banyak sangat foto untuk saya tunjukkan, tapi takut orang yang tengok naik mengampah pulak sebab tengok banyak sangat foto. Apapun, saya harapkan anda yang melihat akan terhibur.

Wassalam

No comments: