Tuesday, 25 December 2012

Manfaatkan Media oleh Wakil Rakyat

Sudah agak lama saya memerhatikan perkara ini dan sepanjang tempoh tersebut, saya sering 'come-across' wajah-wajah yang suka dan bijak memanfaatkan liputan media 'lebih berimbang' seperti Sinar Harian (SH) bagi 'memasarkan' aktiviti yang dijalankan, seterusnya 'menjual' nama mereka kepada masyarakat.

Mungkin andaian saya ini berat sebelah (kerana hanya melihat kepada beberapa nama dan hanya merujuk kepada isu terpilih sahaja). Pun begitu, saya ingin memuji langkah yang diambil beberapa wakil rakyat kerajaan dan pembangkang (lazimnya wakil bukan Melayu) yang lebih bijak memanfaatkan liputan media ke atas mereka, bagi mempromosikan kegiatan politik kemasyarakatan yang mereka jalankan.

Tambahan pula, Pilihanraya Umum ke-13 yang semakin hampir, amatlah wajar bagi wakil rakyat yang berhajat untuk menjadi "winnable candidate" menonjolkan imej dan kegiatan mereka dengan memanfaatkan sepenuhnya ruang yang diberikan di media 'lebih berimbang' seperti SH ini.

Lihat perbezaan 3 contoh di bawah (sumber dipetik: Sinar Harian edisi cetak).


YB Kamalanathan (MP Hulu Selangor) merupakan individu dan pemimpin politik yang saya perhatikan kerap muncul wajahnya di liputan berita SH bagi seksyen Hulu Selangor - seterusnya 'memasarkan' nama dan 'keaktifan' aktiviti beliau sebagai seorang YB bagi Hulu Selangor. 

Kita semua tahu bahawa format berita di SH menonjolkan laporan menurut daerah-daerah di negeri Selangor. Satu mukasurat untuk satu daerah. Bayangkan betapa ruginya jika sesuatu seksyen itu hanya menampilkan cerita 1 orang tokoh sahaja. Mengapa wakil parti politik lain terutama pembangkang tidak memanfaatkan ruang liputan yang popular ini untuk turut sama mempromosikan kegiatan mereka?


Selain Kamalanathan, seorang lagi pemimpin bukan Melayu yang sering mewarnai laporan berita di SH ialah ADUN kawasan Subang Jaya, Hannah Yeoh Tseow Suan. Jika anda pembaca setia SH seperti saya, anda akan dapat melihat 'kekerapan' laporan yang dibuat SH terhadap pemimpin muda dari DAP ini.

Daripada aduan longkang tersumbat, iklan haram, bekalan air, tanah mendap, sumbangan cek untuk surau dan masjid dan yang ini, isu meter TNB, ada dilaporkan kepada beliau bagi mendapatkan tindakan dan perhatian pihak berwajib.

Peluang dan ruang yang diberikan oleh akhbar seperti SH ini telah membantu melonjakkan reputasi beliau sebagai seorang wakil rakyat, dilihat aktif di mata para pengundi (melalui kekerapan muncul di akhbar, melaporkan aktiviti beliau), di samping lebih mendapat respon pihak berkaitan kerana pengaruh SH yang popular di dalam menyalurkan sebarang aduan daripada rakyat. 


Kemudian saya terpandang laporan berita berikut, juga disiarkan di SH berkenaan Konvoi Oren yang mana ketuanya dilaporkan ditahan, ditangkap dan diikat oleh wakil penduduk setelah naik berang dengan kehadiran kumpulan tersebut ke petempatan mereka (FELDA).

Memang laporan sebegini memberikan 'publisiti panas lagi segera' kepada kumpulan berkenaan. Apatah lagi di kalangan penyokong mereka. Makin hangat hati dan melimpahlah simpati masyarakat kepada mereka mengenangkan apa yang berlaku ke atas peserta konvoi berkenaan.

Pun begitu, bukankah setiap peserta sudah dimaklumkan akan risiko yang bakal mereka tempoh (occupational hazard) apabila mereka rela terlibat di dalam konvoi terbabit?

Bagi saya, liputan berbentuk sensasi ini juga telah turut 'menenggelamkan' laporan berkenaan Konvoi Oren yang sepatutnya lebih ditonjolkan kepada para pembaca SH. Jika ditanya pembaca, apa yang mereka tahu mengenai Konvoi Oren? Mungkin yang membaca laporan ini akan menjawab pesertanya dipukul dan dizalimi, tetapi tidak memahami intipati dan perjuangan yang diketengahkan oleh konvoi berkenaan - menerangkan isu berkaitan FELDA kepada orang luar bandar.

Selain itu saya juga berharap, di kala PRU13 yang semakin hampir ini, lebih ramai pemimpin politik dapat tampil menyeimbangkan ruang laporan di SH dengan aktiviti kemasyarakatan yang mereka jalankan di kawasan yang diwakili. Kalau boleh untuk seksyen Hulu Selangor, biarlah YB Kamala ada pesaing di dalam 'menjual reputasi' beliau....

SH menyediakan platform untuk semua pihak melapor dan mempromosi diri mereka. Manfaatkanlah ia dengan berkesan!

Sekian.

Rupa Isteri PSY "Gangnam" (foto)

Dipetik dari: Blogserius

Oppa Waifu Style 


Tahukah anda Psy atau nama sebenarnya Park Jae-sang (34) sudah berkahwin? Beliau bernikah dengan Yoo Hye-yeon pada tahun 2006 dan mempunyai dua orang anak kembar perempuan. Tahukah anda Psy mendapat royalti sebanyak USD 8 Juta hasil dari berbillion video Gangnam beliau di Youtube? Paling lol ialah Psy datang dari keluarga yang super kaya dan sebenarnya tak memerlukan langsung karier sebagai seorang pemuzik. Lucky guy! 




Laporan asal BlogWiki

Monday, 24 December 2012

World of Coca-Cola - Muzium Coca-Cola di Atlanta Georgia (foto)

Dipetik daripada: Blogserius


Cheers!

Once upon a time kami peminum tegar Coca Cola. Kami minum sebotol besar setiap hari. Kini kami dah kahwin dan mempunyai risiko diabetes yang tinggi kami tidak lagi minum Coke. True.. kami dah tak minum Coke seperti dulu kerana ianya terlalu manis.

Sungguhpun begitu kami nak melawat World of Coca Cola yang terletak di Atlanta Georgia. Ianya dibina di Atlanta kerana disinilah terletaknya ibu pejabat Coca Cola. Muzium ini mula dibuka pada tahun 2007 dan setiap tahun ia menerima 1 Juta pengunjung. Pelbagai artifak dipamerkan di dalam muzium ini. Sebagai contoh terdapat botol Coke dari tahun 1888, mesin coke untuk stesen angkasa dan sebuah kilang pembotolan Coke di tingkat bawah. Selain daripada itu ia juga mempamerkan memorabilia, papan pengiklanan dan botol Coke dari seluruh dunia. Cool stuff. Jika kami ke Atlanta kami pasti akan melawat muzium ini.

For now mari minum air putih dan membersihkan ginjal!



Laporan asal World of Coca Cola

Sunday, 23 December 2012

Harta Diktator Tunisia Dilelong Kepada Rakyat (foto)

Disumberkan oleh: Blogserius


YES (Year End Sale)!

Zine El Abidine Ben Ali ialah bekas Presiden Tunisia yang diterajang keluar melalui kuasa rakyat pada Januari 2011 yang lalu. Beliau dan isteri kini diberi suaka politik oleh kerajaan Saudi Arabia yang memang dari dulu gemar memberikan perlindungan kepada bekas diktator beragama Islam yang zalim kepada rakyat. I dunno what the hell is wrong with the Saudis. They should return these dictators back to their homeland to face justice. 

Apapun, harta milik Zine El Abidine Ben Ali yang dirampas telah dilelong kepada rakyat Tunisia minggu lalu. Barangan seperti kereta mewah, kasut berjenama, kot bulu dan barang kemas dilelong dan kerajaan Tunisia berharap dapat menjana EURO 10 Juta dari lelongan harta Zine El Abidine Ben Ali




Laporan asal DailyMail

Friday, 21 December 2012

Klasik - foto Ibrahim Ali di waktu muda-belia

Diceduk daripada: Blogserius


Perkasa?

............ gaya masih sama tetapi....... tubuh.........

via @FadiahNadwa 

Laporan asal Twitter @FadiahNadwa 

Apabila Pekerja Indonesia Berdemo Membantah Kebanjiran Pekerja Asing Tanpa Izin di Negara Mereka (LOL)

Oleh: Blogserius


LOLLLLLLL IRONI!

Kita sedia maklum terdapat jutaan warga Indonesia yang bekerja di negara kita. Ada yang hadir secara sah tetapi lebih ramai lagi yang hadir secara haromz. Kini mereka menjadi buruh, tukang cuci, tukang sapu, pembuat air, pak gad dan penjaga warong di Malaysia. Banyak kali pihak berwajib dan rakyat Malaysia mahu kehadiran mereka dibendung kerana mengambil kerja yang sepatutnya milik rakyat Malaysia.

Kini timbul kisah ironi tahap dewa apabila pekerja kilang Huawei di Indonesia melakukan demo aman menentang kehadiran tenaga kerja tanpa izin dari China di kilang mereka. Mereka berdemo dan meminta Kementerian Tenaga Buruh masuk campur dan menghalau kehadiran pendatang tanpa izin ini dari mengambil kerja mereka. Huawei dikatakan menggaji 1200 warga China di kilang milik mereka di sini tetapi 1000 daripada mereka dikatakan hadir tanpa izin oleh wakil kesatuan buruh. Mereka hadir menggunaka pas pelawat tetapi bekerja secara tetap di kilang tersebut. Pekerja kilang dari Indonesia pula hanya diberikan kontrak kerja sementara tanpa medical benefit maupun elaun makanan seperti yang diberikan kepada PATI dari China ini.

Wakil kesatuan buruh berkata mereka mahu amalan Huawei yang berat sebelah dan tidak adil kepada pekerja kilang warga Indonesia ini dihenti dan dimansuhkan. 

So LOL in so many ways!


Laporan asal Kaskus

Thursday, 20 December 2012

10 Pemain Bolasepak Dengan Gaji Termahal Dunia (foto)

Disumberkan oleh: Blogserius

Kaya!

Siapa sangka Messi bukan pemain bolasepak dengan gaji terbesar!




Sumber DailyMail

Sebuah Ferrari Yang Bernilai RM36 Juta (foto)

Disumberkan oleh: Blogserius

Sexy beast!


Ferrari memang sinonim dengan prestij perlumbaan. Kereta-kereta Ferrari yang awal rekaan Enzo Ferrari kini menjadi buruan para pengumpul kereta kerana nilainya yang semakin meningkat. Antara kereta yang mempunyai nilai termahal di pasaran ialah Ferrari 250 TR. 

In fact dua kereta yang memegang rekod nilai lelongan paling tinggi ialah Ferrari 250 TR. Tahun lalu sebuah prototaip Ferrari 250 TR dilelong pada harga USD 16.4 Juta (RM 49.2 Juta). Kereta di bawah ialah salah sebuah dari 22 Ferrari 250 TR yang dibuat di antara tahun 1957 dan 1958. Ianya pemegang rekod lelongan kedua tertinggi dengan nilai USD 12 Juta (RM 36 Juta). What a sexy beast!

Laporan asal  WorldCarReview

Kisah Cinta "Hatinya Tidak Bisa Berubah" (foto)

Disumberkan oleh: Blogserius


Fucking ninjas cutting onions under the table

Kisah cinta Taylor Morris dan Danielle Kelly  pasti membuatkan anda mendapat manly tears. Pasangan suami isteri ini mula berpacaran semasa di bangku sekolah. Selepas graduasi, Taylor menyertai Tentera Laut sebagai pemusnah bom. Ketika dalam operasi menghapuskan bom IED di Afghanistan, Taylor kehilangan kaki dan tangan beliau dalam sebuah letupan. Danielle kekal bersama beliau dan membantu Taylor untuk menjalani rehabilitasi. Akhirnya mereka berkahwin. Owh!




Laporan asal TaylorMorris

Wednesday, 19 December 2012

Lukisan Konsep Kereta Kebal Futuristik (foto best)

Disumberkan oleh: Blogserius

Tanks!


Kami semasa kecil suka melukis gambar kereta kebal. Kereta kebal kegemaran kami ialah Tiger Tank dari siri animasi Thundercats. Bila melukis kereta kebal kami letakkan sampai 10 laras meriam pada 1 rudal. Nampak macam bad ass. We outgrew this tank phase many years ago but some don't. Di bawah ialah beberapa konsep kereta kebal futuristik yang dihasilkan di CONCEPTTANK.COM


 

Laporan asal Concept Tanks