Tiada nota kaki, terlalu sedih...
Monday, 12 March 2012
Thursday, 8 March 2012
Persiapan menghadapi kenaikan paras air laut: Bandar Terapung Amsterdam
Atlantis Moden
Sudah agak lama tidak saya sambung penulisan berkaitan isu-isu alam sekitar. Bukan sudah ketandusan isu, tetapi disebabkan kesibukan serta tumpuan terhadap bahan bacaan dari genre berbeza pula bulan kebelakangan ini.
Namun begitu, untuk entri kali ini, saya ingin kongsikan sebuah kisah yang menarik bersama para pembaca iaitulah berkenaan pembinaan bandar terapung (floating city) di Amsterdam, Belanda.
Seperti yang telah saya kupas pada artikel sebelum ini (lihat entri Dr Sepet bertajuk: Fenomena pencairan ais), pelbagai negara di dunia ini telah disahkan secara kajian saintifik, bakal terjejas teruk, kesan daripada fenomena pencairan ais di kutub utara dan kutub selatan. Salah sebuah negara yang terlibat adalah Belanda.
Selain Belanda, kajian oleh para saintis turut meramalkan beberapa bandar utama dunia juga turut terjejas teruk seperti:
1) Beijing, China dijangka akan memindahkan kira-kira 20 juta penduduknya ke petempatan baru kesan kenaikan paras air laut.
2) Bagi Shanghai dan wilayah sekitarnya, dianggarkan sejumlah lebih dari 40 juta orang akan dipaksa berpindah.
3) Bagi Calcutta dan Bangladesh, dianggarkan sejumlah 60 juta orang bakal dipindah dan diberi petempatan baru.
4) Di Manhattan, New York pula, tapak WTC yang kini sedang dibangunkan semula, bakal berada di bawah paras laut dengan kenaikan sebanyak 20 kaki* dalam.
(nota: *Saintis menganggarkan sekiranya ais di Greenland mencair atau terbelah dan terpisah ke lautan; atau jika setengah dari Greenland dan setengah benua Antartika mencair, atau terbelah dan terpisah ke lautan, paras air laut dunia mampu meningkat sehingga antara 18 - 20 kaki).
Untuk lebih nampak (atau tidak nampak negara yang tenggelam), saya syorkan anda melihat peta 'baru dunia selepas pencairan ais' seperti di bawah:
Sumber foto: Global flood map, the world if the ice caps melted
Saya pasti para pembaca telah dapat melihat secara kasar peta baru negara-negara terbabit pada masa depan sekiranya berlaku fenomena perubahan iklim (dan pemanasan global) ini.
Barangkali ilustrasi di atas sedikit "dramatik" untuk menggambarkan bagaimana hampir keseluruhan negara Belanda akan berada di bawah laut sekiranya pencairan ais berterusan. Namun ianya tidak banyak beza jika anda meneliti kupasan Al-Gore di dalam buku beliaunya "an inconvenient truth" (m/s 202-203).
Siap-Sedia
Namun bagi masyarakat Belanda yang telah begitu lama sinonim dengan bidang kelautan dan pelayaran, persediaan menghadapi kesan fenomena pemanasan global ini telah digerakkan secara inisiatif bersama di antara pihak kerajaan, pihak swasta, dan juga masyarakat.
Salah satu inisiatif menarik adalah penganjuran pertandingan rekabentuk dan perancangan untuk menyedia/ membina rumah terapung dan bandar terapung bagi Amsterdam, Belanda, sebagai persediaan untuk tinggal di atas laut pada masa hadapan.
Sumber kedua-dua foto - SINI
Menurut laporan ini (Sumber), secara relatifnya, harga sebuah rumah terapung adalah jauh lebih murah berbanding rumah konvensional. Dengan harga di bawah €400,000 (termasuk €140,000 untuk kos sewaan plot air untuk tempoh 50 tahun), setiap pembeli bakal menikmati hartanah seluas 170 meter persegi yang dibahagikan kepada 3 tingkat, termasuk 45 meter persegi teres terbuka (menikmati cahaya matahari). Model rumah yang dibina memiliki 3 bilik tidur, 2 bilik air dan siling setinggi 2.6 meter.
Setiap rumah juga dilengkapi dengan teknologi terkini seperti sistem pemanasan bawah lantai, sistem penyejukan bersepadu di atas siling. Selain itu, sistem pengudaraan dan penebatan haba yang baik juga turut membolehkan bilik tidur (yang hanya 1.5 meter dari aras laut) sejuk dikala summer dan panas dikala winter. Menurut perekanya, rumah terapung ini juga mampu menjimatkan penggunaan tenaga sebanyak 15% berbanding rumah konvensional.
Yang membuatkan saya terfikir adalah; di saat Belanda semakin aktif dengan inisiatif rumah dan bandar terapungnya, banyak lagi negara terutamanya di benua Arab yang kini giat menebus-guna laut untuk projek pembangunan mega dan mewah seperti di Dubai dan lain-lain negara teluk.
Bagaimanakah rupa kawasan dan wilayah-wilayah setelah air laut naik 18-20 kaki pada masa hadapan?
Foto: The Jumeirah, Dubai (source of photos: google images)
E-Scooter BMW yang cool (foto menarik)
I want one! Copy n paste dari sini: blogserius
Masihkah anda ingat awal tahun 2000 dahulu di mana semua remaja mahukan skuter Suzuki? Lepas tu kesemua skuter ini akan diubah suai dengan custom sound system dan juga airbrushing? Sangat awesome but then the fad dies. Oh well! Dibawah ialah konsep E-Scooter BMW yang merupakan skuter eletrik pertama mereka. Skuter ini mampu bergerak sejauh 100 KM sebelum perlu dicas dan masa penyacasan ialah 3 jam. Ia mempunyai kemampuan setanding dengan sebuah skuter petrol 400 cc. Cool beans. Buat masa ini pihak BMW masih belum bercadang menjual E-Scooter kepada umum tapi aku yakin kalau jual mesti laku pasal it is a cool looking bike.
Laporan asal BMWBlog
Wednesday, 7 March 2012
Fakta untuk Grammar (Grafik Menarik)
Edukesyenel
Baca infografik edukesyenel ini untuk mengelakkan beberapa kesalahan grammar paling biasa dilakukan. Sumber: blogserius
Laporan asal Visually
Monday, 5 March 2012
Kalau BR1M itu 'haram', tolaklah semua barangan bersubsidi. Bukan begitu?
Apa kes? Baca artikel oleh seorang yang keliru, dan telah pula ia cuba mengelirukan orang lain, di bawah:
Baca versi lebih jelas di sini: tranungkite
Tindakan seorang yang bukan ahli agama, dan yang tidak ber-autoriti untuk menghukum HARAM secara pasti sesuatu perkara bukan sahaja dianggap sebagai satu tindakan yang boleh mengelirukan, bahkan telah menimbulkan suasana tidak selesa kepada ummat Islam amnya, dan penerima BR1M dari kalangan penyokong PAS, khasnya.
Kepada penulis artikel ini, yang begitu yakin betapa HARAMnya sumber BR1M tersebut (kerana bercampur sumber), suka saya syorkan kepadanya supaya mulai sekarang, agar menolak pembelian semua barangan yang telah disubsidikan pihak kerajaan kerana "wang yang digunakan kerajaan untuk tampung subsidi" mungkin sahaja telah bercampur di antara yang halal dengan yang HARAM juga.
Mulai hari ini, wajarlah penulis tersebut membayar gas memasak, petrol dan diesel pada harga penuh, beli gula, tepung gandum dan minyak masak juga pada harga TANPA SUBSIDI kerajaan. Boleh?
Ini kerana penulis tentunya tidak ingin mengisi petrol bersubsidi (yang bercampur sumber HARAM) untuk keretanya ke pasaraya untuk membeli minyak masak dan tepung gandum bersubsidi (yang tentunya HARAM) untuk santapan seisi keluarga. Bukan begitu?
Cerdik, cerdik...
Saturday, 3 March 2012
Mari lihat apa kata Tun Daim mengenai iklim politik negara...
Saya syorkan kepada generasi muda untuk mengenali Tun Daim. Beliau adalah seorang yang secretive dan low-profile, tetapi saya banyak dapat tahu tentang beliau apabila membaca naskah terbaharu Tun Mahathir.
Beliau memiliki pengalaman dan kepintaran di dalam menduga arus politik dengan dibantu data/maklumat yang dikeluarkan think-tank yang berkhidmat untuknya. Beliau telah memberikan ingatan kepada Pak Lah bahawa BN boleh kehilangan beberapa negeri jika tergesa-gesa membubarkan parlimen. Sayangnya, waktu itu Tun Pak Lah terlalu yakin dengan maklumat yang dibekalkan oleh pihak yang sokong beliau yang memberitahunya bahawa BN kuat dan tidak akan tewas. Apa hasilnya? Adalah seperti yang kita lihat hari ini.
Tidak semestinya apa yang beliau kata akan betul terjadi, tetapi politik adalah seni segala kemungkinan. Tidak hairanlah di dalam politik, kawan boleh jadi lawan, dan lawan boleh jadi kawan. Macam-macam...
------------------------------------------------------------------------
SUMBER: http://bloglistpolitik.blogspot.com/2012/03/pas-kedah-akan-tumbang.html
Sebelum kita membaca ramalan Tun Daim
Zainuddin yang dibuat melalui wawancara khas dengan akhbar China Press, adalah
amat penting untuk kita mengingati bahawa Daim adalah satu-satunya pemimpin
yang secara terbuka meramalkan Barisan Nasional (BN) akan kehilangan beberapa
negeri dan mencatatkan keputusan terburuk dalam pilihan raya umum (PRU) ke-12
lalu.
Justeru, bersandarkan pengalaman sebelum
ini, maka ramalan yang dibuat Daim pastinya memiliki nilai politik yang tinggi
dan perlu diberikan perhatian. Antara ramalan beliau untuk PRU ke-13 seperti
yang disiarkan di muka satu akhbar China Press ialah :
1) Orang ramai sudah bosan dengan
pertelingkahan politik yang tidak putus-putus antara Barisan Nasional (BN) dan
Pakatan Rakyat (PR), dan ini mungkin menyebabkan mereka tidak akan turun
mengundi dalam PRU yang akan datang dan keadaan tersebut mewujudkan ‘Parlimen
Tergantung’ atau Hung Parliament.
2) Pentadbiran BN di Pahang tidak akan
terjejas akibat isu Lynas.
3) Rakyat juga bosan dengan pertelingkahan
dalaman di kalangan para pemimpin PR di Kedah dan Selangor. Dapatkan anda
bayangkan pertelingkahan yang akan wujud jika PR memerintah Kerajaan Pusat?
(Soalan yang dilontarkan oleh Daim)
4) Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak mungkin menunggu sehingga tahun hadapan sebelum mengadakan PRU
ke-13.
5) Mana-mana kerajaan akan melakukan
kesilapan apabila memerintah sesebuah negara untuk tempoh yang lama.
6) PR akan mengekalkan kuasa di Pulau Pinang
dan Kelantan tetapi berkemungkinan besar kehilangan negeri Kedah.
7) BN dan PR akan bertarung sengit di
Selangor dan Perak.
8) Hampir 20 peratus undi masyarakat Cina
terutama dari kawasan luar bandar akan berpihak kepada BN.
9) BN masih mampu mengekalkan kuasanya di
Johor. -Sukar untuk meramalkan berapakah jumlah kerusi yang BN akan menang atau
tewas. Perhatian khusus harus diberikan kepada kelompok pengundi muda.
**Parlimen tergantung juga adakalanya
dikenali sebagai Parlimen seimbang. Ia biasanya wujud dalam negara demokrasi
dengan sistem dua parti di mana keputusan sesuatu pilihan raya memperlihatkan
tidak ada mana-mana parti yang berjaya membentuk kerajaan dengan majoriti
mutlak.
**Tun Daim adalah Menteri Kewangan negara
antara tahun 1984 hingga 1991. Beliau juga merupakan seorang usahawan dan ahli
ekonomi yang amat disegani bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga dalam dunia
perniagaan peringkat global.
Beriadah di hujung minggu bersama Mawaddah @southpark, Oxford
Hari ini cuaca sejuk, tetapi kadang-kala cerah. Mawaddah amat bosan terkurung di dalam rumah. Maklumlah, kedua orang makciknya juga baru sahaja kembali ke tanah air Khamis lepas.
Untuk mengubat hati yang lara, Ayah telah berjanji nak bawa Mawaddah keluar berjalan-jalan ke South Park dan taman permainan dekat situ. Ramailah orang bermain, Mawaddah juga happy bukan main sampai mengah-mengah. Harap tak bangun mengigau tengah malam sudah....
Friday, 2 March 2012
Thursday, 1 March 2012
Kedah - kalau pemimpin lama sangat nak selesaikan kemelut, biarlah rakyat 'tolong' dalam PRU13 nanti
Apa kes?
Jengok laporan berikut (atau baca dari sumber yang dinyatakan).
Baca laporan penuh di sini: bloglistpolitik
1) Saya difahamkan wakil pimpinan PAS Pusat akan bertemu dan bermesyuarat dengan PAS Kedah untuk memperhalusi perkara ini, seterusnya menawarkan jalan keluar kepada kemelut yang sedang berlaku.
2) Eloklah kalau begitu. Bukannya apa, menurut amalan media (penerbitan berita), ingatan masyarakat Malaysia terhadap sesuatu isu lazimnya akan bertahan selama 2 minggu (14 hari). Maksudnya, kalau sesuatu isu itu tidak signifikan, selepas 2 minggu, masyarakat tidak akan begitu berminat bercakap mengenainya.
3) Tetapi kalau selepas tempoh itupun ia (isu) masih hangat diperkatakan, maka isu tersebut adalah signifikan, penting, mendapat perhatian masyarakat. Natijahnya, pemimpin yang terlibat MESTI mencari ikhtiar serta jalan keluar secara meyakinkan. Sekiranya gagal berbuat demikian, maka bahananya nanti kepada Parti dan Peribadi mereka adalah amat buruk.
4) Inilah yang terjadi kepada 2 isu besar yang telah dibiar berlarutan, sehingga telah mendatangkan bahana buat BN-UMNO, iaitu isu NFC dan Lynas. Pendedahan demi pendedahan yang dibuat pihak pembangkang mengenai isu ini bukan sahaja telah mengganggu lena tidur suami Shahrizat, bahkan Dato Najib, dan kini terpalit kepada UMNO dan persoalan mengenai integriti kerajaan juga.
5) Kerana tidak nampak lagi apakah bentuk penyelesaian yang jelas terhadap kemelut ini, ianya telah dijaja dan menjadi modal kempen para pimpinan pembangkang ke segenap venue dan ceruk mereka berceramah. Jika sebelum ini, pihak-pihak tertentu hanya mengambil mudah kerana menganggap hanya seorang-dua yang berkokok mengenai dana RM250juta bagi projek lembu ini, sekarang, ia bukan lagi isu "terpencil". Justeru, apakah countermeasure yang boleh dibuat oleh BN-UMNO untuk "mencuci imej" mereka dalam kedua isu ini, seterusnya memulihkan sokongan rakyat kepada mereka?
5) Kerana tidak nampak lagi apakah bentuk penyelesaian yang jelas terhadap kemelut ini, ianya telah dijaja dan menjadi modal kempen para pimpinan pembangkang ke segenap venue dan ceruk mereka berceramah. Jika sebelum ini, pihak-pihak tertentu hanya mengambil mudah kerana menganggap hanya seorang-dua yang berkokok mengenai dana RM250juta bagi projek lembu ini, sekarang, ia bukan lagi isu "terpencil". Justeru, apakah countermeasure yang boleh dibuat oleh BN-UMNO untuk "mencuci imej" mereka dalam kedua isu ini, seterusnya memulihkan sokongan rakyat kepada mereka?
6) OK, berbalik kepada topik di tangan. Isu "pergeseran dalaman" geng PAS Kedah ini rasanya telah juga berlanjutan lebih 2 minggu. Jikalau berpandukan pengalaman yang ditempuh BN dan kerajaan, maka saya lihat wajarlah pemimpin kerajaan Kedah dan PAS Pusat sekarang ini bersiap-sedia bagi berdepan dengan "bahana" yang akan muncul.
7) Pertama, kemelut ini tentunya akan dijadikan modal politik buat UMNO Kedah untuk meneruskan agenda mereka merampas Kedah. Namun, ini tentunya telah dijangka.
8) Kedua, bahananya lebih besar (jika berlarutan) ialah apabila rakyat dan pengundi Kedah sendiri rasa meluat dengan sikap para pemimpin sedia ada, yang mula menjadi 2 x 5 dengan kerajaan yang mereka (pengundi) tumbangkan pada PRU-12 yang lepas.
9) Jikalau kedua pihak yang berbeza kepentingan ini mendahulukan kepentingan rakyat, barangkali tidak perlulah saya timbulkan "teori 2 minggu" ini. Saya cuma khuatir sekiranya lambat dicari penyelesaian bagi kemelut ini, tidak mustahil bahana besar bakal menunggu PAS Kedah, terutama sekiranya rakyat dan pengundi sendiri nanti memilih untuk "menyelesaikannya" pada PRU yang akan datang ini.
10) Nampak ekstrim, namun dalam politik segalanya boleh terjadi. Malah, di dalam sistem demokrasi, rakyat tidak boleh dipersalahkan sekiranya mereka ingin memenangkan UMNO (menukar kerajaan) pada PRU kelak, sekiranya rakyat berpendapat itulah pilihan yang ada buat mereka.
Waktu itu, kalau hangpa-hangpa masih dok berkelahi sampai subuh-pun, sudah tidak berguna lagi...
Waktu itu, kalau hangpa-hangpa masih dok berkelahi sampai subuh-pun, sudah tidak berguna lagi...
Subscribe to:
Posts (Atom)

























