Wednesday, 23 November 2011

Concept Art Filem Captain America (foto)

Satu lagi artikel 'copy n paste' dari sini: blogserius

Cool beans!

Daniel Simon ialah seorang digital illustrator yang bertanggungjawab mereka semua kenderaan yang wujud didalam filem Captain America. Sebelum ini beliau mereka kenderaan untuk filem Tron. Di bawah ialah beberapa lukisan konsep untuk filem Captain America yang dibuatnya. One word.....Awesome
 
Jika nak lihat banyak lagi lukisan beliau yang cool, lawatilah laman web rasmi beliau disini






                                          Laporan asal Daniel Simon

Tuesday, 22 November 2011

Isu 'Wahabi' kembali bergema


KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama)-- Kerajaan berpendirian bahawa fahaman Muhammad Abdul Wahab (Wahabi) tidak sesat namun ia tidak sesuai diamalkan di negara ini kerana dikhuatiri boleh membawa kepada perpecahan umat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata kerajaan memandang berat terhadap kekeliruan dan perselisihan faham yang timbul berhubung isu ini tetapi setakat ini ia masih terkawal.

"Kumpulan yang menyokong pegangan Muhammad Abdul Wahab ini tidak terkeluar daripada Ahli Sunnah Wal-Jamaah, namun apa yang mesti diatasi dan ditangani adalah isu-isu kontroversi yang bersangkut dengan masalah furu'iyyah (cabang) yang cuba dibangkitkan mereka," katanya ketika menjawab soalan Mohd Nor Othman (BN-Hulu Terengganu) pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat di sini Rabu.

Mohd Nor ingin tahu sejauh manakah fahaman Wahabi meresap dalam kalangan masyarakat.

Jamil Khir berkata keputusan itu berdasarkan hasil beberapa perbincangan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan iaitu pada kali ke-12 (1985), kali ke-14 (1985), kali ke-16 (1986), kali ke-40 (1996), kali ke-42 (1997) dan kali ke-44 (1998).

Ia juga turut dibincangkan dalam mesyuarat Panel Kajian Aqidah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kali ke-14 tahun 2000 dan kali ke-20 pada tahun 2002 serta kali ke-23 pada 2003, katanya.

Beliau berkata kesemua keputusan itu adalah untuk menyekat penularan isu atas alasan isu-isu khilafiyyah fiqhiyyah yang dibangkitkan dan boleh menggugat perpaduan umat Islam di Malaysia.

Kepada soalan tambahan Nasharudin Mat Isa (Pas-Bachok) tentang aspek ancaman yang boleh dilihat dari gerakan Wahabi, Jamil Khir berkata situasi yang berlaku hari ini adalah khilaf yang diperbesarkan sehingga menimbulkan sensitiviti umat.

"Keadaan ini sekali gus menimbulkan pandangan berbeza kepada kelompok masyarakat. Justeru, demi menjaga kesejahteraan rakyat, kerajaan memberi pendekatan bahawa Sunnah Wal Jamaah merupakan pegangan akidah dalam konteks negara Malaysia dan Mazhab Syafie menjadi pegangan," katanya.

-- BERNAMA

Note to self:- boleh jadi salah satu topik untuk disembang-sembangkan pada pertemuan yang akan datang. Mungkin selepas PAU 2011.

Picture of the week - bola punye pasal

Sumber: FB kawan

Monday, 21 November 2011

Foto-foto Kota Makkah 1885 - koleksi yang amat berharga

Berikut saya kongsikan sebahagian foto-foto unik lagi berharga yang dirakamkan oleh Christiaan Snouck Hurgronje (Al-Sayyid Abd al-Ghaffar) sewaktu pengembaraan beliau ke Tanah Suci pada tahun 1885.

(Nota: apa masyarakat Melayu kita buat pada tahun 1885 ye? Sekadar bertanya)

Pengembaraan beliau ini telah dibukukan pada tahun 1889 melalui satu karya yang bertajuk Bilder aus Mekka

Sekalipun foto-foto yang dipaparkan ini telah banyak kali diulang cetak di pelbagai medium, hakmilik terhadap foto-foto asal Sayyid Abd Ghaffar ini telah diserah kepada Leiden University di Belanda.

Ringkasnya, foto-foto pengembaraan Sayyid Abd Ghaffar pada tahun 1885 telah menjadi koleksi penting serta khazanah yang amat bernilai bagi tatapan generasi umat Islam hari ini.

Klik foto untuk 'zoom'. Sumber kesemua foto dinyatakan, atau lihat sini: The Empty Quarter

Foto atas: Kaabah
Foto bawah: Umat Islam sedang bersembahyang di hadapan Kaabah

Foto atas:Pandangan Kota Makkah

Foto atas: Kawasan Makam Saidatina Maimuna
Foto bawah: Perkhemahan jemaah haji berdekatan kawasan Makam Saidatina Maimuna

Foto atas: Pemandangan di Lembah Mina di musim haji

Foto atas:Pemandangan di Muzdalifa, tempat bermalam jemaah haji yang terletak antara Lembah Mina dan Bukit Arafat
Foto bawah: Perkhemahan jemaah haji di bahagian barat Bukit Arafat

Nota kaki:

1) Penerangan mengenai setiap foto dinyatakan. Kena 'zoom'.

2) Foto cantum adalah perbuatan saya sendiri bagi menunjukkan konteks atau pemandangan keseluruhan peristiwa/situasi.

Edisi tengkujuh di kampung: periksa di mana anak-anak anda bermain

Tadi saya sempat berkomunikasi dengan adik-adik bagi mengetahui status dan perkembangan semasa banjir di kampung (Ajil, Hulu Terengganu).

Beberapa kawasan atau kampung yang lazimnya terjejas setiap kali tibanya musim tengkujuh, telah mula dinaiki air termasuklah di Kampung Kolam, Kg Cenerung Leban, Kg Jaya Baru dan Kg Tok Dor.

 Gambar arkib banjir. Sumber: blog DKdesaku

Harapnya para ibubapa di kawasan-kawasan yang terjejas dapat memantau pergerakan anak-anak terutama yang masih kecil dan lasak (yang tiada klu tentang bahaya bermain di parit atau tali air ketika air tinggi ini). Juga, kurangkan bermain di luar atau jauh dari rumah.

Malang tidak berbau. Elakkan tragedi di musim tengkujuh ini.

Minat fotografi - saya budak baru belajar

Nota: Sumber dinyatakan pada setiap foto






Saya adalah seorang yang mudah 'terpana' (easily amazed) dengan gambar-gambar yang menarik. Minat ini mungkin terbit kerana fotografi bukanlah kepandaian saya. 

Sekalipun 'buta fotografi', saya sentiasa membayangkan yang suatu hari nanti blog Dr Sepet ini akan dihiasi bukan sahaja dengan artikel-artikel yang menarik, bahkan oleh gambar-gambar yang cantik juga.

Sebagai makluman, kebanyakan foto yang saya masukkan di blog ini hanya diambil menggunakan kamera telefon bimbit (N95 8GB) (80% foto). Sekarang N95 itu telah menjadi sejarah.

Apabila melihat di FB, ramai kawan saya juga mula bergiat dengan fotografi (ada yang serius) dengan dikongsi foto-foto menarik yang mereka ambil.

Itu yang munculnya minat saya untuk berkenalan dengan fotografi. Mungkin untuk serius tu tidaklah, kerana tiada masa, dan modalnya bukanlah sedikit.

Apapun, sebagai langkah awal, saya disarankan untuk merajinkan diri melihat contoh-contoh kerja mereka yang profesional 'bermain' dengan komposisi, sudut-sudut shoot yang menarik, waktu yang sesuai merakam gambar dan sebagainya.

Inilah benda-benda yang saya dapat belajar setelah mengikuti diskusi peminat-peminat fotografi di sini: Jom 'share' tips fotografi

Sunday, 20 November 2011

Kereta - Wiesmann MF5 (foto)

Seperti biasa, diceduk dari sini: blogserius

Kereta yang sesuai untuk Bruce Wayne

Wiesmann MF5 ialah kereta sports keluaran Wiesmann yang sudah 20 tahun menghasilkan kereta berjenama mereka tetapi menggunakan enjin BMW
 
Wiesmann MF5 dibawah ialah versi terkini dengan penaik tarafan enjin yang mampu menghasilkan 600 kuasa kuda. Top speed kereta ini ialah 193 Bsj (310 Kmj) dengan kemampuan 0-60 Bsj dalam masa 3.5 saat. Styling kereta ini seakan kereta Batman. Matte painting dan juga logo Batman pada ekzos. 
 
Harga sebuah masih belum ditetapkan tetapi dijangka mencecah Euro 184 000 (RM 793 000) sebuah.




                                            Laporan asal BMWBlog

Saturday, 19 November 2011

Encik KJ perlukan rehat

Perlu 'licik' untuk kekal releven 

Berdasarkan pemerhatian saya, sejak seminggu-dua ini, kelibat En KJ muncul kembali, malah beliau dilihat begitu 'produktif' (di media) di dalam membicarakan isu-isu panas yang masih memagari Projek NFC (National Feedlot Centre). 

 Foto - sumber

Terbaharu, anda boleh lihat pernyataan beliau di sini - NFC: Biar Polis siasat kredibiliti dakwaan, kata Khairy.

Apakah niat mahupun sebab yang hakiki mengapa En KJ begitu produktif membela prestasi projek NFC, adalah tidak dapat dipastikan.

Ini kerana UMNO telah bertegas untuk tidak mahu dikaitkan dengan isu NFC (rujuk pernyataan Bung Mukhtar), begitu juga Senator / Menteri berkaitan.

Sekalipun demikian, mengapa pula hampir setiap hari Ketua Pemudanya muncul dan mengeluarkan pernyataan-pernyataan yang disifatkan sebagai 'duta tak rasmi' NFC?

Mungkin juga isu NFC ini dapat membantunya dari segi 'political mileage' di saat-saat UMNO dan Najib sedang bercakap mengenai 'calon boleh menang' untuk PRU-13. Hanya andaian saya semata.

Namun, di dalam politik yang semua boleh jadi, apa jua peluang tidak seharusnya disia-siakan. 

Lihat sajalah Ibrahim Ali (Perkasa) yang 'licik' berpolitik. Tetapi ternyata 'kelicikan' beliau yang sentiasa muncul, telah memancing perhatian pelbagai pihak, baik untuk menyokong mahupun untuk menghentamnya.

Tidak dapat tidak, Ibrahim telah dinilaikan 'releven' dari konteks politik kerana kelibatnya masih diperkata kawan dan lawan, tidak kira zaman, berparti atau tidak.

Namun, apakah En KJ akan berupaya bergerak di dalam kerangka falsafah, pemikiran dan tindakan sepertimana yang 'diadaptasi' oleh Ibrahim demi survival politik beliau sendiri menjelang PRU-13?

Siapa anda? Orang akan lihat 'track-record' anda 

Saya jangka laluan En KJ untuk menjadi calon tidak akan mudah kali ini. Mungkin beliau perlu menikmati sepenuhnya penggal ini bilamana masih bergelar YB.

Pendapat saya ini tiada kaitan dengan visi beliau, kredibiliti dan kecerdikan beliau bercakap, berpidato dan meyakinkan orang, tidak.

(Nota: saya merasakan program Youth Jobs yang anjurkan banyak mendatangkan manfaat kepada mahasiswa yang sedang mencari pekerjaan)

Ianya lebih kepada 'pakej keseluruhan', terutama track-record beliau semasa dan selepas Pak Mertuanya, Tun Pak Lah menjadi PM dan Presiden UMNO.


Masih lagi saya ingat bahawa selepas kekalahan teruk lagi memalukan UMNO-BN pada PRU-12, sebahagian (besar) kesalahan (punca tewas) sebenarnya telah dialihkan kepada En KJ.

Dengan berat hati, saya simpulkan bahawa ada di kalangan orang UMNO sendiri berpandangan tindak-tanduk En KJ bukan sahaja memudaratkan UMNO, malah 'hampir menumbangkan sebuah kerajaan' (BN hilang 2/3).

Justeru, apabila En KJ dilihat begitu beria-ia mahu menjadi 'duta tak rasmi' NFC, saya tidak jangka pimpinan UMNO dapat menerima (dan memaafkan dosa-dosa lampau) beliau sepenuhnya, jika ditimbang-tarakan dengan track-record beliau di zaman Pak Lah masih kuat dan berkuasa.

Di sinilah saya melihat munculnya kebarangkalian untuk En KJ mempertimbangkan rehat buat 'seketika' dari arena politik, contohnya 1 penggal (5 tahun) (!), dengan tidak bergelut dengan pencalonan.

Di dalam tempoh rehat itu, mungkin En KJ boleh menggerakkan program-program berbentuk kemasyarakatan yang ber-impak dan berbekas di hati rakyat, seterusnya menggilap kembali imej beliau. 

Barangkali juga, hati orang-orang UMNO akan 'sejuk', cerita-cerita buruk mengenainya akan kurang dibicarakan dan berilah peluang untuk Hajjah Mah pula mengisi segmen track-record sepanjang tempoh itu....

Dr Sepet: sekadar melihat kemungkinan.

Friday, 18 November 2011

PRU-13: Big Q buat PAS mengenai 'calon boleh menang'

Artikel "copy n paste" dari sini: SUMBER 

Nik Aziz: PAS tubuh panel khas pilih calon PRU-13

November 18, 2011
Nik Aziz berkata wakil rakyat dengan prestasi kurang cemerlang tidak akan dipilih semula. — Foto fail
 
KOTA BARU, 18 Nov — PAS telah bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 bila-bila masa tetapi mahu berhati-hati dalam soal pemilihan calon yang bakal bertanding, kata Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. 
 
Nik Aziz yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan berkata pihaknya berhati-hati dalam hal ini dan telah menubuhkan jawatankuasa khas untuk menilai prestasi seseorang calon.
 
“PAS tidak ada masalah dalam pemilihan calon, kerana kita mempunyai ramai calon berkelayakan cuma pemilihan perlu dibuat melalui jawatankuasa khas yang dibentuk dari peringkat akar umbi hingga ke peringkat tertinggi parti,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di dataran ilmu hari ini.
 
Dipetik Bernama Online, Mursyidul Am PAS berkata apa yang pasti wakil rakyat yang gagal menunjukkan prestasi cemerlang ketika diberi peluang menjadi calon dalam pilihan raya lepas, tidak akan dipilih lagi kali ini.
 
PAS memerintah Kelantan sejak 1990.
 
Parti Islam itu membentuk kerjasama dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat.

 ----------

Big Q: Bersediakah PAS untuk mengetengahkan calon-calon "boleh menang" yang bukan Islam (Kelab Penyokong PAS) untuk bertanding pada PRU-13?

Layan lagu: James Vincent McMorrow - Higher Love


Peace, no gadoh-gadoh!