Friday, 1 July 2011

Jangan sekadar kayuh hari ini sahaja, Dato' Seri & fakta berbasikal

Baca lanjut - Sumber berita: SINI

Ali Rustam kayuh basikal kempen Go Green


01/07/2011 2:43pm

MELAKA — Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam, barisan anggota Exco dan ketua serta pegawai jabatan kerajaan hari ini berbasikal sejauh kira-kira dua kilometer berbasikal ke tempat kerja bagi menjayakan misi “go green”. Memulakan kayuhan dari kediaman Ketua Menteri di Seri Bendahara, di Ayer Keroh, di sini,

Mohd Ali yang berbaju Melayu warna hijau berkonvoi bersama hampir 100 peserta dan memasuki perkarangan Seri Negeri tepat pukul 8 pagi.

Kempen berbasikal ke tempat kerja itu bagi mengurangkan pencemaran alam sekitar dan merealisasikan matlamat Negeri Bandar Teknologi Hijau menjelang 2020.

"Saya galakkan semua rakyat di seluruh negeri ini mencontohi program jom berbasikal ini dalam menyokong usaha kerajaan melaksanakan misi “go green” ini,” kata Mohd Ali kepada pemberita.

Kerajaan Persekutuan baru-baru ini menetapkan Melaka sebagai negeri model pertama negeri teknologi hijau. - Bernama.

--------------------

Nota kaki:

1) Mendidik minda masyarakat Malaysia yang telah lama serasi dengan bermotosikal dan berkereta untuk kembali kepada "pedal power" semestinya memerlukan masa dan perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh dan disertai dengan "kepimpinan melalui tauladan". 

2) Ini bukan pertama kali dapat kita lihat para pemimpin / pentadbir berbasikal demi mempromosi dan menggalakkan orang ramai supaya berbasikal.

3) Malah, bukan pertama kali juga kita dapati kebenaran kata-kata pepatah iaitu "bak ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus" - lazimnya berakhir dan senyap tanpa menampakkan apa-apa kemajuan.

4) Saya telah mengupas mengenai perkara berbasikal ini tidak lama dahulu, di mana saya berpandangan setakat seruan sahaja tidak cukup untuk mendidik dan mengubah minda serta iltizam orang ramai berbasikal, tanpa disokong oleh penyediaan kemudahan-kemudahan, insentif serta galakan yang bersesuaian untuk pengguna berbasikal.

5) Sebelum Melaka, rasanya pengerusi Perbadanan Putrajaya juga telah berbasikal "sebentar" sebelum ini. Sebelum itu, kelihatan di foto NC UTM bersama pegawainya berbasikal ke sekitar kampus induknya di Johor.

6) Malu saya nak beri contoh mengenai amalan berbasikal di Oxford ini. Tapi saya berikan juga sedikit fakta sebagai pembakar semangat buat rakyat Malaysia, bumi yang tercinta:

- terdapat sejumlah 22,000 orang berbasikal keluar-masuk Oxford SETIAP HARI.

- secara perbandingan dengan 48,000 pengguna kereta 5,000 bas 1,000 motosikal dan 9,000 van/kenderaan komersil.

- dalam Oxford, kira-kira 17% populasinya ke tempat kerja  berbasikal, jauh lebih tinggi daripada purata nasional iaitu 3%.

- disediakan lebih 3,000 ruang letak basikal di kawasan pusat bandar Oxford.

- diwartakan laluan berbasikal sejauh 37 batu di Oxford (termasuk off-road routes).

Berbasikal dan kesihatan

- berbasikal secara 'santai' selama 20 minit akan membakar sehingga 100 kalori

- berbasikal secara rutin menjadikan anda 'fit' pada purata umur 10 tahun lebih muda.

- dapat meningkatkan tahap metabolism dan membantu kita menguruskan berat badan.

- mengurangkan tahap 'stress' and memperbaiki tahap kesihatan umum.

- 'memantapkan' punggung dan peha selain bahagian 'lower abdominals'.

Moga selepas ini kita pakat-pakat minat nak berbasikal. Mulakan ia sebagai hobi yang 'santai'.

Wassalam.

Thursday, 30 June 2011

Syarikat-syarikat "super gergasi" di dunia

Selama 15 tahun, majalah The Financial Times telah menerbitkan laporan tahunan FT Global 500, menyenaraikan 500 syarikat "paling bernilai" di dunia. 

Bersama kita lihat apakah perubahan yang telah berlaku untuk tahun 2011 ini, berbanding 2010 yang lalu.

Perubahan pendahulu

Tahun 2010, gergasi petroleum terkemuka PetroChina dan Exxon Mobil menduduki tangga pertama dan kedua dari senarai ranking dunia yang dikeluarkan. Kajian terbaharu mendapati kedudukan pendahulu telah beralih tangan di antara kedua gergasi ini.

Lima syarikat super gergasi dunia (2011)

No 1: Exxon Mobil (USA) 
- bidang: pengeluar minyak dan gas. Nilai ($417b)

No 2: PetroChina (China)
- bidang: pengeluar minyak dan gas. Nilai ($326b)

No 3: Apple (USA)
- perisian dan kelengkapan teknologi. Nilai ($321b)

No. 4: Industrial Commercial Bank of China (China)
- bidang: perbankan. Nilai ($251b)

No 5: Petrobras (Brazil)
- bidang: pengeluar minyak dan gas. Nilai ($247b)

Sumber: SINI

Jika diperhatikan, senarai lima teratas adalah diwakili oleh 2 syarikat dari US, dua dari China dan sebuah dari Brazil.

Tiga daripada lima yang tersenarai di tangga teratas juga merupakan syarikat pengeluar minyak dan gas, dan masing-masing sebuah syarikat perbankan dan syarikat perisian terkenal, Apple.

Sebuah lagi gergasi perisian, Microsoft, tahun lepas menghuni tangga ke-3 telah disingkir ke tangga ke-10 tahun ini, manakala pesaing utamanya, Apple naik 2 tangga dari tempat ke-5, ke kedudukan ke-3 tahun ini.

Petrobras, syarikat minyak nasional negara Brazil, menjadi muka baru di dalam senarai teratas tahun ini, naik mendadak dari kedudukan ke-13 kepada tangga ke-5.

BIG Q: Bagaimana pula prestasi "badang" Malaysia, Petronas bagi tahun 2011 ini?

Kedudukan 10 gergasi perniagaan UK (2011)

6 - BHP Billiton (Perlombongan: $247b)

8 - Royal Dutch Shell (Pengeluar minyak dan gas: $228b)

18 - HSBC (Perbankan: $182b)

30 - Vodafone Group (Telekomunikasi: $ 146b)

31 - Rio Tinto (Perlombongan: $144b)

37 - BP (Pengeluar minyak dan gas: $137b)

53 - GlaxoSmithKline (Farmasutikal dan bioteknologi: $99b)

68 - Unilever (Pengeluar produk makanan: $87b)

70 - BG Group (Pengeluar minyak dan gas: $84b)

78 - British American Tobacco (Tembakau: $ 80b)

Sumber: SINI

9 Julai: laluan dan pertembungan


Wednesday, 29 June 2011

Fakta mengenai Starbuck

Sumber: Blogserius



Klik foto untuk besarkan

Tuesday, 28 June 2011

Jersi baru "The Gunners"




"I know, and I'll tell you. Our guest (away) uniform next season will look like jockey's clothes." - Andrei Arshavin.

Source of the pictures: here

Monday, 27 June 2011

Mawaddah dan hari yang indah


Ahad, hari paling "hangat" pernah kami harungi untuk tahun ini, hampir 30degree celcius. Hari yang indah begini perlu dimanfaatkan dengan kegiatan di luar rumah seperti berkebun, memotong rumput, duduk-duduk dan makan aiskrim.


Tiada orang yang lebih gembira dengan cuaca panas dan berada di luar rumah melainkan Mawaddah. Ini foto yang kami ambil sebelum itu, sewaktu pulang dari nursery-nya.

Kami kata kalau dia jadi "good girl" balik rumah boleh makan aiskrim. 

Memang dia ingat janji ayah dia. Lepas jadi good girl dalam kereta, cepat-cepat dia landing di atas tikar di laman dan meminta "upah".

 Tolong...bukakkan kasutku....

 Mawaddah: Ayah...ice cream...please?
Ayah: (Cheh! Ingat pulak dia)....errr...ok...

 Yay!

Kami berkongsilah aiskrim petang tu dan masing-masing perlu minum banyak air sebab extra manis pula rasanya.

Selepas itu, mawaddah tunjukkan kami bagasi yang akan dia bawa untuk pulang ke Malaysia minggu depan. 

Berbanding tahun lepas di mana kami terbang menggunakan Emirates (dan singgah di Dubai), tahun ini pilihan paling ekonomik adalah melalui Cathay Pacific dan transit di Hong Kong merupakan pengalaman pertama buat kami bertiga.

 Mawaddah punye beg ringan je Ayah...

 Ayah: Itu aje? Monkey?

Tengok, Mawaddah dah siap praktis lagi...

Rasa dah nak balik sangat-sangat, tapi dengan baki masa yang ada, masih ada tugas yang perlu dibereskan. Moga Allah permudahkan segala urusan.

Amin.

Perhimpunan haram: laporan polis untuk siapa?

Ringkas sahaja:

1) Setelah menonton dan membaca beberapa versi laporan berkaitan perhimpunan masyarakat sivil 'haram' yang bakal berlangsung pada 9 Julai nanti, timbul satu persoalan di benak kepalaku.

2) Kata pengerusi Kelab Putera 1Malaysia di sini (video), sehingga kini telah dibuat lebih 1,700 laporan Polis terhadap perhimpunan 'haram' / tanpa permit ini oleh pelbagai pihak.

3) Yang memusykilkan saya adalah, apakah laporan Polis yang berjumlah beribu itu, turut dibuat terhadap Patriot dan Perkasa, kerana mereka juga secara jelas telah komited mengadakan perhimpunan 'haram' / tanpa permit di hari dan waktu yang sama?

4) Ini kerana daripada gaya percakapan mereka, seolah-olah laporan Polis hanya melibatkan pihak Bersih dan bukannya perhimpunan anjuran mereka.

5) Janganlah menjadi seperti kata pepatah "mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih" - (dia pun sama 2 x 5).

6) Menurut Prof Aziz Bari (sini), perlembagaan adalah undang-undang tertinggi negara ini. Ia bermaksud, kuasa mahkamah tidak boleh mengatasi hak-hak rakyat sebagaimana yang telah dijamin menurut perlembagaan.

7) Di dalam hal ini, Suhakam (sini), sependapat bahawa perhimpunan aman ini wajar dibenarkan sepertimana termaktub di dalam Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 20(1) Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat.

8)  Manakala, di pihak Polis pula, kerjasama adalah diperlukan untuk mengawal perjalanan perhimpunan dan disyor untuk menggunakan "cara-cara yang bersesuaian dan tanpa keganasan" sekiranya mendapati perhimpunan tersebut telah hilang kawalan dan perlu disuraikan.

Dr Sepet: selain gula dan petrol, harga t-shirt kuning juga makin mahal dah sekarang! Huhu...

Serius cool: kejituan, kecepatan (2 video pendek)

Operasi kedai roti canai?

Operasi bungkus pesanan?

Sumber asal: blogserius

Friday, 24 June 2011

Layan klasik: Ain't No Sunshine


Menarik:

1) Lagu oleh Bill Withers dari album beliau bertajuk "Just As I Am" diterbitkan oleh Booker T. Jones pada tahun 1971 (September 1971).

2) Lagu ini direkod bersama penampilan Donald 'Duck' Dunn sebagai pemain bass dan Al Jackson Jr sebagai pemain drum.

3) Jika anda mengamati video di atas, akan terlihat seorang yang duduk bersilang kaki secara selesanya di atas kerusi/sofa sambil bermain gitar! Otai!

4) Lagu ini tersenarai di kedudukan ke-280 pada senarai Rolling Stone bagi 500 lagu terhebat sepanjang zaman.

5) Memenangi anugerah the Grammy bagi the Best R&B Song pada tahun 1972.

6) Lagu ini amat popular dan sehingga ke hari ini, dikatakan ianya telah kembali dinanyikan (termasuk dalam versi berbeza) oleh lebih daripada 144 penyanyi solo mahupun berkumpulan.

Sumber: wikipedia

Sekalipun melanggar prinsip "matlamat tidak menghalalkan cara"?

Apa kes? Baca lanjut berita di bawah:

Rahim: Kami berjaya dedahkan 'maksiat'

Walau agak kecewa dengan keputusan mahkamah hari ini, Tan Sri Rahim Thamby Chik berkata beliau telah berjaya mencapai tujuannnya dalam "mendedahkan kemaksiatan" yang didakwa dilakukan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bekas ketua menteri Melaka itu juga mendakwa, individu yang ditunjukkan dalam bahan kes perbicaraan hari ini juga tidak boleh lagi dikatakan "mirip Anwar."

"Hari ini dalam mahkamah kita melihat perkara sebenarnya didedahkan."

"Kita tidak dapat menerima lagi apa-apa penafian daripada mana-mana pihak."

"Kita sekarang yakin Anwar Ibrahim terlibat dalam video ini dan melakukan kemaksiatan," katanya dalam sidang media selepas perbicaraan kes berkenaan hari ini.

Kesahihan berhubung identiti individu lelaki dalam video berkenaan bagaimanapun tidak diputuskan dalam mahkamah hari ini.



Sumber foto: sini

Ia bagaimanapun dinyatakan dalam fakta kes pendakwaan yang menyebut, pelaku seks lelaki dalam rakaman video berkenaan adalah menyerupai Anwar.

Sumber: SINI

---------------------------------

Nota kaki:

1) Setelah mengamati artikel mengenai "Ghuraba" (cut-n-paste) dari blog Dr. MAZA, saya sama sekali tidak dapat bersetuju dengan pernyataan yang dibuat oleh Rahim seperti yang dilaporkan.

2) Seolah-olahnya, "matlamat" iaitu mendedahkan perkara (jenayah peribadi) itu boleh dihalalkan sekalipun dengan "cara yang menjelikkan" (mengedar dan menayangkan pita lucah kepada umum).

3) Menonton pita lucah, for god sake! 

4) Harapan saya, biarlah mereka bertiga sahaja yang menuruti prinsip hidup sebegini. Janganlah majoriti umat Islam kita mengangkat dan menerima "kaedah matlamat menghalalkan cara" selepas ini. Punah dan binasa habislah masyarakat.

5) Teringat saya akan jawapan yang diberikan oleh Dr. MAZA pada rancangan diskusi anjuran Sinar (yang ahli panelnya turut terdiri dari Ketua Pemuda UMNO dan Ketua Dewan Pemuda PAS).

"Nanti semua orang sibuk pasang kamera. Si polan itu intip si polan ini, sebab nak pastikan yang dia tidur dengan isteri dia, dan bukannya dengan perempuan lain".

6) Lihat lanjut video di bawah (mengupas isu fitnah dan video lucah):


Moga beroleh manfaat.