Sunday, 20 January 2013

RALAT: Jualan Pakaian Berjenama Secara Online

Ralat: Posting ini telah saya ubahsuai. Artikel asal adalah mengenai pakaian berjenama "terpakai", yang sebenarnya merupakan perniagaan menjual pakaian berjenama BAHARU. Maaf di atas kekeliruan yang timbul.

Sebenarnya saya ada menyatakan komitmen kepada seseorang bahawa saya akan membantu mempromosi perniagaan kecil-kecilan beliau di blog Dr Sepet. Ianya (komitmen itu) saya katakan padanya sejak 3 minggu yang lepas. Namun, disebabkan kekangan masa dan pelbagai tugasan di pejabat, terpaksalah saya lupakannya buat seketika. Namun hari ini, Alhamdulillah, barulah saya memiliki sedikit kelapangan.

Beliau merupakan bekas pelajar saya (lama dulu) tetapi kini sedang menimba pengalaman dan mempelbagaikan kemahiran dengan memulakan perniagaan kecil-kecilan menjual pakaian berjenama (stok pakaian berjenama yang baharu saya kira pakaian terpakai) di laman Facebook.

Justeru, sebagai tanda sokongan saya terhadap minat orang muda untuk bergelar seorang usahawan, maka wajarlah bagi saya menggunakan platform blog ini membantu usaha mempromosikan perniagaan beliau, mana yang termampu. 

Berikut adalah maklumat berkaitan perniagaan beliau:

Nota: Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Facebook yang dinyatakan

Saya dan Pakaian Terpakai

Bukan sahaja saya, bahkan hampir kesemua adik-beradik saya adalah peminat pakaian terpakai. Setiap hari Jumaat, kunjungan ke pasar minggu Bukit Diman, Ajil tidak lengkap tanpa tidak menjengah premis Abang Bundle.

Bagi adik-adik yang ada "shape" maka memboronglah mereka seluar jeans dan kemeja ketat. Manakala, bagi yang tak "muat perut" seperti saya, lazimnya hanya mencari t-shirt berslogan yang "pelik-pelik", lazimnya diimport daripada luar negara.

Setelah semua besar, dan ramai yang mula meninggalkan rumah untuk melanjutkan pelajaran dan bekerja di merata tempat, banyak stok pakaian terpakai kami telah dilonggokkan oleh Mok dan dibakar (menyemak rumah sahaja katanya).

Minat terhadap pakaian terpakai terus kekal hingga ke hari ini di mana beberapa helai baju kerja saya sendiri adalah baju terpakai (yang berjenama) yang saya kumpul secara "sehelai demi sehelai". Yelah, setelah bekerja dan memiliki sedikit wang, saya menjadi lebih selektif mengenai kualiti baju Bundle sebelum menimbang untuk membelinya.

Secara spesifiknya saya hanya meminati baju jenama Fat Face - besar kemungkinan kerana ianya selesa dan lebih penting kesemua baju Fat Face yang saya miliki adalah yang "muat perut"! 


Sebagai penutup, anda yang berminat untuk melihat-lihat pakaian yang ada, silalah berkunjung ke Facebook beliau.

Saya berharap perniagaan beliau akan mendapat sokongan dan berjaya memberi dan mengekalkan khidmat (servis) terbaik buat bakal pelanggannya. Khidmat yang bagus sentiasa dikenang pelanggan!

BUNKERING - teknik mencuri minyak di Nigeria (foto)

Dipetik daripada: Blogserius

Pencurik!


Bunkering ialah teknik mencuri minyak mentah di Nigeria di mana paip minyak dipecahkan dan minyak yang tumpah kemudian dikutip sebelum diproses oleh si pencuri. Kegiatan Bunkering dikatakan menyebabkan 1/5 dari hasil minyak Nigeria jatuh ke tangan pengusaha loji pemproses minyak yang haram. Bunkering adalah salah disisi undang-undang tetapi ianya gagal dibendung kerana sudah berleluasa selama bertahun lamanya. Pengusaha loji pemproses haram dapat mengaut keuntungan USD60 (RM180) sehari. Ianya mungkin tidak lumayan bagi kita tetapi ianya cukup lumayan bagi seorang warga Nigeria.






Laporan asal The Globe and The Mail

Friday, 18 January 2013

Mari lihat "Makanan Terakhir" banduan sebelum dihukum mati (foto)

Dipetik daripada: Blogserius

Makanan terakhir

Di USA juga masih sama seperti di Malaysia, hukuman mati mandatori masih lagi diamalkan bagi menghukum pesalah-pesalah berat. Banduan bilik akhir akan diberikan satu permintaan terakhir sebelum dihukum bunuh. Henry Hargreaves, seorang artis dari New Zealand menghasilkan set gambar di bawah yang memaparkan makanan-makanan terakhir banduan bilik akhir yang terkenal dalam sejarah Amerika Syarikat. Ada yang makan banyak dan ada yang makan sikit. Saksikan....


Laporan asal Lagweiledich

Pejabat Baru ADOBE di Salt Lake (foto)

Disumberkan oleh: Blogserius


Adobe!

Adobe ialah pengeluar program terkemuka seperti Photoshop yang memudahkan orang ramai mencipta gambar bogel tiruan Rozita Che Wan, Linda Rafar dan Zarina Anjoulie Lavoucah. Ia juga digunakan oleh akhbar tempatan untuk menunjukkan jumlah tetamu yang menghadiri majlis kelolaan kerajaan adalah 10 kali ganda lebih ramai dari realiti. Selain itu Pakatan Rakyat juga menggunakan 'shoop untuk menunjukkan Najib makan dengan Mongolia.

Well tahukah anda Adobe baru sahaja membuka pejabat baru mereka di Salt Lake City Utah? Pejabat baru ini dibina di sebuah bandar IT baru yang diberi jolokon Silicone Prairie. Ianya sebesar 280 000 kaki persegi dan mempunyai segala kelengkapan yang cool beans yang tiada di pejabat anda. 







Laporan asal Salt lake Tribune dan Wired


Rural Research and Planning Group (RRPG)

Rural Research and Planning Group (RRPG) is an international platform for meeting and networking among those specialists or experts and practitioners in the field of rural development and planning to discuss, exchange of experience, research finding and ideas, plan and organize activities for mutual benefit. It is based on volunteerism on the same interest on rural topic research, and development planning practices.


polite notice: this is not the official logo for RRPG


In the first time RRPG was initiated in 2009 by Assoc. Prof. Dr. Ibrahim Ngah (now a Professor) from Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Dr. David Preston, Oxford University United Kingdom, Dr Imam Buchori and Holi Bina Wijaya from Diponegoro University, Semarang Indonesia.

So far, RRPG had been conducted 3 series of meetings and international workshops. The first meeting and workshop was held in UTM, Johor Malaysia on 4-5th October 2010. It focused on the theme "One Village One Product, OVOP" which include discussion on the concept and experiences of implementations of OVOP and other similar or related concepts such as economic and industrial cluster in rural setting. The Meeting was continued with field visit of SME and tourism homestay in Johor. The 1st meeting has been successful in encouraging the knowledge and experience shares, and the establishment of a RRPG network.

The second meeting and workshop was held in Semarang, Indonesia on 19-20 September 2011. The theme of this second workshop is "Rural, Local Economic and SME Cluster Development". It is a continuation program activity of the RRPG. This second workshop is carried out by the Urban and Regional Planning Department of Diponegoro University in Semarang, Indonesia. It consists of a day international workshop and networking meeting in UNDIP campus, Semarang followed by a day field visit to tourism SME cluster surrounding Borobudur temple area, Magelang.

Meanwhile, the 3rd RRPG meeting and workshop was held in USM, Penang Malaysia on 1-2rd October 2012 with topic of "Cluster Development in Benefiting the Local and Regional Societies and Economies" was selected. During the first day of the meeting, a total of 15 research papers from various components of rural economic and cluster development have been presented and discussed. Second day of the meeting and workshop was a field visit to the SME park (food production) and homestay in Seberang Prai, Penang.

With consensus among RRPG's participants during the 3rd network meeting (in USM), the 4th RRPG meeting and workshop will be hosted by Institut Teknologi Bandung (ITB) with co-organiser, the Bandung Islamic University (UIB), Indonesia. This meeting will be held on 11 September 2013 (2 days event). The themes agreed for this coming meeting and workshop is Rural Transformation and Institutional Development.

New participants of institutions and individuals are welcome to joint and participate in RRPG network.

Original text by: 
Holi Bina Wijaya, UNDIP (Sept. 2011)

Edited and updated by:
KKamarudin, UTMRazak School (Jan. 2013; March 23rd 2013)

You are now can browse and/or download the full version of 2nd RRPG research papers (proceeding): Rural, Local Economic and SME Cluster Development (click title).

You can also view my travelblog regarding the 3rd RRP meeting and field visit which was held in USM Penang (1-2rd October 2012): "Catatan Perjalanan: RRPG 2012, USM Penang"

Thursday, 17 January 2013

T-35: Kereta Kebal Russia Dengan 5 Laras Meriam (foto)

Disumberkan oleh: Blogserius

Mother Russia

Sebelum ini kami ada paparkan konsep kereta kebal dengan 5 laras meriam. Bagi kami ia adalah rekaan yang sangat tidak praktikal kerana kereta kebal tidak memerlukan meriam utama yang banyak untuk berfungsi. Kami tidak tahu pada ketika itu sebenarnya Soviet Russia telahpun menghasilkan sebuah kereta kebal dengan 5 laras meriam. Kereta kebal ini ialah T-35 dan ianya dibina pada tahun 1934 sehingga 1941. 

T-35 merupakan kereta kebal utama Soviet sebelum perang dunia kedua meletus. Ia dilengkapi selaras meriam 75 mm, dua laras meriam 45 mm dan 2 laras mesingan 7.62 mm. Kereta kebal seberat 35 tan ini menjadi kebanggaan Soviet dan Stalin pada awalnya kerana ia merupakan satu-satunya kereta kebal dengan 5 rudal senjata. 

Apabila perang dunia kedua meletus kelemahan T-35 mula kelihatan. Kereta kebal ini terlalu perlahan dan berat dan tidak mampu menentang kereta kebal Panzer yang digunakan tentera Nazi. Selain daripada itu, T-35 mempunyai masalah teknikal yang kronik. Hanya 61 buah T-35 dihasilkan dan ia kemudiannya digantikan dengan kereta kebal lagenda T-34 yang lebih ringan dan hanya mempunyai satu laras meriam. 


What can we learn today? Banyak senjata tak semestinya efektif. Sometimes simplicity is the way to go.




Laporan asal Wikipedia 
Foto Dari SlackRatchet

Jangan Ponteng: Lihat kesusahan dan pengorbanan anak-anak ini untuk ke sekolah (foto)

Disumberkan oleh: Blogserius


Jangan ponteng

Sebelum ini ada kami paparkan sebab kenapa anda tidak harus ponteng sekolah. Hari ini mari kita lihat pengorbanan kanak-kanak yang tinggal di kawasan pendalaman untuk pergi ke sekolah. Semoga usaha mereka mendapat berkat dan mereka berjaya dalam hidup.



Laporan asal Kurio

Wednesday, 16 January 2013

Taman Bunga Hitachi Seaside Park, Ibaraki, Jepun (foto kegemaran)

nota: Setakat ini, merupakan posting yang paling saya suka sepanjang saya memetik artikel-artikel daripada blogserius.

Sumber dipetik: Blogserius


Cantik!

Taman Bunga ialah taman di mana meleis bercinta dengan awek mereka dan kemudian pretend macam it is the most exciting shit in the world. Honestly who bloody dates in a taman these days? Anyways taman bunga di Malaysia bosan. Year in year out tanaman yang sama boleh dilihat. Tetapi di Hitachi Seaside Park yang terletak di Ibaraki ianya berlainan. Bunga-bunga yang ada di taman bunga ini ditanam mengikut musim dan sentiasa berubah. 

Terdapat 170 spesis bunga ditanam setiap tahun dan di taman ini kenderaan adalah ditegah. Kami juga difahamkan kerusi nak melepak pun tak ada. Orang Jepun tahu kalau letak kerusi dan benarkan kenderaan pasti mat rempit Nippon akan jadikan taman ini taman cinta karat. Sangat cantik dan menarik. Pokok apa yang macam bola itu ye? Pokok Bola Hirohito? 






Laporan asal AmusingPlanet

Tuesday, 15 January 2013

Mojito: Kasut Tumit Tinggi Yang Unik (foto)

Dipetik daripada: Blogserius


Louboutin is so 2010

Kasut tinggi rekaan Christian Louboutin kini menjadi kegilaan seleb-seleb. Kasut Louboutin terkenal dengan rekaan tapak bewarna merahnya. Personally, kami suka some Louboutin shoes but lately bila ramai seleb pakai rasa bosan pula melihatnya. 

Oleh itu masa untuk memakai kasut rekaan baru yang direka oleh Julian Hakes. Julian Hakes ialah seorang arkitek dan beliau berjaya mereka Mojito, kasut yang dibina tanpa tapak kasut konvensional. Kasut ini mendapat namanya kerana ia kelihatan seperti kulit limau di dalam minuman koktel Mojito. Sepasang kasut ini dijual dengan harag GBP 155 (RM 755). Mahal tetapi semestinya lebih cool dari sepasang Louboutin!



Laporan asal Schuh

Lain padang lain belalang: Cara menangkap ikan ketika musim sejuk-beku di China (foto)

Disumberkan oleh: Blogserius


Sejuk

Di China anda tidak perlu menggunakan pancing atau menebar jaring untuk menangkap ikan. Di Bandar Xi'an, Provinsi Shanxi anda hanya perlu memecahkan ais yang memerangkap ikan di dalam sungai yang beku untuk mendapatkan ikan. Really cool stuff!



Laporan asal DailyMail