Monday, 14 January 2013

Satria Penyelamat Negara (foto)

Sumber: Blogserius


Listen! Listen! Listen! He is back!

Lama sudah kami tak paparkan komik nukilan kawan Lolyat kami HEXISM. Mari baca komik Wira Malaysia beliau di bawah. Epic lulz guaranteed.



Laporan asal Lowyat

Sunday, 13 January 2013

Apabila pemimpin politik bergaduh ala ROYAL RUMBLE (foto)

Dipetik daripada: Blogserius


Politik = Poly + Tics = Banyak Kutu Menghisap Darah

Ahli politik Malaysia suka cakap banyak dan suka berdebat. Sometimes.... sometimes I wish these fuckers would just get in a fight like it is Royal Rumble. At least ada hiburan untuk rakyat jelata. Cuba bayangkan kalau Mat Sabu gaduh dengan Nazri Aziz. Pastinya lulzy tahap gila babi. Di bawah ialah gambar ahli politik Taiwan, Ukraine dan India bergaduh. Entertainment! Sila bawak popcorn sendiri.

Laporan asal Reuters






Model-Model Kereta: Lama VS Baharu (foto)

Disumberkan oleh: Blogserius


Olskool vs Newskool

Mana lebih cantik? Kereta rekaan lama atau rekaan baru yang lebih moden? Personally kami rasa kereta barat rekaan lamanya lebih timeless tetapi bagi kereta buatan Asia rekaan baru lebih menarik. Inverse law!



Laporan asal  Autoblog

Saturday, 12 January 2013

Catatan Perjalanan: Penyelidikan di Pahang

Alhamdulillah, segala puji hanyalah bagi Allah, tuhan sekalian alam. Setelah seminggu "menghilang", akhirnya hari Ahad ini, berkesempatan juga untuk saya mengemas kini blog yang nampaknya mulai bersawang ini.

"Kehilangan seketika" ini adalah bagi memenuhi tuntutan tugas di luar kota iaitu mengikuti trip penyelidikan ke negeri Pahang Darul Makmur bersama beberapa sahabat.

Walaupun ini bukanlah kali pertama saya terlibat dengan aktiviti penyelidikan, pun begitu, perjalanan kali ini saya sifatkan amat menarik selain berinformatif kerana turut disokong dan disertai ramai pihak. 

Saya juga merasakan kumpulan penyelidik kali ini adalah yang paling pelbagai (berbilang agensi, latar kepakaran dan negara).

Kumpulan penyelidik ini dikepalai oleh Prof. Dr. Ibrahim Ngah dari Centre for Innovative Planning and Development (CIPD, UTM Skudai), bersama-sama Prof. Madya. Dr. Hamid Saad (FAB, UTM Skudai), En. Abd. Rahim Ramli (CIPD), saya sendiri (UTM Razak School), Prof. Emeritus Dr. Kunio Igusa (Ritsumeikan Asia Pacific University; Malaysia-Japan International Institute of Technology, MJIIT-UTM).

Selain warga UTM, kumpulan penyelidik turut disokong wakil UNDIP iaitu Bapak Holi Bina Wijaya (Dr. Joesron Alie Syahbana  dan Dr. Imam Buchori menyertai kami di KL).

(nota: penyelidik dari UTM dan UNDIP ini juga merupakan anggota dalam Rural Research and Planning Group, RRPG).

Penyelidikan di negeri Pahang ini merupakan kolaborasi dengan Sultan Ahmad Shah Environment Trust (SASET), sebuah NGO berteraskan Alam Sekitar dan Pembangunan Ekonomi Setempat (local economic development, LED), mengkhusus bagi negeri Pahang.


SASET dinaungi oleh Tuanku Sultan Pahang sendiri dan dipengerusikan oleh Sultanah Pahang. Lawatan kami kali ini juga turut disertai Dato' Aida Jusuf (CEO SASET) bersama-sama En. Ezan Ahmad (Pengurus bagi Kluster Heritage and Community Development) dan En. Muhd Firdaus Dev Abdullah (Pengurus bagi Kluster Environment Management Projects).

(nota: daripada kesemua yang terlibat, nyatalah yang saya adalah ahli yang paling muda. Manakala Prof. Igusa, 71 tahun adalah yang paling senior).

Bagi peringkat awal, dua buah daerah telah dikenalpasti untuk kajian (kampung lestari dan teknologi hijau bagi luar bandar) iaitu daerah Pekan dan Raub.


Hari pertama (Isnin) kami berkunjung ke Pejabat Daerah Pekan dan mengadakan pertemuan dengan Dato Mohd Fadzli Mohd Kenali, DO Pekan. Tujuan pertemuan adalah bagi menjelaskan hasrat menjalankan kajian dan menerangkan dengan lebih jelas berkenaan kajian yang sedang dijalankan. Kami mendapat kerjasama yang baik sepanjang berada di daerah Pekan.

foto: tinjauan di perkampungan nelayan di Skokoh. Dahulunya kampung ini didiami 5% Kemboja dan 95% Melayu. Hari ini (selepas 35 tahun), anda terbalikkan angka itu. Orang Kemboja di sini sememangnya memiliki daya keusahawanan yang tinggi.

Di daerah Pekan, kumpulan kami yang dipandu oleh Dev @ Firdaus telah dibawa meninjau beberapa kampung yang berpotensi bagi dijadikan kes kajian antaranya Skokoh, Kuala Pahang (perkampungan nelayan), Pahang Tua dan banyak lagi.

Daripada pemerhatian saya, kebanyakan kawasan kampung di daerah Pekan mengalami migrasi keluar (out-migration) yang ketara sehingga mengganggu program pembangunan kampung yang dirancang pihak kerajaan. Kekurangan belia, pemimpin pelapis yang keluar untuk mencari kehidupan menjadikan tanah ladang dan sawah padi telah tidak lagi diusahakan (terbiar). Bagi belia yang masih ada, tarikan kerja di bandar Pekan yang terletak dekat dengan kampung menambahkan lagi kerumitan bagi membangunkan sumber di kampung mereka sendiri.

Tinggallah pasangan pencen dan warga dewasa (dan tua) yang mencukupi dengan aktiviti ekonomi yang sedia ada terutama menoreh getah di kebun sendiri (cukup untuk sara hidup). Tanpa sokongan dan minat oleh golongan belia dan pemimpin pelapis (kumpulan aktif tenaga kerja), saya jangka menjadi cabaran besar terhadap mana-mana projek pembangunan untuk dijayakan di masa hadapan.

Apapun, Pekan adalah daerah yang amat beruntung kerana menerima banyak projek pembangunan oleh berbagai agensi kerajaan (terutama pemberian rumah). Mana tidaknya, semua agensi ini tentulah mahu "impress" dan menyumbang jasa kepada daerah kelahiran Perdana Menteri Malaysia ini.

foto: tinjauan di kawasan projek penanaman nenas madu dan pusat aktiviti penjaja di Jalan Nenasi-Rompin. Kebanyakan peniaga merupakan "orang luar Pahang". Ada yang datang sejauh dari Terengganu dan Kedah. Manakala, sebilangan lagi dikendalikan oleh warga Kemboja yang tinggal berhampiran.

Hari berikutnya, kami meneruskan tinjauan ke sekitar Nenasi dan Pahang Tua. Setiap kali kami berkunjung ke penempatan yang didiami warga asing (dari Kemboja dan Vietnam), Dev akan terlebih dahulu turun kenderaan dan berkata "no photograph and don't get out of the car unless I did said so". Ini kerana masih terdapat beberapa perkara sensitif dan rumit melibatkan komuniti ini.

Sepanjang perjalanan ke Nenasi, kami sempat singgah meninjau projek sarang burung walit yang banyak terdapat di situ. Rata-rata pemilik sarang burung ini adalah orang luar yang tinggal di kota. Unit bangunan yang biasa lazimnya menelan kos sehingga RM700k, manakala ada yang dibina sehingga mencecah kos RM3 juta! 

Kebanyakan rumah burung ini dilengkapi CCTV di mana pemiliknya yang tinggal di kota masih boleh mengaksess video yang dipasang daripada kediaman mereka (remote access).

foto: singgah di jalan Nenasi-Rompin membeli papan pemotong (kayu Tembesu) yang dihasilkan oleh Orang Asli (Jakun). Memang kreatif dan murah.

Pulang dari Nenasi, kami terus ke bahagian Selatan Pahang Tua meninjau aktiviti penternakan ikan Patin dalam sangkar di sepanjang Muara sungai Pahang.

"Sayup mata memandang" - itulah yang boleh saya gambarkan setelah melihat deretan sangkar-sangkar ikan di sepanjang sungai. Harap anda tidak terkejut kerana hampir keseluruhannya dimiliki dan dikendalikan oleh orang Vietnam. Mereka juga mengawal dan menentukan pasaran ikan Patin di sekitar kawasan ini. 

foto: meninjau ternakan ikan dalam sangkar. Antara isu kritikal adalah pembuangan plastik makanan ikan terus ke Sungai Pahang selain petempatan di sepanjang sungai yang tiada sistem pembetungan dan pengurusan sampah yang teratur. Ancaman kepada alam sekitar dan hidupan sungai.

Hari seterusnya kumpulan kami dan SASET bergerak ke daerah Raub. Tiba di Pejabat Daerah Raub, rombongan kami disambut dan diberi taklimat pembangunan daerah oleh Dato' Haji Ismail Mohd Ali, DO Raub.

Berbeza dengan Pekan yang sibuk dengan "pelbagai projek", suasana di Raub sedikit aman dan rileks. Bagi daerah Raub, dua kawasan dikenalpasti berpotensi untuk dijadikan kes kajian iaitu di Mukim Batu Talam dan Mukim Dong.

foto: tinjauan ke Batu Talam (Lata Lembik), kawasan yang berpotensi bagi dibangunkan dengan Kluster ecotourism dan rural SMEs. Bergambar bersama "Pak" Igusa. Prof boleh berbicara dalam bahasa Indonesia dengan baik kerana pernah bertugas selama 4 tahun di sana.

Semasa di Raub kumpulan kami bermalam di Kampung Peruas, Dong. Kawasan rehat ini dimiliki dan dikendalikan oleh Haji Mustafa (pesara TNB dari Kelantan - orang Kg. Tan Sri Annuar Musa).

foto: setelah beberapa hari mengadu "tak bersenam" akhirnya Prof. Ibrahim memenuhi hajat saya untuk buat 'walking' di sekitar kampung Peruas. Sarapan pagi diisi dengan sesi sembang bersama Haji Mustafa. Usahawan dari Kelantan ini unik kerana membangunkan chalet berkapasiti lebih 200 pengunjung secara "sedikit demi sedikit" tanpa sesen pun pinjaman bank.

Bagi kami, adalah menjadi isu yang lazim di antara warga asal kampung dengan orang yang datang dari luar mengenai cara untuk membangun dan mengurus kampung. 

Bagi individu seperti Haji Mustafa yang mana operasi chalet beliau amat bergantung kepada keaslian alam semulajadi (hutan dan sungai - ada kawasan bunga 'pakma' @ reflesia), sebarang penerokaan hutan dan pembangunan di kawasan sumber alam seperti pembukaan ladang sawit dan cadangan pembinaan jalan merentasi hutan, berkemungkinan besar untuk merosakkan alam sekitar dan sungai - pelancong tidak lagi datang andainya berlaku.

Manakala, di pihak orang kampung pula mereka perlu mengusahakan ladang dan membina jalan untuk merancakkan pembangunan ekonomi dan menaikkan taraf hidup mereka. Dilema bukan?

Dua hari di Pekan dan dua hari di Raub membuka mata dan minda kami akan isu dan situasi yang dialami oleh masyarakat luar bandar di kawasan yang kami lawati. Banyak pengalaman dikutip sepanjang perjalanan. Ramai orang baik dan berjasa telah kami temui dan kenali. 

Moga Allah memberkati usaha dan tugas kami demi ilmu dan demi membawa kami lebih dekat kepadaMu (melalui pemerhatian terhadap ciptaan-ciptaanMu di sepanjang perjalanan).

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh hamba menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
InsyaAllah akan kita berjumpa lagi.

Thursday, 3 January 2013

YOGA YAHUDI : HALAKHAH COMPLIANT (foto)

Sumber dipetik: Blogserius

Yoga Beard!


Di Malaysia, terdapat fatwa yang mengharamkan Yoga dilakukan oleh muslim. Ini adalah kerana Yoga dikatakan mampu merosakkan akidah umat Islam. Di Ramat Beit, Jurusalem terdapat sebuah studio yoga khas untuk penganut Yahudi ortodoks. Di sini, Yoga yang dilakukan memenuhi kehendak hukum syara' Yahudi yang dikenali sebagai Halakhah. Tidak ada percampuran antara lelaki dan wanita di sini dan elemen-elemen Hindu yang boleh merosakkan akidah Yahudi dan mencintai Yahweh tidak diamalkan. Mungkin di Malaysia pihak tertentu Hijabis dan Yizlumik boleh membuka pusat yoga Syaria complaint juga.



Laporan asal Reuters

Racist bastard!

                


Pro Patria VS Ac Milan Friendly Match (03-01-2013) - game stopped for racist chanting.

Biskut Cawan Kopi - idea baharu untuk penggemar Kopi (foto)

2 dalam 1

Anda seorang penggemar kopi? Jika YA, inovasi berikut mungkin memberikan khabar ceria buat anda. Pereka Sardi Innovation telah mengambil inisiatif menghasilkan rekaan cawan biskut yang diselaputi lapisan gula khusus untuk penggemar kopi. Bak kata pepatah "sambil menyelam minum kopi air". Sambil anda menghirup cappuccino ataupun espresso di dalam cawan yang unik ini, anda kemudian boleh terus menggigit dan "memakan cawan" tersebut. Selain rasanya yang sedap, cawan unik ini juga mesra alam sekitar apabila dapat mengurangkan penggunaan air dan bahan kimia pencuci. Pintar!



Laporan Asal: YANKODesign

Wednesday, 2 January 2013

Sekolah untuk Orang Asal Ecuador (foto)

Nota kaki:

Di negara kita, susah nak cari "sekolah komuniti". Kalau adapun, tadika mahupun "sekolah pondok" kesemuanya hendak dimodenkan. Sekolah kita tidak lagi menyimpan keunikan atau menghadirkan suasana yang "alami" bagi para pelajar mententeramkan diri mereka di samping menelaah pelajaran. Pada kita, yang terbaik semua perlu ikut sukatan dan piawaian. Akhirnya yang keluar semua "ikut piawaian", namun tiada keunikan. Such a shame..

-------------------------------------------
Disumberkan oleh: Blogserius

Nice!


Tidak seperti di 1Malaysia, orang asal Ecuador tidak mendapat perhatian sepatutnya dari kerajaan. Di Manabi Ecuador, komuniti orang asalnya tidak mempunyai bangunan sekolah mereka sendiri. Jadi apa yang mereka lakukan? Mereka membina sekolah mereka sendiri dengan menggunakan bahan yang mudah mereka perolehi di kawasan pendalaman. Sekolah ini dibuat daripada buluh bagi memastikan sekolah ini sentiasa sejuk dan memastikan pelajar sentiasa selesa. Cool beans.  



Laporan asal Architizer

Casing iPhone dengan fungsi SwissArmyKnife (foto)

Dipetik daripada: Blogserius

i-McGuyver!


Sebenarnya kami jeles dengan pengguna iPhone di luar sana. Ini adalah kerana iPhone mempunyai banyak casing yang cool beans. Sebagai contoh ialah casing TaskOne di bawah ini. Ia mempunyai sebuah pisau askar Swiss yang terbina dalam. Kini casing anda bukan sahaja boleh mempertahankan iPhone anda dari rosak, kini ia boleh digunakan untuk membaiki kerosakan sekitar rumah anda. Sebuah TaskOne dijual dengan harga USD90 (RM 270) sebuah. Agak mahal tetapi ianya pasti akan kami beli.......... if we can afford an iPhone5 that is. Which we can't!

(atau boleh menjadi alatan baharu untuk prilaku jenayah..?)



Laporan asal TaskLab

Tuesday, 1 January 2013

Kuat pokok kerana akarnya: Menangani Pengaruh Isa Samad

1) Harakah versi cetak hari ini (Selasa) mengeluarkan laporan mengenai Himpunan Oren yang berlangsung di hadapan Wisma FELDA sebaik selesai solat Jumaat yang lalu. Turut dinyatakan bahawa salah satu tuntutan daripada pihak penganjur perhimpunan adalah bagi mendesak pengunduran Tan Sri Isa Samad daripada terus mengepalai FELDA.

2) Bagi saya pula, inilah kali pertama berada hampir dengan perhimpunan jalanan. Mungkin disebabkan ianya berkebetulan berlaku hampir dengan masjid tempat saya selalu bersolat (Masjid UTM Jalan Semarak).

3) Apapun, sebagai "orang luar" (bukan warga FELDA, bukan pendokong mana-mana ideologi politik), tidaklah saya layak untuk menghukum tindakan mereka berkumpul secara aman di kawasan yang sesak dan serba sibuk itu sebagai tindakan yang betul, mahupun sebaliknya. Cuma, sebagai individu yang memerhati, bagi saya eloklah memilih "melakukan perubahan dengan tangan (mengundi), berbanding dengan menggunakan kaki (di jalanan)".

4) Tempoh masa ke arah PRU ke-13 sudah begitu hampir dan cara berdemo, walaupun bukan kali yang pertama dilakukan terhadap Isa Samad, sehingga kini belum mampu meruntuhkan keyakinan masyarakat mahupun warga FELDA seluruhnya terhadap pentadbiran beliau.

5) Apapun, setiap orang yang diiktiraf sebagai warga negara ini tentunya ada cara fikir dan cara bertindak mereka yang tersendiri. Barangkali juga, warga FELDA yang hadir berdemo lebih maklum akan isu dan permasalahan dalaman yang menghantui mereka berkaitan tindakan Isa Samad yang menguruskan hal-ehwal FELDA sejak kebelakangan ini.

6) Kecaman dan kritikan terhadap Isa Samad oleh kumpulan Himpunan Oren ini bukanlah perkara baru mahupun kali pertama dilakukan. Sepanjang menerima kritikan dan tekanan oleh ANAK (badan "tidak bebas" yang memperjuangkan isu FELDA di bawah PAS), saya dapati Isa masih mampu bertahan, malah sebagai seorang ahli politik senior yang kaya pengalaman dan masak dengan selok-belok politik, beliau dilihat pandai menggunakan media arus perdana untuk menangkis segala tohmahan yang dilemparkan, bahkan turut 'memulangkan paku buah keras" kepada kumpulan yang menentangnya.

7) Pada saya, pihak yang berkehendak agar usaha yang mereka lakukan mendatangkan impak yang "diharapkan" perlulah menyiasat di manakah letaknya kekuatan Tan Sri Isa Samad. Untuk lebih faham maksud saya, sila perhatikan rajah di bawah:


8) Jika diperhatikan, usaha "menjatuhkan" Tan Sri Isa daripada kerusi pengerusi FELDA, tidaklah sama dengan usaha "membersarakan" Dato' Seri Shaharizat Jalil daripada kerusi Menteri Pembangunan Wanita di atas skandal NFC. Ini kerana sekalipun Dato' Shaharizat mempunyai kedudukan yang besar dan "merimbun", beliau tidak memiliki "akar" yang kuat kerana telah tewas di Lembah Pantai pada PRU ke-12 yang lalu. Berbanding Isa, beliau masih memiliki kekuatan akar umbi (sebagai ADUN), yang mana setakat ini langsung tidak digugat serta ditentang secara politik.

9) Saya tidak jangka Isa akan terkesan dengan cemuhan dan bantahan yang mengambil tempat ke atas beliau. Jika pembangkang hanya "meracun pokok" (imej) Isa di dalam isu FELDA, mereka tidak mampu mematikan pengaruh Isa. Melainkan mereka perlu aktif untuk turun ke "akar" yang menjadi sumber kekuatan Isa. Barangkali di situlah mereka berkemungkinan ada peluang untuk menggugatnya - iaitu menggesa perubahan dilakukan MENGGUNAKAN TANGAN (melalui kuasa undi dalam pilihanraya).

10) Tetapi, adakah kumpulan yang bersemangat untuk melakukan perubahan MENGGUNAKAN KAKI ini sedar akan kemungkinan dan peluang ini, dan turun menziarah ke Bagan Pinang sebelum PRU ke-13?

Sekian.