Sunday, 7 October 2012

Berhujung Minggu - Tilly Bagshawe, Mengaji & Cili

Penangan "Angel of the Dark"

Alhamdulillah, Allah bagi panjang umur sehingga saya dapat bertemu lagi sebuah hujung minggu untuk diisi dengan berbagai perkara serta aktiviti bersama keluarga.

Waktu hujung minggu kali ini saya rasakan kegiatan  yang dibuat telah diseimbangkan antara kegiatan di luar dan juga di dalam rumah. 

Di dalam rumah, bacaan politik terpaksa diketepikan buat sementara waktu bagi memberi laluan kepada karya oleh penulis kegemaran saya iaitu Sidney Sheldon. Dengan berpandukan kepada manuskrip yang ditinggalkan mendiang Sidney, penulis novel prolifik, Tilly Bagshawe tampil mengambil peranan bagi memastikan karya berjudul "Angel of the Dark" ini disiap dan dipersembah kepada para peminat Sidney Sheldon seperti saya dan isteri.

Best jalan ceritanya, ada dijual di toko buku seperti MPH

Bermula petang Jumaat dan sehingga tengah hari tadi (Ahad) akhirnya novel tersebut berjaya jua saya habiskan (membacanya). Saya tidak berapa pandai untuk menggunakan teknik membaca secara "skip" (tidak membaca huraian yang tidak penting), saya masih membaca setiap perkataan di setiap muka surat sehinggalah ke kulit belakang. Puas hati.

Iqra'

Minggu ini juga Mawaddah memulakan kelas mengajinya dengan ibu selepas solat Maghrib. Alhamdulillah, sambutan yang diterima adalah menggalakkan, walaupun ia masih tidak ibu jalankan secara kerap. 

Biarlah minat itu datang sendiri melalui dorongan dan galakan oleh kami berdua. Lagipun dia masih kecil, belumpun masuk umur 4 tahun.

Siapa ajar siapa pulak nih...?

Saya yang memerhatikan dia belajar mengenal huruf asyik rasa nak tergelak saja, terutama melihatkan dia bersungguh-sungguh mengaji, menyebut huruf-huruf dalam buku Iqra' dengan pelat "minah saleh". Terangguk-angguk kepalanya bak orang Jepun setiap kali cuba mengikut dan meniru gaya sebutan ibu. 

Belajarnya juga tidak panjang, sekadar sa-muka sebagai "membudayakan" Al-Qur'an pada dirinya. Mudah-mudahan usaha ini menjadi pelaburan akhirat buat dirinya dan kedua orang tuanya juga.

Cili, kacang botol & limau

Bagi anda yang sering melayari blog ini tentu sedia maklum akan hobi saya dan isteri yang gemar bercucuk-tanam di sekitar kawasan rumah.

Alhamdulillah, hujung minggu ini telah kami luangkan untuk "menaik taraf" laman hadapan dengan menyediakan plot tanaman untuk sayur-sayuran dan pokok yang kami rasakan lebih mendatangkan manfaat (selain boleh menjadi hiasan di laman).

Petang Sabtu dan pagi Ahad telah kami jalankan kerja-kerja penyediaan plot untuk menanam sayur (secara gotong-royong bersama Mak dan Ayah). Setelah pokok-pokok bunga yang asal kami buang, diganti dengan tanaman sa-pokok limau kasturi, sa-pokok limau purut, serai dan juga ulam raja. 


Kami juga turut mendapatkan bekas tanaman bagi menyemai benih kacang botol. Kami juga turut memindahkan pokok-pokok cili yang berada di belakang rumah, ke bahagian hadapan bagi mendapat lebih pencahayaan. Ini kerana kedua jiran di belakang telah menanam pokok pisang yang mana daunnya telah masuk ke laman rumah kami sehingga menghalang cahaya matahari.

Alhamdulillah, hasil kerja keras semua yang terlibat, bukan sahaja operasi penyediaan plot tanaman yang baharu berjaya disiapkan, malah turut melibatkan kerja-kerja pemotongan rumput dan pembersihan di sekitar rumah.

Melihatkan buah-buah cili yang banyak (tak sempat nak kira), saya amat bersyukur kerana apa yang diusahakan sejak 3 bulan yang lepas semakin menampakkan hasilnya, Alhamdulillah. Selepas ini, kita tinjau pula kisah kacang botol dan kacang bendi pula.

Saya suka menyarankan kepada rakan-rakan di luar sana, yang barangkali sedang memikirkan aktiviti untuk hujung minggu, sekiranya anda malas untuk keluar jauh - mengapa tidak cuba untuk bercucuk tanam? 

Anak-anak kecik sebenarnya suka "membantu" kita berkebun. Mulakan dengan menanam sayuran (secara organik) yang mudah dijaga selain praktikal seperti serai dan kunyit yang boleh ditanam di dalam pasu dan ianya agak lasak.

Saturday, 6 October 2012

Lagi Plagiat

Seorang rakan mengadu kepada saya mengenai kegiatan satu pihak yang telah mengambil ilmu beliau tanpa mengiktiraf beliau sebagai pencetus yang asal (atau diistilahkan sebagai plagiat).

Simpati saya kepadanya, kerana terpaksa berhadapan dengan manusia-manusia yang tidak amanah terhadap ilmu mahupun apa jua maklumat yang mereka kutip, malah melapor dan membentangkan idea yang diceduk daripada orang lain itu seolah-olah ia adalah ideanya sendiri yang asal lagi tulen. What a shame!

Sumber foto (SINI)

Saya nasihatkan beliau agar bersabar dan membuat komplen sekiranya tahu "pencuri" idea dan penulisan beliau itu. Apalah yang payah sangat untuk "acknowledge" (mengiktiraf) sumber/penulis asal bahan tersebut dipetik. Come on, have some decencies towards your fellow bloggers!

Kegiatan menceduk artikel orang lain di blog dan laman web, untuk diterbitkan sebagai seolah-olah ianya buah fikiran si penceduk itu sendiri (hanya edit sikit-sikit seperti tukar tajuk, saiz font dan saiz foto) merupakan suatu perbuatan yang tidak amanah terhadap ilmu selain berdosa dengan individu yang asal, yang bersusah payah memikir, merancang, membuat kajian dan menulis sesebuah artikel tersebut.

Dosa dengan tuhan boleh bertaubat, tetapi dosa terhadap insan, jangan dibuat sebarangan. Saya juga katakan kepada sahabat itu bahawa telah beberapa kali saya mengesan kewujudan aktiviti peniruan atau plagiat di laman web dan blog. 

1) Plagiat buku/tesis saya oleh "penyelidik" IPTA: "Tesis-ku diplagiat" (Klik Tajuk).

2) Artikel plagiat di Tranungkita: Memalukan (Klik Tajuk).

Saya kongsikan sebagai pengajaran kita dan semoga kita dapat memperbetul kelemahan diri dan berusaha untuk menjadi insan yang beramanah dengan ilmu, dan apa yang kita "copy n paste" daripada pelbagai sumber, dengan cara yang dibenarkan.

Allah lebih mengetahui.

Friday, 5 October 2012

Bangunan Berbentuk "Seluar" di China (foto)


Seluar Panjang

Setelah tersarung ke dalam kasut (dibina di atas tapak), kini bangunan berbentuk seluar mula mendapat perhatian pelbagai pihak. Dibina dengan kos sekitar $700 juta oleh arkitek British, RMJM, bangunan yang dikenali sebagai Gate to the East (atau Gate of the Orient, 东方之门), kini hampir siap dibina di bandar Suzhou.

Rekabentuk ini dipilih daripada lebih 10 cadangan lain yang dikemukakan firma-firma arkitek terkenal antarabangsa. Bagi pihak berkuasa China, rekaan RMJM tentang Gate to the East ini menampilkan garisan geometri mudah yang melambangkan susuk sebuah pasu tradisional China (Chinese traditional vase), selain berbentuk pintu gerbang bandar.

Bagi firma UK itu juga, mereka ternyata lega dengan kejayaan rekabentuk mereka dan menyifatkan pencakar langit itu sebagai “a dramatic iconic gateway to the city of Suzhou”. Pun begitu, para netizens ternyata tidak begitu gembira. Mereka lebih selesa menggelarkan bangunan tersebut dengan nama “Pants of the East”, bukannya Gate to the East.

Sekalipun dianggap sebagai bahan jenaka oleh sebahagian penduduk bandar tersebut, Gate to the East ini dijangka disiapkan menjelang akhir tahun ini seterusnya menjadi mercu tanda kepada Suzhou di samping memegang rekod dunia sebagai bangunan terbesar berbentuk gerbang (69 tingkat). Apabila beroperasi kelak, bangunan tinggi ini akan menempatkan unit-unit hotel mewah, ruang pejabat dan pusat membeli-belah.

Sumber asal: ChinaBuzz

Toyota Prius Camper (Foto)

Sumber: Blogserius


What the Duck?

Ini ialah Toyota Prius Camper, variant Prius untuk mereka yang sukakan aktiviti luar. Tak boleh nak komen banyak kecuali.......... what the hell? Proton Saga FLX lebih cantik kot.!



Laporan asal AutoEvo

Thursday, 4 October 2012

Apakah Di Dalam Perut Wanita Ini? (Foto)

Sumber dipetik: Blogserius

Holy medical procedure Batman!

Cepat teka............ apakah yang tersembunyi dalam perut Jamie Hilton(36). bekas Mrs Idaho 2009 ini. Siapa dapat teka memang power. 

Ianya sebahagian tengkorak kepala beliau. Jamie, ibu kepada tiga orang anak ini mengalami kecederaan teruk pada kepala beliau setelah terjatuh dari ketinggian 12 kaki Jun lalu. Apabila tiba di hospital doktor mendapati otak beliau mula membengkak dan bagi mengurangkan tekanan di dalam tengkorak, 25% tengkorak kepala beliau dibuang. Sementara menunggu otak Jamie kembali normal, bahagian tengkorak beliau disimpan di bahagian abdomen selama 42 hari bagi memastikan ianya boleh disambungkan semula. Sepanjang tempoh tersebut Jamie terpaksa memakai topi keledar untuk mengelakkan kecederaan pada kepala beliau. 

Ogos lalu bahagian tengkorak Jamie dikembalikan semula ke bahagian kepala. Beliau kini kembali bekerja tetapi dengan satu kesan sampingan dimana deria rasa dan bau beliau kini masih belum pulih sepenuhnya. Diharap Jamie dapat kembali normal selepas ini. 


Laporan asal Jamiehilton via IO9

Demo Anti-Nuklear di India (foto)

Dipetik daripada: Blogserius


Nukes? No, thank you!

Di Tuticorin, Tamil Nadu, India berlaku satu demo anti nuklear besar-besaran oleh penduduk berhampiran Stesen Janakuasa Nuklear Koodankulam. Seramai 10,000 penduduk berdemo kerana tidak mahu stesen janakuasa ini beroperasi. Stesen Janakuasa Nuklear Koodankulam minggu lalu menerima bahan api nuklearnya bagi memulakan operasi sudah tertangguh sejak Disember tahun lalu kerana tentangan penduduk setempat. 

Penduduk di Tuticorin risau kejadian yang serupa di Fukushima, Jepun akan berlaku dan kehidupan mereka sebagai nelayan bakal terjejas. Selain berdemo di tepi pantai, sebanyak 500 bot nelayan turut cuba menghalang kapal yang membawa bahan api nuklear dari memasuki kawasan stesen janakuasa. Demo mereka bagaimanapun gagal kerana kehadiran pengawal pantai.

Stesen Janakuasa Nuklear Koodankulam diberikan kebenaran beroperasi dan diisyhtiharkan selamat oleh kerajaan pusat. Sungguhpun begitu, kegusaran orang ramai masih berasas kerana pihak pengusaha stesen masih belum mematuhi 14 saranan keselamatan yang diberikan kerajaan bagi memastikan insiden seakan di Fukushima tidak berlaku di sini. Rekaan stesen dari era Soviet juga menambahkan lagi ketakutan penduduk setempat. 

Sampai begitu sekali mereka berdemo. Kita bersyukur  di Malaysia penduduk tempatan tidak demo macam ini di LYNAS. Semua tunggu tangan tumbuh lapan dan sperma kepala 3 baru mahu berdemo agaknya...LOL#




Laporan asal IBTimes 

Pesawat Peribadi Jackie Chan (Foto)

Disumberkan oleh: Blogserius

Duta Embraer


Tahukah anda Jackie Chan ialah duta jet peribadi berjenama Embraer di China? Beliau menerima sebuah pesawat Embraer Legacy 650 bernialai USD 30 (RM 91 Juta) sebagai sebahagian dari syarat penajaan beliau. Pesawat ini diberikan livery khas jenama JACKIE pada bahagian tepi dan ekor. Pesawat ini mampu terbang pada kelajuan 834 km/j dan membawa 13 orang penumpang. 

Untunglah jadi duta produk. Dapat pesawat percuma. Di Malaysia baru dapat pinjam pesawat peribadi untuk tujuan politik kena hentam oleh cybertrooper. Betul tak Anwar Baim?




Laporan asal ChinaBuzz

Wednesday, 3 October 2012

PENANG (Siri 1)

Ahad lepas (30 Sept 2012) saya berlepas ke Pulau Pinang (ke USM) bagi menghadiri satu bengkel dan perjumpaan tahunan para penyelidik dan pengkaji bidang kedesaan / luar bandar. Kumpulan ini dikenali sebagai Rural Research Planning Group (RRPG). Ianya ditubuhkan pada tahun 2010 melalui inisiatif Prof. Dr Ibrahim Ngah (UTM Skudai - tahniah di atas anugerah Professorship "my dear father and mentor") bersama rakan-rakan dari Universitas Diponegoro (Indonesia), David Preston (Oxford University) dan Universiti Sains Malaysia (USM).


Saya mengambil penerbangan dari Subang Airport menggunakan pesawat Firefly. Perjalanan ke Bayan Lepas Airport hanya mengambil masa selama 1 jam. Tiket pergi-balik berharga RM 237.90. Pertama kali menaiki pesawat Firefly yang kecil, saya sifatkan ianya masih selesa, menetapi masa selain "simple and practical" (check-in cepat, pergerakan ke pintu berlepas yang mudah, ruang bagasi yang selesa sekalipun pesawatnya kecil, muffin dan air jus juga diberi percuma). Di Subang Airport juga saya sempat bersembang dengan Ust. Nik Abduh (anak Tok Guru) yang sedang menunggu penerbangan pulang ke Kota Bharu.

Tiba di Penang, saya dijemput oleh penyelidik USM, Colinious Atang @ Colin dan dibawa untuk check-in di hotel. Di sana saya dipertemukan para peserta RRPG yang lain dari Malaysia (UTM dan USM), Indonesia (Diponegoro, ITB, Seogijapranata Catholic University), Thailand (Mahidol Uni) dan Vietnam (Vietnam National University Ha Noi).

Bagi bengkel dan perjumpaan (3rd International Workdshop and Meeting 2012) tahun ini, tema yang dipilih penganjur (USM) adalah "Cluster Development in Benefiting the Local and Regional Societies and Economies". Seminar bertempat di Sekolah Pengajian Ilmu Kemanusiaan, USM dan saya juga turut berpeluang membentangkan sebuah kertas penyelidikan berkaitan "bidang kesukaan" saya iaitu Sustainable Community Based Rural Tourism (CBRT). Seperti mana-mana seminar, ianya berjalan sebagaimana lazim. Sebanyak 15 kertas penyelidikan dan satu key paper telah dibentang dan dibedah secara terperinci. Seminar tamat sekitar jam 5.30 petang.


Di kampus USM juga saya berpeluang bertemu jiran lama sewaktu di Oxford dulu-dulu. Kami sempat bersembang dan kemudian keluar "pekena" nasi kandar yang tentunya sinonim dengan Pulau Pinang. Apabila lama tidak bertemu makanya banyak topik yang dibincangkan. Antara yang saya ingat adalah mengenai "otak mahasiswa", Bajet 2013, harga rumah dan kereta, Suaram, isu Hudud, pembedahan lasik dan isu-isu semasa (mostly on local politics). Beliau turut menghadiahkan naskah lama yang ditulisnya sebagai tanda kenang-kenangan.

Agri-Based Industrial Park

Hari kedua program, pihak penganjur membawa para peserta RRPG melawat ke beberapa kawasan perusahaan desa berkelompok di sekitar Seberang Perai antaranya:

1) Agri-Based Industrial Park di Kubang Menerong.
2) Restoran Puncak Mutiara di Sg. Pelet, dan
3) Homestay Mengkuang Titi.

Bagitupun, bagi Siri 1 ini, saya hanya mengupas serba-sedikit mengenai pengalaman berkunjung ke projek Inkubator Perusahaan Kecil dan Sederhana (IKS) seliaan PERDA (Penang Rural Development Authority) yang terletak di Kubang Menerong.

Projek inkubator ini disertai seramai 7 pengusaha IKS yang mengkhusus kepada penghasilan produk desa tertentu, antaranya pembuatan Roti Paratha, Kicap dan Sos, Kuih-Muih Moden, Kuih-Muih Tradisional, Kerepek Ubi Kayu berperisa, Kerepek Nenas, Kuih Pau segera dan sebagainya. 

Di bawah inisiatif Perda, produk-produk yang dihasilkan telah dipromosi dan dipasarkan di bawah satu jenama unggul iaitu "Pinang".


Konsep "kluster" yang dibentang dan difahami oleh peserta RRPG adalah dengan mengelompokkan para pengusaha berbagai produk ini di bawah satu bumbung, terancang, moden dan berskala perusahaan. Para pengusaha juga SEHARUSNYA mampu berkongsi dan membina network (apabila telah dikelompokkan di satu tempat/zon) dengan berkongsi kemudahan mendapatkan bahan mentah (raw material), sumber buruh dan kemudahan pembungkusan dan pemasaran.


Begitupun, hal yang SEHARUSNYA berlaku, tidak berlaku di dalam perlaksanaan projek ini kerana pengelompokkan para pengusaha IKS ini hanya berlaku secara fizikal, tanpa kewujudan jaringan/networking ataupun interaksi di antara satu pengusaha dengan pengusaha yang lain. 

Masing-masing beroperasi di dalam unit kilang yang disewakan mereka dengan kadar antara RM500-RM1200 sebulan mengikut saiz.

Menurut COO Perda bagi projek ini, dua (2) masalah utama telah dikenalpasti. Beliau mengharapkan supaya pihak lain yang terlibat/bakal terlibat dengan projek kluster IKS dapat mengambil iktibar agar "kesilapan" ini tidak diulangi di mana-mana tempat dan di masa yang akan datang.

Pertamanya, pemilihan peserta yang benar-benar layak, berminat dan komited untuk berkecimpung di dalam projek inkubator ini secara jangka panjang dan menguntungkan. Memandangkan projek inkubator ini melibatkan peruntukkan terus oleh Jabatan Perdana Menteri (projek Kerajaan Pusat), ianya, pada peringkat awal, diserahkan kepada peserta yang "ada connection" dengan "orang tertentu" justeru membantu mereka memperoleh tempat di dalam projek tersebut.

Begitupun, peserta dengan "kelayakan politik" ini tidak serius, tidak komited (operasi secara part-time) selain tidak memiliki kemahiran, modal dan buruh yang sesuai untuk mengendalikan perusahaan sehingga membawa kepada kegagalan mereka memenuhi pesanan yang diminta pelanggan. Akhirnya pelanggan lari dan reputasi jenama yang mereka bina dengan kos yang besar menjadi tercalar dan tidak lagi diyakini pasaran.

Masalah kedua, apabila ianya projek dari "kerajaan pusat", tentulah melibatkan perebutan kontrak tertentu di dalam pembekalan mesin-mesin yang akan digunakan oleh para pengusaha untuk menghasilkan produk mereka. Bagitupun, terdapat sesetengah mesin yang dibekalkan tidak diuji terlebih dahulu kesesuaiannya untuk kegunaan para pengusaha. 

Maka apa yang berlaku, mesin yang sepatutnya menghasilkan karipap, tidak menghasilkan karipap. Ini telah menimbulkan "set-back" kepada usahawan yang komited memulakan operasi mereka.

Bagi masa depan, pihak Perda "telah mempelajari daripada kesilapan lampau" di mana bagi pusingan berikutnya, pemilihan para peserta inkubator dibuat lebih ketat bagi memastikan hanya yang berminat, komited dan berkelayakan sahaja dipilih, diberikan kemudahan kilang dan mesin (secara sewaan bulanan) dan dibantu usaha promosi dan pemasaran.

Setiap peserta inkubator juga disediakan "exit policy" di mana selepas 2 tahun beroperasi, mereka akan "dihalau keluar" daripada bangunan inkubator untuk menjalankan perusahaan secara berdikari.

(nota: exit policy ini selari dengan fungsi sesebuah "inkubator" iaitu membantu "menguatkan benih". Setelah kuat, ianya dikeluarkan untuk ditanam dan "dibiar membesar di luar" dengan sendiri).

Sungguhpun pemahaman agensi yang terlibat dengan "maksud pembangunan IKS kluster" adalah berlainan daripada konsep yang diutarakan, ternyata para peserta inkubator di Kubang Menerong telah beroleh manfaat hasil pertambahan jualan sehingga sesetengah produk seperti Roti Paratha jenama Pinang sudah memasuki pasaran Jepun dan Timur Tengah.

Syabas!

Akan datang: Siri 2 - Puncak Mutiara (perusahaan restoran dan ladang kambing) milik pesara kerajaan di Kampung Pelet.

Projek Pemulihan Sungai, Pasig River Manila (foto)

Disumberkan daripada: Blogserius

Mengkagumkan

Kami yakin anda pernah melihat keadaan sungai di kota Manila yang terkenal dengan lambakan sampah yang menjijikkan. Ini adalah kerana kehadiran rumah setinggan di tebing-tebing sungai. Sampah yang dibuang dari rumah setinggan ini mengakibatkan Sungai Pasig menjadi antara sungai paling tercemar di dunia. Sekitar 1990-an, kualiti air sungai ini sangat teruk sehingga Jabatan Alam Sekitar Filipina mengisytiharkan ia tidak lagi mampu menampung kehidupan biologikal. 

Sungguhpun begitu, penduduk setinggan di atas Sungai Pasig masih mandi-manda dan meminum air dari sungai yang maha tercemar ini. Pada tahun 1999 projek pemulihan Sungai Pasig dimulakan. Projek bernilai USD200 juta (RM 600 Juta) yang akan dijalankan berperingkat-peringkat dalam tempoh 15 tahun. Sepanjang tempoh itu, seramai 750 000 orang penduduk setinggan dipindahkan ke penempatan baru yang dibina kerajaan. Sungai Pasig dibersihkan dan didalamkan bagi memudahkannya mengalir. Selain itu oksigen juga dipam ke dalam air bagi membenarkan ia menampung kehidupan biologikal. Hasilnya ialah Sungai Pasig kini kelihatan cantik dan bersih.

Adakah anda rasa Sungai Klang juga mampu dikembalikan kepada rupa asalnya yang bersih? Harapnya boleh kerana Malaysia Boleh!






Laporan asal Yahoo

Tuesday, 2 October 2012

Mari Meninjau Pasar Buah di Jepun (foto)

Disumberkan oleh: Blogserius

Serius Cantik!

Ini ialah sebuah pasar buah merangkap sebuah hotel 15 bilik yang terletak di Prefacture Kochi Jepun. Ia mempunyai rekaan tradisional Jepun dan nampak sangat unik jika dibandingkan dengan rekabentuk kebanyakkan pasar yang biasa kita lihat. Ianya direka oleh firma jurubina Kengo Kuma And Associates. Jepun oh Jepun........... kenapa rekabentuk bangunan korang pun comel?



Laporan asal Fubiz