Monday, 5 December 2011

Nik Aziz Tanding PRU-13

Sumber berita: the Malaysian Insider 

Bahasa: Nik Aziz tanding PRU-13 (December 05, 2011)

KOTA BARU, 5 Dis – Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Nik Abdul Aziz, 80, berkata tidak ada sebab untuk beliau berundur seperti desakan beberapa perwakilan semasa Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini.

“Insya-Allah saya akan bertanding lawan Umno. Saya tak kisahpun orang sebut nama saya pada perhimpunan itu,” katanya (gambar) kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau menjadi Menteri Besar Kelantan selepas pilihan raya umum 1990. Pada pilihan raya umum 2008, beliau mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Chempaka mengalahkan calon Barisan Nasional Datuk Dr Nik Mohd Zain Omar dengan majoriti 4,249 undi.

Menurut laporan Bernama Online, Nik Aziz enggan menjawab kenyataan seorang penceramah PAS menyamakannya sebagai nabi.

Menurut Menteri Besar itu beliau tidak dapat memberi jawapan kerana tidak tahu “hujung pangkal” perkara tersebut.

Bagaimanapun, katanya, jika ada pihak yang menuduh penceramah itu sebagai kufur kerana menyamakan beliau sebagai nabi, umat Islam yang menolak agama Islam juga sebenarnya kufur.

“Cuma satu saya nak jawab kalau orang samakan saya sebagai nabi itu adalah kufur,” kata beliau.

Nota kaki:

- Ada berani kah nak ulas? Tiada nota kaki.

Projek Apartment Mewah di Bishan, Singapura (foto)

Di 'copy n paste' (dengan pembetulan bahasa) dari sini: blogserius

Cool beans

Di Singapura, akibat kekurangan tanah, kebanyakkan rakyatnya terpaksa mendiami flat yang dibina ole Home Development Board (HDB). Hanya mereka yang kaya sahaja mampu memiliki landed property. Flat HDB yang kecil tidak dapat memenuhi kehendak golongan kaya yang semakin meningkat di negara Singa Selatan ini. 

Oleh yang demikian, sebuah syarikat pemaju di Singapura bercadang membina projek apartment mewah di Bishan. Sejumlah 500 unit apartmen yang setiap satunya berkeluasan di antara 680 hingga 3000 kaki persegi bakal dibina. 

Dua menara apartment ini disambungkan dengan jambatan yang menjadi taman tergantung di udara. Bagi pemilik apartment atas pula ada kolam renang di tingkat paling atas. Sangat cool beans! Projek ini bakal siap pada tahun 2015.




                                              Laporan asal DesignBoom

Sunday, 4 December 2011

Video: Ahmed Deedat



Tengok video ni sampai habis, cantik strategi Deedat untuk menerangkan sesuatu kepada tentera US tu.

Model motor - Bushuev's Projects

Проекты создавались по заказу АЛЕКСАНДРА БУШУЕВА(http://bushuev-motors.ru/), построившего реплику автомобиля ГЛ-1, и который собирается создавать ГЛ-2. Изначально предполагалось создать мотоцикл в одном стиле с ГЛ-1. Я предоставил два варианта, с длинной и короткой задней частью. Александр предложил использовать оба, но разделить на ГЛ-1м и ГЛ-2м. Проекты создавались при активном участии Александра, благодаря ему они получили более богатый и насыщенный образ.

This models were created for the Alexander Bushuev's projects (http://bushuev-motors.ru/). Also Bushuev has constructed a replica of GL-1 vehicile and his going to build the GL-2. I have provide to Alexander two options with long and short tail. He suggested to use both of them but separate vehcicle into GL-1m and GL-2m. Models created with the active participation of Alexander, that is the reason why it they were more rich and deep image.




Saturday, 3 December 2011

Malanglah kalau ianya benar

Apa kes? Baca laporan berikut: Aziz Bari dijangka tinggalkan UIA tahun depan

Rasanya baru lagi melihat Sir Alex Furgeson muncul di iklan Labour Party yang disiarkan di BBC2. Tiada pula kerajaan Torries+LibDem nak kondem iklan milik parti pembangkang. Malah disiarkan pula di saluran TV nasional mereka.

Sekalipun bukan orang politik, Sir Alex masih diberi ruang untuk menegur pihak kerajaan yang pada pandangan beliau gagal merubah dan membela nasib golongan muda yang dibelenggu masalah pengangguran yang tinggi.

Kerajaan yang baik adalah kerajaan yang sedia dikritik dan boleh menghadirkan perubahan. Dan di dalam kes yang dibincangkan, selama mana Prof Aziz mengeluarkan pendapat atau kritikan berkenaan sesuatu perkara yang di dalam skop yang dibenarkan, sewajarnya pandangan beliau itu diberikan perlindungan kerana kapasiti beliau sebagai seorang ahli akademik.

Friday, 2 December 2011

UPDATED: "Bersedia jika kalah", adalah the missing puzzle di PAU 2011

Saya sebenarnya masih menunggu andainya ada di kalangan perwakilan UMNO yang berucap pada Persidangan Agung UMNO (PAU 2011) ini akan memperkatakan mengenai “[bentuk] persediaan yang perlu dibuat seandainya UMNO menjadi pembangkang selepas PRU13 nanti”.

Sumber foto: (sini)

Bagi saya, inilah ‘isyarat’ yang saya dapati (anda mungkin berbeza pandangan dengan saya) setelah mengamati ayat berikut, nukilan terbaharu Dr MAZA:

"Cumanya, saya dapati penulis ucapan Presiden kurang kemas dalam menyampaikan mesej sebelum pilihanraya itu. Tidak dari segi bahasa, tidak juga kekemasan di sudut isinya. Saya menjangkakan sesuatu yang lebih mantap daripada itu". Sumber: (sini)

Seperti mudah dijangka, parti terbesar yang mewakili orang-orang Melayu ini, di PAU 2011, sekalipun telah kehilangan majoriti 2/3, masih juga bertutur di dalam nada dan bahasa yang sama, tidak banyak bezanya berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Seperti sukar benar untuk mendengar perkataan dan peringatan ‘andai kita kalah’ itu timbul dan dibahaskan oleh para pemimpin dan perwakilan UMNO.

Logiknya, jika ingatan yang keras tidak diberikan, maka apa yang menggantikannya adalah feel good factors  (rasa selesa) yang akan terus subur di dalam hati dan sanubari segenap mereka yang hadir.

Mungkin ramai perwakilan yang awalnya hadir ke PAU dengan rasa bimbang (melihatkan apa yang sedang berlaku di kawasan masing-masing), tetapi setelah disorongkan pujian dan sanjungan, bisa sekali menukar rasa bimbang kepada rasa selesa dan rasa takkan kalah apabila menghadapi PRU yang akan datang nanti.

Setakat ini saya belum terbaca laporan (mungkin ada, entah) adanya pemimpin atau perwakilan yang berani tampil ‘menyerahkan tengkok’ (atau kepentingan/jawatan mereka dalam parti) demi memperingatkan para pemimpin supaya mengambil langkah lebih bersedia andainya kalah pada PRU13 kelak. Rata-rata masih selesa dengan ucapan bermodalkan 'masuk bakul angkat sendiri, menghentam orang dan ‘mencipta musuh baru'.

Pujian dan sanjungan tidaklah salah, tetapi apalah gunanya segunung pujian pun andainya UMNO jatuh tertiarap pada PRU13 nanti.

Nampaknya tidak banyak yang telah dikupas dan dibahas (untuk diambil pengajaran) mengenai apa yang telah dialami oleh UMNO setelah jatuh terduduk di Selangor dan GERAKAN pula ‘kalah sampai tinggal hanya seluar dalam’ di tangan DAP di Pulau Pinang.

Apakah jaminan episod yang sama tidak akan berulang pada PRU13? 

Jatuh terduduk lebih mudah untuk bangun semula berbanding jika jatuh tertiarap. Sebab bila sudah tertiarap, dikhuatiri terlena terus (a.k.a tak bangkit-bangkit dah).

Seperti di Selangor, UMNO, setelah tewas mengejut, seperti orang yang terkial-kial selepas “ditampar di dalam gelap”. Ini kerana mereka tidak nampak musibah yang bakal menimpa dek kerana begitu yakin 'takkan kalah sebesar itu'. 

Manakala mereka-mereka yang sepatutnya memberikan ingatan dan ‘isyarat’ pula gagal berperanan, sebaliknya ‘tumpang semangkuk’ dengan memberikan nasihat dan laporan yang salah kepada pemimpin.

Itu nasib UMNO di Selangor. Belum lagi dibahaskan nasib yang menimpa parti GERAKAN di Pulau Pinang yang sehingga ke hari inipun masih terkial-kial untuk memulihkan krisis dalaman partinya (itu belum lagi menyelesaikan halnya dengan rakyat/para pengundi).

Saya tidak kira coretan ini akan didengar oleh sesiapa. Tetapi mungkinkah UMNO akan belajar daripada kekalahannya yang lalu? Inilah yang saya nak lihat. 

Segalanya kini terserah kepada para pemimpin dan perwakilan yang sedang berkobar-kobar untuk menang 2/3 dan di masa yang sama mencipta “musuh baru” menjelang PRu ke-13 akan datang ini.

(ingatan yang mungkin berguna untuk pembangkang juga). 

Sekian.

UPDATED:


1) Hari ini (Sabtu), tampillah En. KJ dengan ingatan berikut. Baca: Buat sesuatu atau hilang nikmat pemerintahan

2) Terima kasih kepada saudara yang lontarkan komen di blog ini pada bulan lepas. Dapatlah saya berkenalan dengan beberapa sahabat baru.

'Arab Spring' & Kebangkitan Ikhwan


Nota Kaki:

- Kupasan lanjut bakal menyusul, insyaAllah.

Agama: Keutamaan berselawat ke atas Nabi pada hari Jumaat

Keutamaan berselawat ke atas Nabi pada hari Jumaat.
Foto: FB Sunnah
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Sesungguhnya hari yang paling afdhal bagi kamu adalah hari Jumaat. Pada hari tersebut Adam diciptakan dan dimatikan, pada hari tersebut juga sangkakala ditiup, dan pada hari itu juga terjadi kematian (seluruh manusia). Dengan sebab itu, banyakkanlah berselawat ke atasku pada hari tersebut (Jumaat) kerana selawat kamu ke atasku diperlihatkan kepadaku.” Kemudian seorang sahabat bertanya:

“Wahai Rasulullah, bagaimana mungkin selawat kami diperlihatkan kepadamu, sedangkan engkau telah menjadi tulang-belulang?” Maka Rasulullah bersabda:

“Sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla benar-benar telah mengharamkan kepada bumi memakan jasad para Nabi.” (Hadis Riwayat Ahmad, 26/84, no. 16162. Dinilai sahih oleh al-Albani dan Syu'aib al-Arnauth)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Banyakkanlah berselawat ke atasku di setiap hari Jumaat kerana selawat umatku diperlihatkan kepadaku pada setiap hari Jumaat. Maka sesiapa yang paling banyak selawatnya ke atasku, dialah yang paling dekat kedudukannya denganku.” (Hadis Riwayat al-Baihaqi, Sunan al-Kubra, 3/249, no. 5791. Syu’abul Iman, 3/110, no. 3032. Dinilai hasan lighairihi oleh al-Albani)
Sumber: FB Sunnah

Thursday, 1 December 2011

Rekabentuk unik pos kawalan sempadan Georgia-Turki (foto)

Cut n paste dari sini: blogserius

Aneh tapi cool!

Pos Kawalan Sempadan selalunya bosan dan nampak skema. Macam di Kepala Batas rupanya macam stesen minyak. Huduh! Di sempadan Georgia dan Turki dibina sebuah pos kawalan sempadan yang lain dari yang lain. Rupanya macam bongkah jigsaw dan ia sebenarnya diilhamkan oleh alunan ombak laut yang betul-betul bersebelahan pos kawalan ini. Ianya menempatkan pos imigresen, cafe dan menara tinjau yang boleh dilawati para pengunjung. Cool!


                                               Laporan asal Dezsen

UMNO & Politik Harapan - Dr MAZA

Satu pemerhatian dan kupasan yang menarik. Sumber dan artikel penuh dinyatakan di akhir entri.

"Dalam negara kita, persaingannya ialah persaingan siapakah yang paling dapat memberikan harapan kepada rakyat. Mungkin rakyat belum putus harapan, tetapi mereka meneliti siapakah yang paling dapat memenuhi harapan. Dengan rekod hampir tujuh dekad memerintah, dengan pelbagai jasa dan juga isu-isu yang mencontengi jasa, apakah UMNO masih menjadi harapan rakyat? Dengan perubahan ‘harapan’ bagi jenerasi baru, apakah UMNO masih relevan untuk generasi kini menaruh ‘harapan’?

Inilah persoalan yang mesti dijawab oleh UMNO pada hari ini. Rakyat yang mengundi parti lain, bukan semestinya bencikan UMNO, tapi mungkin merasakan harapan mereka berada di pihak yang lain. Rakyat yang membenci UMNO pula bukan semestinya menyokong parti lain, tetapi mungkin kerana merasakan UMNO telah menghancurkan harapan mereka. Rakyat yang menghargai jasa UMNO yang lalu bukan semestinya akan mengundi UMNO pada masa ini kerana mungkin ‘harapan’ itu sudah berubah dalam persekitaran yang baru. 

Inilah yang sepatutnya perwakilan UMNO kena fikirkan. Sejauh manakah sesebuah parti dapat menangani harapan rakyat, sejauh itulah ia akan menguasai undi. Jika UMNO terus berjaya, UMNO akan terus menang. Jika tidak, maka sebaliknya!"