Tuesday, 8 November 2011

Utamakanlah Sunnah - al Imam al-Syafii

Sumber petikan: FB DrMAZA.com

al-Imam al-Syafii pernah berkata: “Setiap apa yang aku ucapkan lalu didapati hadis yang sahih yang diriwayatkan daripada Rasulullah menyanggahi pendapatku, maka hadis itu yang lebih utama, jangan kamu mengikutiku.” (Al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala. 10/34, Beirut: Muassasah al-Risalah). 

Katanya juga: “Jika kamu dapati apa yang ada di dalam bukuku menyanggahi sunah Rasulullah s.a.w. maka berpeganglah dengan sunnah dan tinggalkanlah pendapatku.” (Al-Zahabi, Siyar A’ lam al-Nubala. 10/34). 

Kata seorang rawi hadis yang besar iaitu al-Humaidi (meninggal 219H): Suatu hari al-Syafii meriwayatkan sebuah hadis. Aku bertanya: “Apakah engkau akan berpegang dengannya?” Dia menjawab: “Apakah engkau menganggap aku ini datang dari gereja, atau memakai tali pinggang Kristian sampai apabila aku mendengar sesuatu hadis daripada Rasulullah s.a.w. lalu aku tidak berpegang dengannya.” (Al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala. 10/35). 

Juga al-Imam al-Syafii: “Setiap hadis daripada Nabi s.a.w. adalah pendapatku, sekalipun kamu tidak mendengarnya daripadaku.” (Al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala. 10/35). 

Katanya lagi: “Manusia telah sepakat bahawa sesiapa yang telah ternyata kepadanya sesuatu sunah daripada Rasulullah s.a.w. maka tidak boleh dia meninggalkannya kerana pendapat seseorang dari kalangan manusia.” (Ibn Qayyim al-Jauziyyah, ‘Ilam al-Muwaqqi‘iin, 2/263). 

Juga katanya: “Setiap perkara yang aku telah perkatakannya, sedangkan ada riwayat yang sahih di sisi ulama hadis daripada Nabi yang menyanggahi apa yang aku ucapkan, maka aku menarik balik ucapanku semasa hidupku dan selepas mati.” (Ibn Qayyim al-Jauziyyah, ‘Ilam al-Muwaqqi‘iin, 2/266). 

Sehingga beliau berkata: “Apabila sahihnya sesuatu hadis maka itulah mazhabku.” (Al- Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala. 10/35).

Monday, 7 November 2011

Foto-foto Haji 2011 - Ini yang tambah bersemangat nih!


Allahu-Akbar!

Seramai 3 juta umat Islam dilaporkan mengerjakan ibadah Haji musim ini. Lihatlah kesatuan umat Islam yang ditunjukkan melalui perlaksanaan ibadah Haji!  

Ini yang agama ajarkan kepada kita. Justeru, mengapa kita yang sama-sama Islam dan yang 'tiada apa-apa' ini masih mahu bercakaran? (lihat foto no. 1, kita ini seperti semut-semut sahaja di muka bumi Allah)

Kredit semua foto: SINI







Laporan asal Reuters

Foto-foto menarik Istana Negara yang baru - blogserius

Cut and paste: blogserius

Wowo..... mewah!

Ini ialah gambar bahagian dalam Istana Negara baru yang kini sudah hampir siap. Istana Negara baru ini dikatakan menelan belanja lebih 900 juta ringgit. As you can see now you know why it is that expensive. 
 
Istana Negara lama lebih cantik tapi tahukah anda Istana Negara lama sebenarnya dulu rumah agam seorang taukeh Cina yang dibina pada tahun 1928? Taukeh cina bernama Chan Wing membina rumah agam ini bagi menempatkan isteri-isterinya. Apabila perang dunia kedua meletus, beliau melarikan diri dari Malaya dan tak pulang-pulang. 
 
Rumah agamnya kemudian disewakan kepada kerajaan British sebelum dijadikan rumah rasmi Yang Dipertuan Agong Melayu. Kerajaan pusat membayar 1.5 juta Dollar Selat pada waktu itu bagi membeli rumah agam dan kawasan sekitarnya sebesar 13 ekar. What do you think? 
 
Harap istana negara dibuka kepada rakyat jelata untuk lawatan. Nak juga tengok how awesome life is as an Agong. Oh, dan jangan pula letak duit bayaran masuk ye coz we all know the money used to built this beautiful palace was from the people.

Terima kasih kepad ANON yang tak mahu namanya diberitahu untuk emel berisi gambar awesome dibawah.










Cara beribadah yang terbaik

Dipetik dari: FB DrMAZA.com

..Nabi Ibrahim dan anaknya ketika membina Kaabah telah berdoa: (maksudnya) “dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara Ibadat kami” (al-Baqarah: 128).

Walaupun Ibrahim dan Ismail telah membina Kaabah, tetapi mereka tetap tiada hak dalam menentukan cara ibadah kepada kepada Allah. Tiada hak mengada-adakan ibadah apa yang tidak diwahyukan kepada mereka. Justeru, mereka memohon agar Allah menunjukkan kepada mereka cara ibadah yang Allah mahu. 

Ibadah hanya kepada Allah dengan cara yang Allah mahu. Bukan ibadah kepada Allah dengan cara yang kita mahu!

Bagi membolehkan manusia terus mendapat panduan dalam ibadah dan kehidupan mereka, Nabi Ibrahim yang merupakan simbol kepada pengabdian manusia meneruskan doanya: (maksudnya) “Wahai Tuhan kami! Utuslah kepada mereka seorang rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayatMu dan mengajarkan mereka al-Kitab (Al-Quran) serta hikmah (sunah atau kebijaksanaan) dan membersihkan mereka. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana” (al-Baqarah: 129). 

Maka inilah nabi kita Muhammad s.a.w sebagai kurniaan Allah bagi doa Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s. Inilah waris yang sah dalam menentukan cara ibadah. Segala amalan yang jika tidak sama seperti yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w adalah tertolak..

Artikel penuh boleh anda baca di sini: KLIK

Nota kaki:

-Dr Sepet seperti "faham" sahaja maksud posting Dr MAZA ini...hemmmm...

Foto-Foto Menarik Kotaraya Dubai

Cut and paste: blogserius

Dubai Kotaraya Surreal

Dubai ialah kotaraya yang paling out of this world. In the 70's, ia hanya koloni pak arab dikelilingi padang pasir dan kini ianya dah menyerupai kota dari filem Sci Fi. Di bawah ialah siri gambar Dubai di ambil secara HDR. Amazing!






Laporan asal Acidcow

Sunday, 6 November 2011

UPDATE: Eduladha 2011 @ Oxford

Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang menciptakan saya dan anda, tuhan yang mentadbir seluruh alam, tuhan yang satu serta tiada sekutu-pun bagiNya. 

Alhamdulillah, Eduladha 2011 sekali lagi menjelma dan hari ini ianya telah kami sambut di bumi Oxford dengan sederhana tetapi penuh meriah.

Kemeriahan sambutan raya tahun ini juga telah diserikan lagi dengan kehadiran beberapa tetamu dan tokoh terkenal dari Malaysia.

Seperti biasa, majlis suai-kenal dikendalikan oleh Dato' Dr Afifi dengan memperkenalkan 2 orang felo dan penyelidik pelawat di Oxford Centre for Islamic Studies (OXCIS) iaitu Dr MAZA (USM), Syeikh Marwazi (Timbalan Mufti Kedah) dan Prof. Noraini (UPM yang kini menjadi felo di Wolfson College).

 Afifi cakap banyak benda tapi saya kurang memberikan perhatian. Mujurlah celoteh dan lawaknya yang tak menjadi membuatkan hadirin tidak cepat bosan.

 Dr MAZA memperkenalkan diri secara ringkas selain turut mempromosikan blog beliau bagi mereka yang ingin kenal rapat dengan beliau


Alhamdulillah, di sini juga, saya dengan tanpa segan silu ingin mengucapkan setinggi tahniah buat Abang Bad, pengerusi Kelab UMNO Oxford dan semua warga Oxford kerana majlis dan perhimpunan komuniti Malaysia di Wolfson College tahun ini telah dimulai dan diakhiri dengan solat Zohor dan Asar berjemaah.

Buat ahli Kelab Kedai Kopi Oxford, insyaAllah jika segala urusan saya dipermudahkan Allah, akan saya susuli kalian. Banyak isu 'panas telinga' hendak kita bicarakan!

Wassalam.

UPDATE: Foto keluarga besar OxfordMalaysian 2011



Friday, 4 November 2011

Ust Azhar Idrus: Menyentuh jiwa anak-anak muda

Sejak kebelakangan ini, kemunculan Ustaz Azhar Idrus (UAI) di mana-mana majlis ilmu (kuliah mahupun ceramah agama), dilihat mencetus suatu fenomena di dalam masyarakat, terutama di kalangan anak-anak muda.

Adalah tidak melampau untuk saya katakan bahawa UAI, melalui siri-siri ceramah dan kuliah beliau, sama ada yang didengar langsung di surau dan di padang terbuka, mahupun yang ditonton melalui YouTube, telah menyentuh jiwa pelbagai kelompok insan di dalam masyarakat.

Bahkan, "tidak masuk bakul angkat sendiri" juga untuk saya sifatkan yang UAI kini telah dianggap salah seorang ikon kepada generasi anak muda di Malaysia.

Mana tidaknya, selain "gelekek JKKK" di kebanyakan siri kuliahnya, seringkali di akhir kuliah, akan ada saja soalan-soalan yang dikemukakan oleh mat-mat rempit, budak-budak Punk, yang turut serta hadir mendengar dan menghayati ceramahnya.

Untuk terus mendekati masyarakat, terutama generasi muda, beliau juga, andai tidak bergerak sendirian, turut selesa berkolaborasi dengan ramai penceramah lain termasuklah bekas-bekas artis di pentas atau program ilmu.







Foto-foto dipetik dari: Facebook JKKK fan club yang dirakamkan pada Konsert & Tazkirah di Gong Badak, Kuala Terengganu semalam. Program ini dibarisi UAI, Sham Kamikaze dan Iwan (bekas penyanyi dangdut).

Tepis Stereotaip

Selain aktif di pentas ceramah dan kuliah, UAI juga masih meneruskan minat/hobi beliau sebagai seorang jurufoto.

(Sampuk: kata seorang sahabat saya yang juga jurufoto profesional, kamera UAI itu senang-senang sahaja berharga RM15k++)

Saya merasakan UAI ingin menyampaikan mesej kepada para peminatnya bahawa stereotaip yang melabelkan seseorang ustaz lazimnya hanya duduk di surau dan masjid adalah tidak benar, malahan ramai orang agama juga memiliki minat dan hobi sepertimana orang lain.

Sumber: pada foto

Cakap 'Kasor'

Selalu juga saya baca komen-komen para peminat UAI di blog-blog dan forum bicara siber. Selalunya ada dua bentuk keluhan; (1) sukar faham cakap orang Tranung, apabila ia dicakap laju, dan (2) ada cakap dan tegurannya yang kasar didengar terutama oleh anak-anak kecil (seperti 'setan', 'bodo', 'bangang', 'beruk', 'mapuh' dan sebagainya). 

Saya hanya baca komen-komen ini di internet. Ada yang saya setuju dan ada sebahagiannya yang tidak. 

Benar, slogan JKKK Fan Club yang berbunyi "Kata Biar Terasa", tetapi mendidik jiwa seseorang insan adalah suatu proses yang panjang, yang mana alangkah baiknya jika kata-kata yang keluar dari mulut seorang yang berilmu itu adalah kata-kata yang baik, supaya kemudiannya bolehlah ia didengar dan diteladani anak-anak kita.

Aroma Segar

Sebagai penutup, saya kira UAI telah muncul dan bergerak menyampaikan mesej dakwah di saat anak-anak muda kita hari ini sedang mencari-cari arahtuju untuk membawa diri mereka menempuh alam kedewasaan.

Zaman saya sendiri fenomena ini tidak begitu nyata. Maka, tidak hairanlah jika waktu itu saya juga berpandangan masa muda adalah masa untuk "buat silap" dan enjoy, kemudiannya barulah "mencari diri".

Tetapi hari ini keadaan mula berubah. Sedikit demi sedikit, anak-anak muda mula melihat fasa kedewasaan yang bakal dan sedang mereka lalui itu tidak seharusnya disia-siakan tanpa berusaha mencari "bekalan".

Sesungguhnya, masa muda inilah tenga mereka kuat, semangat sedang membuak dan "ada hati semua boleh jadi". 

Dan Alhamdulillah, ramai anak muda mula mengintai pintu-pintu majlis ilmu, berdamping dengan orang berilmu, memanfaatkan ICT untuk mencari bahan-bahan ilmu yang bermanfaat.

Seperti foto-foto di atas, UAI telah membawa aroma segar yang membangkitkan minat dan menyentuh jiwa ramai insan untuk dekat dengan surau, masjid dan kegiatan-kegiatan berpaksikan Islam.

Thursday, 3 November 2011

Ku-hayati musim luruh @SouthPark





Jauh pakcik berjalan hari ini. Mujur juga ada orang yang boleh tolong urutkan kaki malam ni...hehe..

Kreatif: Kayu terbuang dibuat perabot (foto)

Rasanya, saya dan anda juga boleh mencuba kerana ia tidaklah nampak begitu susah. Hanya perlukan daya imaginasi dan keberanian untuk 'bertukang'!








Artikel asal dan banyak lagi foto menarik di sini: SUMBER

Wednesday, 2 November 2011

Dari Tokyo ke Oxford

Malam tadi saya menerima kunjungan sahabat orang rumah yang berdatang dari Tokyo, Jepun ke Oxford.

Oxford hanyalah 'pit-stop' sebelum meneruskan perjalanan mereka ke Old Trafford bagi menyaksikan perlawanan bolasepak di antara Man Utd dengan kelab bola Romania (saya xtahu nama kelab tu apa).

Itulah, apabila STF (Sek Tun Fatimah) bertemu STF, maka riuh-rendahlah rumah. Kawan yang patutnya 'jet-lag', boleh tidur pukul 1 pagi....haha.

Paginya kami bawa mereka meronda bandar kecil Oxford kerana tengah harinya mereka perlu mengejar train ke Manchester.


Kami sekeluarga ucapkan selamat dalam perjalanan dan semoga urusan perpindahan kerja sahabat berdua dari Tokyo ke Osaka pertengahan bulan ini akan berjalan lancar.

Kalau ada sumur di ladang, 
boleh hamba menumpang mandi.
Kalau ada umur yang panjang (dan wang), 
kita bertemu di Osaka nanti.