Saturday, 6 August 2011

Petikan Minggu Ini: Mengapa murtad?

Klik foto untuk besarkan. Sumber: dinyatakan

Friday, 5 August 2011

Sekali-sekala "Ku Li" muncul...

Muncul kembali

Bukan selalu saya mendengar pelbagai pihak memberikan liputan meluas terhadap apa jua laporan dan kisah membabitkan "Raja di Hulu Kelantan", Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li).

Namun, sejak dua minggu ini, pelbagai pihak baik yang di dalam mahupun di luar UMNO-BN, masing-masing terus memperkata dan mengulas mengenai "khabar angin" pertemuan di antara Ku Li dengan wakil pembangkang.

Daripada apa yang saya faham, pertemuan itu (jika benarlah) mempunyai kaitan dengan penyusunan gerak kerja serta agenda pihak Pakatan untuk menghadapi Pilihanraya Umum (PRU) ke-13, yang dijangka ramai akan dibuat tidak lama lagi (tanda-tandanya ke arah itu juga makin kelihatan).

Sebuah akhbar portal, MalaysianDigest telah mengadakan banci (poll) dengan memilih tajuk "Do you think Tengku Razaleigh would be a good Prime Minister?" Berikut adalah keputusan semasa (10 pm sewaktu saya petik).

Klik untuk besarkan (sumber: sini)

Jika diperhalusi (keputusan semasa), pembaca portal MalaysianDigest masih tidak meyakini sepenuhnya akan potensi Ku Li andainya beliau ditakdirkan berjaya menduduki kerusi panas sebagai Perdana Menteri Malaysia kelak. 

Ramai pembaca masih mengambil sikap berhati-hati dengan memberikan pilihan "Mungkin" iaitu sebanyak 35.3%. Manakala, bilangan pembaca yang memilih jawapan "Yakin" dan "Tidak Yakin" pula adalah sama iaitu 32.4%.

Justeru, di sini wujud persoalan iaitu apakah dengan langkah pihak Pembangkang (seperti yang diwar-warkan cuba "mendampingi" Ku Li) bakal menguntungkan pakatan pembangkang (dalam bentuk "political mileage"?) seterusnya membuka peluang lebih cerah untuk menukar kerajaan selepas PRU ke-13 kelak?

Menunggu jawapan tuan punya badan

Nota: Sehingga artikel ini ditulis, belum dapat dipastikan apakah telah ada respon (maklum balas), pengesahan/penafian dari mulut Ku Li sendiri mengenai pertemuan tersebut.

Saya langsung tidak terperanjat apabila membaca beberapa laporan, baik di akhbar arus perdana mahupun alternatif, perkhabaran bahawasanya Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) baru-baru ini telah "dihampiri" oleh individu-individu tertentu dari Pakatan Rakyat (PR), memujuk beliau (Ku Li) berpindah kem/parti - dengan kedudukan sebagai Ketua Pembangkang dikatakan menjadi pembuka tawaran (bagaimana dengan jawatan Perdana Menteri?...).

Saya tidak terperanjat kerana usaha memujuk atau membawa Ku Li untuk menerajui Pakatan bukanlah perkara baru, malah ianya telah bermula sebelum PRU ke-12 lagi (waktu itu Pak Lah masih menjadi PM dan En. KJ juga masih besar pengaruhnya), dan kebenaran ini telah diluahkan Ku Li sendiri (petikan muka surat 216-218): 

1) Dua minggu sebelum berlangsungnya musim pilihanraya Umum tanggal 8 April itu, dua pemimpin utama dari PAS dan DAP telah menemui Tengku Razaleigh untuk mengundang beliau menerajui pakatan pembangkang sebagai mengulangi pilihanraya umum 1990 di saat beliau memimpin Parti Semangat 46.

2) Kedua-dua pemimpin tersebut merasakan seandainya pakatan pembangkang mampu menumbangkan kerajaan Barisan Nasional maka beliau akan diangkat sebagai Perdana Menteri. Dengan penuh keyakinan Lim Kit Siang dan Dato' Haji Abdul Hadi Awang memberitahu Tengku Razaleigh Hamzah bahawa kebangkitan suara rakyat kuasa keramat tidak lagi dapat disekat.

3) Mereka begitu yakin bakal memenangi enam buah kerajaan negeri di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kelantan dan Terengganu di samping mampu menguasai suara majoriti di Parlimen.

4) Biarpun merasa yakin kemenangan berpihak kepada Pakatan Rakyat kesan lemah dan kusutnya halacara Abdullah Ahmad Badawi menerajui pimpinan kerajaan. Namun Tengku Razaleigh merasakan tidak seharusnya beliau meninggalkan Barisan Nasional disaat sebegitu.

5) Di samping tersimpan hasrat dihatinya untuk menjadi perintis kepada pembentukan sebuah "kerajaan perpaduan" yang menggabungkan parti-parti pembangkang dengan BN seandainya berulang kembali peristiwa sepertimana pilihanraya 1969.

6) Memandangkan beliau tidak mengukir permusuhan dengan PAS, DAP dan PKR, maka bolehlah dicanai satu pendekatan baru sekiranya BN benar-benar tewas kepada pakatan pembangkang.

7) "Melihat kepada sentimen politik yang dilontarkan oleh kalangan penyokong mahupun pimpinan dalam parti pembangkang, saya dapat merasakan bibit-bibit seperti akan berulangnya tragedi pahit 13 Mei pada tahun 1969. Selain daripada begitu kuatnya sokongan rakyat dalam beberapa insiden demonstrasi sebelum musim pilihanraya umum, saya khuatir sesuatu lebih buruk bakal terjadi sekiranya pemerintah gagal menangani arus kebangkitan rakyat".

8) "Lebih menggerunkan di hati saya apabila melihat cara pimpinan terutama di kalangan pemimpin UMNO menangani isu-isu yang dilontarkan oleh parti pembangkang dengan jawapan cukup rasis dan boleh menimbulkan ketegangan kaum. Suasana ketika itu bagi saya yang pernah mengalami tragedi 13 Mei amat menakutkan. Untuk itu saya memberitahu Kit Siang agar beliau meneruskan caranya dan saya kekal bersama Barisan Nasional".

9) "Mungkin sesetengah pihak dalam parti pembangkang merasakan saya seolah-olah mahu menolak tuah menjadi Perdana Menteri kerana mereka cukup yakin mampu memperoleh kemenangan besar dalam pilihanraya umum. Bagi saya semua itu bukanlah matlamat perjuangan saya. Saya lebih memikirkan apa akan terjadi kepada rakyat dan negara jika perbalahan dan kekacauan gagal dibendung?" Tambahnya.

Sumber: Kamal Amir (2010). Tengku Razaleigh Hamzah: Rahsia Yang Terpendam. Selangor: Putrajaya Bumi Communication Sdn Bhd. 

Sayang negara

Warganegara yang rasional pastinya akan menzahirkan rasa sayang mereka terhadap negara.

Kekal kerajaan, atau tukar kerajaan bukanlah menjadi satu kesalahan. Malah ianya diamalkan di mana-mana negara di dunia ini.

Begitu juga dengan tindakan yang diambil demi membaikpulih sistem keadilan dan ketelusan di negara kita.

Janganlah tindakan-tindakan yang diambil (selagi mana ianya dibenarkan undang-undang) dianggap sebagai tidak sayangkan negara.

Ini jangan kita keliru - iaitu di antara sayang negara dengan sayangkan ideologi sesuatu parti politik.

Saya tidaklah layak untuk memperkatakan hal ini, tetapi adalah tidak adil untuk seseorang itu dituduh sebagai tidak sayang negara, hanya kerana si polan itu tidak sebulu dengan tindakan yang dibuat sesebuah parti pemerintah.

Saya beri contoh.

Semua orang tahu bahawa Tun Mahathir adalah tokoh negarawan yang ulung. Beliau banyak menabur bakti dan bekerja untuk menukar negara ini dengan hasilnya dapat kita nikmati hari ini.

Sekalipun ada tindak-tanduk beliau yang menimbulkan ketidakpuashatian pihak-pihak tertentu, masih, beliau perlu diberikan kredit di atas usahanya untuk negara.

Namun, di dalam parti, yang mana selama lebih 20 tahun beliau menjadi Presiden UMNO, beliau dengan tidak semena-mena mengisytiharkan keluar parti demi memberikan tekanan supaya PM dan Presiden UMNO waktu itu, Tun Pak Lah, agar meletakkan jawatan seterusnya berundur dari kerusi yang disandangnya.

Hanya disebabkan ketidakpuastian Tun M terhadap 1 karektor iaitu Tun Pak Lah (yang tidak meneruskan projek-projek yang beliau luluskan sebelum bersara), Mahathir telah "membuang segala jasa" UMNO yang selama lebih 2o tahun memberikan kehidupan senang buat Tun, keluarga dan kroninya - dengan keluar parti.

Soalan saya: Apakah Tun M juga boleh dicap sebagai seorang yang tidak sayang negara, oleh tindakan beliau yang keluar UMNO dan kemudian berkempen secara menyerang Pak Lah dan UMNO dari luar?

Kalau Tun M sendiri yang berpuluh tahun "makan jasa" UMNO boleh membuang UMNO seperti itu, apalah sangat untuk ahli biasa keluar parti.

Harapnya pihak yang sering menuduh orang yang tidak sependapat dengan kerajaan di dalam hal-hal tertentu, supaya tidak lagi mereka-mereka ini dicap sebagai orang yang tidak sayangkan negara. Ini kerana ianya dua perkara yang berbeza.

Barangkali, jika benarlah ada usaha "merakyatkan" pendatang asing melalui pemberian mudah kad pengenalan (taraf warganegara), mereka-mereka inilah yang sebenarnya tidak sayangkan negara dan masa depan anak-cucu-cicit kita.

Selamat.

Lagi Kisah Pak Arab & Resort Bawah Lautnya

Artikel "copy n paste" dari sini: blogserius

Tak boleh lawah keatas? Lawan kebawah pula?

Beberapa hari lepas aku tunjuk pelan menara 1KM Kingdom Tower di Jeddah milik Saudi. Hari ini mari kita lihat pusat peranginan dengan bilik bawah air di Qatar pula. Amphibious 1000 ialah sebuah pusat peranginan yang direka oleh Giancarlo Zema Design. Pusat peranginan ini akan menempatkan muzium hidupan laut, hotel , pusat rekriasi air dan pusat membeli belah. Tarikan utama Amphibious 1000 ialah 80 "bilik hotel" yang merupakan bot yang dicipta khas lengkap dengan buritan yang lutsinar. Penyewa bilik boleh turun ke bawah dan melihat hidupan bawah laut dari bilik mereka sendiri. Cool beans! Ketika berita ini ditulis masih tiada pelan bila pembinaan bakal dimulakan dan disiapkan. Apa yang pasti this looks like a fun place. Unik sedikitlah kan. Asyik bina bangunan tinggi sahaja sekali sekala ada idea lain menarik juga Pak Arab ini.








Lapora asal Gizmag

Iklan jawatan kosong bersempena Ramadhan

Berikut diiklankan jawatan kosong bersempena bulan Ramdhan yang mulia lagi penuh barakah ini. Sumber: Sini

Jadikan Ramadhan ini permulaan sebelum ianya diteruskan pada bulan-bulan berikutnya.

Minta dihebahkan kepada rakan dan saudara lain yang berminat. Wassalam.

Thursday, 4 August 2011

Persoalan Wahabi - Ulasan Dr MAZA


Menarik di dalam: Mazhab As-Safi'e sendiri melarang pembayaran zakat dalam bentuk wang (sebagaimana amalan kita di Malaysia), sebaliknya perlu dilakukan secara timbangan berat beras - ianya diambil dari Mazhab Abu Hanifah (Hanafi). Apakah ianya juga dianggap Wahabi? (kerana perbuatan ini adalah di luar amalan Mazhab As-Syafi'e?).

Moga beroleh ilmu dan manfaat.

Sakit cari sendiri

 Sumber: pada foto

Simpati dihulur buat saudara yang kehilangan 3 batang jarinya akibat bermain mercun sekalipun puasa kita baru memasuki hari ke-4. Pastinya, sambutan Hari Raya tahun ini bakal begitu berlainan sekali buat saudara ini dan keluarganya.

Mengikut pengalaman kita yang lepas-lepas, kejadian yang menimpa saudara ini bukanlah yang terakhir, tunggulah sedikit masa lagi tentu ada yang akan "masuk senarai". Senarai yang pastinya dihuni anak-anak Melayu kita sendiri.

Tidakkah menjadi pengajaran kepada kita semua terhadap apa yang telah berlaku sebelum ini bahawa mercun itu bukan sahaja "membakar wang", malah terbukti merbahaya?

Ambillah pengajaran, "sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna".

Petikan Minggu Ini

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda; “Sebaik-baik makanan ketika seseorang mukmin bersahur adalah tamar (kurma kering).” 
(Hadis Riwayat Abu Daud, 6/290, no. 1998. Shahih Ibnu Hibban, 8/253. Dinilai sahih oleh Ibnu Hibban, al-Albani, dan Syu’aib al-Arnauth). Sumber: FB Sunnah

Wednesday, 3 August 2011

Koleksi Setem 2011 - kemaskini

Cuaca hari Sabtu lepas begitu baik membolehkan kami keluar berjalan-jalan. Destinasi kali ini ialah Carboot Finmere berdekatan Bicester.

Kami keluar agak awal, sekitar jam 8.00 am dan tiba di sana 40 minit kemudian. Ramailah orang, baik yang berniaga mahupun yang membeli.

Kunjungan kali ini kami fokuskan untuk mencari Doll House buat Mawaddah yang perlahan-lahan mula meninggalkan zaman bayinya (mainannya zaman baby telah sedikit demi sedikit kami bungkus, simpan dalam kotak).

Selain itu, kami turut singgah sebentar di gerai pakcik tua yang menjual setem, poskad dan wang (syiling dan kertas lama).

Pakcik ni memang peniaga tetap di carboot tu dan koleksinya setemnya amatlah banyak. 

Tak tipu kalau saya kata kalau diluangkan masa 30 minit-pun tidak cukup untuk membelek koleksi setem-setem yang ada. Itu baru setem, belum lagi wang syiling dan kertas yang berlambak dijualnya.

Lepas satu kotak habis dibelek, pakcik tu akan angkat dan buka lagi kotak baru. Habis yang itu, diangkat dan dibuka lagi kotak yang baru, semuanya penuh setem sehingga rambang mata kami dibuatnya.

Untuk kunjungan kali ini, beberapa set setem lama dan baru (dan unik pada kami) telah dibeli. Berikut beberapa foto untuk dikongsikan bersama.

 Setem negara Rhodesia (kini dikenali sebagai negara Zimbabwe)

 Setem Republik Maluku Selatan

 Setem negara Cuba

 Setem campur (Senegal + Afrika Selatan, etc.)

 Pakcik tersebut juga turut menjual banyak setem 'bungkus'. Harganya sama dengan yang di atas, kalau nasib kita baik, dapatlah banyak setem yang 'rare' dan berlainan. Kalau kurang baik, banyak setem yang baru dan sama.

 Rezeki kami kali ini baik sekali. Setem bungkus yang dibeli mengandungi banyak Setem Malaya...

 Setem Penang - Malaya

 Setem Malaya: negeri-negeri Melayu

Terdapat juga setem lain seperti dari Ceylon, Cayman Island, Liban dan Iraq.
Setem Iraq ni unik kerana dicetak perkataan "In British Occupation"

Balik rumah, saya sempat meninjau di internet melihat pasaran untuk Setem Malaya. Saya simpulkan harga sekeping setem Malaya yang dijual di internet di antara RM10 - RM25 adalah baik. Namun, kami lebih cenderung untuk menyimpannya sebagai koleksi dan hobi.

(nota: harga setiap set setem @ 1 bungkus setem dijual pada harga hanya 50p)

Tuesday, 2 August 2011

Kisah Pak Arab & Menara Tertingginya

Akhbar hari ini melaporkan berita berkaitan rancangan Billionaire Arab Saudi, Putera Alwaleed bin Talal untuk membina menara tertinggi di dunia di bandar pelabuhan Laut Merah, Jeddah.

Beliau berucap pada satu majlis menandatangani kontrak bernilai 4.6b riyal (RM 3.69b) dengan gergasi pembinaan Saudi, Bin Laden Group hari ini.

 Sumber foto: sini

Bakal dikenali sebagai Jeddah Tower, struktur yang apabila siap kelak (mengambil masa lebih kurang 5 tahun pembinaan) bakal mencecah ketinggian 1,600m akan mengandungi unit-unit hotel, service apartments, kondo mewah selain ruang pejabat.

Manakala, firma arkitek yang bertanggungjawab bagi mereka-bentuk menara ini adalah Andrian Smith & Gordon Gill dari Amerika Syarikat.

Sumber foto: sini

Pemilikan menara tersebut sebagaimana dilaporkan adalah di antara Jeddah Economic Co (33.35%), Abrar International Holding Co (33.35%), Kumpulan Ben Laden (16.63%) dan ahli perniagaan Abdurrahman Sharbatly (16.67%).

Arab Saudi kini dilaporkan sedang giat melaburkan wang bagi membaikpulih serta menaiktaraf prasarana negara tersebut melalui peruntukan sejumlah US$400b bagi tempoh 5 tahun sehingga 2013 selain menyalurkan US$130juta lagi untuk tujuan pembangunan sosial.

Sebagai bandar kedua terbesar di Arab Saudi, Jeddah sering dihantui dengan permasalahan banjir kilat yang sehingga awal tahun ini telah merosakkan lebih dari 90% sistem jalan rayanya selain menjejaskan kualiti 27,000 bangunan.

Justeru, usaha ke arah mentransformasikan kota Jeddah ini bakal menaikkan semula imej Jeddah dan Saudi amnya untuk bersaing dengan kota-kota besar lain di semenanjung Arab terutamanya Dubai dan Abu Dhabi.

Dengan pakej projek bersaiz mega untuk menyiapkan kedua-dua Jeddah Tower dan Kingdom City yang dianggarkan berjumlah kira-kira 75 billion riyal ini, harapnya hasrat tersebut akan berjaya direalisasikan.

Sumber: sini dan sini

PR dapat Mykad?

Memetik laporan oleh MalaysiaKini.

Kurang empat jam selepas Malaysiakini melaporkan seorang penduduk tetap (PR) yang memegang kad MyPR merah telah didaftarkan sebagai pengundi baru, dia nampaknya telahpun menjadi warganegara.

NONEDia kini mempunyai MyKad biru, berdasarkan semakan pada sistem dalam talian yang sama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di mana butiran identifikasi dirinya direkodkan.

Semakan pada sistem pengesahan dalam talian JPN sebanyak dua kali - pada jam 5.48 petang semalam dan 11.30 pagi ini - menunjukkan nama Mismah adalah berstatus PR yang telah mengambil kad MyPRnya (No 640704715238), kad pengenalan bagi PR.

Apabila nombor yang sama dimasukkan ke dalam sistem pengesahan dalam talian SPR, Mismah yang sama adalah pengundi berdaftar yang baru.

Bagaimanapun, satu lagi semakan dengan sistem JPN pada jam 3 petang ini menunjukkan hasil yang mengejutkan - Mismah telah menjadi warganegara dengan Mykad biru.

Statusnya pada sistem pengesahan dalam talian SPR kekal sama pada jam 3 petang - pengundi yang baru berdaftar dalam senarai daftar tambahan pemilih yang dipamerkan oleh semakan umum.


Nota kaki:

1) Harapnya pihak berkuasa dapat menyiasat dan mengesahkan/menafikan kebenaran artikel oleh MalaysiaKini ini secepat mungkin.

2) Membuka pintu kewarganegaraan melalui cara yang dilaporkan ini pada saya adalah sesuatu yang amat merbahaya kerana ianya secara langsung memperjudi-kan kedaulatan negara kita.

3) Pihak yang melakukan perbuatan ini (jika benar) adalah sebenarnya pengkhianat negara, yang mana melalui tindakan sebegini akan menggugat keamanan negara secara langsung.

4) Bukan tidak dibenarkan kepada orang luar mendapat taraf warganegara, tetapi prosedurnya-kan telah sedia wujud dan wajar dituruti.

5) Janganlah nanti terjadi seperti kata pepatah "kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan". Hak yang menjadi warganegara sendiri-pun tidak sepenuhnya terbela, hendak diagihkan pula kepada orang lain (yang entah sapa-sapa kerana tidak melalui prosedur yang betul).

Apa nak jadi....