Thursday, 12 May 2011

Sumber daging manusia - 2009

Sumber: Laporan National Geographic (May 2011: Population Column by Nigel Holmes)

Tidak lama lagi populasi bumi akan mencecah 7 billion orang. Namun, daripada jumlah tersebut, apakah perbandingannya dengan populasi hidupan lain yang menumpang hidup di bumi ini?

Yang pasti, Edward O. Wilson, biologist dan pakar semut dari Harvard percaya populasi semut masih jauh melebihi jumlah manusia dengan nisbah 1,000,000 semut: 1 orang.

Menganggarkan populasi haiwan yang hidup liar pula adalah sukar, tetapi ada satu kategori haiwan yang boleh kita buat kiraan iaitu: haiwan yang dijadikan sumber makanan/daging untuk manusia.

Berikut dianggarkan bilangan haiwan yang telah dikorban untuk bekalan daging/makanan global tahun 2009:

1) Unta: 1,700,000 ekor

2) Kerbau: 24,000,000 ekor

3) Lembu: 293,000,000 ekor

4) Kambing: 398,000,000 ekor

5) Biri-biri: 518,000,000 ekor

6) Ayam belanda: 633,000,000 ekor

7) Arnab: 1,100,000,000 ekor

8) Babi: 1,300,000,000 ekor

9) Itik: 2,600,000,000 ekor

10) AYAM: 52,000,000,000 @ 52 billion ekor!

Siapa yang tak suka ayam?

Tuesday, 10 May 2011

Buku bulan ini: Community development through tourism

Buku
Kali ini saya ingin memperkenalkan satu buku karya Beeton, S. (2006) berjudul "Community Development through Tourism", terbitan LandLinks Press.

Yang menariknya buku ini, ia mengetengahkan perbincangan dan perkembangan teori komuniti (community), komuniti desa (rural community) dan teori-teori pelancongan (tourism theories) --> bagaimana hubungan antara ketiganya membawa kepada pembangunan komuniti desa melalui pendekatan pelancongan.

Satu bab pada buku ini turut mengupas dan membicarakan kritik-kritik berkait dengan pelancongan dan pandangan komuniti berkaitan pelancongan --> boleh bantu para penyelidik dan pengkaji pelancongan dan pelajar kursus pelancongan dari segi memahami permasalahan dalam hubungan di antara pelancongan dengan komuniti, dan tidak hanya melihat aspek yang "positif semata".

Saya telah hampir selesai review buku ini, sayangnya tahun ia diterbitkan sudah agak "lama" (5 tahun umur literatur) tetapi terdapat banyak input penting yang dikupas.

Kepada yang berminat, salah satu pilihan yang ada (a.k.a kedai buku online saya) adalah di Amazon.



Info tambahan yang tidak berkaitan:

Beberapa hari lepas sewaktu berkunjung ke Tesco, terpandang di rak keju/mentega satu produk baru iaitu "mentega bermadu" (honey spread). 

Terus teringat masa kecil-kecil di kampung dahulu, kami adik beradik suka makan roti sapu marjerin / mentega "Planta" dan lepas tu tabur gula kat atas marjerin tu dan kapit.

Saya pun belilah satu sebagai tanda nak cuba. Ketika cuaca agak baik hari esoknya, duduk minum di luar, pekena "honey spread" memang sedap, rasa mentega dan madu, dan ia cepat cair seperti makan aiskrim roti.

Harga? GBP1.

Low-fat Irish butter

Cara berniaga burger yang sedap

Nota: Posting ini bukan bertujuan memberikan resepi / bahan-bahan untuk buat daging burger, tapi lebih kepada cara untuk berniaga, guna daging burger 'ready-made'.

Teringat saya akan kata-kata Lan "untuk hidup selesa sekarang, perlukan pendapatan kurang-kurang pun 10K sebulan". 

Realitinya nampak telah ke arah itu, sebab nak penuhkan 1 kart shopping di Tesco sekarang pun boleh makan sampai RM500. Duit juga mencair setiap hari di jalan raya (bayar tol dan minyak kereta).

Kepada yang nampak peluang bekerja sambilan, kenalah berani dan ambil peluang ni. Di sini ada dikongsikan resepi untuk buat burger yang sedap.

Manalah tau ada di antara kita yang berminat berniaga burger untuk menambah pendapatan.

Monday, 9 May 2011

Gula oh gula, kenapa engkau naik...


Taukeh gula makin kaya, rakyat pula dapat apa.....

Berita penuh dan sumber foto boleh baca lanjut di SINI (harga gula naik untuk kali ke-4 sejak 2010)

Sunday, 8 May 2011

Update Berkebun 2011: Mawaddah turun padang



Setelah agak lama menyepi, petang ini barulah saya berkesempatan mengemaskini berita terbaharu berkenaan aktiviti bercucuk-tanam di belakang rumah.

Kali ini Mawaddah bersetuju untuk menjadi model dengan gaya ala-ala petani.

Beberapa foto untuk dikongsikan. Sekian.

Berpelikat di petang hari

Putik buah epal mula kelihatan (dengan banyaknya)

Begitu juga dengan putik-putik buah strawberi

Tolong betulkan jaring (dipasang untuk hindarkan burung)

Semua sayur dah besar

Mawaddah berposing

Buat-buat pandai bercucuk tanam

Bye, hingga bertemu lagi!!

Saturday, 7 May 2011

Utusan Malaysia perlu cermat


Saya berpandangan Utusan Malaysia telah secara berterusan menanamkan rasa gusar, takut dan resah ke dalam hati dan sanubari setiap rakyat Malaysia, tidak kira kaum, melalui tajuk, penulisan dan pelaporan yang mereka buat.

Malanglah bagi sekolah dan pelajarnya yang terlibat menerima langganan Utusan Malaysia dan membacanya.

Bayangkan tajuk sebegini boleh dilulus terbit, apakah jaminannya pada masa hadapan, akhbar ini menyelitkan pula DVD percuma seperti amalan surat khabar di UK sini.

Pasti ramai pelajar dan murid di sekolah yang menerima langganan percuma Utusan berkesempatan menonton DVD lucah yang dikatakan milik seorang pemimpin pembangkang yang kini sedang dalam siasatan pihak Polis (menggunakan laptop 1Malaysia yang dibekalkan).

Apa yang ditulis (seperti tajuk di atas) ini saya lihat telah menolak batas sensitif perkauman dan agama di Malaysia, yang selama ini sedaya mungkin tidak diungkap dengan terang lagi terbuka, ke suatu tahap yang boleh mengundang penolakan/protes rakyat yang berbilang kaum.

Setelah 50 tahun kita 'bebas' saya andaikan kita telah matang untuk berfikiran rasional bahawasanya, apa jua yang berlaku hakikat yang perlu diterima adalah kaum lain yang bukan Melayu (Cina, India) telah menganggap Malaysia ini tempat lahir mereka, dan bukannya negara China atau India.

Hakikatnya juga, kita tiada pilihan selain belajar untuk hidup bersama - bukannya mengapi-apikan sentimen supaya masyarakat berpecah-belah!

Sebab yang salahnya bukan Melayu, bukan Cina mahupun India, ianya "dasar pecah dan perintah" yang digunakan penjajah British sehingga parutnya masih kita lihat sampai ke hari ini.

Berbalik kepada point asal, apakah langkah "tidak cermat" Utusan yang berterusan mensensasikan isu-isu sebegini suatu yang bijak? Suatu yang boleh menyumbang ke arah perpaduan antara kaum dan menjayakan agenda 1Malaysia Najib?

Sekali tengok laporan sebegini saya jadi susah hati. Dua kali tengok pula, macam haram! 

Kalau yang terbitkan berita dengan tajuk di atas, dan tanpa bukti yang kukuh ini bukannya Utusan Malaysia, rasa anda apakah yang akan terjadi kepada syarikat akhbar tersebut?

Tuesday, 3 May 2011

KuLi: Melayu boleh bersatu

Ku Li yakin Melayu boleh bersatu
 

Oleh Nahar Tajri - Sumber

2011/05/03

Ahli Parlimen Gua Musang percaya perpaduan tercapai jika kedudukan tergugat

ALOR SETAR: Penyatuan secara menyeluruh orang Melayu yang kelihatan agak sukar berikutan perbezaan fahaman  politik ketika ini boleh berlaku jika ada isu besar yang menggugat kedudukan mereka, kata Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaliegh Hamzah.

Katanya, beliau yakin orang Melayu boleh bersatu tetapi mesti ada sebab serta isu yang sesuai dan ia tidak harus lahir atas dasar konflik dengan kaum lain, tetapi lebih kepada jati diri mereka sendiri. 
 
“Orang Melayu hari ini nampaknya macam tidak bersatu kerana masing-masing dengan pandangan dan fahaman mereka sendiri, namun jika ada isu yang menggugat kedudukan mereka, ia (penyatuan) akan berlaku. 
 
“Jika ini berlaku, barulah orang Melayu akan balik cari pemimpin mereka untuk berjuang. Sekarang mereka nampak macam tidak menghiraukan pemimpin,” katanya yang menyuarakan pandangan mengenai perlunya orang Melayu segera bersatu demi masa depan generasi akan datang.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Perhimpunan Veteran UMNO Kedah yang bertemakan 'Memantapkan Perpaduan Melayu' di sini, semalam.

Hadir sama, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Othman Aziz; Timbalan Pengerusi Veteran UMNO Kedah, Abdul Aziz Ahmad dan Setiausaha Veteran UMNO Kedah, Basharon Hanafiah.

Sementara itu, Othman berkata, UMNO negeri tidak pernah meminggirkan veteran parti itu kerana sedar jasa serta perjuangan mereka yang amat besar dalam arena politik negara sebelum ini.

Katanya, peranan veteran amat penting kepada parti kerana mereka adalah pejuang sejati yang sentiasa teguh dengan UMNO walau dalam apa jua keadaan.

Beliau berkata, mengikut perangkaan, pengundi berusia 60 tahun menguasai suku daripada keseluruhan 887,107 pengundi di negeri ini dan jumlah itu amat besar serta boleh mempengaruhi keputusan pilihan raya.

“Daripada jumlah itu, 72 peratus atau 143,962 adalah Melayu dan ia menunjukkan peranan serta pengaruh veteran amat besar dan UMNO sentiasa menyedari hakikat itu.

“Oleh itu, saya berharap janganlah ada yang berasa jauh hati dan menganggap UMNO meminggirkan veteran kerana ia tidak betul. Jika ada apa-apa yang perlu datanglah berjumpa kami dan kita akan bantu mengikut kemampuan yang ada,” katanya

----------------
tiada nota kaki

Petikan Minggu Ini

"Inilah yang saya tegaskan kepada Duta Besar Amerika Syarikat yang datang ke pejabat saya pada 28 April 2011 yang lepas, bahawa sepasang selipar pun tidak boleh dirampas dari tuannya yang berhak, apatah lagi sebuah negeri yang berdaulat seperti Palestin, lebih-lebih lagi tidak berhak untuk dirampas oleh Israel.

Adapun mereka yang berkata bahawa dunia lebih selamat dengan kematian Osama, saya anggap kenyataan tersebut sebagai tidak cermat dan hanya bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika. Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?"

Nik Abdul Aziz Nik Mat (3 Mei, 2011 - sumber)

Sunday, 1 May 2011

Trip to Blenheim Palace_1 May 2011 (Updated)


Mawaddah @ Blenheim Palace (BP) - penat, malas nak update, maybe foto-foto ke BP akan diupload ke FB orang rumah.

Dari pukul 10.30 am hingga 4.00 pm = memang berbaloi sekalipun tidak habis round istana kelahiran PM British, Winston Churchill yang terkenal itu.


UPDATED - beberapa foto











(Kredit kepada kamera NazriAfi dan orangrumah)