Saturday, 7 August 2010

Mawaddah, tri-sikal, plum dan Ramadhan

Sebelum berceloteh lebih lanjut, ingin saya sarankan kepada anda yang berminat dengan topik berkaitan 'kemiskinan' (bahasa akademiknya, kemelaratan hidup) agar mencari buku sebegini.

Buku ini saya baca dikala ada kelapangan waktu di pejabat. Biarpun bukanlah karya yang terbaik, namun beberapa isu yang dikupas di dalamnya telah membuka mata saya. Boleh saya kata adalah tidak mustahil untuk kemiskinan itu diminimakan (dihapus terus agak mustahil).

Basikal (tricycle)

Hari Khamis yang lalu, selepas menghantar Mawaddah ke nurserynya, saya menaiki bas ke bandar Oxford. Selesai urusan di pejabat pos dan bank, saya ke Argos bagi mendapatkan booster cable dan kebetulan ada sale mainan kanak-kanak - kami kononnya nak bagi suprise pada Mawaddah pabila dia balik dari nurserynya nanti.

Inilah panorama di bandar Oxford setiap kali tibanya Summer. Itulah juga sebabnya mengapa saya jarang keluar ke bandar, buat serabut kepala saja.

Inilah suprise-nye: sebuah tricycle untuk Mawaddah

Kami beli tricycle inipun setelah tengok dia suka sangat naik ia di nursery hinggakan ada satu hari tu dia tidak mahu ikut kami pulang. Apabila diangkat saja dari basikalnya, terus menangis.

Makanya, elok kita bereksperimen di rumah pula. Awalnya dia takut-takut tetapi setelah dihiburkan, dia mula suka dengan basikal tu, biarpun kakinya masih belum mampu sentuh pedal. Hai...satu kerja lagi untuk ayahnya - nak kena tolak la pulakkkk....hoho.

Mawaddah mula beraksi

Ada gaya...gaya nak jatuh..haha

Serius je...

Sebenarnya ada pelbagai jenis tricycle yang dijual. Masing-masing dengan ciri-cirinya tertentu. Kami pilih yang ini kerana ada bakul, yang memudahkan dia membawa barang mainannya nanti.

Amboi, bukan main mesra lagi dengan si 'Jiraf', siap bagi tumbang dalam bakul tu...

Nak cuba panjat sendiri


Bosan kawan dengan Jiraf, si belang ini pula dipaksa masuk bakul

Basikal rosak ke?

Sepetang bermain basikal, saya bawanya ke laman belakang untuk bermain buaian. Bukan apa, tidak elok terperap dalam rumah sahaja. Kena bagi dia sedut udara segar (sejuk) di luar juga.

Juga strategi untuk suruh dia tidur


Petik plum

Tengahari tadi kami kembali ke QGarden. Buah ceri masih banyak, kali ini ada dua jenis ceri iaitu ceri hitam dan ceri merah - keduanya manis dan sedap.

Selain ceri, yang menarik kami datang hari ini adalah kerana musim petik buah plum juga telah muncul. Buahnya? Manis!

Harga 1kg juga murah, GBP2+ sahaja. Rugi kalau tak datang petik.

Beginilah rupa buah plum pada pokoknya

Baris yang baru dibuka kepada pelawat

Kecur air liur tak?

Buah di mana-mana....huhu...

Hasil berbayar/rezeki kami hari ini

Tengok saiz epal yang belum masak ni


Ramadhan

Beberapa hari lagi akan tibalah bulan yang penuh keberkatan, Ramadhan. Dijanjikan Allah SWT bermacam kelebihan bagi mereka-mereka yang percaya dan beriman denganNya.

Di kesempatan ini juga saya ingin mengingatkan diri sendiri dan kepada semua untuk berusaha (perlahan-lahan) menambahbaik diri dengan cara mengisi masa terluang membaca sehelai-dua Al-Quran dan berzikir yang mudah, menggantikan nyanyian semasa berjalan-jalan.

Apabila membaca berita kematian, kepulangan jiran dan rakan ke rahmatullah, timbul keinsafan bahawa kita yang hidup wajar rasa beruntung dan wajib bersyukur dengan nyawa yang Allah pinjamkan.

Saudara-saudara kita ini (arwah) telah pergi/pulang sebelum sempat menjejak Ramadhan, kita juga tiadalah tahu waktu nyawa bercerai daripada jasad.

Justeru, rebutlah kedatangan Ramadhan kali ini, ibarat ianya adalah yang terakhir kita tempuhi, isilah ia dengan amalan kebajikan dan berdoalah moga Allah sayang dan kasih kepada kita, keluarga, masyarakat dan negara kita.

Wassalam.

Makan-makan dan sembang-sembang





Majlis makan-makan dan sembang-sembang sempena sambutan hari lahir saudara Ruslan yang ke 3x?

Friday, 6 August 2010

Berita dari kampung: khabar kepulangan

Rabu lalu saya ada menghubungi Mok di kampung. Tetapi adik memberitahu saya yang Mok tiada di rumah, pergi menziarah orang meninggal katanya.

"Innalillah-hiwainna-ilaihirojioun, siapa yang meninggal?" tanya saya.

"Dok tahu, orang dalang kapong, dengar kate kena sodok ke babi (Tak tahu, orang dalam kampung, dengar kata kena sondol dengan babi)" balas adik.

Takpelah, esok Long telefon lagi.

Esoknya saya telefon Mok lagi sekali dan kali ini dapat bercakap. Bertanyalah saya, siapa orang kampung yang meninggal semalam itu.

"Arwah Pok Cik Soh. Meninggal kena serang babi hutan (se)masa ke kebun dekat belakang rumah dia" balas Mok.

Banyaklah perincian yang diberikan Mok, termasuklah bagaimana babi yang sama, selepas menyerang arwah, menyerang pula seorang lagi penduduk kampung, dan bagaimana babi yang sama telah ditembak mati oleh anak si arwah sendiri, yang kemudian bermotor pulang ke rumahnya, melintas rumah ayahnya, tanpa diketahui bahawa ayahnya tiada di rumah dan telah diserang babi yang baru sahaja ditembaknya.

Juga bagaimana arwah telah bertarung dengan babi tersebut dengan golok yang dibawanya sehingga tercabut salah satu taringnya dan dapat dicederakan badan babi tersebut.

Berita yang menyanyat hati ini telah dimasukkan ke dalam akhbar Sinar Harian dan untuk membacanya bolehlah klik di SINI.

Saya kenal arwah, masih ingat bagaimana wajah arwah semasa hayatnya dan sekali-sekala melintas di hadapan rumahnya. Kali terakhir berjumpa adalah semasa majlis 'makan gulai' perkahwinan Aziz dengan anak Mat Husin, sewaktu kami pulang ke tanah air hujung tahun lepas.

Semoga roh orang sebaik arwah ditempatkan Allah SWT di kalangan orang-orang yang beramal soleh, dan yang berbuat kebajikan, yang diberi petunjuk hidayah dan menempuh perjalanan yang sempurna di alam sana.

Al-Fatihah.

Wednesday, 4 August 2010

Bas masa depan?

China telah memintas Amerika sebagai negara pengeluar gas rumah hijau dan pengguna tenaga terbesar di dunia. Di sebalik 'pencapaian' terbabit, China kini turut memasang cita-cita tinggi untuk mencari jalan bagi mengurangkan kadar pencemaran yang telah terhasil daripada aktiviti pembangunan yang mereka jalankan.

Dan kali ini, China telah tampil dengan cadangan (konsep) sistem pengangkutan awam bas bertingkat yang mampu beroperasi bersama-sama dengan kenderaan persendirian - rujuk foto.

Saya enggan mengulas lanjut, tetapi para pembaca boleh mengetahui dengan lebih lanjut kisahnya dengan melayari portal berikut - gambaran artis juga turut disertakan.

Idea dan konsep (bergambar - sini dan sini).

Sekolah Khas atau Sekolah Pemulihan Khas?

Baca lanjut di sini: Puteri UMNO mahu sekolah khas hamil di peringkat nasional (sumber)

Saya tidak begitu pasti apa dah jadi dengan orang yang mengurustadbir negara kita (people who's running our country).

Belumpun reda kisah sensasi pelajar tumbuk guru di Sarawak (sumber), kini timbul pula cadangan daripada sayap UMNO agar ditubuhkan sekolah khas hamil di peringkat nasional - ilham asal penubuhan dibuat oleh kerajaan negeri Melaka.

Tidaklah dapat dipastikan, apakah dengan cadangan kerajaan negeri Melaka dan Puteri UMNO ini dapat menguruskan (jika tidak menyelesaikan) permasalahan pelajar hamil yang mana statistiknya saban hari bertambah merungsingkan.

Atau boleh jadi dikhuatiri dengan tertubuhnya 'sekolah khas' ini nanti, bakal menggalakkan lagi para pelajar untuk 'tidak takut hamil' di usia yang terlalu muda, malah bakal menyemai keyakinan bahawa hamil sewaktu bergelar pelajar sekolah bukanlah sesuatu yang di luar norma masyarakat kita.

Atau mungkin juga penubuhan sekolah sahaja tidak mencukupi. Bakal 'penuntut yang hamil' mungkin turut 'dibantu' dengan pelbagai insentif lain yang menarik seperti elaun sara hidup, biasiswa, kemudahan asrama, kemudahan pemeriksaan kehamilan, perancangan kelahiran dan keluarga, khidmat selepas bersalin dan pengurusan perkahwinan.

Rasanya, penyelesaian kepada permasalahan ini bukanlah dengan membina 'sekolah khas', yang mana bukan seringgit-dua kosnya. Jika benar-benar komited, pihak yang berkaitan boleh mencadangkan penubuhan 'Sekolah Pemulihan Khas', modulnya boleh diubahsuai daripada apa yang telah digunapakai sekian lama di sekolah-sekolah pemulihan akhlak (pesalah juvana) di seluruh negara.

Mengapa tidak kita kembali memahami dan belajar sejarah daripada ibu-bapa dan datuk-nenek kita. Rasanya, ramai generasi mereka yang berkahwin, hamil dan membina keluarga pada usia yang muda (umur belasan tahun). Namun, isu seperti hari ini tidak berlaku (jika adapun, tidaklah seserius sekarang).

Apa silapnya sistem kekeluargaan hari ini? Dan apakah masyarakat kita kini mulai bergerak meninggalkan apa yang sering kita bangga-banggakan sebagai "cara hidup orang Timur" atau "adat-adat ketimuran"?

Saya menulis di sini di atas kesedaran bahawa saya juga adalah seorang bapa. Dan saya tambah runsing melihatkan 'kepelikan' yang sedang melanda masyarakat Melayu dan orang Islam di tanah air kini. Saya mungkin sedang meludah ke langit, namun harapnya tidaklah sampai terkena ke muka sendiri.

Moga Allah terus kasih, sayang dan lindungi kita seluruhnya.

Tuesday, 3 August 2010

Siri 2: Less Meat = Less Heat?

Kos Untuk Dunia Bebas Daging

Saya tangguhkan Siri 1 yang lalu dengan persoalan berkaitan kos-kos yang perlu ditanggung jika masyarakat dunia sepakat meninggalkan pemakanan berasaskan daging dan menjadi vegeterian, dalam usahanya mengurangkan kesan pemanasan bumi.

Siri terakhir ini akan mengupas berkenaan kos-kos (tekanan/stress) yang bakal terhasil jika kita percaya akan "less meat = less heat".

1) Pembaziran tanah-tanah yang tidak produktif/terpencil, yang tidak ekonomikal bagi diusahakan/dibangunkan.

Foto hiasan

Jika dipandang dari sudut sejarah, penternakan lembu, kambing dan biri-biri lazimnya dijalankan di atas tanah yang tidak subur/sesuai untuk diusahakan pertanian skala komersil - rujuk foto. Contoh sebegini masih dapat dilihat dengan banyaknya di pedalaman Scotland, Sub-Sahara dan di banjaran tengah Amerika Selatan. Dengan penternakan, tanah-tanah sebegini telah dimanfaatkan untuk menukar rumput yang subur kepada daging dan susu yang organik dan baik.

Di dalam situasi banyak negara yang kurang aksess untuk mendapatkan bekalan daging, kembali mengabaikan tanah-tanah sebegini dilihat hanya akan memburukkan lagi krisis bekalan makanan. Tambahan pula, kegiatan penternakan di kawasan terpencil, 'semi-arid' dan di kaki-kaki gunung, pada skala yang sederhana, dilihat menunjukkan kesan yang terkawal terhadap alam sekitar, berbanding jika kita menukarkannya kepada ladang bagi tanaman komersil.

2) Dilema terhadap usaha kitar semula sisa makanan rumah/domestik.

Foto Hiasan

Menurut Tara Garnett dari University of Surrey, UK "your household pig was your useful dustbin. You give your leftovers to the pigs, they deal with your rubbish, and you get meat".

Kajian mendapati 30 hingga 50% daripada makanan di rumah kita, akan berakhir di tong sampah (dibuang/dibazirkan). Bayangkan jika buangan ini dimanfaatkan sebagai makanan si babi, atau ayam kampung yang diternak di sekitar rumah (seperti di kampung), dan bayangkan pula jika tiada lagi ayam-ayam dan babi, sisa buangan domestik ini akan kembali ke tong dan bakal memberi tekanan (stress) kepada kapasiti tempat pelupusan sampah (kualiti alam sekitar akan terjejas).

3) Tiada lagi produk-produk berasaskan haiwan di pasaran.

Dunia tanpa daging akan perlu mencari ganti kepada 11 juta tan kulit dan 2 juta tan bulu yang dihasilkan sektor penternakan saban tahun. Bukan setakat itu sahaja, para petani pastinya 'merindui' bauan baja haiwan. Baja bakal menjadi penyumbang yang kecil untuk nitrogen di negara-negara pertanian di masa hadapan. Dan tanpa baja haiwan ini, bayangkan kos yang bakal ditanggung oleh petani terutama di negara membangun dan miskin.

4) Keperluan bagi negara miskin.

Seseorang yang Vegeterian sekalipun masih setuju bahawa daging adalah sumber makanan yang penting di negara-negara miskin/mundur. Sekalipun tidak menolak andaian bahawa dengan mengurangkan pengambilan daging akan dapat membantu memperbaiki kualiti alam sekitar, namun di masa yang sama adalah tidak adil mengambil hak golongan miskin bagi memenuhi keperluan diet harian mereka.

Bagi berbilion penduduk miskin luar bandar, memiliki seekor atau dua ekor haiwan seringkali manawarkan harapan untuk mendapatkan lebih pendapatan (melalui penjualan haiwan tersebut), dan dengan sekali-sekala mampu makan dagingpun sudah pasti membawa perbezaan yang besar (rahmat dapat merasa daging) terhadap isirumah mereka.

5) Tiada daging, tiadalah susu dan telur.

Jika masih ada yang beranggapan bahawa kita masih boleh menukar diet kita daripada makan daging kepada diet yang berasaskan susu (milk diet), anda ternyata silap. Menurut Helmut Haberl, ahli sosio-ekologi daripada Institut Sosio-Ekologi di Vienna, Austria, "you cannot produce milk without meat" - tiada susu akan terhasil, tanpa adanya daging iaitu haiwan yang hidup. Pendapat yang sama turut terpakai di dalam kes ayam yang dibela bertujuan mendapatkan telur. Menolak makan daging akhirnya bermaksud menamatkan sumber bekalan untuk susu dan telur!

Penutup

Sekalipun gagasan 'dunia bebas daging' begitu menarik di atas kertas, tidak semestinya ia mampu mewujudkan masa depan yang diidam-idamkan (utopia). Di dalam keadaan masyarakat yang sibuk mempromosikan gaya hidup sebagai 'Vegeterian' (diet berasaskan susu dan telur), mahu tidak mahu, terhasilnya susu dan telur adalah dengan adanya daging (iaitu haiwan yang hidup).

Persoalan sebenar di sini adalah; berapa banyakkah daging yang kita perlukan dan bagaimana kita mampu hasilkan bekalan yang secukupnya.

Jawapannya, terserah kepada bagaimana kita mendekati (approach) persoalan terbabit. Jawapan yang paling ringkas adalah, dunia akan menyaksikan permintaan terhadap daging terus bertambah. Ini yang pasti jika mengkaji senario semasa/hari ini.

Di bawah senario ini, matlamat kita adalah untuk memastikan penghasilan daging dibuat pada kos yang minima terhadap alam sekitar.

Dan caranya, menurut Walter Falcon, ahli ekonomi-pertanian dari Stanford University, California, adalah dengan membataskan ternakan secara 'free-range' dan menggalakkan amalan penternakan secara 'feedlots' dan di dalam persekitaran berdensiti tinggi, yang terasing daripada persekitaran luar. Tambah beliau lagi "if you are going to keep some livestock system, I think the ones you'll want to keep are the intensive ones".

Penternakan skala besar pastinya memberi tekanan terhadap alam sekitar terutama dalam penghasilan nitrogen dan baja/najis haiwan. Begitupun, dengan insentif yang bersesuaian, seperti contoh di US, najis haiwan ini boleh diproses untuk mengurangkan penghasilan gas rumah hijau - kepada biomass, di mana 100 juta tan telah diproses dan menyumbang kepada kira-kira 4% sumber elektrik negara terbabit.

Jika ingin diperdebat isu ini, memang tiada penghujungnya. Di satu pihak mahukan pengurangkan daging, yang juga bermaksud pengurangkan kapasiti sektor penternakan. Tetapi sebanyak mana yang patut dikurangkan? Tiada siapa yang tahu.

Justeru, masa depan sebenarnya memerlukan perubahan yang besar terhadap cara bagaimana kita mengamalkan diet dan pilihan menu pemakanan kita.

Pengambilan daging wajar dikurangkan, terutama di kalangan orang yang tipikal makan daging. Kita pastinya tidak mahu memasukkan lemak, dan lain-lain punca penyakit ke dalam tubuh kita dan isirumah kita. Namun, dapatkah masyarakat kita menerima cadangan makan daging dua kali dalam seminggu?

Mungkin tidak sanggup untuk masa ini (belum lagi bersedia), tetapi perubahan itu tidak mustahil berlaku setelah kita sendiri menyaksikan hutan ditebang, hakisan tanah berleluasa, pencemaran air terus berlaku hanya kerana permintaan terhadap daging yang semakin meningkat pada masa hadapan.

Ramai orang kini sudah berkira-kira untuk menjadi kurang makan daging (eat less meat), dan kesimpulannya di sini adalah 'kurangkan makan daging, dan bukannya tidak makan langsung!'. And for the best results, meat should be medium-rare - Bob Holmes, Edmonton, Canada, 2010.

Sekian.

Mawaddah main 'blocks'

Assalamualaikum semua, apa khabar? Lama tak dengar cerita saya, kan?

Sekarang saya dah ada kesukaan baru - bermain/susun blocks.

Cak!

Ini ayah yang bina, bukan saya tau...

Emmm...nak tengok kerja tangan saya?

Ni ha, bangunan yang tak siap-siap...

Susun, dan susun lagi...dan lagi...

Mana satu nak padankan nih?

Bahagian bawah nampak macam tak kukuh je nih!

Masukkan satu lagi blok di sini...

Tuuuuuu.......

Cakkkkkk!!!!!

Arghhhh! Raksasa sudah mengamuk (tanpa sebab)

Aurghhhh!! Rasakan penduduk bumi...

Lepas buat sepah, kenalah kutip dan kemaskan blok-blok tu semula

Argghhh! Kemas, jangan tak kemas...

Banyak lagi nak kena kutip nih

Kali ini Ayah tidak membantu saya mengemas mainan yang saya sepahkan kerana sibuk mencuba kasut yang baru diterimanya.

Mujurlah ada jualan murah (potongan 70% daripada harga asal), sempatlah sambar kasut ini. Jika hendak dibeli 'saja-saja' memang kirim salamlah.



Kasutnya agak berat, tetapi masih selesa dipakai.