Wednesday, 9 June 2010

Piala Dunia: awasi kelibat 6 penjahanam

'The Joy of Six'

Jurulatih Argentina kini mungkin segelintir kecil daripada pengemudi skuad bola sepak paling bernasib baik ketika perlawanan Piala dunia bakal membuka tirainya 2 hari lagi.

Dianugerahkan dengan penggempur kelas tinggi (dengan mengambilkira Martin Palermo), Maradona pastinya selesa dengan variasi penyerang yang beliau miliki dan yang ingin beliau turunkan bagi 'menjahanamkan' peluang skuad lawan untuk menang.

Apapun, dalam bola sepak semua benda tidak mustahil. Dikatakan Maradona telah menggunakan 100 pemainnya dalam tempoh kurang daripada 18 bulan, dan mereka masih bergelut untuk layak ke Afrika Selatan, kita seharusnya boleh menjangka, apa yang tidak dijangka.

Sedangkan Peranchis pun boleh ditundukkan China, kan? Jom kita lihat senarai penjahanam milik Argentina ini:

1) Lionel Messi (FC Barcelona; 44 caps/13 goals - source)
2) Gonzalo Higuain (Real Madrid; 5 caps/3 goals - source)
3) Sergio Aguero (Atletico de Madrid; 21 caps/8 goals - source)
4) Diego Milito (Internazionale; 20 caps/4 goals - source)
5) Carlos Tevez (Man City; 52 caps/9 goals - source)
6) Martin Palermo (Boca Juniors; 14 caps/8 goals - source)

Tuesday, 8 June 2010

Kon$en$u$ Beba$ (a.k.a. KEBAS)

Kebas, bukan Kebab!

Sekelompok 5 orang ahli YB yang meninggalkan PKR baru-baru ini, kini tampil semula bersama khabar yang 'agak' mengujakan.

Sekalipun agak mengujakan, ianya cepat menjadi isu sejuk kerana satu nama yang kini rancak meniti di bibir masyarakat hingga beliau akhirnya menjadi bahan seloka ramai (siapa?), 'tercicir'.

Jurucakap bagi Kon$en$u$ Beba$ (saya singkatkan menjadi - KEBAS), D. S. Zahrain dalam sidang media pertama menyifatkan penubuhan KEBAS ini adalah jawapan yang dicari-cari setelah mereka keluar PKR (seterusnya membelakangkan pilihan pengundi di kawasan yang mereka wakili) - iaitu di dalam mengemukakan isu-isu nasional dan yang berkepentingan umum secara bersama dan berkesan.

Dengan adanya KEBAS ini juga, ahli-ahli YBebas boleh meneruskan fokus mereka terutama kepada hal berkaitan pembentukan dasar dengan rakyat diletakkan sebagai keutamaan (sumber).

Begitulah serba-sedikit rumusan daripada penyataan Zahrain. KEBAS adalah badan 'beba$', tetapi .............

bersambungla pulak..

Halal, bukan Jalal!

akan disambung...

Monday, 7 June 2010

Barang lama dah susah nak jumpa

Malaya? Ini peta kurun ke berapa ni? Siap wujud negara Fr. Indo-China lagi zaman peta ni dibuat.

Haaa...inilah objek yang memaparkan imej/peta tersebut. Sebuah globe lama yang kebetulan terjumpa dan terus 'terbeli' dari Charity Shop di Headington Shop petang tadi.

Barang lama tetapi masih berkeadaan baik

Harganya agak 'menarik' - ini kriteria no 1 yang saya akan lihat sebelum meraba-raba poket seluar. Kriteria no 2 adalah melihat pembuat globe ini (maker), siapa? Chad Valley! yang mana syarikat asalnya masih dalam lipatan sejarah. Ingin tahu serba-sedikit mengenai Chad Valley (klik)

Setelah tahu serba-sedikit mengenai 'maker', hal harga tu dah turun kepada tahap 'boleh dirunding'.

Kemudian, kriteria no 3, tengok pula peta itu sama ada versi lama atau versi baru. Lama. Bagaimana saya tahu? Sebab Dr Din dah beritahu saya pertamanya, lihat Benua Afrika - versi yang betul-betul lama akan menunjukkan nama negara-negara Afrika yang sebelum merdeka (ada nama penjajah seperti Belgian Congo, French West Africa, Angola Portugal, Italian Somaliland, Cylon dan sebagainya).

Apabila kriteria no 2 dan no 3 dipenuhi, soal harga tidak timbul lagi. Buka dompet, keluarkan duit dan bayar.

French West Africa, Portuguese Guinea dan French Guinea

Belgium Congo, Angola (Portugal) dan Rhodesia

Commonwealth of Australia

Sebahagian dari Amerika Selatan

Eropah dan USSR (hanya terdapat beberapa negara yang merdeka dari Russia)


Benda lama sebegini jarang-jarang sekali kita terjumpa. Dan apabila terjumpa pula, ada beberapa kriteria yang padanya tidak dipenuhi. Tetapi jika anda bernasib baik (terjumpa barang yang berkualiti baik) apa jua harganya mesti boleh dirunding, kan?

Sekian.

Sunday, 6 June 2010

Selamat tinggal, jasamu dikenang

Setelah hampir 2 tahun menabur bakti kepada kami sekeluarga, akhirnya semalam petang kami terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada kereta pertama saya, Mr VW kerana masalah 'kesihatan' yang sukar dibaik pulih lagi. Moga pengganti Mr VW selepas ini akan meneruskan kerja-kerja mulia yang ditinggalkan.

Friday, 4 June 2010

Umrah: sebahagian foto kenang-kenangan...










Mawaddah: mula mengenali baldi

Make sure ibu tangkap gambar Mawaddah ye...

Hohoho....muat pulak ye...

Heheh...

Berkuranglah satu lagi baldi kain malam ni...huhu..

Syarahan Jumaat: Syabas tuan imam!

Berkatalah benar biarpun pahit

Sudah dua kali Jumaat saya mengamati intipati syarahan yang disampaikan oleh Maulana Munir, Imam Oxford Central Mosque, Manzil Way.

Perubahan ketara: pihak masjid tidak lagi membacakan senarai nama penderma yang berjela-jela itu. Hanya jumlah derma sahaja diumumkan pengerusi masjid. Akan ada orang yang marah (kerana itu sudah menjadi adat), tetapi Imam membacakan hadith - orang bersedekah dengan tangan kanan, hingga tangan kirinya sendiri tidak mengetahuinya.

Jumaat lepas beliau memperkatakan isu wanita yang memimpin solat Jumaat. Sebagaimana tahun lepas, tahun ini juga Oxford akan menjadi tuan rumah yang menyambut kedatangan 'Imam Wanita' terbabit.

Isunya, mengapa wanita tidak dibenarkan untuk mengimamkan solat berjemaah (termasuk solat Jumaat) di kala hadirnya lelaki?

Maulana Munir memberikan justifikasi yang cukup cantik. Saidina Aisyah R.U.H, isteri baginda Rasul S.A.W.

Dengan kedudukan yang terpuji, mengapakah Aisyah sendiri tidak pernah memimpin solat Jumaat?

Jika diambil logik akal (ini bagi menjawab soalan pemikir barat), di kala baginda Rasul SAW keluar (bermusafir), berdakwah ke luar Madinah, mengapa Aisyah tidak menggunakan ruang yang ditinggalkan suami (Rasul) untuk menjadi imam solat di Masjid Nabawi?

Sedangkan Aisyahlah yang paling dekat dengan Rasul SAW!

Dan sekarang ini, siapakah kita (terutama anda 'Imam Wanita') untuk meletakkan diri lebih mulia dan tinggi darjatnya berbanding Aisyah R.U.H?

Jumaat hari ini, beliau sekali lagi diminta untuk mengulas perkara yang sama, memandangkan majlis solat jumaat yang bakal diimamkan oleh 'Wanita' tersebut akan berlangsung minggu hadapan.

Apapun, maklumat terperinci tidak dapat saya pastikan.

Yang saya dengar tadi adalah penganjuran tersebut tidak mewakili masjid malah dibantah keras.

Namun, di atas dasar kebebasan mengamalkan hak asasi di UK ini, wajarlah ianya digunakan sesiapa yang berminat. Cumanya, masjid telah melaksanakan peranan mereka memberi penerangan yang terbaik kepada komuniti Islam di Oxford ini. Selebihnya, terpulang kepada mereka sendiri.

Apapun, isu 'Imam Wanita' tidak sempat diulas panjang Imam kerana beliau lebih terganggu dengan isu 'memastikan hanya sumber halal daripada perniagaan'.

Beliau menggunakan waktu cuti Summer di mana ramai orang muda datang bersolat untuk menjelaskan isu ini.

Ini kerana terdapat banyak kedai yang 'off-license' di sini dipunyai oleh orang Pakistan, yang mewarisi kedai-kedai (mini termasuklah rangkaiannya) ini daripada datuk dan ayah mereka.

Pendapatan yang dijana pula adalah baik, dan sebahagian pendapatan mereka banyak disalurkan sebagai derma kepada pihak masjid dan pembangunan komuniti Islam.

Yang perniagaan kedai turut digunakan bagi membeli rumah (kemudian disewa). Daripada sebuah rumah, ada yang menambah menjadi 2 rumah, kemudian berganda 10, 20, malah ada sehingga 40 buah rumah sewa!

Begitupun, sumber asal perniagaan yang dijalankan datuk-ayah mereka (kedai) adalah bercampur. 70% aktiviti menjual yang halal dan 30% yang haram (pecahan besar ialah jualan Arak dan Bingo/Tiket loteri).

Anak-anak yang mewarisi perniagaan ini merasakan ianya (campur yang syubhah) tidak salah kerana datuk dan bapa mereka pun mengamalkannya.

Malang lagi, sebahagian wang perniagaan ini disalurkan pula kepada masjid sebagai derma.

Saya dapat melihat wajah-wajah berkerut setelah mendengar teguran tuan Imam ini. Saya pun nampak wujudnya perubahan dalam pendekatan syarahan Imam akhir-akhir ini berbanding sebelumnya.

Banyak yang ditegurnya adalah demi menegakkan yang benar, biarpun tindakannya itu boleh mengundang keresahan pihak tertentu. Sesungguhnya begitu pahit menyatakan kebenaran.

Diakhir syarahannya, beliau meminta agar kaum muslimim, bukalah mata, bukalah telinga dan carilah kebenaran. Jika datuk-ayah tidak mengubah sumber perniagaan mereka, maka anak-anak muda yang mewarisinya harus memulakan perubahan itu.

Berniaga yang 100% halal itu memanglah kurang untung, tetapi hati dan jiwa kita menjadi lebih tenang. Sekarang jika hidup kaya tetapi makan hasil jualan Arak dan Loteri, jiwapun pun tidak tenang dan tenteram.

Beliau turut menegaskan, jika kita kata kita sayang Rasul SAW, janganlah kita merosakkan ajaran yang ditegakkan oleh banginda Rasul SAW.

nota: harapnya tok Imam akan terus mengulas topik-topik sebegini di masa akan datang. Saya jangka beliau akan membangkitkan rasa marah dan kurang senang ramai orang, tetapi dari sudut yang positif, banyak amalan kita yang secara kita sedar atau tidak, masih bercanggah dengan tuntutan agama.

Agama tidak boleh menurut adat/habit/kebiasaan kita, malah adatlah yang harus diperbetulkan untuk menurut tuntutan agama secara total.

(maaf tadi kerana saya tidak terperasan akan Dr Juanda Jaya di sebelah Pak Salim waktu berjalan pulang dari masjid, bile sampai?)

Tuesday, 1 June 2010

'Rombakan' Kabinet: KJ kempunan, Palanivel kenyang..

Barangkali anda telah meneliti daripada pelbagai sumber, tentang barisan kabinet selepas dikatakan 'dirombak' dan dikeluarkan untuk tatapan umum petang tadi (sumber) dan sumber berfoto di sini (klik).

Komen ringkas:

1) Mungkin ada yang masih terkeliru dengan maksud 'rombak' dengan 'tambahbaik'. Ada beza atau tidak di antara "orang tu rombak rumah dia, untuk bina rumah baru", dengan "orang tu tambahbaik/baiki rumah dia dengan tampal mana-mana bahagian yang kurang elok".

2) Barisan menteri tiada perubahan yang ketara, hanya Ong Tee Keat digugurkan (itupun sebab tidak lagi menjawat Presiden MCA). - apa akan jadi dengan pendedahan Tee Keat mengenai PKFZ ye?....

3) 'Kejutan' yang diwar-warkan pelbagai pihak sebelum ini hanya menjadi 'buah mulut' dan 'omongan kosong', di samping memalukan orang yang menyebarkan khabar berkenaan sahaja. Beberapa nama menteri dan timbalan menteri yang diwar-warkan akan digugurkan masih kekal.

4) Beberapa nama yang dikatakan berpotensi untuk 'naik' juga tidak muncul-muncul. KJ, ketua pemuda UMNO Malaysia masih belum diberi kepercayaan dan peluang menganggotai kabinet DS Najib, begitu juga senator 'baru' Ezam Md Nor, juga turut tercicir namanya.

5) Jika KJ 'kempunan' untuk naik, Palanivel pula dilihat semakin 'kenyang' kerana masih belum sejuk dengan kerusi senator, kini dianugerahkan pula jawatan Timbalan Menteri di Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi. Disebalik kemelut dalaman BN, MIC pandai manfaatkan keadaan!

5) Anak ganti ayah. Jika Vell Paari terpaksa menghidupkan karier politik beliau dalam MIC dengan jalan yang agak berliku memandangkan ayahnya Samy Vellu (Presiden MIC) sedang melalui fasa mencabar dalam karier politiknya, nasib anak Dr Chua Soi Lek (Presiden MCA) pula melalui nasib yang berbeza. Chua Tee Yong akan meneruskan legasi bapanya di peringkat lebih tinggi dengan dilantik sebagai Timbalan Menteri di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

6) Naib Presiden Kanan PPP, Denis D Cruz turut mendapat tempat dalam barisan kabinet ini sebagai Timbalan Menteri di Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Penyertaan wakil (naib presiden) daripada PPP turut dilihat perlu memandangkan kedudukan presiden PPP masih belum dapat diputuskan antara Kayeas dan Murugiah.

7) Menteri-menteri 'senior' masih kukuh di kedudukan masing-masing. Ramai mungkin tertanya-tanya; apakah mereka telah mencapai KPI (indeks penunjuk prestasi utama) yang digariskan semasa awal DS Najib dilantik menjadi PM, hingga tiada yang di bawah pencapaian? Jikalau demikian, lambat lagilah Malaysia akan bangkrap kerana tiada sebab langsung untuk rakyat bimbang daripada terus dipimpin pemimpin yang menunjukkan KPI yang baik sebegini. Atau, apakah dijalankan kajian berkaitan KPI ini sebagai prasyarat untuk menyambung perkhidmatan seseorang menteri, mahupun timbalan menteri? Emmm...

Kepada yang berminat untuk membaca ulasan yang lebih mendalam, daripada penulis yang jauh lebih berpengalaman dan mahir dari saya, klik (dari hal kabinet baru)

Sekian.

Perhimpunan Anti-Israel: boikot apa?

Saya senada dengan masyarakat Islam di mana-mana pelusuk dunia hari ini melancarkan gesaan agar dunia Islam, dunia Arab dan komuniti berjiran dengan Yahudi Laknatullah ini agar segera menamatkan kezaliman terhadap warga kapal yang membawa bantuan ke Gaza khasnya dan keluar dari tanah orang Palestin keseluruhannya.

Alhamdulillah, di dalam iklim politik, ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia hari ini yang masih banyak 'ketidaktentuan', isu Palestin ini sekurang-kurangnya telah merendahkan sedikit pagar perbezaan di dalam masyarakat.

Isu ini bukan lagi isu agama, isu kedaulatan negara dan tanah air yang lebih tinggi tahap untuk kita debatkan, tetapi ianya adalah isu nyawa - dan ianya mudah mendapat respon dan difahami semua orang kerana kita semua ada nyawa.

Adalah menjadi kewajiban untuk kita menjaga nyawa kurniaan Allah Taala ini dengan sebaik-baiknya.

Kita semua harus memainkan peranan, tiada istilah kita orang besar ataupun orang kecil.

Sekecil-kecil kemampuan kitapun, sekurang-kurangnya masukkanlah doa buat mereka yang masih ditahan oleh tentera Israel ini di dalam doa kita selepas solat. Agar Allah bantu selamat dan peliharakan nyawa dan keselamatan saudara-saudara kita ini.

Boikot?

Saya ada menatap satu video dari U-Tube protes anjuran Perkasa terhadap kekejaman Israel yang dibuat di hadapan kedutaan AS di Kuala Lumpur.

Jika berminat bolehlah saksikannya di sini (klik). Apapun, jangan ditiru aksi kurang siuman seorang manusia yang mengambil jalan mencederakan diri sendiri, kononnya 'kecewa' dengan kekejaman yahudi ini - bukankah ianya (cedera diri) bertentangan dengan tuntutan Islam dan Rasulullah sendiri tidak menyuruh kita merosakkan diri dan membahayakan nyawa.

Kasihan orang itu, sudahlah cedera, akhirnya ditangkap polis pula.

Yang menarik perhatian saya adalah di permulaan klip video di mana salah seorang ketua demo begitu bersemangat meminta masyarakat Islam di Malaysia agar tidak lagi membeli dan makan di premis milik (berhubungkait) dengan rejim zionis Yahudi ini, terutama Starbuck dan Coca-Cola (nak tengok boleh klik link video di atas).

Bukannya saya tidak bersetuju dengan saranan beliau, memang wajar untuk kita memulaukan barangan dan produk Yahudi yang mana sebahagian pendapatannya disalurkan untuk memperkayakan Yahudi dalam usahanya menindas masyarakat Palestin.

Cuma yang sedih dan amat mendukacitakan adalah setelah menatap foto ini (klik).

Tangan kanan pukul, tangan kiri gosok! Macam-macam...

Perihal subsidi: komen ringkas Dr M

Sumber: sini

"Dalam usaha untuk membawa mesej kemungkinan Idris telah meperbesar-besarkan sesuatu perkara...kita tidak akan jatuh bangkap tapi kita akan menjadi miskin," katanya.

Mengenai subsidi, Dr Mahathir meminta kerajaan untuk mempertimbang subsidi yang disediakan kepada industri asing.

"Banyak subsidi diberi bagi membantu industri asing di negara ini. Mereka mendapat bekalan elektrik murah, minyak murah dan lebih daripada itu mereka mendapat pengecualian cukai untuk 10 tahun. Kita memberi subsidi kepada mereka tetapi sebenarnya kita tidak mendapat apa-apa," katanya.

*kita - ?