Monday, 13 May 2013

Mari lihat makanan para angkasawan di angkasa lepas (foto)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS


Woah. Mana Tangs?

Tahukah anda menghasilkan bekalan makanan untuk angkasawan adalah antara masalah kejuruteraan yang mengambil masa puluhan tahun untuk diselesaikan. Pada tahun-tahun awal penjelajahan angkasa lepas, makanan para angkasawan terhad kepada makanan separa cecair, makanan sejuk beku dan makanan kering. 

Makanan-makanan ini tidak boleh dipanaskan dan dimakan terus dari tiub ataupun bekasnya. Ramai angkasawan merungut diet mereka diangkasa lepas tidak mempunyai rasa apatah lagi mengenyangkan. NASA berusaha berpuluh tahun bagi memperbaiki mutu makanan angkasawan mereka. Hanya selepas misi Apollo mutu makanan bertambah baik kerana kapal angkasa dilengkapi air panas. Dalam stesen angkasa SkyLab pula terdapat peti ais yang membolehkan makanan disimpan seperti biasa. Di stesen angkasa lepas ISS sekarang angkasawan sudah boleh memasak. It only took them like 60 years or so! 

Kami tak tahu apakah yang dimakan Syed Mudzapfar ketika di ISS. Mungkinkah Nasi Lemak freeze dried dan laksa in a tube?



Laporan asal NASA

Saturday, 11 May 2013

Khas buat Jururancang Bandar: Bandar Mohammed bin Rashid di Dubai (foto)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS


Dubai!

Bandar Mohammed bin Rashid ialah bandar baru di dalam bandaraya Dubai. Pembinaan bandar baru ini diumumkan November tahun lalu dan ianya akan dibahagikan kepada empat zon utama iaitu kawasan kediaman, hiburan, pusat membeli belah dan pusat perniagaan komersil. Di dalam projek yang menelan belanja RM 8.2 Billion ini akan dibina empat taman tema dan pusat membeli belah terbesar di dunia. Antara taman tema yang dikatakan bakal dibina ialah Universal Studios. Fasa pertama projek ini dijangka siap pada tahun 2014. 



Laporan asal SkyScraperCity

Friday, 10 May 2013

Polis Wanita di Chile (foto)

Disumberkan Oleh: Blogserius


Macam Rozita Che Wan?

Rusuhan pelajar bagi mendapatkan pendidikan percuma di Chile pernah kami paparkan di Blogserius tahun lalu. Rusuhan sudah berlangsung lebih dari setahun bagi mendesak kerajaan pemerintah memberikan apa yang dimahukan golongan pelajar. Kami rasa agak menarik apabila mendapati di Chile pegawai polis wanita mereka agak lawa. Ada yang rupa macam Rozita Che Wan edisi latina! Kami rasa mungkin student gemar berdemo kerana seronok bergochoh dengan pegawai polis wanita ini!



Laporan asal Rouge Y Pistola

InfoGrafik PRU-13

Sumber: themalaysianinsider

Wednesday, 8 May 2013

Perkampungan Setinggan Dalam Tanah Perkuburan di Filipina (foto)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS


Kasihan..

Selamat datang ke North Cemetary, sebuah tanah perkuburan yang terletak di Manila berkeluasan 56 hektar. Tanah perkuburan ini menjadi rumah kepada yang mati dan juga yang masih hidup. Manila ialah antara ibukota yang mempunyai jumlah penduduk yang terpadat di dunia dengan 12 juta orang. Sebanyak 40% daripada populasi mereka hidup di bawah tahap kemiskinan tegar. 

Di North Cemetary dianggarkan 6,000 penduduk tinggal di antara kuburan sejak awal 1950an. Tanah perkuburan ini masih digunakan dan penduduk setinggan yang sedia ada dengan bekerja sebagai pembina makam, pembawa keranda dan juga mengusahakan kedai yang menjual jajan kepada pelawat yang tiba. 



Laporan asal Amusing Planet 

Tuesday, 7 May 2013

PRU13, Terengganu & apa saya yang lihat

Apa yang saya observe pada PRU13 ini adalah:

(1) peralihan lebih ketara undi kaum Cina (urban khususnya) kepada PR, sekalipun populasi mereka hanyalah 28% daripada keseluruhan penduduk Malaysia dan kurang separuh pula mendaftar sebagai pengundi (sumber).
(2) peningkatan sokongan dan undi masyarakat urban terhadap PR yang membentangkan tawaran lebih menarik dengan sasaran untung jangka panjang bagi pengurangan kos sara hidup termasuklah peningkatan gaji minima, penghapusan tol, pemansuhan saman AES, penurunan harga petrol, penurunan harga kereta, hapus PTPTN dan pendidikan percuma, penstrukturan semula perjanjian IPP, bekalan air serta sebagainya. Kaum menengah kelas pekerja bandar lazimnya terkesan oleh sebarang peningkatan kos hidup dan manifesto yang ditawarkan 'secara pakej' (rumah mampu milik - tol free - kereta murah - minyak murah - kurang saman - air percuma/Selangor) dilihat memberikan harapan buat mereka sehingga mengundi PR.
(3) faktor P3 iaitu 'perantau pakoh PAS' - slogan yang dipopularkan di kalangan anak perantau yang pulang ke negeri-negeri Pantai Timur untuk mengundi PAS/PR pada PRU13 lepas. MB sementara Terengganu DS Ahmad Said kelihatannya 'baru terhantuk seraya mengamuk' setelah melihat undi yang disumbang warga perantau secara signifikan telah 'melipat' dan 'membungkus' calon-calon BN di banyak kerusi di Terengganu pada PRU kali ini. Mat Said dilaporkan berkata selepas mendapat keputusan menang tipis: "apa yang pengundi muda mahukan?" Jawapannya terpampang di hadapan mata beliau sendiri bilamana para perantau pulang terpaksa menempuh jalan Jerangau-Jabor yang rosak dan hancur, sedang di seberang Kemaman sana pembinaan Zoo beratus juta RM (kena bayar for entry) pula giat dilaksanakan. 
(4) faktor Ustaz Azhar Idrus dan attachment orang muda dengan UAI tidak dianggap serius oleh pihak BN Terengganu. Adalah menjadi 'fenomena' apabila ceramah UAI di hulu (Kuala Berang) mampu menghimpun lebih 10,000 penonton yang majoritinya anak muda. Apa maknanya? PRU13 menyaksikan masyarakat urban Terengganu juga telah mengalihkan sokongan mereka kepada PR. Kuala Terengganu, Marang dan Dungun memperlihatkan pola tersebut. Cuma masyarakat rural di hulu (hulu Kemaman, hulu Terengganu, hulu setiu dan hulu Besut) masih menjadi fix-deposit kepada BN, itupun dengan penurunan jumlah undi majoriti yang ketara. (ramai yang tertanya-tanya apakan BN akan meneruskan pemberian Kurma dan air Zam-Zam lagi tahun ini). Tentu masih ramai orang ingat yang Mat Said sebelum PRU pernah mengeluarkan pernyataan: "Hanya tinggal 3-4 kerusi (DUN) sahaja yang kita belum pasti manakala yang lainnya kita yakin kekal/menang". Mujurlah BN Terengganu masih bertahan dengan keputusan tipis 17-15. Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Kalau beliau ikhlas, carilah ikhtiar untuk memahami aspirasi warga muda dan warga perantau anak Terengganu sebelum mereka kembali untuk PRU14 yang akan datang. 
(5) ketidakmatangan pemimpin di dalam bercakap mengenai ayat "we agree to disagree". Penolakan dan perbezaan pendapat janganlah dianggap sikap untuk bermusuh, tidak bersyukur dan tidak berterima kasih. Kita perlu meraikan hak untuk berbeza pandangan di dalam kerangka demokrasi. Saya melihat 2 faktor utama yang menjadi batu pengimbang sokongan para pengundi di dalam PRU kali ini iaitu: a) ketidakyakinan mereka terhadap Anwar Ibrahim sebagai PM, dan b) rasa meluat menyampah mereka terhadap pemerintahan 55 tahun BN di atas bermacam sebab, ada yang logik dan ada yang sekadar ABU atau 'inikalilah'. Justeru, bagi golongan yang meluat dengan BN mereka akan mengundi PR sekalipun tidaklah meletakkan harapan tinggi/tidak yakin sangat kepada Anwar sebagai bakal PM. Begitulah juga mereka yang sekalipun menyampah dengan BN tetap mengundi BN kerana tidak yakin dengan Anwar/PR. Kefahaman dan keterbukaan rakyat terhadap sistem demokrasi rasanya tidak akan mewujudkan lagi kerajaan dengan menang majoriti 2/3 kerana rakyat boleh "bersetuju untuk tidak bersetuju" dan mereka lebih demanding terhadap apa yang ditawarkan kerajaan.
(6) ikhtiar untuk menggabungkan PAS dengan UMNO adalah tidak perlu malah tidak sesuai pada waktu ini kerana ianya hanya akan mengheret polemik berterusan khususnya kepada PAS, malah boleh melebarkan lagi jurang perkauman kerana Melayu akan berkelompok di satu pihak dan bukan Melayu akan tertolak ke kelompok yang bertentangan. Tension serta perasaan syak wasangka di antara kaum akan memburuk. Melayu sahaja tidak boleh meneruskan dasar pembangunan secara berkesan tanpa penglibatan dan sokongan bukan Melayu. Tidak semua orang itu rasis kerana ramai yang perlu berusaha keras demi mendapatkan kehidupan seperti hari ini. Justeru, laungan PM untuk pemulihan dan penyatuan nasional haruslah disegerakan melalui tindakan-tindakan yang tangible. 
(7) undi popular, sekalipun tidak melayakkan PR untuk membentuk kerajaan, merupakan indikator penting bagi mengunjurkan (predict) pola pengundian PRU14 nanti. Menurut the Malaysian Insider: "Daripada jumlah pengundi itu, BN mendapat 5,237,699 undi untuk 222 kerusi Parlimen berbanding parti Pakatan Rakyat yang mengumpulkan 5,623,984 undi. Gabungan tiga parti PKR, PAS dan DAP itu juga mengalahkan BN dalam undi di Dewan Undangan Negeri (DUN) apabila mendapat 4,879,699 undi berbanding gabungan 13 parti itu yang mendapat 4,513,977 undi." - sumber: themalaysianinsider
(8) proses 'persempadanan semula' yang dahulunya dibuat untuk menyekat kemaraan PAS (apabila negeri Pantai Timur tidak ditambah kerusi dan BN waktu itu kuat di Pantai Barat dengan lebih banyak kerusi), kini mula menjadi 'senjata makan tuan' apabila DAP pula menguasai sebahagian besar Pantai Barat hingga ke Pulau Pinang.

(9) kita tentunya perlu memikirkan tentang masa depan. Apa yang kita semua mahukan adalah kestabilan, keselamatan dan keharmonian. Keputusan PRU sudah diketahui. Sekarang tibalah masanya untuk mengotakan janji-janji. Jangan kebingungan meletakkan faktor 'tsunami Cina' mahupun 'penipuan pilihanraya'. Sekarang waktu untuk berkhidmat, dengan segera. Semua pemimpin dan parti politik tentu sudah nampak yang pengundi sekarang lebih demanding dan terbuka untuk "agree to disagree". Mereka membayar cukai dan mereka ingin rasai benefits daripadanya (walaupun tidak banyak). Rakyat juga mahukan media khususnya berita yang lebih seimbang dan matang untuk tempoh 5 tahun yang akan datang ini. Barangkali Sinar Harian telah merintis pendekatan ini.

Monday, 6 May 2013

Beg Tangan Berbentuk Klip (foto)

Diambil dari: Blogserius


Cool.

Ini ialah Clip Bag rekaan Peter Bristol yang mempunyai bentuk seperti sebuah klip kertas yang kita semua pernah gunakan semasa di sekolah. Adakah anda suka? We like! Sangat kreatif! 




Laporan asal Core77

Cara Pelajar Sekolah di Indonesia Merayakan Tamat Persekolahan (foto)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS

Conteng!


Di Indonesia pelajar yang baru habis menduduki peperiksaan Ujian Nasional Sekolah Menengah Atas menyambutnya dengan menconteng uniform yang dipakai mereka. Kalau kami buat macam ini ketika di sekolah mesti dah kena marah dengan mak bapak kami!



Laporan asal Kaskus

Thursday, 2 May 2013

Poster Filem China Yang Menciplak Poster Filem Negara Lain (foto)

Diambil dari: BLOGSERIUS


Ciplaks!

Hari ini mari lihat poster filem China yang meniru hampir verbatim poster filem dari negara lain. Memang tahap naga peniruan mereka ini!



Laporan asal RocketNews24

Menconteng buku sekolah dikala kebosanan (foto)

Disumberkan oleh: Blogserius


Ini adalah sungguh beans!!

Masa di sekolah dahulu buku sejarah sering menjadi mangsa ke-kreatifan kami. Habis gambar semua tokoh sejarah menjadi superhero dan ahli gusti selepas kami conteng. Then one day cikgu sejarah nampak buku sejarah yang diconteng. Terus kena beli buku teks baru kerana buku teks pinjaman yang diberikan sudah tak layak untuk dikongsikan kepada budak tahun hadapan! Haha. Good times!



Laporan asal Studentbeans