Saturday, 27 October 2012

Konsep Kenderaan: Ssangyong E-XIV (foto)

Dipetik daripada: Blogserius

SSanggat Ccool


Ini ialah konsep kenderaan REEV (range extended electric vehicle) dari syarikat kenderaan Ssangyong dari Korea. Ssangyong E-XIV ini mempunyai bumbung dengan panel solar yang membolehkan ianya dicas semasa digunakan. Rekaannya juga agak agresif bagi menarik minat golongan muda untuk membeli kenderaan REEV ini. Nampak menarik. 

Buat masa ini tiada rancangan dari Ssangyong untuk menjadikan E-XIV sebuah kenderaan produksi penuh.



Laporan asal MotorTorque

Friday, 26 October 2012

Guru Tadika Yang Mendera Anak Muridnya (foto)

24 Oktober yang lalu, agensi Weibo menyiarkan foto-foto yang menyentap hati ramai netizens - budak kecil yang diangkat dari lantai menggunakan kedua belah telinganya oleh guru tadika dengan wajahnya (guru itu) yang tersenyum riang.

Ianya peristiwa benar yang berlaku di the Blue Peacock Kindergarten yang terletak di Chenxi Street di Wenling, provinsi Zhejiang. Selepas disiarkan, pihak berkuasa yang berkaitan telah melancarkan siasatan dan sejurus kemudian juga guru gila yang bernama Yan Yanhong telah turut diberhentikan kerja.

Apabila ditanya Yan mengapa beliau menarik telinga kanak-kanak lelaki terbabit dan menyuruh rakannya mengambil foto kejadian, Yan hanya menjawab, "it was for fun". That was fucking sick!

 "this is fun"

 "that will teach you to behave"

 "I threw him in"

  "that will teach you to behave"

"the auntie had them to do this"

"the auntie's supply"

Teringat saya kepada pesanan Mark Kitto dalam artikel beliau bertajuk "You can never be Chinese: Why I'm leaving the country I love". Kata Mark "they are materially rich but spiritually poor". You got that right Mark.

Laporan dipetik: Chinasmack

WUPPERTAL SCHWEBEBAHN : MONOREL BERUSIA 110 TAHUN DI JERMAN (foto)

Dipetik daripada: Blogserius

NICE!


Wuppertal Schwebebahn atau dalam bahasa Melayunya Tram Terapung Wuppertal ialah sistem monorel tertua di dunia yang masih berfungi terletak di Wuppertal, Jerman. Ia mula beroperasi pada 1 Mac 1901. Sistem monorel ini juga merupakan sistem landasan tergantung tertua di dunia. Ianya ilham jurutera Eugen Langen dan pembinaan Wuppertal Schwebebahn dimulakan pada tahun 1898. Sistem ini hanya siap sepenuhnya pada tahun 1903 dan mempunyai panjang landasan sejauh 13 kilometer dengan 20 hentian dibina.

Menariknya, sejak siap dibina sistem monorel ini hanya ditutup sekali sahaja itupun kerana dibom ketika Perang Dunia ke-II. Sebanyak 19,200 tan besi digunakan bagi membina landasan monorel ini dan kos pembinaannya pada ketika itu ialah 16 juta GoldMarks.

Lebih 110 tahun kemudian, Wuppertal Schwebebahn masih berkhidmat dengan baik setelah menjalani proses modernisasi sejak 1997. 25 juta orang penumpang menggunakannya setiap tahun! Proses modernisasi yang selesai pada tahun 2010 membabitkan naik taraf stesen, tram lebih moden dan penggantian struktur landasan yang usang. Lebih 480 juta Euros (RM 2 Billion) dibelanjakan bagi proses pemodenan ini. 

Sungguhpun telah dimodenkan, tram "The Kaiserwagen" seperti gambar di bawah masih dikekalkan. Tram The Kaiserwagen ialah tram yang dinaiki Kaiser Wilhelm II ketika test run awal Wuppertal Schwebebahn. Cool stuff! Agaknya 100 tahun akan datang bagaimanakah pula rupa sistem Monorel, Putra dan Star kita di bandaraya KL?








Laporan asal Pixgrove dan Wikipedia

Seni Kreatif Pohon Bonzai Moden (foto)

Disumberkan oleh: Blogserius

Awesome!

Seni Bonzai memang sinonim dengan negara dan masyarakat Jepun. Pokok renek dipotong kemas bagi menghasilkan seni miniatur. Sesetengah pokok Bonzai boleh dijual dengan harga ribuan ringgit bergantung kepada keunikannya. Takanori Aiba, seorang artis Jepun mempermodenkan seni bonzai dengan rekaan bonzai beliau yang unik. Rekaan bonzai moden beliau sangat surrealistik dan detailed! I wonder how much would these creation be worth? Definitely better than your typical bonzai if I can say so myself!








Laporan asal Takanori Aiba via Inhabitat

Thursday, 25 October 2012

BLASTOLENE SPECIAL : Kereta dengan enjin Kereta Kebal (foto)

Dipetik daripada: Blogserius

Holy Tuut!


Blastolene Special ialah sebuah kereta custom yang dibina oleh Randy Grubb pada tahun 2001. Ia menggunakan sebuah enjin kereta kebal M47 Patton yang menghasilkan 810 kuasa kuda. Kereta seberat 4300 kg ini menggunakan transmisi bas dan kelihatan sangat unik. Ianya kemudian dibeli oleh hos rancangan TV Amerika Jay Leno yang kemudiannya melakukan beberapa modifikasi seperti menaikkan kemampuan enjin kepada 1600 kuasa kuda. Untuk memiliki kereta ini tidak murah kerana penggunaan minyaknya yang melampau iaitu sekitar  2 liter petrol untuk setiap kilometer perjalanan! Fuuuu!




Laporan Autoblog

Edisi "Rakyat Didahulukan" : Hospital Keretapi di Kazakhstan (foto)

Disumberkan oleh: Blogserius

Chenkuye


Di Kazakhstan terdapat perkhidmatan hospital bergerak yang menjelajah ke seluruh negara bagi memberikan perkhidmatan perubatan kepada rakyat luar bandar. Perkhidmatan hospital bergerak ini dimulakan pada tahun 2010 dan berfungsi selama 11 bulan setahun. Di seluruh Kazakhstan terdapat 3 set hospital keretapi sebegini. Setiap hospital terdiri dari 8 gerabak dimana 4 daripadanya menjadi hospital dengan 17 bilik yang dilengkapi pelbagai kemudahan perubatan. Terdapat kelengkapan X-ray, bilik pembedahan kecil dan juga klinik gigi. Dua gerabak lagi dijadikan tempat tinggal, sebuah gerabak untuk ruang makan dan sebuah gerabak untuk menempatkan generator elektrik. Pekerja hospital bergerak ini digantikan setiap dua minggu.

Kami tak pasti sama ada di Malaysia terdapat hospital keretapi sebegini. Yang pasti semasa kami kecil ada klinik gigi bergerak di sekolah.




Laporan asal VoxPopuli

Toyota AE86 Masih Berbau Kedai Walaupun Sudah Dibeli 25 Tahun (foto)

Disumberkan oleh: Blogserius

Cool!


Toyota AE86 ialah kereta yang sangat famous di kalangan peminat kereta di Malaysia dan pembaca komik Initial D. Kereta ini sangat sinonim dengan Kedai Tauhu Fujiwara. Masa zaman kegilaan drift in the early 2K kereta ini boleh dikatakan godlike sama macam Honda NSX original.

Di Belgium ada sebuah AE86 yang nampak macam baru keluar kedai walaupun dibeli 25 tahun yang lalu. Tuan punya kereta ini menyimpannya di basement beliau dan hanya memandunya sejauh 47 kilomter sejak dibeli. Plastik dari kilang juga tidak dicabut dari interior kereta ini. Hasilnya AE86 ini adalah dalam keadaan mint condition. Very impressive.  Sila enjoice.






Laporan asal Speedhunters

Bintang Gusti WWE; Dulu vs Sekarang (foto)

Dipetik daripada: Blogserius


Memori zaman membesar

Banyak wrestlers yang terkenal era 90-an sudah bersara. Ramai yang bersara kerana kecederaan teruk. Lex Luger contohnya bersara selepas serangan angin ahmar. Razor Ramon juga mengalami serangan jantung kerana penyalahgunaan steroids, dadah dan alkohol. The Giant Kamala diserang diabetes dan kehilangan dua belah kaki. Banyak lah cerita horror!







Wednesday, 24 October 2012

IKLAN produk kesihatan yang amat mengelirukan di Harakah (foto)

Mengucap panjang saya apabila terbaca iklan makanan kesihatan keluaran Muslim seperti yang tersiar di dalam akhbar Harakah beberapa minggu yang lepas.

Lihat rajah (iklan) berikut yang sempat saya rakamkan:


Secara peribadi, saya menganggap iklan ini adalah pakej "rip-off yang lengkap" dengan "strategi promosi dan pemasaran yang sempurna":

1) Janji KEAJAIBAN produk, walaupun tidak disertakan sebarang bukti klinikal atau disokong fakta saintifik bagi menyatakan ianya berkesan. 

Amat menggelikan hati saya bilamana mengetahui bahawa pengusaha produk ini "senang hati sahaja" menyatakan produk yang dihasilkan itu berkesan merawat kanser!!! (lihat foto iklan).

Jika ianya (dakwaan terbabit) BENAR (nota: menipu itu berdosa dan boleh masuk neraka. Manakala pihak yang sama "bersekongkol menyebarkan penipuan" si penipu juga akan turut mendapat saham dosa) maka wajarlah kita sarankan supaya semua pusat kajian dan institut kanser, dan kempen melawan kanser yang telah menggunakan ratusan juta ringgit wang untuk menjalankan penyelidikan mencari penawar kanser agar DITUTUP kerana penawarnya telah kita temui (pada produk di atas)!!!! 

Begitu jugalah dengan para saintis dan pelajar jurusan perubatan di semua universiti di dunia ini yang siang-malam bertungkus lumus, selama puluhan tahun mengkaji untuk menghasilkan penawar kanser, perlulah mereka mencari profesion lain kerana penawar kanser rupanya ada pada produk ikan masin keluaran syarikat ini!

Lawak sebegini turut menimbulkan 2 soalan lanjutan seperti berikut:

i- Adakah produk ini telah melalui proses Research and Development (R&D) di MAKMAL milik syarikat tersebut, selain turut mematuhi piawaian keselamatan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan badan kesihatan antarabangsa?

ii- Adakah produk ini telah turut dihantar untuk diuji dan seterusnya lulus ujian makmal yang dijalankan oleh badan bebas sama ada ujian makmal di dalam mahupun luar negara?

2) Dilabel sebagai PRODUK MUSLIM (kadang-kala produk dilabel "Produk Sunnah") bertujuan menarik pengguna Melayu-Islam.

Seringkali apabila ada pihak yang kritikal terhadap sesetengah produk kesihatan alternatif keluaran bumiputra Muslim, antara suara sinis yang kedengaran adalah: "dengki la tu, tak senang tengok orang Melayu dan Islam maju dalam perniagaan!"

Dude, ini bukannya soal siapa dengki siapa. Pokok pangkalnya adalah keinginan untuk membantu insan lain mendapatkan pendapat kedua (second opinion) mengenai kebaikkan atau risiko sesuatu produk. Ia juga untuk membantu mendidik pengguna supaya tidak mudah terpesona dan terpedaya dengan pelbagai janji manis pengeluar sesuatu produk. 

Tak salah kalau nak berjaya dan jadi jutawan. Tetapi jangan sesekali menggunakan cara yang mengelirukan pengguna demi mengaut keuntungan.

Lebih penting lagi, niat saya yang mengkritik ini adalah demi menjaga kesucian agama Islam daripada dimanipulasi oleh golongan peniaga demi melariskan produk jualan mereka. Andai ditakdirkan sesuatu produk itu membawa mudarat, bukan sahaja pengguna teraniaya, malah bukankah nanti agama Islam yang suci ini juga akan turut terheret serta terpalit dengan pelbagai dakwaan dan tuduhan negatif?

3) Diperkuat atau diperkasa dengan ayat-ayat Qur'an tertentu.

Benar, al-Qur'an itu merupakan penawar kepada pelbagai jenis penyakit. Ia merupakan suatu bentuk ikhtiar yang boleh kita ambil. Tetapi, sebagai orang Melayu Islam, takkanlah kita sendiri tidak mampu membaca al-Qur'an? Bukankah membaca al-Qur'an itu tuntutan buat setiap dari kita?

Saya khuatir dengan "skala komersil" ini, pengusaha produk ini mungkin "memperkasakan" produknya dengan kaedah yang tidak sebagaimana difahami oleh para pengguna Melayu Islam. 

Question: Kita sering tertanya-tanya, bagaimanakah rupanya / kaedahnya sesuatu produk itu diperkasa dengan ayat al-Qur'an?

Adakah pihak syarikat mengupah para ustaz bekerja secara shif untuk mengalunkan bacaan al-Qur'an tatkala produk itu melalui production line? Atau demi mengejar kuota pengeluaran dan tempahan pelanggan yang besar (skala komersil), pengusaha sebenarnya hanya pasang CD bacaan al-Qur'an? Dan kemudiannya mendakwa itulah yang dimaksudkan dengan "produk diperkasakan dengan ayat-ayat al-Qur'an". Kalau sekadar pasang CD, pengguna pun boleh buat sendiri di rumah masing-masing.

Adakah perbuatan sebegitu (andai berlaku) sebenarnya lebih mendekati kepada amalan mempersendakan (memperguna) agama demi mengaut keuntungan?

4) Membawa kepada "pukulan" harga produk hingga menjadi tidak munasabah mahalnya. 

Produk yang dihasilkan di atas "label" Muslim mahupun Sunnah sewajarnya tidak menekankan aspek mengejar keuntungan. Bahkan, produk ajaib dengan penawar kepada 1000 macam penyakit kronik sebegini patutlah dijual pada harga "seikhlas mungkin" supaya selari dengan tuntutan al-Qur'an dan al-Sunnah (selain mengelakkan ianya dicop sebagai cuba mengeksploitasi agama demi mengaut keuntungan duniawi).

Tetapi apa yang selalu berlaku adalah sebaliknya. Produk-produk Sunnah ini, walaupun boleh didapati dalam bentuk konvensional (iaitu ikan masin biasa di pasar), seringkali dijual dengan harga yang tidak logik mahalnya. 

Sukar untuk akal ini menerima di manakah logiknya untuk seseorang pengguna (pesakit kanser contohnya) membayar RM200 bagi harga sekilo ikan bilis. Sedangkan kita boleh beli sekilo ikan bilis pada harga sekitar RM30 di pasar dan balik ke rumah kita pasang bacaan al-Qur'an dari YouTube secara percuma. Boleh nampak tak betapa besarnya perbezaan harga produk konvensional vs "Sunnah/Muslim" itu?

Sudah nampak menjadi trend pula penggunaan "label" produk Muslim dan "label Islam (guna ayat Qur'an)/al-Sunnah" ini dijadikan asbab bagi para peniaga menjustifikasikan kenaikan harga produk yang mereka jual itu secara "gila-gila" mahalnya!

Memanglah dengan harga mahal sebegini usahawan-usahawan Melayu Muslim akan lebih cepat kaya dan hidup senang. Tetapi di manakah "keberkatan" terutama setelah mereka mendakwa produk berubat tersebut dapat merawat kanser, etc. selain mengandungi / menerapkan unsur-unsur agama.....

Fikirkanlah!

Silap Ubat = Gadis Berjanggut di China (foto sedih)

Dipetik daripada: Blogserius

Sadness!


Nana (16) seorang remaja yang berasal dari China mengalami kesan sampingan yang sangat sadis. Tubuh beliau mula dipenuhi bulu dan muka beliau pula berjambang seperti lelaki, manly. Semua ini adalah kerana kesan sampingan mengambil ubat-ubatan bagi merawat penyakit Aplastik Anemia. Nana mula dirawat untuk penyakit ini sejak 2010 dan bulu mula tumbuh sejak hari itu. Beliau kini sudah dua tahun tidak bersekolah kerana malu diejek rakan sekolah. Apabila keluar dari rumah beliau memakai topeng mulut bagi menyembunyikan janggut dan kumis pada muka beliau. Sadness! 

Tahukah anda masalah bulu berlebihan pada seseorang wanita sebenarnya bukanlah perkara ganjil. Dianggarkan 8% wanita seluruh dunia mepunyai masalah "berbulu" yang dipangil HIRSUTISM ini. Masalah ini timbul kerana kewujudan hormon lelaki yang tinggi di dalam tubuh mereka.



 
Laporan asal Baidu via Izismile