Monday, 24 September 2012

Dashrath Manjhi: Hero Rakyat Sebenar di India (kisah & foto)

Dipetik daripada: Blogserius


Respect!

Shah Jehan membina Taj Mahal sebagai lambang cinta abadi beliau kepada Mumtaz Mahal. Beribu artisan bertungkus lumus selama 21 tahun bagi menyiapkan monumen yang dibina dari marmar ini. Hari ini mari kita dengar cerita Dashrath Manjhi seorang buruh kasar marhaen yang membina sebuah jalan menembusi bukit bukau sebagai monumen cinta beliau kepada isterinya. Tidak seperti Taj Mahal, jalan yang dibina Dashrath Manjhi ini tidak menjadi tarikan pelancong ke India tetapi fungsinya kepada komuniti sekitar perkampungan Gaya di Bihar jauh lebih signifikan dari tugu Taj Mahal. Tambah menakjubkan beliau membina sendiri jalan ini secara seorang diri.

Kisah bermula pada sekitar 1950-an apabila isteri Dashrath Manjhi, Falguni Devi tercedera setelah terbabit dengan kemalangan. Kerana lokasi kampung yang agak terpencil, tiada hosipital dibina oleh pihak kerajaan untuk penduduk tempatan. Dalam perjalanan ke hospital yang jauh, Falguni Devi meninggal dunia. Kecewa dengan kematian isteri beliau yang dirasakan boleh dielakkan, Dashrath meminta kerajaan tempatan untuk membina sebuah jalan menembusi sebuah gunung. Jika jalan ini dibina, perjalanan dari perkampungan Gaya ke bandar berhospital berhampiran akan dipendekkan dari 50 kilometer menjadi hanya 10 kilometer.


Kerana penduduk kampung Gaya bukan dari kasta yang tinggi ataupun orang berada, permintaan penduduk tempatan untuk pembinaan jalan pintas ini tidak diendahkan. Dashrath sudah bosan menunggu dan kerana beliau seorang Hero Rakyat sebenar, beliau mengambil langkah membina sendiri jalan pintas merentasi gunung dan ganang ini secara sukarela. 

Ketika beliau memulakan projek ini pada tahun 1959 ramai penduduk yang menganggap Dashrath sudah gila kerana kesedihan kehilangan isterinya. Tetapi 22 tahun kemudian apabila jalan raya sepanjang hampir 1 kilometer dan selebar  16 kaki ini siap dibina Dashrath sekelip mata menjadi hero tempatan. 

Pada tahun 2007 beliau meninggal dunia akibat kanser. Jenazahnya diberikan pengkebumian khas penuh penghormatan setaraf pemimpin negara, sebagai menghargai jasa dan usahanya yang tidak kenal erti putus asa.

Cerita ini sebenarnya agak sadis. Walaupun jalan raya ini sudah siap dipotong merentasi bukit oleh Dashrath semenjak 1982, ianya masih belum terturap sehingga sekarang. All the hard work was done by this man but the government still can't get off their lazy ass to finish it for the man.

Oleh itu marilah kita berterima kasih kepada kerajaan kita kerana tak macam kerajaan India........ kerana membina jalan. Dekat pilihanraya sahaja secara magic jalan raya akan berturap seakan David Blaine. Kain batik yang tak diminta muncul dalam tangan. Tanah diberikan dan bantuan kewangan turun dari Putrajaya. Tambah menarik di Malaysia kalau tiada jambatan kita bina sungai. #LULZ


Laporan asal Tehelka

Sunday, 23 September 2012

Demo Filem Anti-Islam: KFC & Carl's Jr Dimusnahkan (foto)

Nota:

Pelbagai "wajah" telah kita lihat ditunjukkan oleh kumpulan-kumpulan masyarakat Muslim di dalam menyatakan bantahan mereka terhadap filem yang menghina Nabi Muhammad SAW. Ada yang berhimpun dan menyerahkan memorendum bantahan secara aman, ada yang memenuhi masjid untuk mengadakan solat hajat dan doa, malah ada yang memulakan kempen memboikot produk keluaran Amerika dan Yahudi. 

Di beberapa negara, cara beradap tidak dijadikan panduan terbaik, bahkan "selesa" dengan budaya merusuh dan memusnahkan harta benda sebagai cara meluahkan rasa marah. Apapun, diharap agar kaum Muslim di Malaysia dapat bersikap lebih rasional, tidak emosional sehingga bukan sahaja tidak menyelesaikan apa-apa masalah, bahkan memburukkan pula gambaran terhadap Islam dengan perbuatan yang tidak sepatutnya.

Sumber: Blogserius (berserta sedikit tokok-tambah)

Oh Noes...!

Sebuah cawangan restoran KFC dan Carl's Jr hancur dimusnahkan peserta demo anti video Innocence of Muslim di Labenon. Dalam kejadian hujung minggu yang lalu, kedua-dua restoran yang berasal dari Amerika Syarikat itu menjadi sasaran mereka yang naik rage setelah Islam dituduh sebagai agama yang ganas.

Sebagai peminat KFC dan Carl's Jr, kami di Blogserius menyeru kepada rakyat Malaysia yang marah supaya tidak menyerang KFC dan Carl's Jr kerana selain merosakkan harta benda, ia juga menyebabkan all those chicken and premium beef burgers gone to waste. Kalau nak marah, seranglah kedai tomyam yang menggunakan pelaris otak beruk bomoh Siam. Itu lebih bagus dimusnahkan...




Laporan asal  IBTimes

Inovasi - Sekolah "Kontena" di Afrika (foto)

Disumberkan oleh: Blogserius (dengan sedikit pengubahsuaian)

Kerana pendidikan itu penting


Di Cape Town, Afrika Selatan, beberapa buah sekolah telah dibina dengan menggunakan kontena kargo. Bangunan sekolah ini dibina untuk komuniti miskin yang memerlukan sekolah. Bangunan sekolah ini mampu menampung seramai 25 anak murid pada satu-satu masa dan diharap dapat memberikan peluang pendidikan kepada kanak-kanak miskin. 

Usaha yang murni. Mungkin di Malaysia inovasi sebegini boleh diguna pakai. Saya dengar ada kanak-kanak di Sabah dan Sarawak terpaksa berjalan kaki sejauh 15 kilometer sehari semata-mata untuk ke sekolah disebabkan tiada sekolah yang berdekatan desa/tempat mereka tinggal. Kalaulah konsep "mini school" macam ini dapat diwujudkan, tidak perlulah mereka ini berjalan jauh dan mungkin lebih rajin untuk ke sekolah dan menimba ilmu.






laporan asal ArchDaily

Mari lihat "Hotel Kapsul" di Kyoto (foto)

Disumberkan oleh: Blogserius

Nice!

Hotel kapsul ialah hotel yang menyewakan kubikel kecil kepada mereka yang mahu bermalam buat sementara. Konsep hotel kapsul dimulakan oleh Kishi Kurokawa pada tahun 1979 bagi menyelesaikan masalah salaryman yang tidur di pejabat. Kapsul disewa untuk jangka masa pendek dan hanya memberikan kemudahan paling asas. Sejak dimulakan, konsep hotel kapsul sudah berevulusi beberapa kali untuk memberikan keselesaan yang lebih kepada penyewa.

Di Shimogyo-ku, Kyoto, Hotel 9H dibuka pada tahun 2010 dan ia kelihatan seperti sebuah hotel yang dibuka oleh APPLE. Ianya sungguh kemas dan serba moden. Sebanyak 125 kapsul boleh disewa dalam bangunan setinggi 9 tingkat ini. Jika mahu tinggal di sini anda perlu menyewa sekurang-kurangnya selama 4 jam dan maksimum selama 17 jam. Harga sewaan ialah Yen 4,900 (RM194).








Laporan asal Facebook 9H

Saturday, 22 September 2012

Budak lelaki yang menjadi model pakaian wanita (foto ewww)

Dipetik daripada: Blogserius

Dayyum...It's a trap!


Stas Fedyanin ialah seorang lagi model lelaki yang cuba mengukir nama di bidang peragaan wanita. Beliau ialah the Russian version of Andrej Pejic yang kami pernah paparkan memperagakan bra walaupun beliau adalah seorang lelaki! Remaja berumur 16 tahun ini sekali pandang nampak macam Kiera Knightley. Nampaknya dunia semakin banyak TARP. Nong Poy approves this!




Laporan asal EnglishRussia

Monumen Terbesar Afrika di Senegal (foto)

Dipetik daripada: Blogserius


The Monument to African Renaissance

The Monument to African Renaissance ialah monumen gergasi setinggi 49 meter yang terletak di ibu negara Senegal, Dakar. Ianya siap dibina pada tahun 2010, tepat pada ulang tahun ke-50 kemerdekaan Senegal dari negara Perancis. Monumen ini direka oleh arkitek terkenal Senegal Pierre Goudiaby dan merupakan projek mega Presiden Abdoulaye Wade. 

Pembinaan bermula pada tahun 2006 dan sebuah syarikat dari Korea Utara diberikan kontrak membina monumen ini. Pemilihan syarikat dari Korea Utara ini merupakan permulaan pelbagai kontroversi yang bakal melanda projek ini. Dengan kos pembinaan USD 27 Juta, ramai merasakan pembinaan monumen ini membazir kerana wang ini boleh digunakan untuk projek yang lebih bermanafaat. Gaji purata rakyat Senegal ialah USD 1,000 setahun! 

Kontroversi melanda lagi apabila Presiden Abdoulaye Wade meminta 35% hasil kutipan tiket untuk diri beliau atas alasan idea pembinaan monumen ini ialah "harta intelek" beliau. Selain daripada itu, pembinaan patung gergasi ini juga dianggap tidak sesuai untuk Senegal di mana 94% rakyatnya adalah beragama Islam. Pihak Imans menegaskan patung gergasi tidak menutup aurat ini sangatlah tidak syaria compliant. 



 

Laporan asal Kuriositas

Tambat anak sementara ibubapa bekerja (foto)

Di sebalik bangunan ketuhar konkrit yang usang di dalam kawasan kilang menghasilkan tembikar di Dingqiao Haining, provinsi Zhejiang, para pekerjanya mengambil jalan menambat anak-anak lelaki dan perempuan mereka dengan tali ke besi tingkap bangunan. Sebabnya, ibubapa yang sibuk bekerja ini tidak mempunyai masa bagi menjaga anak-anak mereka. Di masa yang sama, mereka pula tidak sanggup membiarkan anak-anak berkeliaran tanpa pengawasan dan berkemungkinan akan mendapat kemalangan. Adalah difahamkan bahawa kanak-kanak ini ditambat di besi tingkap selama 10 jam setiap hari.


Seandainya anda berada di tempat ibubapa ini, apakah pula (bentuk) langkah yang boleh anda ambil demi memastikan anda mampu bekerja tanpa risaukan keadaan dan keselamatan anak-anak? 

Adakah tindakan ini juga boleh ditafsirkan sebagai seolah-olah menafikan hak anak-anak (untuk merasai kegembiraan alam kanak-kanak seperti mereka yang lain)? Apakah pula kesan jangka panjang kepada generasi ini di masa yang akan datang?

Sumber asal: ChinaSmack

Apabila TOYOTA Membina Kereta Untuk Kanak-Kanak (foto)

Disumberkan oleh: Blogserius

Lesen please....!


Di Expo Permainan Tokyo baru-baru ini, Toyota memperlihatkan konsep Toyota Camatte mereka. Ianya kereta elektrik mini dengan kapasiti 3 orang penumpang yang dibuat khas untuk kanak-kanak. Camatte dibuat dalam dua versi iaitu Sor dan Daichi. 

Tujuan penghasilan Camatte menurut Toyota ialah mengajar anak-anak memandu dengan betul sejak kecil. On the surface this seems like a legit idea. Kita dah biasa tengok budak kecik naik motor mikro di Malaysia. Beberapa orang juara dunia macam Casey Stoner mengaku belajar menunggang motor menggunakan mikro-motor ini semasa mereka masih kecil. Ianya membina asas pemanduan sehingga membolehkan beliau menjadi juara lumba motosikal dunia. 

Mungkin Camatte ingin dijadikan platform mendidik juara sukan pemotoran akan datang. But when you think about it membiarkan anak kecil memandu pada usia awal mungkin akan menyebabkan kecederaan. Oh well..






laporan asal WorldCarFans

Friday, 21 September 2012

"Pig Cage Stronghold" (dalam movie Kung Fu Hustle) yang sebenar (foto)

Pernahkah anda menonton filem aksi bertajuk Kung Fu Hustle bikinan Stephen Chow? Saya pernah menontonnya tetapi kini saya tidak begitu mengingatinya. Anyway...bagi anda yang pernah menontonnya, barangkali masih ingat salah satu babak pada filem terbabit yang memaparkan kediaman yang padat penduduk yang diserang oleh geng samseng a.k.a kongsi gelap.

Salah sebuah adegan yang berlatar belakangkan "pig cage stronghold" dari filem Kung Fu Hustle.

Di dalam filem tersebut, kediaman lama (dan uzur?) ini digelarkan "Pig Cage Stronghold" (kubu kandang babi @ sebuah tempat yang memberikan perlindungan sehingga sanggup dipertahankan oleh penghuninya - lebih kurang begitu maksudnya), yang dibina mengelilingi sebuah ruang lapang (courtyard). Di bahagian ruang terbuka inilah menjadi tempat para penghuni, yang berbilang peringkat umur, menjalankan pelbagai kegiatan harian mereka.

Adalah tidak mengejutkan bahawa gambaran "Pig Cage Stronghold" dalam filem Stephen Chow ini sebenarnya wujud di sebuah tempat bernama Longchang Apartments yang terletak di 362 Longchang Road, Shanghai. Sesungguhnya, walaupun binaan kompleks perumahan ini nampak uzur, pada saya, ia sebenarnya kaya dengan karektor! (apakah ini kesan daripada mengajar kelas Urban Design?)

Perumahan Longchang ini penuh dengan keunikan kerana ianya masih bertahan sekalipun sudah beberapa dekad negara China, terutama bandar Shanghai menerima arus pembaharuan dan kemodenan. Bezanya, hari ini Longchang tidak lagi dikenali dengan panggilan Pig Cage Stronghold, tetapi diganti dengan panggilan "Tongzilou" yang bermaksud "bangunan dengan koridor panjang dengan balkoni di salah satu bahagian dan unit kediaman berbilik di bahagian yang satu lagi".

Koridor ini dikongsi kegunaannya, balkoni pula dibuat terbuka, manakala unit kediaman tidak mempunyai dapur mahupun tandas. Penduduk yang mendiaminya pula adalah golongan pekerja syarikat-syarikat milik kerajaan. Yang bujang mendapat unit 1 bilik manakala yang berkeluarga disediakan unit 2 bilik dengan jarak kepada dapur lebih dekat. 

Memandangkan ruang yang ada amatlah terhad, setiap penduduk perlu berebut menggunakannya. Sehingga terdapat suatu peraturan tidak bertulis (unwritten rules) iaitu setiap jiran perlu memastikan ampaian dan pasu bunga milik mereka tidak seincipun memasuki sempadan balkoni rumah jiran sebelah-menyebelah.

Manakala, tandas awam yang terpaksa dikongsi pula amatlah sesak dan insiden mengintai jiran juga kerap berlaku. Apa yang mereka hidang untuk makan, siapa tetamu yang datang, barang apa baru yang dibeli, kesemuanya tidak mampu disorokkan daripada jiran-jiran. Termasuk juga, jika ada kanak-kanak yang menangis kerana dihukum, pergaduhan suami-isteri, mendengar muzik kegemaran, semuanya menjadi rencah yang mewarnakan lagi kehidupan para penghuni flat Longchang Road ini.

Saya rasa tempat seperti ini adalah lively, memiliki karektor dan juga "peninggalan sejarah" yang penting kepada kawasan tersebut. Malah, ia mungkin boleh menjadi bukti "akar kepada kemajuan" dan pencapaian Shanghai hari ini. Ia mungkin cuma kurang diselenggara dengan baik. 

Jika bangunan "usang" sebegini masih terdapat di tempat anda, apa yang anda rasa boleh dilakukan? Baikpulih? Robohkan sahaja dan bina baharu? 

Dipetik dari sumber asal: ChinaSmack

Peminta Sedekah "Dikandangkan" di China (foto)

Dipetik dengan pengubahsuaian daripada: Blogserius

What the what?


Di Nanchang China, pihak berwajib telah mengarahkan kesemua peminta sedekah untuk meminta sedekah dari kandang besi. Tindakan ini diambil kerana pihak berwajib kerap menerima rungutan daripada orang ramai setiap tahun perihal peminta sedekah yang kerap menggangu mereka sepanjang festival keagamaan berlangsung. Peminta sedekah ini diarahkan duduk di dalam kandang sepanjang festival. Kegagalan mematuhi arahan akan mengakibatkan diri mereka dihalau keluar dari bandar. Sungguhpun tindakan ini menerima reaksi positif dari pengunjung, netizen China merasakan tindakan pihak berwajib ini melampau dan melanggar hak asasi golongan peminta sedekah. Bagi mereka, adalah tidak patut manusia disangkar seperti haiwan.

China boleh tahan ganas. Bersyukurlah golongan peminta sedekah di Malaysia kerana kerajaan Janji Ditepati tidak melayan mereka sedemikian rupa. Sehingga sering dilaporkan bahawa pendapatan sebagai seorang pengemis di Malaysia adalah agak lumayan.




Laporan asal 2OceansVibe