Sunday, 17 June 2012
Bacaan: Strategi 6+23 BN di Kelantan
Sumber: MerdekaReview
Sekali lagi, Kelantan sebagai negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat, bakal menjadi tumpuan negara menjelang Pilihan Raya Umum 13. Bagaimanapun, jikalau dibandingkan dengan negeri PR yang lain, kesukaran PAS untuk memerintah Kelantan buat penggal keenam selepas tahun 1990, 1995, 1999, 2004 dan 2008 - adalah lebih rendah.
Kelantan adalah kubu PAS yang kukuh. Ketika PRU 12 pada Mac 2008, PAS meletakkan pimpinan tinggi partinya di Kelantan untuk memastikan suara mereka dibawa ke parlimen. Antaranya Timbalan Presiden ketika itu Nasharudin Mat Isa di Bachok, Bendahari Agung Hatta Ramli di Kuala Krai dan Ketua Dewan Pemuda ketika itu, Salahuddin Ayub di Kubang Kerian.
Dalam PRU akan datang, PAS telah mengumumkan bahawa 30% daripada calonnya adalah muka baru. Sesetengah pimpinan yang menang dalam PRU 12 mungkin tidak lagi menyarung jersi kali ini lantaran tersungkur dalam pemilihan parti. Pemimpin seperti Salahuddin Ayub misalnya, bakal bertanding di negeri asalnya, Johor, malah dikatakan seandainya PR berjaya menawan Johor, maka beliaulah calon Menteri Besar.
Perang tiga penjuru di Kota bahru
UMNO hanya menang dua kerusi parlimen daripada 14 yang ditandinginya melalui Tengku Razaleigh di Gua Musang (dengan rekod 10 kemenangan tanpa kekalahan); dan Mustapa Mohamed (Menteri Pengajian Tinggi ketika itu) di Jeli. BN menerima tamparan hebat, sehingga hampir dicabut akarnya dari tanah Kelantan.
Tengku Razaleigh Hamzah, atau lebih dikenali dengan nama Kuli, berbeza pandangan dengan kerajaan persekutuan dalam isu royalti minyak di Kelantan. Ketika menyandang jawatan Menteri Kewangan, Kuli terlibat dengan rundingan Petronas dan negeri yang mempunyai sumber petroluem, malah merangka Akta Kemajuan Petroleum 1974.
Justeru itu, persoalan sama ada Kuli bakal bertanding atas tiket UMNO masih sarat dengan pelbagai kemungkinan.
BN mula menjana jentera kempennya di kawasan ini, malah mengajak Presiden MCA Chua Soi Lek untuk berkempen di situ, dengan semangat yang berkobar-kobar untuk merampas kembali kerusi yang ditawan PAS. BN menganggap wujudnya petanda-petanda bahawa undi mula kembali ke pangkuannya. Lebih-lebih lagi sesetengah wakil rakyat PR "hilang begitu sahaja" selepas PRU. Rakyat mula merungut kerana tiada perkhidmatan di tempatan. Kebanyakan ini adalah kawasan yang mana akar umbi PAS adalah lemah, atau kawasan PKR.
Mustapa MB yang direstui BN
Dari segi DUN, BN menggunakan strategi 6+23, iaitu mengekalkan 6 kerusi yang dimenangi dalam PRU 12, ditambah dengan 12 kerusi yang mana undi majoriti PAS tidak melebihi 500 undi; dan 11 kerusi yang mana undi majoriti tidak melebihi 1000 undi. BN melihat kawasan ini sebagai kawasan "kelabu", yang mungkin berpeluang untuk ditembusi, dan menawan kerajaan negeri Kelantan seterusnya. BN Kelantan bertunjangkan UMNO yang bertanding di 44 kerusi, dan satu lagi kerusi Kota Lama ditandingi calon MCA.
Kali ini, UMNO menunjukkan perpaduan yang utuh, berbanding dengan keadaan berselerak, dengan puak-puak masing-masing pada zaman dahulu. PAS tidak boleh memperlekehkan musuhnya kali ini, lebih-lebih lagi pengganti untuk Nik Aziz yang umurnya telah lanjut, belum lagi kelihatan. Oleh itu, PAS perlu mengambil kesempatan untuk menonjolkan calon pengganti Nik Aziz dalam pilihan raya ini. Ia untuk menstabilkan keadaan, dan mengelakkan pembaziran tenaga ekoran daripada pergelutan kuasa dalaman.
Kelantan adalah negeri yang mana majoritinya pengundi Melayu. Pengundi biasanya mempertimbangkan parti politik dan bukan calonnya. Semangat "kepartian" generasi tua amat menebal. Hasrat undinya telah ditetapkan sejak awal lagi - dengan pendirian yang jelas untuk menyebelahi sama ada hijau atau biru. Apa yang direbut BN dan PR adalah pengundi baru yang berdaftar selepas 308 - yang biasanya sukar diketahui hasrat yang terpendam dalam hati mereka.
Baru-baru ini, kerajaan negeri Kelantan mengumumkan pembinaan lebuhraya antara Kota Bharu dengan Kuala Krai dengan RM1.8 bilion, malah menyeru derma dari masyarakat. Jelas, kerajaan negeri cuba meraih simpati dalam isu ini. Kerajaan negeri membina sendiri lebuh raya ini untuk kepentingan rakyatnya, jikalau kerajaan persekutuan enggan berbuat demikian. Ini kerana projek ini telah dimasukkan ke dalam Rancangan Malaysia kelima hingga kesembilan, dan dikeluarkan dalam Rancangan Malaysia ke-10. Kini, tiada apa-apa kelihatan.
Perang bermula. Namun, kesudahannya hanya akan diketahui pada saat-saat akhir.
*Huang Jian adalah penulis khas MerdekaReview. Diterjemah dan disunting dari teks asal yang disiarkan pada 11 Jun 2012.
Saturday, 16 June 2012
Apabila Facebook pula hasilkan telefon bimbit (foto)
Mungkin ramai peminat Facebook yang lega setelah mengambil keputusan untuk tidak meleburkan melaburkan wang mereka di dalam pelaburan IPO Facebook yang dilancarkan tempoh hari. Sebagai ganti, mungkin mereka yang kaki gajet bolehlah mula berkira-kira untuk meleburkan melaburkan wang mereka bagi mendapatkan "Bluephone" yang dihasilkan oleh Facebook sendiri kelak.
Untuk entri kali ini saya tampilkan salah satu cadangan Bluephone rekaan Michal Bonikowski. Telefon ini tampil dengan ciri-ciri yang "sepatutnya" ada pada sesebuah telefon pintar masa kini. Dengan casing warna biru yang nipis, ia masih mampu menyokong skrin paparan bersaiz 4.2 inci. Dilengkapi 2 kamera iaitu kamera 5 megapixel (MP) hadapan dan 8 MP bagi kamera belakang.
Sumber: YankoDesign
Friday, 15 June 2012
Renungan minggu ini - Golongan yang tidak masuk syurga
Daripada Abu Hurairah R.A, baginda Nabi S.A.W bersabda:
"Ada dua golongan yang menjadi penghuni neraka. Aku tidak pernah melihat mereka. Iaitulah segolongan manusia yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu, mereka memukul manusia dengannya. Kedua, golongan perempuan yang berpakaian pada rupanya, namun bertelanjang pada hakikatnya, yang bergaya dan menggoda, rambut mereka didandan seperti bonggol unta. Mereka tidak masuk syurga, dan tidak dapat mencium bau syurga. Sesungguhnya bau syurga itu boleh didapati dari jarak sekian sekian". (Riwayat Muslim).
Apa yang telah diterangkan oleh baginda Nabi SAW itu tidak berlaku pada zamannya, tetapi baginda diberikan wahyu oleh Allah Taala yang golongan tersebut itu akan datang pada akhir zaman kelak (yang menjadi salah satu petanda kedatangan Kiamat).
Apa yang berlaku pada zaman ini, sedang membenarkan dan membuktikan kebenaran yang telah disabdakan baginda Nabi SAW seperti hadith yang disebutkan di atas.
Golongan manusia yang disifatkan oleh Rasululllah ini sudahpun wujud. Kita melihat kezaliman berlaku di merata tempat dan negara. Orang-orang yang zalim memukul umat Nabi Muhammad SAW yang mahu meneruskan ajaran Islam sebagaimana yang digariskan Al Qur'an dan Sunnahnya.
Mereka (yang zalim ini) telah menekan dan memukul kumpulan Umat Islam laksana pemegang cemeti yang seperti ekor lembu yang dilibaskan di belakangnya tanpa pengetahuan apa-apa, semata-mata memuaskan hawa nafsu. Hinggalah ada yang membawa kepada pertumpahan darah dan hilangnya nyawa.
Kedua, kita juga telah dan sedang melihat munculnya perempuan-perempuan yang tidak bermaruah dan tiada harga diri seperti yang digambarkan oleh baginda Nabi SAW. Mereka ini berpakaian dengan pakaian-pakaian yang menjolok mata, yang tidak menepati matlamat seruan menutup aurat.
Lebih malang lagi, perbuatan mungkar inilah yang terus digalakkan berlaku di dalam masyarakat, dengan ditambah pula dengan agenda kebebasan yang berusaha menolak seboleh mungkin sebarang bentuk tindakan. Sedangkan di sesetengah negara pula kita menyaksikan golongan wanita yang berusaha menjaga cara pemakaian yang menutup aurat pula telah disekat, maruah mereka diancam dan diambil berbagai bentuk tindakan.
Sumber foto (google image)
Bagi yang patuh dan beristiqamah di atas jalan agamaNya, Allah telah menjanjikan sebaik-baik balasan ke atas usaha dan perbuatan mereka sebagaimana fiman Allah di dalam Surah Fussilat (ayat 30 - 32) yang bermaksud:
"Sesungguhnya orang-orang yang menyatakan Tuhan kami adalah Allah, kemudian mereka teguh di atas jalan yang betul, maka malaikat akan turun kepada mereka dengan menyatakan, Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih serta bergembiralah dengan syurga yang dijanjikan kepada kamu. Kamilah pelindung-pelindung kamu dalam kehidupan di dunia dan di akhirat, di dalamnya kamu memperoleh apa yang kamu minta, sebagai hidangan daripada Tuhan yang maha pengampun lagi maha penyayang."
Adapun bagi mereka-mereka yang kafir, zalim, fasik ataupun munafik, keadaan mereka telah dijelaskan oleh Allah Taala sebagaimana firmanNya di dalam Surah al-An'am (ayat 93 & 94) yang bermaksud:
"Alangkah dahsyatnya sekiranya kamu melihat di waktu orang-orang yang zalim berada dalam tekanan sakaratulmaut sedang para malaikat memukul dengan tangan-tangan mereka, sambil berkata, "Keluarlah nyawa kamu, pada hari ini kamu dibalas dengan seksaan yang menghinakan, kerana kamu selalu mengatakan kepada Allah perkataan yang tidak benar dan kerana kamu selalu menyombong diri dengan ayat-ayatNya. Dan sesungguhnya kamu datang kepada kami bersendirian sebagaimana kamu diciptakan pada mulanya. Dan kamu tinggalkan di belakangmu (di dunia) apa yang sudah kami kurniakan kepada kamu. Dan kami tidak melihat bersamamu pembantu-pembantu yang kamu anggap mereka itu sekutu-sekutu Tuhan antara kamu. Sesungguhnya sudah terputuslah pertalian antara kamu dan sudah lenyap daripada kamu apa yang dahulu kamu anggap (sebagai sekutu Allah)."
Bergembiralah wahai hati di sebalik ujian dunia ini dan beringat-ingatlah wahai diri akan godaan kemaksiatan yang bisa mengundang murka Allah.
Moga beroleh manfaat!
Keretapi Ferrari-Itali (foto)
Dipetik dari: blogserius
Gabungan teknologi dan kepakaran
Italo ialah keretapi berhalaju tinggi yang akan mula beroperasi pada hujung bulan ini di Itali. Italo ialah hasil kerjasama Ferrari dan SNCF (Syarikat Keretapi Perancis). Keretapi ini mampu bergerak pada kelajuan maksimum 350 kilometer sejam dan menyambungkan bandar Naples ,Rome, Florence, Bologna dan Milan. Kabin Italo juga turut dilengkapi dengan kemudahan terkini seperti WIFI serta palam elektrik. Selain dari itu, ia juga dilengkapi dengan gerabak "wayang" di mana sebuah gerabak menjadi wayang bergerak. AWESOME!
Kami kini mengharapkan tertubuhnya kerjasama antara SCOMI dan Proton pula untuk menghasilkan keretapi berhalaju tinggi buatan Malaysia .
In sebelum "nanti kalau SCOMI-Proton buat train tayar tercabut macam Preve dan Monorel!" LOL..
Laporan asal CNN
Tuesday, 12 June 2012
Serius HOOLIGANS: Apabila Komrad Russia bertemu Komrad Poland
Copy n paste: blogserius
Spartaaaaaa....
Selain daripada awek cun, tournament bola juga tak akan lengkap tanpa kehadiran HOOLIGANS botak dari serata dunia yang datang untuk bertumbuk macam barbarian bodoh. Semalam selepas perlawanan di antara Poland dan Russia di Warsaw, dua set Hooligan negara Eropah Timur ini bergocoh like them bad all days. Aneh juga dua bekas negara kesatuan WARSAW ini bergaduh. Padahal masa komunis dulu komrad-komrad belaka.
Laporan asal Reuters
Monday, 11 June 2012
Pendapat: Bagaimana saya melihat isu "perpaduan Melayu-Islam" di Malaysia
Jika anda ada pandangan, sila kongsikan.
Saya melihat, setiap kali timbulnya isu perbincangan mengenai perpaduan Melayu Islam, sesetengah kita akan memahaminya sebagai "muzakarah di antara UMNO dengan PAS".
Bagitupun, pada rajah di atas, saya menawarkan kerangka yang lebih luas, dan bagaimana saya melihat isu (perpaduan) tersebut sehingga menjangkaui usaha menemukan UMNO dan PAS, yang dikatakan mewakili majoriti Melayu Islam di Malaysia.
Perpaduan haruslah dipupuk tidak di peringkat parti politik, malah ianya harus dimulakan di peringkat akar umbi, dengan tidak bertunjangkan fahaman atau ideologi politik kepartian yang sering memecah-belah dan membahagikan kumpulan di dalam masyarakat.
Sumber baru bagi menjana kekuatan ummat Melayu Islam saya fikir harus bermula dengan pemerkasaan fungsi serta peranan "kariah" di segenap kawasan. Kariah yang paling mudah kita kaitkan ialah mengembalikan fungsi sesebuah Masjid atau surau atau pusat komuniti sebagai tempat masyarakat Melayu Islam berkongsi segala masalah yang berkepentingan bersama sebagaimana dinyatakan.
Manakala, saya hanya meletakkan agenda dialog di antara parti-parti politik (termasuklah JIKA berlaku muzakarah UMNO dan PAS) sebagai salah satu elemen yang akan melengkapkan "perjalanan jauh" proses perpaduan Melayu Islam.
Sesungguhnya Allah lebih mengetahui.
Rawatan awal jika disengat obor-obor
Q1: Anda suka mandi pantai?
Q2: Anda pernah disengat obor-obor ketika bermandi-manda di pantai bersama tunang anda?
Jangan panik sekiranya disengat oleh obor-obor. Syaratnya anda perlulah bersedia dengan rawatan awal.
Tunang anda juga turut disengat? Tidak mengapa, ubati diri sendiri dahulu sebelum mengubati orang lain. Wakaka...!
Di bawah adalah beberapa "tips" yang dikongsikan bersama sekiranya anda atau tunang anda atau sesiapa yang nasibnya kurang baik disengat obor-obor ketika bermandi-mandian di pantai, terutama di Port Dickson yang sekarang ini memang musim mengawan bagi kaum obor-obor.
Sumber foto: google image
Bahaya
SENGATAN obor-obor berupaya mengakibatkan kematian kepada mangsanya seperti yang terjadi di Pulau Langkawi yang dilaporkan dalam akhbar baru-baru ini.
Misalnya bilangan obor-obor bertambah semasa musim mengawan yang berlaku pada bulan Mei hingga Jun.
Cara-cara mengelakkan sengatan obor-obor
Sengatan obor-obor sering kali berlaku dalam keadaan berikut :
1) Sengatan yang paling kerap adalah semasa obor-obor terapung di permukaan air ketika mangsa memasuki atau berenang di dalam air.
2) Serpihan sesungut yang terpisah dari badan obor-obor akibat dari laut bergelora seperti semasa ribut. Sesungut ini walaupun telah terpisah dari badan berupaya mengeluarkan bisa apabila serpihan sesungut bersentuhan dengan manusia.
3) Serpihan sesungut yang terdampar di persisiran pantai juga berupaya membebaskan bisa apabila dipijak.
4) Sengatan obot-obor lebih kerap terjadi apabila bilangannya di dalam laut bertambah.
Tips rawatan
Antara bahan yang lazimnya digunakan untuk rawatan awal sengatan obor-obor adalah seperti sodium bikarbonat (serbuk penaik yang digunakan untuk kek), asik borik, alkohol, larutan cucian amonia dan jus limau nipis. Bahan-bahan ini dapat bertindak menukarkan tahap keasidan (pH) di bahagian tubuh yang tersengat dan meredakan rasa sakit.
Langkah bantuan kecemasan yang disyorkan selepas itu adalah seperti berikut :-
1) Basuh kawasan sengatan dengan air laut.
2) Jika sesungut obor-obor terdapat di atas kulit, gunakan alatan yang bersesuaian seperti garpu atau memakai sarung tangan bagi membuang sesungut tersebut.
3) Kawasan sengatan kemudiannya direndam dalam larutan cuka (50 peratus) selama 30 minit.
4) Selepas itu, tuangkan bancuhan tepung atau serbuk penaik (baking powder) ke atas tempat sengatan dan gunakan pisau untuk mengikis keluar nematosit yang tertanam dalam kulit kita.
5) Ulangi basuhan cuka ke atas tempat tersebut dan sapukan krim yang mengandungi antihistamin, analgesik dan steroid (seperti betnovat) pada kawasan sengatan. Jika perlu, gunakan air untuk menghilangkan rasa sakit.
6) Bawa mangsa berjumpa doktor dengan segera.
Sumber: Tranungkite
"pinjam, percaya & pulang"
Saya menyokong penuh usaha yang dirintas sekumpulan anak muda yang menganjurkan program "Buku Jalanan Titi" (Titiwangsa) ini. Konsep membaca secara santai dengan perkongsian bahan sebegini saya kira masih belum begitu popular di Malaysia, walaupun ianya telah dilancarkan di beberapa kawasan lain di Malaysia seperti di Shah Alam, Ipoh, Kuching, dan Kota Kinabalu sebelum ini.
Dengan usaha dari bawah (bottom-up approach) ini diharap dapat meningkatkan minat masyarakat untuk "keluar membaca", beriadah dan seterusnya menjadikan ia satu budaya yang bermanfaat buat seisi keluarga.
Selain berpeluang berkongsi bahan bacaan ilmiah dan santai dengan peserta lain, aktiviti sebegini juga boleh meluaskan persahabatan dan memupuk budaya suka menderma, bersedekah dan murah hati sebagaimana dituntut Islam itu sendiri.
Andai berkelapangan, berhajat juga saya untuk turut serta dan mungkin ingin membawa buku-buku yang ada untuk dikongsi bersama masyarakat. Barangkali anda juga boleh menyokong usaha ini sambil menabur bakti.
Bagi anda yang ingin menyumbangkan bahan bacaan/buku, boleh menghubungi penganjur di: bukujalanantiti@gmail.com atau mengikuti aktiviti mereka di Facebook (bukujalanantiti) atau Twitter (@bukujalananTITI).
Subscribe to:
Posts (Atom)

















