Monday, 16 May 2011

KJ - Jangan naik harga RON95

Ketua Pemuda UMNO desak agar harga RON95 tidak dinaikkan

| May 16, 2011 03:54:25 pm 

Laporan "cut n paste" - SUMBER
 



Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (Pemuda UMNO) gusar dengan kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Ismail Sabri Yaakob yang menggesa rakyat untuk bersiap sedia dengan kemungkinan kenaikan harga minyak RON 95.

Ini kerana usaha-usaha ke arah penjimatan kos pengurusan dan peningkatan produktiviti serta kecekapan Kerajaan haruslah mendahului sebarang langkah pengurangan perbelanjaan fiskal berupa pengurangan subsidi minyak.

Sebagai contoh, menurut Perbadanan Produktiviti Negara, kos tanggungan bagi memenuhi pelbagai peraturan Kerajaan dalam memulakan sebarang aktiviti ekonomi adalah sebanyak RM17.0 bilion atau 2.5% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar.  Jumlah kos peraturan dan pematuhan ini adalah 21 kali ganda lebih banyak daripada hasil penjimatan daripada pengurangan subsidi ke atas komoditi gula dan barangan berasaskan minyak pada Julai 2010 dan 14.4 kali ganda bagi tindakan yang sama pada Disember tahun lalu.

Oleh itu, Pemuda UMNO menyarankan agar usaha-usaha ke arah penjimatan bestari melalui kecekapan operasi seperti di atas di samping tindakan bagi meningkatkan nilai (unlock the value) aset dan sumber pendapatan negara di terokai dengan serius dan dilaksanakan terlebih dahulu, sesuai dengan cogan kata 1Malaysia yang sentiasa mendahulukan rakyat dari segi kepentingan, kebajikan dan hal ehwal mereka.

Pada masa yang sama, Pemuda UMNO ingin menegaskan bahawa sungguhpun statistik terkini bagi harga barangan pengguna menunjukkan kadar inflasi 3.0% pada Mac 2011 berbanding bulan yang sama tahun lalu, namun perinciannya menunjukkan bahawa barangan makanan bukan alkohol mencatat kenaikan yang lebih tinggi iaitu 4.7%.  Selanjutnya, jika diteliti kepada pecahan kecil bagi barangan makanan bukan alkohol ini, daging mencatat kenaikan 7.6%, susu dan telur 7.9%, sayur-sayuran 11.4%, gula, jem dan barangan manisan 10.9%, buah-buahan 6.8% dan ikan serta hasil laut 3.8% - yang mana kesemuanya melampaui kadar purata inflasi 3.0% yang dicatatkan.

Malahan dalam isu ini, Asian Development Bank juga telah membuat kenyataan pada akhir bulan lalu bahawa sepanjang dua bulan pertama tahun ini sahaja, harga bagi barangan makanan dunia telah meningkat sebanyak 30% dan dijangka akan berterusan.

Sehubungan dengan itu, Pemuda UMNO dengan ini mendesak agar Kerajaan tidak menaikkan harga minyak RON 95 dan menyeru agar tindakan ke arah penjimatan bestari dan penerokaaan usaha bagi meningkatkan nilai aset dan hasil dilaksanakan terlebih dahulu demi memastikan kebajikan dan kepentingan rakyat semua.

*Kenyataan media oleh Khairy Jamaluddin (gambar kiri) selaku Ketua Pemuda UMNO merangkap ahli parlimen Rembau.

Sunday, 15 May 2011

Apa gila mana dok main simbah-simbah asid!

"Sehingga Jumaat lalu, polis menerima 22 laporan mengenai kes simbah asid sekitar Lembah Klang" - sumber.

Sebagai orang yang duduk jauh dan kurang menyemak akhbar, tidaklah menyangka jumlah aduan berkaitan kes simbah asid ini sudah mencecah angka 22.

Kali terakhir saya baca Beritaharian online, rasanya baru 2 mangsa (wanita melayu dan india, jika tidak salah).

Harapnya pihak berkuasa dapat memberkas individu yang gila ini. Sudahlah gila, membahayakan nyawa orang yang tidak bersalah pula. Kena asid, kecacatan kekal sudah pasti, nyawa pula boleh jadi taruhan. 

Begitupun, kepada orang awam yang ada mencurigai dan mengesan suspek, diharap tidak pula menegakkan undang-undang dengan "tangan" sendiri.

Ini kerana "tangan" yang terdedah akan membolehkan asid  menghakis kulit dan daging.


(selepas asid hakis kulit, ia turut menghakis keyakinan dan keberanian diri sendiri...)

Juga janganlah terlalu berani yang tak bertempat seperti bertindak merampas botol asid dari dalam raga motor dan simbah balik muka si gila tu (walau patutnya begitu). 

nota: baling asid...kalau baling duit tu boleh tahanlah juga!

Saturday, 14 May 2011

Isu gula: lagi alasan kurang cerdik

Baca lanjut: SINI

Tajuk posting ini agak kasar, tapi ianya untuk menegur. Dan maaf katalah, adalah suatu yang 'malang' untuk tampil dengan alasan sebegini di kala rakyat dihimpit kiri dan kanan dengan kenaikan kos hidup (pendapatan tidak pula difikirkan untuk dinaikkan).

Hujah seperti "boleh melumpuhkan kegiatan penyeludupan gula di sempadan" bukanlah alasan yang diwajarkan, sehingga susah daripadanya dikembalikan (atau istilah popular - didahulukan) kepada rakyat Malaysia yang terbanyak ini.

Tindakan untuk membanteras penyeludupan gula bukanlah dengan menaikkan menyelaraskan subsidi terhadap gula, tetapi memastikan penguatkuasaan di sempadan dijalankan dengan lebih ketat!

Andainya pelarasan harga gula ini juga dikhabarkan dapat menjimatkan kantung perbelanjaan kerajaan bagi menyediakan subsidi, apakah pula jaminannya, penjimatan ini 'dikembalikan' semula kepada rakyat dalam bentuk naiktaraf kemudahan sistem pengangkutan awam agar lebih cekap dan murah, atau khidmat hospital yang lebih selesa dan sebagainya?

Saya secara peribadi memang 'terpana' atau takjub dengan angka penjimatan berbilion ringgit yang dicapai, tetapi apakah Mak Long, Pak Abu, Ah Ling, Muthusamy dan Merry merasa kesan itu tiba kepada mereka - dalam bentuk yang saya nyatakan di perenggan di atas?

Jawapan menteri tersebut juga seolah-oleh meletakkan kepentingan melumpuhkan jenayah di sempadan itu lebih utama berbanding menjaga kemaslahan dan kepentingan rakyat terbanyak. 

Bukannya penyeludup membawa berkontena atau berkapal-kapal gula tanpa cukai ke Thailand tanpa pihak Kastam sedari, kan?

Tetapi itulah.....jawapan seorang memanda menteri. Di akhir laporan berita itu turut menyelitkan saranan beliau agar rakyat Kelantan mengurangkan pengambilan gula untuk memelihara kesihatan.

Selepas ini apa lagi memanda? Kurangkan beras untuk elak obesiti, kurangkan minyak untuk kawal kolestrol, tapi jangan kurangkan rokok dan arak kerana cukai kedua-nya lebih menguntungkan?

Eloklah jika Yang Berhormat PM dapat, semasa pemilihan calon PRU ke-13 ini, "tapis" calon-calon agar bukan sahaja dapat diketengahkan yang "winnable" tetapi yang cermat dalam menghuraikan sesuatu isu, terutama melibatkan kesan langsung kepada rakyat. 

Sekian.

(nota: harap Kementerian kesihatan dapat keluarkan statistik % penurunan bilangan pesakit diabetis selepas pelarasan gula dibuat).

Berita Dari Kampung: Cukur kepala

Lama tidak dicoretkan khabar-khabar terbaharu dari kampungku. 

"Apa khabar orang di kampung?"

Dua-tiga menjak ini fikiran banyak melayang kepada keluarga dan saudara-mara di tanah air. Saya tiba-tiba teringat akan arwah Ayoh Long yang baru meninggal bulan lepas (akhir Mac), terutama bagaimana waktu itu, lepas SPM, saya (ayoh dan pok teh) ikut orang buat rumah di Pekan Ajil. Arwah adalah kontraktor yang bertanggungjawab terhadap projek tu.

Selama selepas SPM dan sementara menunggu keputusan dapat atau tidak ke universiti, saya bekerja berpanas dan berhujan membuat rumah banglo. Saya tidak dibayar gaji seperti orang lain, takut nanti duit gaji habis tak sempat simpan buat masuk U, kata arwah.

Maka, gaji saya hanya dibayar sekaligus apabila telah dapat tahu dapat masuk ke universiti. Dengan wang itu, cukuplah menampung kos-kos yang berkaitan.

Arwah sebelum meninggal tidaklah seuzur seperti Mok Long, tetapi itulah ketentuan Allah, tiada siapapun dapat menghalang. Akan saya kenang sampai bila-bila kebaikan arwah.

Kelmarin pula, saya menerima panggilan daripada Mak, (sebelum itu memaklumkan keadaan kesihatan Mak Ngah yang kurang baik selepas keluar hospital), tidak lama selepas itu, Mak telefon dan memaklumkan Mak Ngah telah meninggal dunia.

Sebelum ini juga orang rumah ada bersembang dengan kawan (yang tinggal di Salford, Manchester) yang 3 minggu sebelum itu datang ziarah ke Oxford bersama ibu, adik dan makciknya. Tidak lama kemudian, dikhabarkan kawan itu telah berlepas pulang membawa ibunya balik kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan (mempunyai sakit kanser).

Dan semalam, diberitahu kawan itu yang ibunya baru sahaja kembali ke rahmatullah.

Salam takziah kepada anggota keluarga arwah dan al-fatihah jua saya kirimkan.

--------------------

Patah tumbuh, hilang berganti.

Jumaat semalam telah berlangsung majlis cukur kepala, anak pertama Fendy, dibuat di rumah Mok-Ayoh @ Tok-Tokki di kampung.

Ramai nampaknya yang hadir, ada muka yang familiar dan ada yang saya tidak perasan. Begitupun, semangat kekeluargaan sesama jiran nampaknya kekal utuh. Alhamdulillah.

 Haji Ali (Gate)

 Tok Imam - Haji Mustafa (Pok Stopa) Khatib

 Tokki - 3 dari kiri

 Cik Yo tolong pegang dulang


Haji Jen (Zain) bilal

Kredit foto: Kakchik

Cepat sungguh masa berlalu, adik saya dah jadi ayah, Ayoh dah jadi Tokki dan saya pula dah jadi bapa saudara.

Pada sesetengah orang, it's not a big deal, but for me, it is still.

Ia melambangkan perkembangan keluarga, pertambahan zuriat dan 'muka-muka baru'. 

Tambahan pula, kehadiran 2 cucu perempuan dilihat menambahkan keceriaan dan kegembiraan Tok, yang selama ini kurang "ahli perkumpulan wanita" di rumah (9 anak, 7 lelaki + 2 perempuan = yang setelah berkahwin, akan ikut suami).

Doa saya, agar semangat dan keakraban sesama jiran sekampung tidak luntur, tidak dirosakkan oleh perkembangan politik tidak sihat yang berterusan melanda negara.

Peliharalah kerukunan hidup berjiran, susah sama bantu, senang sama tumpang.

Semoga mereka di kampung terus berada di dalam naungan dan lindungan Allah Taala, dan segala urusan berjalan dengan lancar.

Wassalam.

Malaysians Against Lynas RARE EARTH Refinery - cucumatkilau

Friday, 13 May 2011

Foto-foto lawak - haha

Sumber semua foto: SINI








Dadah 200kg: Tahniah Polis!

Sumber: pada foto

Sekalung tahniah diucapkan di atas kecekapan pihak Polis (Bahagian Jenayah Narkotik) bersama Kastam Selangor yang berjaya menumpaskan rangkaian sindiket pengedaran dadah selepas merampas sejumlah 214.5kg heroin mentah dianggarkan bernilai RM37.8 juta hari ini.

Di sebalik pelbagai tohmahan diberikan kepada pihak Polis (dalam pelbagai isu terutama berkait politik), kecekapan dan ketajaman polis dan kastam bertindak membanteras jenayah berat ini amatlah dihargai.

Besar implikasinya jika 'najis' seberat lebih 200kg itu terlepas dan bayangkan kerosakan yang bakal diterima masyarakat darinya.

Saya sentiasa berminat untuk tahu bagaimana pihak Polis melakukan kerja-kerja pengintipan (perasaan ingin tahu muncul sebab banyak menonton filem penyaisatan kot) sehingga banyak jenayah berat seperti dadah, samun bersenjata dan sebagainya dapat ditumpaskan.

Thursday, 12 May 2011

Sumber daging manusia - 2009

Sumber: Laporan National Geographic (May 2011: Population Column by Nigel Holmes)

Tidak lama lagi populasi bumi akan mencecah 7 billion orang. Namun, daripada jumlah tersebut, apakah perbandingannya dengan populasi hidupan lain yang menumpang hidup di bumi ini?

Yang pasti, Edward O. Wilson, biologist dan pakar semut dari Harvard percaya populasi semut masih jauh melebihi jumlah manusia dengan nisbah 1,000,000 semut: 1 orang.

Menganggarkan populasi haiwan yang hidup liar pula adalah sukar, tetapi ada satu kategori haiwan yang boleh kita buat kiraan iaitu: haiwan yang dijadikan sumber makanan/daging untuk manusia.

Berikut dianggarkan bilangan haiwan yang telah dikorban untuk bekalan daging/makanan global tahun 2009:

1) Unta: 1,700,000 ekor

2) Kerbau: 24,000,000 ekor

3) Lembu: 293,000,000 ekor

4) Kambing: 398,000,000 ekor

5) Biri-biri: 518,000,000 ekor

6) Ayam belanda: 633,000,000 ekor

7) Arnab: 1,100,000,000 ekor

8) Babi: 1,300,000,000 ekor

9) Itik: 2,600,000,000 ekor

10) AYAM: 52,000,000,000 @ 52 billion ekor!

Siapa yang tak suka ayam?

Tuesday, 10 May 2011

Buku bulan ini: Community development through tourism

Buku
Kali ini saya ingin memperkenalkan satu buku karya Beeton, S. (2006) berjudul "Community Development through Tourism", terbitan LandLinks Press.

Yang menariknya buku ini, ia mengetengahkan perbincangan dan perkembangan teori komuniti (community), komuniti desa (rural community) dan teori-teori pelancongan (tourism theories) --> bagaimana hubungan antara ketiganya membawa kepada pembangunan komuniti desa melalui pendekatan pelancongan.

Satu bab pada buku ini turut mengupas dan membicarakan kritik-kritik berkait dengan pelancongan dan pandangan komuniti berkaitan pelancongan --> boleh bantu para penyelidik dan pengkaji pelancongan dan pelajar kursus pelancongan dari segi memahami permasalahan dalam hubungan di antara pelancongan dengan komuniti, dan tidak hanya melihat aspek yang "positif semata".

Saya telah hampir selesai review buku ini, sayangnya tahun ia diterbitkan sudah agak "lama" (5 tahun umur literatur) tetapi terdapat banyak input penting yang dikupas.

Kepada yang berminat, salah satu pilihan yang ada (a.k.a kedai buku online saya) adalah di Amazon.



Info tambahan yang tidak berkaitan:

Beberapa hari lepas sewaktu berkunjung ke Tesco, terpandang di rak keju/mentega satu produk baru iaitu "mentega bermadu" (honey spread). 

Terus teringat masa kecil-kecil di kampung dahulu, kami adik beradik suka makan roti sapu marjerin / mentega "Planta" dan lepas tu tabur gula kat atas marjerin tu dan kapit.

Saya pun belilah satu sebagai tanda nak cuba. Ketika cuaca agak baik hari esoknya, duduk minum di luar, pekena "honey spread" memang sedap, rasa mentega dan madu, dan ia cepat cair seperti makan aiskrim roti.

Harga? GBP1.

Low-fat Irish butter

Cara berniaga burger yang sedap

Nota: Posting ini bukan bertujuan memberikan resepi / bahan-bahan untuk buat daging burger, tapi lebih kepada cara untuk berniaga, guna daging burger 'ready-made'.

Teringat saya akan kata-kata Lan "untuk hidup selesa sekarang, perlukan pendapatan kurang-kurang pun 10K sebulan". 

Realitinya nampak telah ke arah itu, sebab nak penuhkan 1 kart shopping di Tesco sekarang pun boleh makan sampai RM500. Duit juga mencair setiap hari di jalan raya (bayar tol dan minyak kereta).

Kepada yang nampak peluang bekerja sambilan, kenalah berani dan ambil peluang ni. Di sini ada dikongsikan resepi untuk buat burger yang sedap.

Manalah tau ada di antara kita yang berminat berniaga burger untuk menambah pendapatan.