Monday, 4 May 2015

Sea Born X-Band Radar: Sistem Radar Terapung Terbesar Di Dunia (foto)

Super Radar

Ketika Perang Dingin ancaman terbesar yang dihadapi oleh dunia ialah berlakunya perang nuklear. Jika Soviet melancarkan misil antara benuanya, misil ini hanya memerlukan 23 minit untuk memusnahkan New York. Oleh itu sistem pengesan misil yang dilancarkan perlu wujud bagi memastikan ianya boleh ditangkis sebelum meletupkan sasaran. SBX ataupun Sea Born X-Band Radar ialah pelantar radar terapung terbesar dunia milik Amerika Syarikat. Sungguhpun ancaman Soviet tidak lagi wujud, pelantar radar gergasi ini dibina bagi mengesan serangan yang mungkin datang dari Iran dan Korea Utara. Pelantar sepanjang 116 meter dan setinggi 86 meter ini menelan belanja USD 900 Juta (RM 2.7 Billion) untuk dihasilkan. Sebuah pelantar minyak diubahsuai oleh firma Ratheon dan Boeing bagi meletakkan radar yang mampu mengesan misil dari jarak 2000 kilometer. 



Laporan asal Wikipedia 
Gambar TheBrigade