Disumberkan oleh:
BLOGSERIUS
Fishes!
Chimelong Ocean Kingdom yang terletak di Guangdong China kini merupakan akuarium terbesar dunia. Taman teman air merangkap akuarium gergasi ini mempunyai tangki utama sebesar 5.99 Juta galon dan jumlah isipadu total sebanyak 12.87 Juta galon. Ini dengan mudah menempatkan Chimelong Ocean Kingdom sebagai akuarium terbesar dunia. Di dalam tangki utama ada diletakkan Whale Shark dan mata ray gergasi. Disamping itu terdapat juga taman air serta taman hiburan bertemakan akuatik di dalam taman seluas 50 ekar ini. Ianya dibuka bulan lalu dan kini berharap akan menjadi destinasi taman air no 1 di China.
Laporan asal ThemeParkGuy
Disumberkan oleh:
BLOGSERIUS
Papa Kedana Dilupa
Jakarta ialah kota metropolitan yang dihuni oleh 9.6 Juta penduduk. Tetapi menurut survey yang dilakukan oleh Universiti Trisakti Nirwono Yoga, 5 Juta daripada mereka tinggal di penempatan haram seperti kolong, landasan keretapi, tepian longkang dan di bawah jambatan. Kawasan ini dipilih untuk dijadikan tempat berteduh kerana kesempitan wang dan birokrasi. Sedih melihat kedhaifan hidup mereka. Inilah terjadi apabila korupsi menguasai negara. Rakyat juga yang derita.
Laporan asal Yahoo
Disumberkan oleh:
BLOGSERIUS
SABER!
Ini bukan SABER Rider and the Star Sheriff tetapi Tim Sapu Bersih. Mereka ditugaskan membersihkan jalanraya Jakarta dari paku-paku yang ditaburkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang mahu membocorkan tayar kereta dan motosikal. Tim Saber terdiri dari relawan yang menyapu permukaan jalan menggunkan mangnet yang ditarik oleh mereka secara berjalan kaki. Dalam setiap shift mereka mampu mengumpulkan secara purata 5 kilogram paku dari permukaan jalan raya. Ini adalah sangat mengejutkan dan menunjukkan betapa terdesaknya sesetengah individu pemilik bengkel menampal tayar Jakarta untuk mendapatkan bisnes.
Kesemua paku-paku yang dikutip pada akhir hari akan dijual sebagai besi buruk. Orang baling paku nak hasilkan bisnes haram menampal tayar, Tim Saber sapu bersih dah jana pendapatan menggunakan paku yang dicampak. Karma! Respect to Team Saber! Di Malaysia ada tak Tim Saber? Kami dengar di lorong motosikal ada juga nakharomz yang menabur paku macam di Indonesia!
Laproan asal Yahoo