Wednesday, 27 November 2013

Nissan IDx NISMO yang cool (foto)

Disumberkan oleh: Blogserius


Konsep!

Nissan IDx NISMO ialah konsep yang berbeza dari kebanyakkan konsep yang ada di luar sana. Nissan IDx NISMO dihasilkan sepenuhnya dari pendapat yang diberikan oleh pelanggan-pelanggan mereka. Ia menggabungkan rekaan muscle car popular dari dekad 70an mereka iaitu Nissan Skyline dan Datsun 510. Buat masa ini IDx NISMO hanyalah sebuah konsep dan tidak akan dihasilkan secara meluas. Which is a shame kerana rekaannya sangat cool!




Laporan asal PSFK dan TopSpeed

Friday, 22 November 2013

Citarum - Sungai tercemar di dunia 2013 (foto)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS


Sedih!

Sungai Citarum yang terletak di Kepulauan Jawa diisyhtiharkan sebagai sungai paling tercemar di dunia untuk tahun 2013 oleh Green Cross Switzerland dan Blacksmith Institute. Ia juga merupakan salah sebuah dari 10 kawasan paling tercemar di muka bumi. 

Sungai Citarum dicemari sisa baja, cadmium, plumbun dan chromium yang tinggi. Air sungai ini diuji dan mempunyai kadar plumbum 1000 kali ganda lebih tinggi dari normal. Punca pencemaran ialah perladangan dan kilang penghasilan kain yang dibina berhampiran sungai. 

Sungguhpun airnya tercemar ianya masih digunakan oleh penduduk setempat untuk kegunaan harian. Kerajaan Indonesia diberikan pinjaman USD 500 juta oleh Bank Pembangunan Asia bagi mengurangkan pencemaran dan proses pemulihan sungai. Ini harus dilakukan kerana 5 Juta orang tinggal sepanjang sungai ini dan ianya menjadi sumber air Bandaraya Jakarta. Dayyum!




Laporan asal Yahoo WorstPolluted

Tuesday, 19 November 2013

Ukiran Kayu Terpanjang di Dunia (foto)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS


Ukir!

Rekod dunia ukiran kayu terpanjang dunia kini milik China. Zheng Chunhui seorang pengukir dari Fuzhou menghabiskan 4 tahun hidupnya untuk mengukir ukiran sepanjang 12.286 meter ini. Ukiran ini diilhamkan oleh lukisan ternama kurun ke-11 yang diberi tajuk “Along the River During the Qingming Festival”. Kerana ketiadaan wakil Malaysia Book of Records hanya wakil Guiness dapat mengesahkan rekod dunia terbaru ini. 




Laporan asal ECNS

Sunday, 17 November 2013

Lukisan Sindiran & Kritikan Sosial Tajam oleh Pawel Kuczynski (foto)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS


Tajam!

Lukisan di bawah adalah hasil kerja tangan Pawel Kuczynski yang berasal dari Poland. Kritikan sosial yang sangat tajam!




Laporan asal Pawel Kuczynski

Tuesday, 12 November 2013

PetroRakyat: Industri Minyak Haram di Mynmar (foto)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS


PetroRakyat

Myanmar ialah sebuah negara miskin sekalipun negara itu kaya dengan sumber asli. Kerajaan Myanmar masih belum mampu menyediakan prasarana mencukupi bagi mengoptimumkan penggunaan sumber mereka. Di Magwe penduduk setempat menjalankan aktiviti kecil menggali sendiri minyak mentah. Tanah milik peribadi disewa pada harga USD 1000 bagi mendapatkan hak penggalian eksklusif. Setiap hari pelombong ini mendapat USD 30 hasil jualan minyak mereka. 

Teknik kuno mereka ini berbahaya dan paling menyedihkan anak serta isteri mereka terpaksa tinggal di dalam kawasan yang kotor dan terdedah kepada pencemaran. Myanmar harus mencontohi Malaysia. Gali minyak di Kelantan selepas itu salur minyak ke Thailand dan tidak membayar royalti minyak kepada kerajaan Kelantan. Kalau diberi royalti sekalipun salurkan jumlah yang kecil itu kepada kawan-kawan seperti yang berlaku di Sarawak. Apa yang berlaku di Myanmar ini terlalu sosialis dan membolehkan rakyat miskin mendapat keuntungan.




Laporan asal Yahoo

Monday, 4 November 2013

Lamborghini Veneno - Kereta berharga RM14.2 juta (foto)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS


Tak Cantik Tetapi Mahal

Sempena menyambut ulang tahun mereka yang ke-50, Lamborghini menghasilkan Lamborghini Veneno yang dijual pada harga RM 12 Juta. Semalam Lamborghini memperlihatkan Veneno Roadster dan sungguhpun tidak mempunyai atap, versi Veneno ini dijual pada harga USD 4.5 Juta (RM 14.2 Juta) sebuah. Hanya 9 buah kenderaan dengan enjin V12 750 kuasa kuda ini akan dihasilkan. Ia mampu memecut sehingga 354 kilometer sejam. Mari menanti emel dari Putera Nigeria yang berjanji akan memberikan wang kepada anda. Bila wang memasuki akaun bank barulah anda mampu membeli kereta ini. 




Laporan asal Autoblog