Monday, 30 September 2013

16 Bandar Paling Jujur Di Dunia (kisah dan foto)

Sejumlah 16 buah bandar "paling jujur" dan "tidak jujur" di dunia telah disusun. Menurut the Reader's Digest yang menjalankan kajian tersebut, sejumlah 12 dompet digunakan dalam survey di 16 bandar tersebut di Eropah, Amerika, Asia dan Amerika Selatan, dengan setiap satu dompet mengandungi nombor telefon bimbit pemunya, foto keluarga, kad perniagaan dan wang dengan nilai $50. Dompet-dompet tersebut kemudian ditinggalkan di taman-taman bandar, persiaran pejalan kaki dan pusat membeli-belah. Tiada sebuah bandar pun yang sempurna (memulangkan kesemua dompet) dengan bandar yang paling jujur telah memulangkan 11 daripada 12 dompet tersebut. 

Di bawah ini adalah susunan bandar-bandar bermula yang terbaik kepada yang paling "tak jujur".















Kredit foto dan cerita asal: Yahoonews!

Friday, 27 September 2013

Bell AH-1-Cobra: Helicopter Tempur Terbaharu US Marines (foto)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS


War!

Bell AH-1-Cobra ialah antara helikopter yang ikonik yang rupanya dikenali seluruh dunia. AH-1 digunakan oleh Tentera Darat dan Marine Amerika Syarikat sejak Perang Vietnam pada tahun 1968. Rekabentuk helikopter tempur ini sangatlah ikonik ia dijadikan asas untuk pesawat tempur/pengangkut kargo Colonial Marines filem Aliens arahan James Cameron.

Bell AH-1Z Viper ialah model terkini heliopter tempur ini bagi menggantikan AH-1W Super Cobra yang sudah beroperasi sejak 1986. Penaiktarafan yang dilakukan ialah kemampuan menembak misil Hellfire dan sistem bidikan alaf baru. Sebanyak 28 Viper sudah dibina dan beroperasi sejak 2010. Setiap satu helikopter ini menelan belanja USD 31 (RM 99.7 Juta) Juta untuk dibina. 

No wonder Amerika semakin bangkrap!




Laporan asal Wikipedia

Sunday, 22 September 2013

Chongfu: Bandar yang memproses produk bulu haiwan terbesar di China (foto)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS

No!


Samada anda suka atau tidak, fesyen baju menggunakan bulu haiwan masih lagi sah. Di Eropah pemakaian baju bulu haiwan semakin berkurangan kerana protes yang dilakukan oleh PETA. Tetapi di China industri menghasilkan kot bulu dari haiwan seperti musang masih lagi bergerak aktif. Mari kita ke Chongfu yang terletak di Provinsi Zheijiang. Ia merupakan bandar industri bulu haiwan terbesar di China. Di dalam bandar sebesar 100 meter persegi ini 1,469 syarikat bergiat aktif di dalam penghasilan, rekaan dan pemprosesan bulu haiwan untuk dijadikan baju. Siri gambar di bawah tidak sesuai dilihat oleh pecinta haiwan. Kinda sad really.




Laporan asal Sina

Friday, 20 September 2013

Issa: Pembuat senjata di Syria berumur 10 tahun (foto)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS

Kasihan

Perang saudara di Syria sudah berlanjutan selama lebih dari 30 bulan. Dianggarkan 100 000 orang dari kedua-dua belah pihak bertelagah telah terkorban. Kedua-dua pihak juga bersalah melakukan jenayah perang seperti membuah askar musuh yang ditangkap dan membunuah kanak-kanak. Paling menyedihkan tentang konflik di Syria ialah kanak-kanak yang missing their childhood. Kerana kekurangan tenaga pekerja, kanak-kanak seperti Issa terpaksa bekerja sebagai pembuat senjata. Issa (10) membina pelancar dan peluru mortar untuk kegunaan askar Free Syrian Army. Beliau bekerja di kilang milik bapa beliau di Aleppo selama10 jam sehari dan hanya bercuti pada hari Jumaat. Kinda sad isn't it. Jika konflik ini berakhir apakah masa depan kanak-kanak seperti Issa? 

Laporan asal Hamid Khatib/REUTERS



Monday, 16 September 2013

Deck House: Rumah moden di Janda Baik (foto)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS

Cantik

Deck House ialah sebuah rumah dua setengah tingkat moden yang terletak di Janda Baik Pahang. Rumah dengan keluasan 3980 kaki persegi ini mempunyai 3 bilik tidur dan 3 tandas. Bagi menikmati pemandangan hutan yang menyegarkan dinding rumah ini dibina sepenuhnya menggunakan cermin kaca. Boleh tahan. Siapa sangka ada rumah secantik ini di Janda Baik.




Laporan asal ArchDaily

Thursday, 12 September 2013

Catatan perjalanan: 4th Rural Research Planning Group (RRPG) International Meeting and Workshop, Bandung, Indonesia, 2013

Catatan penuh mungkin akan saya masukkan kemudian.


Hari pertama (9 September 2013 - Isnin), kelolaan Institut Teknologi Bandung (ITB)

- Sebanyak 17 kertas penyelidikan telah dibentang dan diperhalusi menerusi 3 sesi selari yang diadakan pada sebelah pagi dan petang
- 3 keynote speakers turut menyampaikan kertas kajian iaitu wakil dari UTM, Universiti Pertanian Bogor dan ITB
- Sesi terakhir adalah rumusan, penutup seminar, pelancaran website RRPG (rrpg.org) dan perbincangan mengenai penganjuran 5th RRPG bagi tahun 2014 (UTM telah dipersetujui secara majoriti untuk menjadi tuan rumah pada tahun 2014)


Hari kedua (10 September 2013 - Selasa) - kelolaan Universitas Islam Bandung (UNISBA)

- Kunjungan ke Desa Chikole, District Bandung Barat
- Desa Chikole didiami kira-kira 15,000 penduduk
- Melihat pertanian "koboche" (atau Pumpkin) oleh Pak Yaya "koboche"
- Pumpkin ini dijual di Jakarta dan turut dieksport hingga ke Jepun dan Negara Arab
- Permintaan tinggi di US sewaktu sambutan Hari Halloween
- Petani masih mengamalkan kaedah pertanian konvensional (tidak begitu percaya dan yakin terhadap kaedah pertanian organik/mesra alam.



- Melawat kandang penternakan lembu susu dan pusat pendinginan susu sebelum dijual
- Penternak lembu di Desa Chikole menghasilkan kira-kira 15,000 liter susu lembu sehari
- Menggunakan peralatan moden buatan Belgium yang efisyen bagi memelihara kualiti susu
- Susu yang dihasilkan di desa ini dieksport ke Jakarta menggunakan lori susu setiap hari


- Berkunjung ke Floating Market di Lembang untuk makan tengahari
- Kami disajikan menu masakan orang Sunda yang terkenal di Bandung Barat, nasi Timbel


- Lawatan ke Gunung Tangkuban Parahu (gunung berapi yang dikatakan berbentuk 'perahu terbalik')
- Mendapat namanya dari kisah lagenda yang terkenal
- Berbagai barangan dan cenderamata boleh didapati di sekitar kawasan ini (pro-poor tourism)



Thursday, 5 September 2013

Gambar Klasik Kuala Lumpur (foto klasik)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS

Merdeka!

Di bawah ialah bukti empirikal bahawa Kuala Lumpur sekitar 50-70an adalah jauhhhhhhhh lagi cantik dari KL sekarang. What the hell happpened man?




Laporan asal Skyscraper City

Wednesday, 4 September 2013

The POD: Hotel Kapsul di Singapura (foto)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS


Sangat nice

Hotel kapsul ialah hotel mikro yang sangat popular di Jepun. Di negara matahari terbit hotel mini ini dihuni oleh salarymen yang tidak mahu pulang ke rumah selepas bekerja. Mereka hanya perlukan tempat tidur semalaman sebelum kembali bekerja like a damn ass proletariat slave. Kami sudah paparkan beberapa hotel kapsul yang terletak di Jepun dan England. Sebagai contoh Yotel di Heathrow dan Hotel 9h, hotel 9 jam di Jepun

Hari ini mari ke negara jiran kita Singapura. The Pod ialah hotel kapsul dengan rekaan yang lebih kontemporari dan mewah. Hotel ini mungkin menawarkan bilik kapsul kecil tetapi hiasan dalamannya nampak sangat mewah. The Pod tidak menggunakan pod plastik seperti hospital kapsul biasa. Sebaliknya bilik dan perabot kayu digunakan. The Pod terletak di Beach Road dan sekiranya anda berminat bilik boleh disewa pada harga SGD 78 (RM200) semalam. Not bad eh? 




Laporan asal The Pod

Monday, 2 September 2013

Pergantungan Dunia kepada China (grafik)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS


Kepentingan China

Negara China bolehlah kita anggap sebagai negara "kilang dunia". Mengapa? Mari lihat betapa pentingnya China kepada kita dan dunia. 




Laporan asal IBtimes

Sunday, 1 September 2013

Mari Melawat Penjara di El Salvador (foto)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS


Dayyum!

Selamat Hari Merdeka kepada anda semua. Sempena hari Merdeka mari lihat mereka-mereka yang tidak merdeka di dalam penjara di El Salvador. Penjara yang ada kini mengalami masalah kepadatan banduan yang kronik. Oleh sebab itu "kandang" penjara sebesar 12 x 15 kaki disumbatkan dengan 30 orang banduan. Banduan-banduan terdiri dari ahli kumpulan kongsi gelap yang ditangkap akibat pelbagai kesalahan. Oleh kerana kesesakan yang melampau, bilik tahanan sementara menjadi bilik tahanan kekal. Menurut banduan yang ditemuramah wartawan VICE, mereka juga kadang kala tidak diberi makan kerana pihak penjara tidak mempunyai wang untuk memberi mereka makan. 

Hargailah kebebasan yang ada. Dalam penjara sudah dikurung macam haiwan barulah bercucuran air mata!



Laoporan asal Independant via VICE