Wednesday, 28 August 2013

Periuk Nasi Pintar Dari Jepun (foto)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS


Nasik Pintar

Kita sudah ada kereta pintar yang mampu mengintegrasikan telefon pintar milik kita kepada sistem pandu arah kenderaan. Di Jepun they go a step further dan menghasilkan periuk nasi pintar. Panasonic SR-SX2 ialah periuk nasi pintar pertama dunia. 

Jika anda mempunyai telefon Android, anda boleh memindahkan resepi dan cara memasak nasi secara terus ke periuk nasi ini dan ia akan memasak secara automatik. Periuk nasi ini juga mampu menyimpan 6 resepi pada satu-satu masa. 

Dengan aplikasi khas Panasonic, anda boleh memuat turun resepi yang dikumpulkan oleh Panasonic terus ke peranti anda. Harga Panasonic SR-SX2 ialah Yen 89800 (RM 3085) sebuah. Mahal tetapi anda pasti menjadi pemasak nasi paling geek di dunia.  




Laporan asal Dime

Tuesday, 27 August 2013

Edisi MERDEKA: Ulang tahun ke-38 Tugu Negara dibom Komunis (kisah dan foto)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS


MERDEKA!

Sempena bulan kemerdekaan dan Hari Malaysia mari dapatkan sedikit maklumat bersejarah untuk hari ini. Umum diketahui Tugu Negara dibuka pada tahun 1966 untuk memperingati lebih dari 11 000 perajurit yang mati di dalam perang dunia pertama, kedua dan darurat. Tugu setinggi 15 meter ini diukir oleh Felix De Weldon, pengukir yang berasal dari Amerika Syarikat. Felix dipilih sendiri oleh Tunku Abdul Rahman untuk mengukir patung-patung Tugu Negara kerana kagum dengan kerja beliau menghasilkan monumen Iwo Jiwa untuk askar Marin Amerika Syarikat. 

Tahukah anda pada hari ni 38 tahun yang lalu tugu ini dibom oleh komunis? Yep pada pukul 5 pagi27 Ogos 1975 Tugu Negara digegarkan oleh letupan bom. Akibatnya sebuah patuh rebah ke tanah manakala dua lagi kepala patung terpancung. Kerosakan yang dialami tugu tidak berapa teruk kerana hanya 1 daripada 3 bom yang diletakkan pihak Komunis itu meletup. Letupan di monumen ini menyebabkan Tugu Negara terpaksa ditutup sehingga 11 Mei 1977

So there you go! Selamat Hari Merdeka dan Hari Malaysia. 




Laporan asal Wikipedia

Sunday, 25 August 2013

SKYGREEN - ladang sayur tergantung di Singapura (foto)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS


Untuk Masa Hadapan

Singapura ialah sebuah negara yang kecil dan mempunyai tanah untuk pertanian yang terhad. Tahukah anda 93% sumber makanan Singa Selatan diimport dari negara jiran terutamanya dari negara kita sendiri? Oleh sebab pergantungan kepada sumber makanan luar inilah Jack Ng, seorang usahawan Singapura membuka ladang sayur SkyGreen

SkyGreen ialah kebun sayur tergantung yang menanam sayur menggunakan teknik hidroponik. Sayur yang ditanam kemudian tergantung di udara untuk memaksimakan ruang tanah yang ada. SkyGreen terletak di Kranji dan buat masa ini mampu menghasilkan 1 tan sayur-sayuran segar setiap 2 hari. Buat masa ini 120 "menara sayur" sudah dibina di ladang ini. 

Jack Ng bercadang membina 2000 lagi menara kebun tergantung ini dalam jangka masa terdekat. Idea yang cool. Meanwhile in Malaysia kita tidak panik beraspun kita terpaksa import dariThailand padahal negara kita ada tanah yang cukup untuk pertanian. This is why Singapore will always kick our ass. 




Laporana asal Inhabitat

Tuesday, 20 August 2013

LARAKI MOTORS EPITOME : KERETA 1750 KUASA KUDA (foto)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS

Vroom!

Epitome ialah konsep kenderaan berprestasi tinggi pertama dari Laraki Motors. Laraki Motors dimiliki oleh Abdussalam Laraki, seorang pereka kapal layar mewah yang berasal dari Maghribi. Beliau mahu mengembangkan sayap perniagaan beliau dengan mereka kenderaan pula. Epitome diperbuat daripada gentian karbon dan diperkasakan enjin V8 7 Liter dengan 1750 kuasa kuda. Keunikan Epitome ialah ia dilengkapi dua tangki minyak. Satu tangki untuk minyak petrol biasa manakala sebuah lagi untuk minyak dengan tahap Oktana yang lebih tinggi. Jika pemilik Epitome mahu memecut dengan lebih laju dia boleh menukar sumber minyak dengan menekan sebuah butang. Harga sebuah Epitome adalah USD 2 Juta  (RM 6.6 Juta) sebuah. Sila kumpul duit.



Laporan asal Autoblog

Monday, 19 August 2013

Cara Mudah Memahami Konflik di Mesir (grafik)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS


Mudah Dan Cepat

Bila baca infografik ini ia membuatkan kami terfikir, camne Raja Abdullah Arab Saudi boleh sokong kerajaan tentera dan kata demonstran adalah teroris?



Laporan asal Maszlee

Wednesday, 14 August 2013

Perantau Pulang Beraya....Di Bangladesh (foto)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS


Woooahh

Selamat balik kampung di Bangladesh.................... Ini memang extreme. Kalau orang Malaysia mesti dah tak sanggup balik kampung jika terpaksa naik keretapi seperti ini.




Laporan asal Izismile

Tuesday, 13 August 2013

Tianducheng, bandar peniru Kotaraya Paris yang GAGAL (foto)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS


Fake!

Tianducheng ialah sebuah bandar baru yang dibina di Hangzhou China. Ia merupakan bandar copy paste Paris yang mampu memuatkan 10 000 penghuni. Selepas siap dibina hanya 2000 orang berpindah ke bandar ekslusif ini. Sungguhpun mempunyai replika Menara Eiffel setinggi 108 meter, Tianducheng tidak semeriah Paris sebenar. Bekalan elektrik kerap terputus dan langit sentiasa diselubungi jerebu. Kualiti binaan bandar ini juga teruk dan anda boleh lihat sungguhpun ianya sebuah bandar baru, sudah nampak kerosakan pada luar bangunan. Peniruan yang gagal!




Laporan asal FastCoDesign

Monday, 12 August 2013

SHOP 24: Kedai Runcit Mesin Layan Diri (foto)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS


WOW!

Mesin layan diri di Malaysia biasanya menjual minuman dan makanan. Ianya bersaiz kecil dan mempunyai pilihan barangan yang terhad. Shop 24 ialah mesin layan diri yang berfungsi seperti sebuah kedai runcit. Ia berfungsi 24 Jam sehari tanpa memerlukan pekerja. Anda mempunyai pilihan 200 barangan runcit untuk dibeli. Anda boleh membayar menggunakan wang ringgit, kad kredit ataupun menggunakan aplikasi telefon pintar. Shop 24 dicipta di Belgium dan kini mula melebarkan sayap ke Amerika Syarikat dan Australia. Rangkaian kedai Shop 24 diletakkan berhampiran kampus pelajar universiti. Senang nak beli makanan bila lapar di tengah malam. Cool idea. 




Laporan asal Shop24

Sunday, 11 August 2013

Teknik Mengambil Gambar Mereka Yang "Forever Alone" Yang Kreatif (foto)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS


Protip

Adakah anda forever alone? Anda mahu awek tapi awek tak nak dengan kamu? Ingin ambil gambar awek memanjakan kamu? Don't worry kini ada teknik yang membenarkan fantasi ini menjadi benar!




Laporan asal Izismile

Saturday, 10 August 2013

Fakta Kekayaan Orang Arab (grafik)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS

Nice!

Siapakah terkaya? Apakah yang termahal? Apakah yang terbesar? Fakta mengenai negara-negara Arab di bawah



Laporan asal Istizada

Apabila Indonesia Pulang Beraya (foto)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS


Mudik Desa! Oh Oh oh Mudik Desa!

Di Malaysia setiap kali Raya menjelang lebuhraya akan mula sesak. Luckily for Malaysia jumlah penduduknya tidak sebesar Indonesia. Lihat sahaja kesesakan jalanraya dan pelabuhan Indonesia setiap kali lebaran tiba. Fuh!




Laporan asal Yahoo

Monday, 5 August 2013

Warga Syiah Indonesia Buat Demo Setelah Dihalau Ke Madura (foto)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS


SyiaIndo

Seramai 160 warga Syiah di Indonesia diusir dan tanah mereka dirampas secara paksa Jun lalu. Mereka kemudiannya dipindahkan ke Madura tanpa kerelaan. Ini semunya dilakukan oleh penduduk Islam berfahaman Sunni yang sedang giat mengusir warga Syiah yang mereka anggap sebagai sesat. Oleh sebab ketidak adilan dan tindakan ganas penganut Sunni di Indonesia tidak dikekang pihak berkuasa, beberapa demo meminta hak mereka dipulangkan telah berlangsung di Indonesia. Mereka meminta Presiden SBY untuk menepati janji beliau untuk membenarkan komuniti Syiah hidup dengan aman dan kebebasan beragama mereka dihormati seperti yang tertera dalam perlembagaan Indonesia.

Penganut Syiah sudah wujud sejak ratusan tahun dan komuniti yang ada sekarang adalah cucu cicit imigran Arab yang datang ke Indonesia pada kurun ke 18. Entah kenapa sejak 2010 gerakan menghalau warga Syiah di Indonesia semakin menjadi-jadi. Pada masa yang sama penganut Ahmadi pula dibunuh sesuka hati juga oleh penganut Sunni. Indonesia kini sudah menjadi negara koboi. Harapan kami Malaysia tidak akan memaling budaya koboi ini. We have rules and laws in Malaysia. Tindakan menghukum dan mengusir orang yang berlainan pendapat dari kita tanpa melalui proses pengundangan tidak harus berlaku. But judging from the current social climate I predict something like this might soon happen here. Why? Because people no longer respect the law.




Laporan asal Yahoo

Friday, 2 August 2013

Nujum robot Dari India (foto)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS


Nujum Pak Jaeger

Di India budaya menilik adalah sangat popular. Contohnya sebelum berkahwin tilikan jodoh dan keserasian dua orang mempelai harus dilakukan. Kalau anda dah tengok cerita Sivaji The Boss anda pasti ada tengok scene Sivaji tak dibenarkan kahwin kerana takut nyawa pendek. Obsesi orang India dengan tilikan sudah berlaku selama ribuan tahun kerana orang India adalah bangsa paling awal mendalami ilmu astrologi dan kajian jasad samawi.

Biasanya tilikan dilakukan oleh ahli nujum dengan mengambil tarikh lahir dan waktu kelahiran orang yang ingin ditilik. Kemudian seekor burung akan memilih tilikan secara rawak. Tetapi kini sudah ada nujum robot di India. Anda memasukkan sendiri tarikh lahir dan waktu kelahiran anda kepada nujum robot dan ia akan memberikan tilikan berbentuk audio secara automatik. Macam-macam...




Laporan asal Oddity Central

Thursday, 1 August 2013

Masjid Green Lane di Birmingham UK (foto)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS


England

Hari ini mari ke Birmingham England dan melihat Masjid Green Lane. Masjid ini pada asalnya adalah sebuah perpustakaan dan rumah mandian awam (bath house) yang dibuka pada tahun 1902. Sekitar 1970an ianya diambil alih oleh komuniti Islam dan diubah menjadi sebuah masjid. Kolam renang disimen dan ruang yang terhasil diubah menjadi ruang solat. Kini Masjid Green Lane menjadi pusat pengajian Islam, pusat khidmat komuniti dan juga rumah mayat untuk pengurusan jenazah umat Islam di Birmingham. Hanya bahagian dalaman masjid ini boleh diubah suai kerana bangunan dari era Victorian ini tersenarai sebagai sebuah banguan bersejarah. Cool melihat sungguhpun sudah menjadi sebuah masjid, masih terdapat old clues to what is was originally.




Laporan asal Facebook Green Lane Masjid