Tuesday, 30 July 2013

VRS Mega Man-Pram - Kereta sorong untuk bayi anda? (foto)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS


Pimp my baby pram

VRS Mega Man-Pram ialah kereta sorong bayi yang dihasilkan syarikat kereta Skoda bagi mempromosikan kereta baru mereka Octavia VRS. Mereka melakukan survey ke atas 1000 orang bapa dan meminta mereka menyatakan apakah benda paling cool yang boleh diletakkan pada sebuah kereta sorong. Jadi terhasillah VRS Mega Man-Pram. Kereta sorong dengan tayar 20 inci, sistem suspensi hidrolik dan spoiler. Pimped abis! 




Laporan asal Skoda

Sunday, 28 July 2013

Mercedes W196 Silver Arrow: Kereta berharga RM96.7 juta (foto)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS


Nacht!

Juan Manuel Fangio ialah pemandu lagenda sukan F1. Sepanjang kariernya, beliau menjadi juara F1 sebanyak 5 kali. Kemenangan sebanyak 5 kali ini meletakkan beliau di tangga ke 2 dalam senarai pemandu terhebat F1 di belakang Michael Schumacher. Fangio memenangi kejuaraan dengan Ferrari, Alfa Romeo, Maserati dan Mercedes Benz. Minggu lalu kereta Mercedes W196 Silver Arrow yang dipandu beliau pada tahun 1954 telah dilelong dan ianya mencecah harga USD $29,607,760 (RM 96.7 Juta). Harga lelongan ini dengan mudah memintas rekod lelongan kereta termahal sebelum ini iaitu  USD 16.7 Juta (RM 53.4 Juta) untuk Ferrari 250 Testa Rossa yang dilelong pada tahun 2011. Soalan kami ialah berapakah nilai kereta nasional pertama Proton Saga sekarang? Pastinya kereta bersejarah ini juga sangat berharga.




Laporan asal MotorAuthority

Wednesday, 24 July 2013

TANDAS diubah menjadi kediaman apartment bawah tanah (foto)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS


Cool

Di London tandas awam biasanya diletakkan di tepi jalan dan terletak di bawah tanah. Tandas awam ini sudah dibina sejak zaman Victorian dan selepas berpuluh tahun beroperasi ianya ditutup kerana tidak lagi sesuai digunakan. Hari ini mari lihat sebuah tandas awam lama di London yang kini sudah diubahsuai menjadi sebuah apartmen bawah tanah. Tandas ini terletak di Crystal Palace dan dibina pada tahun 1929 sebelum ditutup pada tahun 1980an. Ianya kini menjadi apartmen mini sebesar 600 kaki persegi milik Laura Clark yang bekerja sebagai seorang arkitek. Beliau menemui tandas terbiar ini pada tahun 2008 dan terus terlintas untuk mengubahnya menjadi sebuah apartmen. Selepas membelanjakan GBP 65 000 (RM 317 000) untuk mengubahsuainya, Laura kini memiliki antara apartmen paling unik di kota London. Nice!




Laporan asal CrystalPalaceToilet

Tuesday, 23 July 2013

Lukisan Karya Adolf Hitler (foto)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS


Artdolf

Di awal usianya, Adolf Hitler mahu menjadi seorang artis. Pada tahun 1907 beliau menghantar beberapa karya beliau ke Academy Of Fine Arts Vienna dengan harapan beliau akan diberi tempat oleh belajar di sana. Permohonan beliau ditolak. Pada tahun 1908 beliau mencuba sekali lagi tetapi masih gagal. Professor di Academy of Fine Arts Vienna menyarankan Hilter untuk mencuba jurusan senibina memandangkan beliau tidak layak kerana keputusan akademik yang tidak mencukupi. Selepas kegagalan ini Hitler hidup di Vienna sebagai seorang gelandangan. Para pengkaji sejarah percaya sekiranya Hitler diterima masuk, pemusnahan etnik di Eropah mungkin tidak akan berlaku. Oleh sebab ini juga selepas Hitler menjadi Fuhrer,beliau memusnahkan lukisan "modern art" yang ada kerana beliau masih butthurt lukisan realistik beliau di bawah dikatakan "tidak cukup bagus". Sepanjang hayat beliau Hitler menghasilkan 723 karya seni berupa catan air dan lakaran. Ada yang dirampas tentera Amerika paska Perang Dunia Kedua dan sehingga kini tidak pernah ditayangkan kepada umum. Karya yang tidak dirampas dilelong pada harga ratusan ribu dollar. Kesemua hasil kerja beliau yang dianggap tidak cukup bagus oleh Academy of Fine Arts kini menjadi buruan pengumpul memoribilia Reich Ketiga. Apa pendapat anda? Adakah Hitler berbakat? 




Laporan asal So Bad So Good dan Telegraph

Monday, 22 July 2013

Lagi Jenama-Jenama Peniru Dari Seluruh Dunia (foto)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS


#SeemsLegit

Ini barang ori bro! No lie!




Laporan asal Sankaku

Sunday, 21 July 2013

Ferrari FF 4WD: Kenderaan untuk anda yang berkeluarga (foto)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS

Vroom


Ferrari FF ialah kenderaan 4WD dengan 4 tempat duduk dari Ferrari. Kenderaan ini bolehlah digunakan oleh mereka yang berkeluarga. Ia dlengkapi enjin 6.3 liter dengan 651 kuasa kuda. Ferrari FF mampu memecut sehingga 351 kilometer sejam. Bahagian atapnya pula diperbuat daripada kaca dan bahagian penumpang pula dilengkapi sistem audio visual. Harga FF paling asas bermula dari USD 302 000 (RM 964 000) sebuah.

(p/s: Apa tunggu lagi, raya dah dekat!)




Laporan asal Autoblog

Friday, 19 July 2013

Afghanistan 60 tahun yang lampau (foto klasik yang berharga)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS


Time Machine

Di bawah ini merupakan himpunan foto-foto kehidupan warga Afghanistan sekitar 1950an. The sad part is sekarang sudahpun 2013 dan tidak banyak perubahan berlaku. Cuma yang bezanya masa gambar-gambar ini diambil Afghanistan nampak lebih elok berbanding sekarang. Sadness!




Laporan asal Atlantic

Wednesday, 17 July 2013

Apabila Rambut Nabi Dipertontonkan di Kashmir (foto)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS


Pemujaan

Setahun sekali pada hari Maulud Nabi, penduduk Kashmir akan berpusu-pusu ke Keramat Hazratbal di Srinagar bagi melihat rambut nabi muhammad secara dekat. Rambut ini diberi nama Mo-e-Muqaddas (Rambut Rasulullah) oleh penduduk setempat. Menurut lagenda seorang lelaki bernama Syed Abdullah membawa relik peninggalan nabi ini ke India dari Madinah pada tahun 1635. Beliau mengaku cucu cicit Rasulullah dan menetap di Hyderabad. Selepas Maharaja Mughal Aurangzeb menakluk Hyderabad, harta keluarga Syed Abdullah dirampas.Syed Hamid, anak kepada Syed Abdullah berjaya menyorokkan harta paling berharga beliau iaitu rambut Rasulullah. Tetapi akibat kesempitan wang beliau terpaksa menjual rambut baginda kepada seorang peniaga kaya di Kashmir bernama Khwaja Nur-ud-Din Eshai.

Apabila Maharaja Aurangzeb mengetahui akan apa yang dilakukan oleh Syed Hamid, beliau memaksa Khwaja Nur-ud-Din Eshai untuk menyerahkan rambut Rasulullah kepada baginda, Khwaja Nur-ud-Din Eshai enggan menurut perintah dan dipenjarakan. Setelah beberapa lama Maharaja Aurangzeb menyedari kesalahan beliau dan mahu memulangkan semula rambut nabi kepada Khwaja. Malangnya beliau sudah meninggal dunia di dalam penjara. Maharaja Aurangzeb kemudian menyerahkan janggut yang dirampas beliau kepada anak Khwaja.

Pada tahun 1700, anak Khwaja, Inayat Begum membina Keramat Hazratbal bagi menyimpan rambut Rasulullah dan menanam jasad ayahanda beliau. Sejak dari hari itu cucu cicit Khwaja diberikan tanggung jawab menjaga keselamatan rambut Rasulullah

Namun pada tahun Disember 1963 rambut Rasulullah hilang secara mengejut. Kehilangan Mo-e-Muqaddas mengakibatkan berlakunya protes besar-besar di Kashmir. Penduduk setempat mahukan rambut Rasulullah dipulangkan segera ke Keramat Hazratbal. Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi mencari semula Mo-e-Muqaddas. Setelah beberapa minggu hilang, Mo-e-Muqaddas ditemui semula pada 4 Januari 1964. Tidak diketahui apa yang berlaku dan kemana hilangnya Mo-e-Muqaddas selama 9 hari. 

Kini acara tahunan melihat Mo-e-Muqaddas dihadiri puluhan ribu umat Islam Kashmir yang percaya doa mereka lebih mustajab apabila dibacarakan in the presence of the holy hairs.

(p/s: harap kita dapat ambil pengajaran dari peristiwa ini. Sebagai seorang muslim yang sayang dan cintakan Nabi SAW, apa yang patut kita puja dan amal sepenuh hati adalah al-sunnah yang Baginda tinggalkan kepada kita, bukannya berlebihan di dalam memuja fizikal baginda. Moga kita dilindungi daripada amalan dan perbuatan yang ditengah agama sendiri)




Laporan asal Photoblog

Monday, 15 July 2013

Lukisan konsep Kaiju untuk Pacific Rim (foto)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS


Kaiju!

Pacific Rim ialah filem paling awesome yang kami tonton tahun ini. Sebelum ini ada kami paparkan rekaan Jaeger, hari ini mari lihat rekaan Kaiju pula. Seriously go and watch it!





Laporan asal ConceptArtWorld

Friday, 12 July 2013

SUN CRUISE RESORT: Hotel Dengan Bentuk Kapal Persiaran (foto)

Disumberkan oleh: Blogserius


WOAH

Hari ini mari kita ke Korea Selatan untuk melihat Sun Cruise Resort, sebuah hotel berupa kapal persiaran yang dibina di atas bukit di Jeongdongjin dan mempunyai 211 bilik. Selain itu ia turut mempunyai sebuah driving range pada buritan kapal. Harga penginapan semalam bermula dari Won 80 000 (RM 225).





Laporan asal SunCruise

Wednesday, 10 July 2013

MASJID BESAR XI'AN CHINA (FOTO)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS


iNDAH

Sempena bukan Ramadan ini mari kita lihat masjid-masjid yang cantik dan unik di dunia. Mari kita mulakan dengan Masjid Besar Xi'an yang terletak di Xi'an Provinsi Shaanxi China. Masjid ini dibina pada tahun 742 Masehi dan rekaanya 100% dipengaruhi senibina China. Tidak seperti masjid biasa, masjid ini tidak mempunyai kubah dan menara muezzin. Seperkara lagi masjid ini tidak dibina menggunakan paku. Cantik!




Laporan asal Wikipedia

Monday, 8 July 2013

Bilik seorang video gamer yang sebenar (foto)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS


Jelly

Jika anda seorang gamer, bilik permainan video di bawah pastinya menjadi idaman anda. Now all you need is an empty room and plenty of money. 




Laporan asak Reddit