Tear and Share
Saya sukakan idea yang ditonjolkan oleh GIGS.2.GO yang ceria dan menarik ini. Produk yang direka Kurt Rampton dan BOLT Group ini hanya bersaiz kad kredit. Ia berkonsepkan "tear and share" di mana anda hanya perlu koyak dan asingkan setiap pen drive apabila wujud keperluan serta bawanya bersama anda terutama ke mesyuarat dan sebagainya. Disaluti 100% kertas keras, ianya ekonomik selain menyediakan kapasiti simpanan data yang diperlukan. Anda juga boleh menulis dan melabelkan setiap pen drive menurut jenis failnya. Kreatif!
Sumber: YANKO Design