Sunday, 31 March 2013

Pendapat: Pulau Pinang & LRT

Bulan lepas saya ke Pulau Pinang (again) untuk  membentang kertas penyelidikan. Destinasi saya adalah GHotel, Persiaran Gurney, tetapi tidak berkereta. Saya tiba dengan pesawat Firefly di Bayan Lepas dan secara tidak dirancang, mahu mencuba pengangkutan awam (tepat lagi Bas RapidPenang) untuk ke destinasi yang dituju. 

Saya tiada idea di mana harus bermula atau bagaimana untuk sampai ke hotel tempat saya akan menginap, tetapi tuhan berikan kita mulut, makanya dengan mudah sahaja kita boleh bertanya arah perjalanan.

Direktori pada hentian bas juga tidak banyak membantu pengguna kali pertama atau "warga luar" seperti saya. Manakala, hampir kesemua "penunggu" atau pengguna yang menanti bas pula adalah warga asing (pekerja Indonesia dan Bangladesh). 

Beruntunglah rakyat asing ini yang memanfaatkan sepenuhnya subsidi kerajaan (yang disalurkan kepada Prasarana, pengendali Rapid) bagi menjimatkan kos pengangkutan mereka. Sebenarnya senario yang sama turut lama berlaku di mana-mana bandar besar termasuklah Kuala Lumpur dan Kuantan.

Tanpa sebarang peta mahupun panduan perjalanan, ditakdirkan tuhan saya tiba jua di KOMTAR. Dari sana, saya sepatutnya boleh "melompat ke bas lain" untuk ke Persiaran Gurney (melalui route ke Pulau Tikus), tetapi stesen pertukaran tidak saya temui ketika itu (saya bagaimanapun menemuinya semasa dalam perjalanan pulang).

Perjalanan menggunakan pengangkutan awam terutama bas saya sifatkan masih OK, itupun jika anda juga seperti saya iaitu jenis orang yang tidak kisah berhimpit sedikit dan mempunyai hidung yang kuat untuk menahan bermacam bau badan terutama pekerja-pekerja asing ini. Bukan ingin bersikap prejudis, tetapi anda cubalah. Anda mungkin boleh menghidu "pertukaran iklim mikro" di dalam bas apabila ia sesak dengan bermacam orang.

Bercerita tentang hidung kuat ini, saya wajar berterima kasih kepada kedua orang tua di atas "latihan" - mereka berniaga ayam hidup dan kesemua kami adik-beradik tidak mual perut dengan bau busuk kerana setiap hari kena masuk reban (atas tanah), bergelumang dengan najis, bau dan darah ayam.


Selamat tiba di hotel penginapan petang itu, saya mengambil kesempatan bersiar-siar di Persiaran Gurney (tepi pantai). Setiap kali ke Pulau Pinang, persepsi saya masih sama:- "Woah! Macam Hong Kong." (Memandangkan saya juga pernah singgah di Hong Kong). Adalah beberapa kerat rupa Melayu (Indonesia mungkin) dan "mamak" sepanjang saya berjalan-jalan, majoritinya orang Cina (dah tempat dia).

Saya memerhatikan kehebatan dan kemewahan pembangunan hartanah di sekitar kawasan itu dan kagum dengan kemodenan tempat dan warganya. Saya hanyalah mampu jadi "pemerhati".

Esok harinya saya berseminar dan di situ saya berkenalan dengan beberapa sahabat dari USM (penganjur acara). Pada waktu rehat, kami sempat berbual dan sahabat ini mengeluh kerana dia memandu hampir 2 jam pada pagi itu ke tempat seminar disebabkan sebuah kereta kancil "meragam" di atas Jambatan Pulau Pinang.

Saya katakan padanya, bukankah Penang telah ada rancangan untuk membina sistem LRT bagi mengatasi masalah kesesakan lalulintas ini sebagaimana yang di Kuala Lumpur?

Benar, ada katanya. Tetapi rancangan tersebut telah "disenyapkan" setelah pemerintahan negeri bertukar tangan. Pemimpin di atas sibuk menjaga kepentingan diri dan karier politik masing-masing, sedang yang menanggung kepayahan dan masalah setiap hari adalah rakyat, para pengundi dan pembayar cukai sendiri. Tidak aneh, bukan?

Hampir 2 bulan selepas saya bercakap dengan sahabat tersebut, kini timbul dan hangat pula isu berkaitan bantahan terhadap pembinaan terowong dasar laut dan lebuh raya baharu di kawasan pulau. Perkembangan ini menimbulkan rasa untuk berkongsi pandangan yang tidak seberapa ini.

Sungguhpun apa yang dicanang oleh Ketua Menteri itu dilihat paling munasabah dengan mengambilkira "keperluan' negeri yang dipimpinnya sekarang, saya berharap perancangan beliau (dan penasihat kepada beliau dalam hal ini) tidak menolak kepentingan memperbaiki sistem pengangkutan dan jalanraya sedia ada di pulau dan tanah besar (Seberang Perai).

Pulau Pinang sebenarnya mampu menjadi model terbaik yang mengaplikasikan sistem pengangkutan awam moden dan cekap - dengan mengambil model yang bagus di Singapura. 

Bahkan, Penang mampu dirancang dan dibangunkan dengan sistem dan perkhidmatan pengangkutan awam yang lebih baik berbanding Singapura. Sebabnya? Singapura telah terlebih dahulu menempuh "masalah", isu dan kegagalan. Justeru, Penang boleh mengambil "kematangan" dan penyelesaian pihak pengangkutan awam Singapura untuk membina model dan sistem pengangkutan awam (terutama LRT) yang lebih baik.

Saya bukanlah orang traffic atau jururancang pengangkutan, mahupun pakar yang bertugas di SPAD, tetapi Penang ada beberapa advantages yang boleh digunakan bagi menyokong usaha mengurus sistem trafik dan kesesakan pergerakan kenderaan khususnya di kawasan pulau.

1) Laluan masuk bagi kenderaan ke pulau hanya ada 2 iaitu melalui Jambatan dan Jeti Feri. Dan akan jadi 3 setelah Jambatan ke-2 siap tidak lama lagi. Dari segi entry points ini, pihak yang berkaitan sudah boleh mengkaji konsentrasi (volume) kenderaan yang keluar-masuk pulau setiap hari. Justeru, perlaksanaan sistem "Park n Ride" boleh dipertimbangkan dengan "menyertakan" (attach) laluan LRT ini bersama-sama Jambatan ke-2. Langkah ini, selain memudah dan mempercepat perjalanan mereka yang sering berurusan di antara tanah besar dan pulau.

Ia juga (langkah membina LRT) lebih ekonomik (dari segi kos) berbanding membina torowong di dasar laut.

Pembinaan terowong dasar laut juga, selain mahal (kos bina dan kos selenggara), boleh menimbulkan perasaan claustrophobic (phobia ruang sempit), terutama ketika memandu dalam tempoh yang lama di dalam terowong, dan terowong itu pula di bawah laut! 

Sebagaimana contoh dan amalan di negara maju yang mengaplikasikan sistem Park n Ride ini, ia perlu disokong dengan penyediaan beberapa zon tempat letak kenderaan (TLK) di tanah besar, terutama bagi kegunaan pengguna "balik hari" (day travel/passengers/workers).

Penyediaan TLK juga boleh difikirkan bagi kawasan strategik di bahagian pulau, bertujuan mengurangkan kecenderungan penduduk menjana local traffic. TLK sedia ada boleh diperbesar dan dinaiktaraf seperti di Lapangan Terbang Bayan Lepas, Jeti Feri dan sebagainya (yang strategik/sering mengumpul local traffic).

Andaian saya di sini adalah, setelah pengguna luar pulau mempunyai mod pengangkutan alternatif untuk ke tempat kerja, bershopping, etc (setelah adanya LRT), kemungkinan trafik janaan dalaman (local traffic) dapat "dilegakan" berbanding tahap sebelumnya. Bilangan kenderaan persendirian (kecuali lori dan kenderaan komersial) juga dijangka akan terkawal berbanding sebelumnya.

2) Jika pembinaan LRT ini direalisasikan, perkhidmatan bas (terutama RapidPenang) boleh ditambah kecekapan dengan menumpukan fungsinya sebagai "feeder" yang menghubungkan penduduk di sub-sub kejiranan dengan stesen LRT tempatan (local stations). Selain menawarkan feeder services, Rapid Buses boleh melebarluas khidmat dan routes untuk para pengguna di kawasan balik pulau.

3) Pulau Pinang juga berpotensi menjadi model sistem pengangkutan awam yang cekap di negara ini memandangkan ia mempunyai sempadan (boundary) yang jelas (iaitu dikelilingi laut), seterusnya mengawal rebakan bandar (urban sprawl). 

Sedangkan, fenomena Urban Sprawl inilah antara cabaran terbesar yang dihadapi Lembah Klang bagi mewujudkan sistem dan jaringan sistem pengangkutan awam yang cekap.

Malah, sebagai sebuah pulau, Penang juga menunjukkan konsentrasi pembangunan selain memiliki kepadatan penduduk yang tinggi, yang bakal menyokong jumlah penumpang yang diperlukan bagi survival operasi LRT.

Apapun, segalanya terserah kepada pembuat polisi. Bijak mereka, beruntunglah hidup rakyat. Dan kalaulah rakyat itu benar-benar didahulukan, tentunya mereka telah berupaya mengecapi kehidupan yang lebih berkualiti, mesra alam, kos efektif dan lestari, hari ini dan masa yang mendatang!

Saturday, 30 March 2013

Agbogbloshie - Pusat kitar semula sampah elektronik dunia di Ghana (foto)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS


Manual vs Elektronik

Agbogbloshie  yang terletak di Ghana ialah pusat kitar semula sampah elektronik dunia. Hampir kesemua barangan elektronik yang dibuang akan tiba di sini dan kemudian dikitar semula secara manual/buruh kasar. Dianggarkan 40 000 warga Agbogbloshie bekerja sepenuh masa di pusat pembuangan sampah elektronik di sini. Mereka membakar plastik komputer dan melebur papan litar elektonik untuk mendapatkan logam berharga. Kehidupan pekerja di Agbogbloshie adalah sangat dhaif. Kesemua kerja dilakukan secara manual tanpa mengira kesan sampingan terhadap kesihatan dan alam sekitar. Tambah mengejutkan kumpulan kongsi gelap membeli cakera keras yang ada bagi mencuri data yang boleh dieksploitasi. Jangan ketawa tetapi Ghana ialah antara negara dalam senarai teratas jenayah atas talian dunia. Jadi sebelum anda membuang peranti elektronik anda, fikirlah dua kali!



Laporan asal EnviroGraffiti

Thursday, 28 March 2013

Sawyer - Basikal Chopper Pasang Sendiri (foto)

Dipetik dari: BLOGSERIUS


Nice gila!

Basikal selalunya dibeli dalam keadaan sudah siap dipasang. Tetapi alangkah bestnya jika basikal boleh dibeli dalam bentuk kit pasang sendiri seperti model plastik TAMIYA. Inilah yang dihasilkan oleh Jurgen Kuipers, seorang artis yang berasal dari Belanda. Basikal chopper Sawyer beliau boleh dibeli dalam bentuk kit permainan dan dipasang sendiri oleh pemiliknya. Totally cool dan rekaan basikal ini not bad at all. Do want!



Laporan asal Jurgen Kuipers

MUTIARA DAMANSARA - Kini nama kumpulan band Metal dari Peranchis (foto)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS


LOL NAMA!

Di Malaysia band Metal biasanya mempunyai nama bahasa inggeris seperti CROMOK ataupun dalam bahasa pseudo melayu seperti LANGSUYR. Di Perancis ada sebuah band metal yang memanggil diri mereka Mutiara Damansara. No seriously ini bukan jenaka. Kumpulan ini berasal dari Caen: Charlize Ann Myer, Antoine Khaos Josua dan Ulysse. Agak aneh sebuah band metal mempunyai nama taman perumahan orang kaya yang terkenal dengan pusat membeli belah IKEA dan The Curve! 

Thanks @cyruscope 




Lapora asal Mutiara Damansara 

Penthouse termahal di dunia di Monaco (RM1.2 billion)

Disumberkan oleh: Blogserius

Kaya orang di sana....

Monaco ialah negara kecil yang terletak di selatan Perancis. Monaco terkenal sebagai syurga bebas cukai yang menjadi tempat tinggal golongan elitis super kaya raya. Sesuai dengan statusnya sebagai "tempat permainan untuk yang kaya dan ternama", penthouse termahal di dunia sudah mula dijual di Monaco. Penthouse dua tingkat di Odeon Tower ini dijual pada harga USD 387 Juta (RM 1.2 Billion) dan ia mempunyai kolam renang, gelungsur air dan bilik sauna peribadi. Luas lantai penthouse ini ialah 3300 kaki persegi dan akan siap sepenuhnya menjelang Julai 2014. Swag.



Laporan asal SkyNews

Monday, 25 March 2013

Research Trip to Indonesia - March 2013 (photos)

I will write properly about my journey to Indonesia for research projects and field visit soon. But in the meantime, please feel free to browse these pictures!




















Friday, 22 March 2013

ELECTION CEREAL: Bijirin untuk PRU ke-13 (mesti miliki ya!)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS


LOWL!

Election Cereal ialah projek seni yang dihasilkan oleh Vern Lee, Ben Wong dan Eunice Ong. Ianya merupakan parodi politik yang menggunakan bijirin sarapan pagi sebagai mediumnya. Bijirin Special A dan Najib Treats menjanjikan anda pelbagai khasiat jika anda memakannya. Sebagai contoh Najib Treats menjanjikan pertumbuhan ekonomi yang bagus manakala Special A menjanjikan pelajaran percuma. Hanya 1000 Election Cereals akan dihasilkan dan setiap satu dijual pada harga RM15. Anda boleh membelinya disini. Kami nak beli sebagai koleksi LULZY untuk tatapan masa hadapan. Cool idea yo!

Thanks @Zarakahan for the tip. 






Laporan asal Facebook Election Cereal

Thursday, 21 March 2013

P120 Fighter, motosikal buat lelaki gagah (foto)

Dipetik dari: Blogserius


Woah nice!

Sebelum ini kami ada paparkan Confederate X132 Hellcat, sebuah motosikal jalanan dengan harga USD 50 000 (RM 150 000) sebuah. Hari ini mari lihat sebuah lagi motosikal keluaran Confederate iaitu P120 Fighter. Seperti Hellcat ianya sebuah motosikal yang mempunyai rekaan yang sangat industrial dan berbeza dari kebanyakkan motosikal yang ada di pasaran sekarang. Sebagai contoh ia mempunyai tangki minyak lutsinar yang memudahkan anda melihat berapa banyak minyak yang tinggal di dalamnya. Ia diperkasakan engin V Twin 1966 cc 150 kuasa kuda serta tayar depan dan belakang yang diperbuat dari gentian karbon. Sebuah Confederate P120 Fighter dijual pada harga USD 80 000 (RM240 000) sebuah. Damn nice!



  

Laporan asal AboutCom

Heinkel He 111 Zweitung - Pesawat Pengebom Kembar WW2 (kisah dan foto)

Disumberkan oleh: Blogserius


Siamese Plane!

Heinkel He 111 Zweitung ialah pesawat aneh yang direka oleh jurutera Nazi untuk digunakan Luftwaffe ketika Perang Dunia Kedua. Ianya dihasilkan dengan menggabungkan dua pesawat pengebom Heinkel He 111 untuk menjadi sebuah pesawat yang kelihatan seperti sepasang kembar siam. Tujuan utama Heinkel He 111 Zweitung dihasilkan ialah bagi menjadi pesawat yang menarik pesawat peluncur Messerschmitt Me 321 Gigant yang pada ketika itu merupakan pesawat tanpa enjin terbesar dunia. Kerana saiz Gigant yang besar, pesawat kargo yang sedia tidak mampu menariknya untuk diterbangkan. 

Heinkel He 111 Zweitung diperkasakan oleh 5 enjin berkuasa 1360 kuasa kuda. Sungguhpun ia merupakan dua pesawat yang digabungkan menjadi satu, hanya kokpit sebelah kiri pesawat mempunyai sistem kawalan. Kokpit pada pesawat sebelah kanan tidak dilengkapi apa-apa. Selain menjadi pesawat kargo bagi menarik Gigant, Zweitung juga direka supaya boleh digunakan sebagai pesawat pengebom anti perkapalan. Sungguhpun begitu ketika perang dunia kedua ia tidak digunakan sebagai pengebom kerana kekurangan jumlah pesawat. Hanya 10 pesawat kembar siam ini dibina bagi kegunaan penarik pesawat peluncur. Semasa perang kesemua Zweitung dimusnahkan oleh serangan Tentera Perikatan. 

Yang kelakar ialah sungguhpun direka untuk menarik Messerschmitt Me 321 Gigant, ketika ujian dilakukan Zweitung gagal melakukan tugasan ini. Pihak Nazi terpaksa memasang sistem roket bagi menambahkan tujahan Zweitung bagi membolehkan ia menarik Gigant.

Heinkel He 111 Zweitung bukan satu-satunya pesawat kembar siam yang pernah dicipta. Kami akan paparkan beberapa lagi pesawat aneh sebegini di masa hadapan. 



Laporan asal Wikipedia dan WW2 Vehicle