Thursday, 31 January 2013

Hotel Jumeirah Zabeel Saray, Dubai (foto)

"Saya mampu menginap di sini kerana saya telah mula menabung wang sejak dari kecil lagi".

Sumber dipetik: Blogserius

Ya habibi


Hotel Jumeirah Zabeel Saray ialah sebuah lagi hotel super mewah yang terletak di Palm Jumeirah Dubai. Ia sebuah hotel yang mempunyai 405 bilik, 41 suite premium untuk mereka yang mampu dan 38 banglo ekslusif kepada yang terlebih mampu.  Harga penginapan bermula dari USD 2100 (RM 6,300) semalam untuk bilik biasa dan meningkat sehingga USD 14 000 (RM42,000) semalam untuk banglo tepi pantai. Gila! Tetapi anda akan diberikan layanan seperti raja dengan khidmat butler 24 jam. Untunglah siapa kaya dan mampu tinggal di sini. 



Laporan asal Inthrlld

Blackberry Z10; PEranti Pintar Blackberry Yang Sebenar (foto)

Dipetik daripada: Blogserius


Akhirnya!

Selama bertahun lamanya pengguna Blackberry menjadi bahan jenaka kerana mempunyai telefon pintar yang terencat. Semalam secara rasminya Blackberry memperkenalkan Z10, telefon pintar sebenar mereka kepada umum. Z10 mempunyai skrin sebesar 4.2 inci, kamera 8 megapixel, pemproses 1.5 Ghz Dua Teras, 2 GB RAM, 16 Gigabyte muatan dalaman dan menyokong penambahan muatan menggunakan kad SD. Ia juga diberikan sistem operasi baru iaitu BB10 yang diharap dapat menyelamatkan Blackberry dari pupus sebagai pengeluar telefon mudah alih dunia. Ianya sudah mula dijual di United Kingdom hari ini sebelum mula dijual di Kanada dan UAE awal bulan Febuari ini. Nampak cantik tetapi Instagram tak ada lagi!



Laporan asal Blackberry

Wednesday, 30 January 2013

Beijing's Air Pollution 2013

My friendly advise for those who would like to visit Beijing at this ungodly time is: don't breath!

Kereta Kabel 2 Tingkat Dengan Dek Terbuka Di Swiss (foto)

Disumberkan oleh: Blogserius


Bukan untuk yang penakut!

Cabrio ialah sebuah gondola kereta kabel yang boleh anda naiki sekiranya berkunjung ke pusat peranginan Pergununagn Stanserhorn di Lucern, Switzerland. Kereta kabel ini berbeza dari kereta kabel biasa kerana ianya mempunyai dua tingkat dan dek atas yang terbuka. Setiap gondola mampu membawa 60 penumpang pada satu-satu masa. Jika anda bukan penakut tempat tinggi semestinya kereta kabel Cabrio ini mampu memberikan pemandangan Swiss Alps yang menakjubkan. Kereta kabel sepanjang 2.3 kilometer ini mendaki sehingga 1,900 meter dari aras laut. Whatever you do don't look down!





Laporan asal Gondola Project

Tuesday, 29 January 2013

Kemewahan the Grand Kremlin Palace di Russia (foto)

Disumberkan oleh: Blogserius

Tontonan Rakyat Jelata

Grand Kremlin Palace ialah istana utama yang berada di dalam kubu terkenal Kremlin di Moscow, Russia. Istana utama ini dibina dari tahun 1837 sehingga 1849. Ianya digunakan oleh keluarga diraja Russia sebagai kediaman rasmi mereka ketika menetap di Moscow. Istana ini adalah 125 meter panjang, 47 meter tinggi dan mempunyai keluasan 25 000 meter persegi. Kediaman mewah diraja ini juga mempunyai 700 buah bilik. Lima daripadanya merupakan dewan besar yang digunakan untuk upacara rasmi kerajaan. Selepas Revolusi Bolshevik 1917 istana ini dikekalkan dan dipertontonkan kepada awam untuk menunjukkan pembaziran yang dilakukan oleh keluarga di raja Tsar Nicholas. Kini Grand Kremlin Palace menjadi tempat upacara rasmi kerajaan dilangsungkan. Memang nama istana ini sesuai dengan kemewahan di dalamnya. Mujurlah Istana Negara kita tidak dibina "semewah dan se-membazir" seperti ini....



Laporan asal Zylat via EnglishRussia

Monday, 28 January 2013

Rumah Dalam Taman di Jepun (foto)

Disumberkan oleh: Blogserius


Rumah Dalam Taman

Di Jepun rumah yang besar ialah suatu kemewahan yang tidak mampu dimiliki ramai rakyatnya. Rumah yang dimiliki biasanya kecil dan agak klaustrofobik. Ryue Nishizawa ialah seorang jurubina yang berasal dari Tokyo. Rumah lima tingkat berkonsepkan taman beliau di Tokyo seperti ditunjukkan di bawah ialah jawapan beliau kepada masalah rumah di ibu negara Jepun. 

Rumah ini mempunyai dinding kaca dan dipenuhi tumbuhan hijau bagi menyelesaikan masalah ruang rumah kecil yang terasa seakan bilik penjara. Dengan meletakkan tumbuhan, rumah akan menjadi lebih sejuk serta menjadi penghalang kepada pemandangan orang ramai ke dalam rumah. Konsep yang menarik tetapi bagi orang seperti kami dinding kaca mungkin akan membuatkan kami rasa kurang selesa.



Laporan asal Architizer

Konsep 3D Bugatti Gangloff (foto)

Disumberkan oleh: Blogserius


Bad ass!

Bugatti Type 57 SC Atalante Coupe yang dihasilkan pada tahun 1938 ialah antara kereta Bugatti yang dianggap lagenda. Pawel Czyżewski seorang jurureka automotif menghasilkan konsep Bugatti Gangloff di bawah berdasarkan rekaan kereta lagenda ini. Apa yang anda lihat di bawah ialah 3D Render yang dihasilkan beliau. Sangat cool..!



Laporan asal CarBodyDesign

Sunday, 27 January 2013

Dewan Himpunan Penyokong Pas - menuju PRU ke-13

Memahami Realiti 

1) Saya membaca laporan berikut yang disiarkan di SinarHarian online dengan "kehadiran" bermacam tanggapan. Baca laporan berkaitan: Dewan Himpunan Penyokong PAS Sedia Kemuka Calon Wibawa.

2) Berselirat dalam kepala saya memikirkan apa yang bakal terhasil oleh perkembangan ini. Kehadiran dan pengaruh DHPP nampaknya mula diiktiraf oleh barisan pemimpin atasan PAS, sehingga parti itu dilihat terbuka dengan bakal mencalonkan beberapa wakil DHPP untuk bertanding pada PRU ke-13 kelak.

3) Dari sudut keterbukaan ini, saya suka memuji PAS yang telah memahami realiti politik hari ini di mana dalam masyarakat yang majmuk, PAS tidak mampu mencapai kemenangan tanpa izin Allah serta tanpa sokongan dan undi daripada komuniti selain Melayu dan Islam. Justeru, langkah PAS menubuhkan DHPP secara langsung telah membuka platform buat komuniti bukan Melayu dan Islam untuk bersama-sama dengan perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat.

Sumber foto: google images

4) Hari ini, DHPP yang berkeahlian sekitar 30,000 orang, juga menjadi "sayap keempat" dalam PAS. Jika merujuk artikel di atas (diberi peluang bertanding PRU dan komited menyemukakan calon-calon boleh menang), DHPP memiliki keupayaan dan tarikannya tersendiri untuk menyumbang kepada pertambahan bilangan kerusi "boleh menang" buat PAS pada PRU ke-13.

Respon Organisasi?

5) Di sebalik feel good factor terhadap keterlibatan langsung para pemimpin dan calon DHPP pada PRU-13 yang bakal berlangsung tidak lama lagi, kotak pemikiran saya juga turut dihujani persoalan-persoalan berikut:

a) LAZIM-nya, telah kita lihat pada PRU-PRU sebelum ini, majoriti calon PAS (yang Melayu-Islam) telah diletak untuk bertanding menentang calon BN daripada parti UMNO (juga diwakili calon Melayu-Islam). Ada kalanya pertarungan tersebut berlaku di kawasan yang mana parti dan calon UMNO memiliki kelebihan. Sebelum PRU-12, tidak sedikit calon-calon PAS yang telahpun tewas. Manakala pada PRU-12 pula, dapat kita lihat berlaku peningkatan bilamana calon-calon yang diketengahkan PAS telah berupaya menewaskan calon-calon UMNO. Pun begitu, UMNO secara umumnya masih memiliki sokongan komuniti Melayu Islam dan hal ini memungkinkan peluang calon PAS menang pada PRU-13 tetap berliku (mungkin PAS bakal tewas, atau hanya menang tipis).

b) Seperti dilaporkan, calon-calon PAS dari sayap DHPP ini bakal diletakkan bertanding di kawasan-kawasan "pengundi campuran" (atau kawasan pengundi Melayu bukan majoriti) dan bakal menentang calon-calon BN yang "bukan-UMNO", mungkin calon MCA, MIC, atau Gerakan, etc. Jika ini terjadi, dan mood pengundi bukan Melayu-Islam memihak kepada PR, besar kemungkinan calon-calon DHPP ini akan beroleh kejayaan. Ini kerana peluang untuk menambah undi jika tidak menentang calon BN "yang-UMNO" dilihat lebih memungkinkan mereka merubah keputusan dan mencipta kejutan pada PRU-13 ini.

c) Jika ditakdirkan perkara ini berlaku, PAS boleh dianggap sedang "menuai hasil", iaitu hasil benih yang mereka semai melalui slogan PAS for all, yang dianggap mulai diterima baik oleh semua pihak, baik oleh komuniti Islam dan bukan Islam. Maka, PAS bakal dilihat bergerak menuju ke landasan yang memahami realiti politik masyarakat majmuk di Malaysia. Di dalam PAS kini (selepas calon DHPP menang pada PRU-13) bakal ada YB-YB yang mewakili suara dan tuntutan komuniti bukan Melayu dan bukan Islam secara rasminya.

d) Sekiranya hal ini berlaku (iaitu apabila DHPP menang dan memiliki YB), tentulah mereka ini wajar dilibatkan secara langsung di dalam struktur kepimpinan PAS di pelbagai peringkat baik di peringkat Pusat dan Negeri. Tentunya PAS wajar mengiktiraf pengorbanan, pengaruh dan bargaining-power mereka yang telah menyumbangkan kerusi buat PAS dalam usaha parti memenangi PRU-13 bersama-sama PR.

6) Justeru, saya beranggapan, pada masa depan (tidak lama lagi) struktur kepimpinan PAS juga bakal menerima anjakan sebagai respon terhadap perkara ini (bagi mengambilkira peranan para pemimpin dari DHPP). 

7) Adalah menarik untuk sekali lagi melihat bagaimana PAS mentransformasi dasar/polisi parti, dan organisasi secara fizikal (hierarki kepimpinan) parti itu supaya dilihat selari dengan perubahan-perubahan yang berlaku ekoran penglibatan (dan mungkin kejayaan) calon-calon DHPP pasca PRU-13.

Baling bola salji kepada sang singa untuk keseronokan di China (foto)

Sekitar waktu tengahhari, 5 Januari yang lepas, bertempat di kandang singa Zoo Hangzhou, sebaik melihat kelibat sang singa Afrika muncul dari kandangnya, para pengunjung zoo mula mengepal salji untuk dijadikan bebola.

Sang singa masih mundar-mandir seperti biasa tetapi mula mengesyaki sesuatu. Sang singa kemudian cuba menyorokkan dirinya di sebalik binaan kayu dan si jantan menggunakan pelepah pokok sebagai pelindung, sambil matanya mengawasi pergerakan para pelawat.

"Zuppp!" Seorang pemuda kemudian bertindak membaling bebola sajli kepada si singa. Ia mengelak dan lontaran terbabit telah tersasar. Pun begitu, aksi tangkas sang singa itu turut mengundang gelak-ketawa pelawat yang menyaksikannya. 

Kemudian, pengunjung mula menghasilkan bebola yang lebih besar serta "menembak" sang singa dengan menggunakan kudrat yang lebih laju. Sang singa panik lalu berlari mengelilingi kawasan kandangnya. Kemudian dia dan pasangannya bersembunyi di satu sudut pada kandang tersebut. Sebagai usahanya mempertahankan diri daripada serangan para pengunjung, sang singa mengaum dan matanya memandang tajam kepada kumpulan yang bergembira membaling bebola salji itu sehingga mereka beredar mencari "mangsa seterusnya".

Ironinya, musim salji di zoo tersebut, biarpun menghadirkan kegembiraan buat manusia, ianya mengundang perkhabaran duka buat haiwan yang menghuni zoo tersebut. Bukan sahaja singa, bahkan penghuni lain seperti monyet, zirafah, harimau, lain-lain haiwan kecil telah turut menjadi mangsa "balingan untuk keseronokan" oleh sesetengah pengunjung zoo.

Kalau nak nampak lebih berani, mengapa tidak lepaskan sahaja singa-singa itu, dan biarkanlah keduanya (singa dan pengunjung yang baling) itu sama-sama "bersuka-ria"?!


Laporan asal: Chinasmack

Saturday, 26 January 2013

Gili Lankanfushi Resort di Maldives yang indah (foto)

Dipetik daripada: Blogserius


Cantik!

Resort Gili Lankanfushi ialah sebuah resort yang terletak di Pulau Lankanfushi, salah sebuah pulau di North Male Atoll, Maldives. Ia terdiri dari 48 villa ekslusif yang dibina di permukaan laut. Setiap villa mempunyai pemandangan yang cantik dan memberikan privasi kepada yang menginap. Tujuh dari 48 villa di Gili Lankanfushi adalah villa bersaiz gergasi terapung yang mempunyai hammock di tengah-tengah laut. Jika anda mahu menginap di sini anda perlu tinggal minimum selama 4 hari. Harga penginapan bermula dari USD 6141 (RM 18,676) untuk villa biasa dan USD 8299 (RM25,000) untuk villa Robinson Crusoe.



Laporan asal Gili Lankanfushi via  Inthrlld

Friday, 25 January 2013

Peredam bunyi bagi ujian meriam kereta kebal Jerman (foto)

Dipetik daripada: Blogserius


Boom!

Apa yang anda lihat di bawah ialah sistem peredam bunyi untuk meriam artileri Panzerhaubitze 2000 dan kereta kebal Leopard 2 buatan Jerman. Sistem peredam bunyi ini dihasilkan kerana terdapat lapang sasar milik tentera Jerman yang terletak berhampiran kawasan kediaman awam. Bagi mengurangkan pencemaran bunyi maka peredam bunyi dibina oleh pihak Rheinmetall. Dua versi peredam dibina iaitu untuk meriam 155 mm dan 120 mmCool beans!


Laporan asal WW2inColor

Handley Page Victor: Pesawat pengebom era konfrontasi Malaysia-Indonesia (foto)

Disumberkan oleh: Blogserius


Boom shakalakala!

Handley Page Victor ialah pesawat pengebom Perang Dingin yang dibina oleh Britain dari tahun 1952-1963. Pesawat ini dibina sebagai pendinding kepada ancamam bom nuklear Soviet selepas era Perang Dunia Kedua. Victor ialah salah sebuah dari 3 V-Bombers yang dibina Britain bagi menggantikan Avro Lancaster yang sudah dimamah usia. Victor direka untuk membawa bom konvensional dan juga nuklear yang boleh digunakan untuk menyerang Russia jika peperangan meletus. Bom terbesar yang boleh dibawa oleh Victor ialah bom seberat 10 000 kilogram!

Sepanjang tempoh tahun 1964-1965 empat pesawat pengebom jenis ini dihantar ke Pengkalan Udara Tengah di Singapura bagi membantu mempertahankan Malaysia ketika Konfrontasi dengan Indonesia. Kehadiran Victor di Singapura adalah salah satu cara menakutkan Indonesia dari menyerang Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak kerana kemampuan membawa bom nuklearnya.

Pada tahun 1969, Britain merubah strategi nuklearnya dengan menggantikan sistem pertahanan nuklear dengan kapal selam yang mampu membawa misil antara benua POLARIS. Victor mula dihentikan penggunaanya sebagai pesawat pengebom strategik.

Victor yang masih boleh beroperasi telah diubah menjadi pesawat tangki minyak. Setiap Victor mampu mengepam minyak kepada 3 pesawat secara sekaligus. Oleh kerana usia yang telah lanjut dan kehadiran pesawat tangki yang lebih moden, Handley Page Victor ditamatkan perkhidmatannya pada tahun 1993




Laporan asal Wikipedia 
Foto ColdWarArchives