Tuesday, 31 December 2013

Samsung UN110S9: TV terbesar di dunia 110 inci untuk anda! (foto)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS


Ultra HD!

Televisyen HD kini sudah semakin biasa kita lihat di setiap rumah. TV CRT pula semakin lama semakin pupus. Samsung dan beberapa pengeluar televisyen dunia kini mahu anda memiliki televisyen beresolusi 4K Ultra HD pula. TV UHD sudah mula terjual awal tahun ini dan di Malaysia Sony menjual televisyen 4K mereka dalam jumlah yang terhad. Tetapi jika anda mahu memiliki televisyen terbesar dunia anda perlu mengumpul duit bagi memiliki Samsung UN110S9. Televisyen dengan skrin sebesar 110 inci (2.6 x 1.8 meter) ini mula dijual di China, Korea Selatan, Timur Tengah dan beberapa negara di Eropah semalam pada harga USD 150 ribu (RM 493 ribu) sebuah. Ia dilengkapi pemproses empat teras, kamera hadapan, sistem kawalan suara, kemampuan 3D, sistem kawalan gerakan tangan dan juga Samsung Hub. Gila! 




Laporan asal CBS

Monday, 30 December 2013

Ka56: Helikopter mini mudah pasang bagi kegunaan kapal selam Soviet (foto)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS


Inovasi 

Kamov ialah syarikat pengeluar helikopter yang terkenal dengan rekaan helikopter yang mempunyai kipas bertingkat. Helikopter Kamov tidak mempunyai kipas pada bahagian ekor dan secara teorinya lebih selamat dari helikopter konvensional. Pada tahun 1971 Kamov menghasilkan Ka 56, sebuah helikopter mini untuk kegunaan armada kapal selam Soviet. 

Helikopter boleh lipat ini boleh disimpan di dalam silinder selebar 50 mm yang boleh disimpan dengan mudah di dalam tiub pelancar misil kapal selam Soviet. Ianya juga boleh dipasang dalam masa 10 minit. Pihak Soviet berharap helikopter mini ini boleh digunakan sebagai pesawat peninjau untuk kapal selam. Malang sekali bagi Ka 56 teknologi enjin pada waktu itu masih belum sempurna untuk menghasilkan helikopter mini yang memenuhi kehendak tentera laut Soviet. Enjin berkuasa 50 kuasa kuda Ka 56 didapati tidak cukup berkuasa untuk digunakan secara praktikal. 

Kini dengan teknologi pesawat mini UAV, helikopter mini seperti ini sudah dianggap obsolete untuk kegunaan ketenteraan. 




Laporan asal TwinsAirClub

Friday, 27 December 2013

Lebuhraya Al-Sharq: Lebuhraya tenggelam timbul di Doha (foto)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS


Cool!

Qatar akan menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022. Bagi memastikan tiada masalah kesesakan lalu lintas, kerajaan Qatar akan membina lebuhraya Al Sharq merentasi Teluk Doha. Lebuhraya ini unik kerana ianya tenggelam dan timbul di permukaan laut. Lebuhraya sepanjang 9.7 kilometer ini akan menjadi jalan pintar bagi mereka yang mahu memandu dari bahagian utara ke selatan Doha. Dengan melalui lebuhraya ini mereka dapat mengelakkan kesesakan pusat bandar Doha. Di atas beberapa jambatan lebuhraya ini juga akan dibina taman yang boleh digunakan oleh pemandu kenderaan untuk berehat di tengah-tengah laut. Coolness! 

Ini mengingatkan kami kepada cadangan membina kawasan rehat dan rawat di atas jambatan Pulau Pinang kedua yang dibatalkan pembinaannya. 




Laporan asal ArchDaily

Wednesday, 25 December 2013

Modifikasi HONDA CUB yang cool! (foto)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS


Cili Padi 

Honda Cub ialah motor yang digunakan orang tua untuk ke masjid, pakcik jual sayur ataupun nenek ke bendang. Ianya bukan motosikal terpantas di dunia tetapi ianya diiktiraf sebagai motor terbaik yang pernah dihasilkan kerana ianya versatil dan tahan lasak. Bolehlah dikatakan Honda Cub ialah HILUX edisi motor. Jadi tidak mengejutkan sekiranya ada subculture peminat Honda Cub yang melakukan modifikasi bagi megubah motosikal yang ikonik ini menjadi sebuah rice rocket yang cool. Yep they do look awesome!




Laporan asal BikersCafe

Monday, 23 December 2013

Pelakon "the Hobbit" sebelum dan selepas solekan (foto)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS


Misty Mountain

Anda dah layan Hobbit The Desolation of Smaug? It is good! Mari lihat rupa pelakon filem ini tanpa make up. Sangat lain! 




Laproan asal Barnorama

Sunday, 22 December 2013

Realiti dan Kesedihan Perusahaan Pembuatan Kulit di Bangladesh (foto)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS

Damn!

Barangan kulit Itali seperti tali pinggang dan beg tangan berjenama mewah menjadi simbol kemewahan di Malaysia. Beg tangan Louis Vuitton ada yang dijual lebih mahal dari kenderaan yang anda miliki. Tetapi tahukah barangan asas industri bernilai Euro 1 Billion setiap tahun ini ada yang datang dari Bangladesh. To be precise Hazaribagh, Dhaka. 


Terdapat 200 kilang pemproses kulit di sini. Ia menggaji lebih 3000 orang pekerja dan menghasilkan 14 juta keping kulit setiap tahun. Ia juga membuang 21 000 meter padu sisa kumbahan toksik terus ke sumber air yang mengakibatkan pencemaran yang kronik setiap hari. Gaji pekerjanya juga terlalu sedikit. 

Jadi fikirkanlah asal usul beg berjenama yang anda bangga-banggakan sangat itu. Kemudian tengoklah mereka yang bekerja macam binatang dan hidup serba kekurangan untuk memastikan anda ada simbol kemewahan yang membolehkan anda riak! Sadness!



Laporan asal Ecotoutrre

Wednesday, 18 December 2013

Pulau Tilafushi: Pulau Sampah Tercemar di Maldives (foto)

Disalin dengan ubahsuai ayat dari: BLOGSERIUS


Oh my Environment!

Hari ini mari kita ke Kepulauan Maldives dan melihat pengurusan sampah yang membuatkan anda facepalm. Pulau Tilafushi terletak hanya beberapa batu dari Male, ibu negara Maldives. Ianya sebuah pulau batu karang yang ditebus guna sebagai tempat pembuangan sampah negara pulau ini. 

Tidak seperti Singapura yang maju, Maldives tidak menggunakan teknologi mesra alam untuk melupuskan sampah. Sebanyak 330 tan sampah dicampak ke pulau ini dan ia mengakibatkan pencemaran bau, udara dan air yang sangat kronik. Sampah dibakar mengakibatkan pelepasan gas beracun yang terpaksa dihidu pekerja asing yang dibawa dari Bangladesh. Kerana pengurusan yang teruk sampah terapung ada yang terlepas ke laut terbuka. 

Pada tahun 2011, Tilafushi ditutup selepas menerima kritikan pencinta alam. Sampah dari Maldives kini dieksport ke tanah besar India. Sungguhpun begitu masalah pencemaran masih berterusan kerana pengangkut sampah yang pemalas membuang sampah ke dalam laut secara sambil lewa. Sangat menyedihkan apabila Maldives yang terkenal dengan pelancongan itu mempunyai masalah pencemaran sampah yang begitu kronik dan diurus secara tidak lestari!




Laporan asal Wikipedia

Tuesday, 17 December 2013

Kereta-Kereta Pelajar di American University of Dubai (foto melampau)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS


Fuuuuuuu

Di Malaysia kalau bawa Proton Wira ke universiti dah dikira kaya kerana most of the time mak bapak hanya bagi Perodua Kancil or Kelisa (atau viva) kepada anak mereka. Di American University of Dubai lain pula yang terjadi. Only the best cars for their kids. Seriously memang kaya gila kalau pergi kelas boleh pandu Lamborghini. Ridikeles!




Laporan asal Business Insider

Monday, 16 December 2013

CHINA: Kilang Santa sebenar! (foto)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS


Merry Xmas?

Menurut kepercayaan karut, Santa tinggal di Kutub Utara dan sepanjang tahun elves membantu beliau menghasilkan permainan untuk kanak-kanak seluruh dunia. Realitinya kilang Santa sebenarnya terletak di China dan jutaan warga China bekerja seperti hamba bagi memenuhi kehendak konsumer. Michael Wolf seorang jurugambar yang berasal dari Jerman melawat kilang-kilang permainan di China dan mengambil set gambar yang diberikan tajuk Real Toy Story. Ia menunjukkan kepada dunia kesengsaraan pekerja kilang permainan untuk menghasilkan permainan yang menggembirakan kanak-kanak. Sadness. 



Laporan asal Michael Wolf

Wednesday, 27 November 2013

Nissan IDx NISMO yang cool (foto)

Disumberkan oleh: Blogserius


Konsep!

Nissan IDx NISMO ialah konsep yang berbeza dari kebanyakkan konsep yang ada di luar sana. Nissan IDx NISMO dihasilkan sepenuhnya dari pendapat yang diberikan oleh pelanggan-pelanggan mereka. Ia menggabungkan rekaan muscle car popular dari dekad 70an mereka iaitu Nissan Skyline dan Datsun 510. Buat masa ini IDx NISMO hanyalah sebuah konsep dan tidak akan dihasilkan secara meluas. Which is a shame kerana rekaannya sangat cool!




Laporan asal PSFK dan TopSpeed

Friday, 22 November 2013

Citarum - Sungai tercemar di dunia 2013 (foto)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS


Sedih!

Sungai Citarum yang terletak di Kepulauan Jawa diisyhtiharkan sebagai sungai paling tercemar di dunia untuk tahun 2013 oleh Green Cross Switzerland dan Blacksmith Institute. Ia juga merupakan salah sebuah dari 10 kawasan paling tercemar di muka bumi. 

Sungai Citarum dicemari sisa baja, cadmium, plumbun dan chromium yang tinggi. Air sungai ini diuji dan mempunyai kadar plumbum 1000 kali ganda lebih tinggi dari normal. Punca pencemaran ialah perladangan dan kilang penghasilan kain yang dibina berhampiran sungai. 

Sungguhpun airnya tercemar ianya masih digunakan oleh penduduk setempat untuk kegunaan harian. Kerajaan Indonesia diberikan pinjaman USD 500 juta oleh Bank Pembangunan Asia bagi mengurangkan pencemaran dan proses pemulihan sungai. Ini harus dilakukan kerana 5 Juta orang tinggal sepanjang sungai ini dan ianya menjadi sumber air Bandaraya Jakarta. Dayyum!




Laporan asal Yahoo WorstPolluted

Tuesday, 19 November 2013

Ukiran Kayu Terpanjang di Dunia (foto)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS


Ukir!

Rekod dunia ukiran kayu terpanjang dunia kini milik China. Zheng Chunhui seorang pengukir dari Fuzhou menghabiskan 4 tahun hidupnya untuk mengukir ukiran sepanjang 12.286 meter ini. Ukiran ini diilhamkan oleh lukisan ternama kurun ke-11 yang diberi tajuk “Along the River During the Qingming Festival”. Kerana ketiadaan wakil Malaysia Book of Records hanya wakil Guiness dapat mengesahkan rekod dunia terbaru ini. 




Laporan asal ECNS

Sunday, 17 November 2013

Lukisan Sindiran & Kritikan Sosial Tajam oleh Pawel Kuczynski (foto)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS


Tajam!

Lukisan di bawah adalah hasil kerja tangan Pawel Kuczynski yang berasal dari Poland. Kritikan sosial yang sangat tajam!




Laporan asal Pawel Kuczynski