Sunday, 29 January 2012
Dr MAZA: Kelantan Contoh
Saya petik dari artikel beliau yang bertajuk: Kelantan: Sederhana Dan Mendidik (bertarikh: 1 Ogos 2011)
Kelantan Contoh
Sebagai sebuah kerajaan, kepimpinan Kelantan telah mengambil jalan yang yang sederhana. Kelantan –melalui program seperti ini-
memberikan pendidikan secara langsung dan tidak langsung untuk aktivis
muslim berinteraksi dengan dunia hiburan. Sekaligus mendekati anak-anak
muda.
Jalannya bukan memerangi hiburan, sebaliknya mencari ruang untuk
dimanfaatkan; maka rakyat dapat berhibur secara terarah dan tidak
melampai batas. Dengan itu Kelantan tidak menjadi kerajaan yang tidak
bertanggungjawab yang membiarkan rakyat bebas lepas dengan hiburan tanpa
bimbingan, tidak juga menjadi jumud sehingga mengharamkan segala bentuk
hiburan; nyanyian, muzik dan filem.
Gambar: Saya membaca puisi saya yang bertajuk ‘Akan Ku Terus Ketuk PintuMU’, Sham bermain gitarnya.
Demikianlah, apabila sesebuah kepimpinan itu ada wawasan yang jelas
dan nurani yang inginkan rakyat berada dalam bimbingan yang betul.
Segala gerakerja diselaraskan antara kehendak rakyat dan peraturan
agama. Sikap yang matang lagi sederhana diperlukan oleh rakyat dan umat
pada setiap ketika. Bukan masanya untuk mengharamkan itu dan ini tanpa
memberikan alternatif yang dapat membimbing rakyat yang pelbagai ragam
dan kehendak.
Janganlah pula jadi seperti kepimpinan yang hanya hendak
‘memberikan keseronokan’ kerana inginkan sokongan mereka rakyat tanpa
memikirkan kesan dan masa depan.
Cumanya, masih banyak perkara yang perlu dibuat. Kita perlukan
pembikinan karya-karya seni dalam pelbagai bidang yang berkualiti dan
mendidik. Ada gabungan antara unsuran hiburan dan bimbingan secara
terancang. Ada ikatan antara seni dan kehidupan insani secara berkesan.
Ini memerlukan satu perancangan jangka panjang dan pendek. Semoga
Kelantan mampu melangkah lebih jauh.
Tahniah YB Baihaki Atiqullah
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada
sahabat yang saya kasihi YB Ustaz Ahmad Baihaqi Atiqullah yang
bertungkus lumus menjayakan program tersebut. Beliau anak tuan guru
pondok Pasir Tumbuh, Tuan Guru Haji Atiqullah Yaakob. Latar belakang
agamanya dan sikapnya yang terbuka patut menjadi contoh kepada banyak
pihak.
Beliau adalah salah satu bukti bahawa kepimpinan agama di
Kelantan bersikap rasional dan meraikan perbezaan latar belakang rakyat.
Sangkaan bahawa kepimpinan agama akan mengharamkan hiburan dan seni ke
atas rakyat adalah tidak benar jika dikaitkan dengan kepimpinan
Kelantan.
YB Ahmad Baihaqi masih muda. Beliau dua tahun lebih muda dari
saya. Sama-sama belajar di Jordan dahulu. Hari ini menjadi pemimpin yang
makin matang. Apa yang masih perlu untuk semua insan, termasuk beliau
adalah terus mendedahkan diri kepada maklumat yang pelbagai, aliran
fikir yang semakin rencam dan mencari kesederhanaan di sebalik itu
semua. Tahniah YB Baihaqi atas usaha membuka minda dan mencari
alternative. Tahniah Kelantan!
Gambar: YB Baihaqi menyampai cenderahati kepada saya.
Renungan: Pengaruh Wanita Dalam Kehidupan Lelaki
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sumber asal: MindaTajdid)
(sumber asal: MindaTajdid)
Al-Quran tidak pernah meletakkan kesalahan Adam yang
melanggar perintah Allah dalam syurga atas bahu isterinya Hawa.
Sekalipun Bible dan riwayat-riwayat Israiliyyat dalam sesetengah buku
tafsir menyatakan Hawa adalah punca yang menyebabkan Adam memakan buah
larangan dalam syurga, namun al-Quran tidak pernah menyatakan demikian.
Menurut al-Quran, kesalahan tersebut ditanggung oleh
kedua belah pihak. Sementara Bible (Genesis 3:6-17) menceritakan Hawa
(Eve) telah mempengaruhi Adam, dengan itu Tuhan telah menghukum Hawa
dengan diberikan kesakitan ketika melahirkan anak. Hal ini juga disebut
oleh riwayat-riwayat Israiliyyat yang sering dibaca oleh sesetengah
penceramah di masjid dan surau. Namun, para pengkaji hadis mendapati
riwayat-riwayat itu tidak boleh dijadikan pegangan dan bercanggahan
dengan apa yang disebut dalam a-Quran.
Al-Quran menyebut:
“dan Kami berfirman: “Wahai Adam! Menetaplah engkau dan isterimu dalam syurga, dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua suka, dan janganlah kamu berdua hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka kamu akan termasuk dalam golongan orang-orang yang zalim. Setelah itu maka syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada dalamnya dan Kami berfirman: “Turunlah kamu! sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)” (Surah al-Baqarah: 35-36).
Dalam Surah Taha pula Allah berfirman:
“dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam”, lalu mereka pun sujud, kecuali Iblis, dia enggan sujud. Maka, Kami berfirman: “Wahai Adam! Sesungguhnya Iblis ini musuh bagimu dan bagi isterimu; oleh itu, janganlah dia menyebabkan kamu berdua keluar dari syurga, kerana dengan itu nanti kamu akan menderita. Sesungguhnya telah dikurniakan berbagai nikmat bagimu, bahawa kamu tidak akan lapar dalam syurga dan tidak akan bertelanjang. Dan sesungguhnya kamu juga tidak akan dahaga dalamnya, dan tidak akan merasa panas matahari”. Kemudian, syaitan membisikkan (hasutan) kepadanya (Adam), dengan berkata: “Wahai Adam, mahukah, aku tunjukkan kepadamu pohon yang menyebabkan kekal hidup selama-lamanya, dan kekuasaan yang tidak akan hilang lenyap?”. Kemudian mereka berdua memakan dari pohon itu, lalu terdedahlah kepada mereka aurat masing-masing, dan mereka mula menutupnya dengan daun-daun dari syurga; dan dengan itu derhakalah Adam kepada Tuhannya, lalu tersalah jalan (dari mencapai hajatnya) (Surah Taha: 116-121).
Ayat-ayat ini jelas bahawa kesalahan Adam yang membuatkan manusia
tercampak ke bumi, bukanlah berpunca daripada isterinya Hawa, sebaliknya
berpunca dari kelemahan Adam sendiri yang ditipu oleh Iblis, yang
akhirnya dia dan isterinya terlibat bersama dalam kesalahan tersebut.
Ini berbeza dengan Bible.
Berbeza juga dengan cerita-cerita sesetengah
penceramah agama yang mengutip kisah Adam dan Hawa dari riwayat
Israiliyyat, ataupun Bible atau diwarisi cerita dari satu ustaz ke satu
ustaz tanpa dibandingkan dengan apa yang terkandung dalam al-Quran.
Lebih buruk lagi, kononnya Iblis masuk ke syurga melalui perut ular dan pelbagai lagi episod ‘kartun’ yang
dimuatkan. Cerita Hawa yang dipergunakan oleh Iblis sehingga
mengeluarkan manusia dari syurga adalah unsur luaran yang dimasukkan ke
dalam pemikiran umat Islam. Kata Dr Abu Syahbah:
“Semuanya ini dari sumber Bani Israil yang mereka tokok tambah dan mencampurkan antara yang benar dan yang batil”.(Dr. Muhammad Abu Syahbah, al-Israiliyyat wa al-Maudu’at fi Kutub al-Tafasir, 179. Kaherah: Maktabah al-Sunnah).
Maka, umat Islam atau lelaki muslim tidak akan menganggap bahawa
punca kejatuhan lelaki kesemuanya bermula dari wanita. Walaupun wanita
itu memang mempunyai pengaruh yang kuat ke atas lelaki, seperti mana
pengaruh lelaki terhadap wanita, namun kejatuhan lelaki atau wanita dari
kelemahan diri sendiri yang kadang-kala dieksploitasi oleh pasangannya.
Muslihat Wanita
Namun masa yang sama, al-Quran juga menyatakan kehebatan ‘usikan’ wanita atau lebih jelas ‘muslimat’ mereka jika mereka bermaksud ingin melakukan ‘perancangan halus’. Wanita jika kena gaya memang boleh menjadikan lelaki ‘mengidaminya’ angau dan terpengaruh atas segala kehendaknya.
Perancangan atau ‘plot’ wanita
begitu hebat sehingga al-Quran merakamkan ungkapan yang ditujukan
kepada isteri Menteri Mesir (riwayat Israiliyyat konon menamakannya
Zulaikha) dalam kisah Yusuf:
“Ini adalah perancangan kamu (kaum wanita), dan sesungguhnya perancangan kamu (kaum wanita) itu hebat” (Surah Yusuf: 28).
Perkataan Arab yang al-Quran gunakan dalam ayat berkenaan ialah Kaid yang bermaksud perancangan yang mempunyai unsur licik dan muslihat. Sebab itu Louay Fatoohi dalam bukunya The Prophet Joseph menterjemahkan perkataan Kaid sebagai scheme yang bermaksud tindakan yang licik dan perancangan sulit yang kadang-kala membabitkan tipu daya. Kata beliau: “..this
word, which I have translated as scheme means guile and plotting that
could involve lies, as in this case”. (ms 86. Kuala Lumpur: Islamic Book
Trust).
Maka, atas kelicikan itu, ramai lelaki yang tewas. Wanita ada kuasa ‘licin’ dan licik. Walaupun Nabi Yusuf tidak tewas, tetapi ramai lelaki selain nabi yang tewas dengan ‘kaid’ atau perancangan halus dan ‘sulit’ wanita.
Senjata rahsia wanita pada tubuh, bahasanya dan jelingannya. Walaupun
bukan semua mereka ada kelebihan itu, namun bagi yang berkelebihan jika
perangkapnya mengena, sukar untuk lelaki terlepas daripadanya, kecuali
mereka yang memenangkan takwanya atas godaan atau kaid tersebut.
Nabi s.a.w pernah bersabda:
“Aku tidak tinggal cubaan yang lebih hebat ke atas lelaki lebih dari wanita” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Sabda baginda juga:
“Sesungguhnya dunia itu manis lagi hijau dan Allah menjadikan kalian berketurunan di atasnya. Allah melihat apa yang kalian perbuat. Takutlah kamu kepada (fitnah) dunia dan takutlah kamu kepada (fitnah) wanita, karena sesungguhnya awal fitnah yang menimpa Bani Israil dari wanitanya” (Riwayat Muslim).
Maka, tidak hairan berapa ramai pemimpin yang gagah, tetapi
ditewaskan oleh wanita idamannya, atau isteri kesayangannya. Betapa
banyak reputasi pemimpin dirosakkan disebabkan isteri mereka, sehingga
rakyat membenci seseorang pemimpin kerana gelagat isterinya. Dalam
negara tertentu, kerenah wanita yang memakai gelaran ‘first lady’ boleh
menghancurkan kerjaya dan masa depan politik seorang pemimpin negara.
Demikian kerenah isteri pemimpin di pelbagai peringkat.
Elena Ceausescu
Maka, tidak hairanlah jika Elena Ceausescu, isteri bekas diktator
Romania Nocolae Ceausescu dihukum mati bersama suaminya oleh rakyat
Romania disebabkan peranannya dalam pemborosan harta negara dan
kezaliman kuasa. Maka, jika suami tidak berperanan sebagai pembimbing
dan pengawal yang soleh terhadap isteri mereka maka pelbagai kemungkinan
boleh berlaku atas kemahiran wanita dalam perancangan atau kaid mereka.
Perhiasan Terindah
Namun wanita itu apabila solehah, mereka kadang-kala lebih baik
daripada lelaki. Kehidupan yang buruk seseorang lelaki boleh diubah
dengan kehalusan budi dan nilai yang ada pada seorang wanita. Nama baik
seorang lelaki bertambah indah dengan kebaikan isterinya. Wanita
benar-benar hiasan kehidupan lelaki.
Lelaki tanpa wanita adalah lelaki
yang cacat tabiatnya. Allah menjadikan wanita pasangan lelaki. Mereka
tempat lelaki bermanja dan mendambakan perasaan kelakian. Nabi s.a.w
bersabda:
“Dunia perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia ialah wanita yang solehah” (Riwayat Muslim).
Ada harta tiada wanita dalam kehidupan tiada ertinya. Ada rupa, tiada
wanita tiada maknanya. Namun, wanita bagaimana yang lelaki perlukan
dalam hidupnya dalam mengharungi bahtera kehidupan? Ya, wanita solehah
yang membahagiakan suami, menjaga nama baik dirinya dan suaminya. Sabda
Nabi s.a.w:
“Sebaik-baik wanita dia mengembirakan suami apabila engkau melihat kepadanya, mentaatinya apabila menyuruhnya, tidak menyanggahi suami dalam diri dan hartanya” (Riwayat al-Nasai, Ahmad dan al-Hakim, dinilai hasan oleh al-Albani).
Sabda Nabi s.a.w juga:
“Tiga dari kebahagiaan: “Wanita yang apabila engkau melihatnya, ia mengkagumkan engkau, apabila engkau tiada bersamanya dia menjaga dirinya dan harta engkau” (Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, dinilai hasan oleh al-Albani).
Untuk menjadikan wanita itu berfungsi dengan baik, suaminya juga
hendaklah baik. Jika tidak, kebaikan wanita akan hilang pada padangan
suami yang songsang, seperti mana hilangnya kebaikan Asiah di mata
firaun yang zalim. Suami yang baik juga, tidak akan dapat dilihat
kemuliaannya di mata isteri yang jahat seperti isteri Nabi Nuh dan
isteri Nabi Lut a.s.
Foto-foto: Forum "Sembang-sembang isu-isu semasa Malaysia 2012" @ Oxford
Kredit SEMUA foto: Facebook Badrul Hisham a.k.a. Abg Bad.
Nota: Saudara Arshad sedang melakukan kerja-kerja editing sebelum memasukkan rakaman forum ini ke dalam YouTube. Moga kelak ianya dapat memanfaatkan masyarakat terbanyak.
Saturday, 28 January 2012
Apakah the Wall Street Journal (Asia) juga putar-belit?
Hari ini pelbagai blog melaporkan pernyataan balas Anwar berkaitan putar-belit yang kononnya dibuat oleh media kawalan UMNO untuk menggambarkan beliau sebagai "pengkhianat aspirasi rakyat Palestin".
Anwar, seperti dipetik di the Wall Street Journal dilaporkan berkata:
“I support all efforts
to protect the security of the state of Israel,” said Mr. Anwar,
although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with
the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel
respecting the aspirations of Palestinians.” - SUMBER
Anda yang berminat untuk membaca pernyataan balas Anwar, boleh klik di sini - KLIK. Atau boleh menonton rakaman ucapan beliau di bawah:
Nota kaki:
1) Kata pepatah, "terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya".
Timbul persoalan yang lebih besar di kepala saya iaitu:- Mengapa Anwar hanya mengeluarkan pernyataan susulan untuk komuniti DI DALAM negara? Mengapa beliau tidak usulkan/poskan penjelasan susulan hari ini melalui sumber di the Wall Street Journal sebagaimana pernyataan beliau yang sebelumnya?
Di sini wujud 2 persepsi berbeza iaitu di peringkat komuniti domestik dan komuniti antarabangsa.
"Pembetulan/Penjelasan susulan" hanya diwar-warkan oleh Anwar di pentas-pentas ceramah DI DALAM negara. Barangkali persepsi dan minda rakyat yang mendengar akan sedikit pulih dan mungkin lebih rasional untuk menolak tanggapan awal yang agak negatif.
Namun, bagaimana pula dengan persepsi komuniti antarabangsa yang membaca laporan pertama di the Wall Street Journal, TETAPI tidak mengikuti "penjelasan susulan" yang dibuat Anwar di dalam negara? Apakah mereka tahu adanya penjelasan susulan selepas temubual tersebut?
Jika komuniti antarabangsa tidak maklum dengan penjelasan susulan, maka persepsi komuniti antarabangsa terhadap Anwar tidak berubah iaitu berdasarkan temubual Anwar sebagaimana disiarkan di the Wall street Journal tempoh hari:
“I support all efforts
to protect the security of the state of Israel,” said Mr. Anwar,
although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with
the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel
respecting the aspirations of Palestinians.”
Justeru, apakah telah cukup bagi Anwar yang sekadar mengeluarkan pernyataan yang disiar DI DALAM negara?
2) Saya tidak pasti apakah yang dilaporkan di the Wall Street Journal itu ayat yang keluar daripada mulut Anwar semasa ditemubual, atau telah diedit untuk dijadikan artikel. Tetapi alangkah baiknya jika waktu itu Anwar boleh "pusing/spin" sedikit jawapan beliau mengenai isu Israel. Barangkali beliau boleh jawab:
“I support all efforts
to protect the security of the state of Palestine,” said Mr. Anwar,
although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with
the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel
respecting the aspirations of Palestinians.”
3) Sebagai penutup, apa-apapun penjelasan yang cuba beliau beri bagi menjernihkan keadaan, saya kira persepsi saya sebagai seorang rakyat kepada beliau telahpun jelas.
Sekian.
Cuit-cuit Husin Lempoyang - kisah Otak Mahasiswa
Bukan main lagi ye engko Husinnnnn..... (sumber: SINI). Layan jelah...
"Otak mahasiswa" - by Husin Lempoyang
Selepas demo di UPSI, seorang mahasiswi bergegas memanggil ahli Bulan Sabit Merah. Kononnya, seorang mahasiswa terlantar cedera.
Mereka mendapati mahasiswa itu dan dimasukkan dalam ambulan untuk dihantar terus ke hospital. Mahasiswi itu ikut sama.
Di dalam ambulan, mahasiswi ditanya apa sakitnya mahasiswa itu.
"Otak dia tercedera," mahasiswi itu beritahu.
Selepas diperiksa kepalanya, dilihat tiada ada apa-apa yang cedera. Ditanya balik, "Kepala dia okay saja. Kenapa awak kata otak dia sakit?"
"Cuba periksa lututnya..."
Kelihatan lututnya berlumuran darah. Oh ... di situ terletak otaknya.
Subscribe to:
Posts (Atom)