Cepat betul musim berlalu, tapi kerja sendiri, masih banyak yang belum 'berlalu'. Nak kena tingkatkan motivasi untuk jayakan segala kerja ini!
Thursday, 31 March 2011
Rumah kecil: koleksi terbaharu
Bilangan: Sudah 200+unit (kalau tiba ke tanah air dalam keadaan yang sempurna, boleh buat pameran suatu hari nanti).
Ini rumah kecil yang dibeli 2 minggu sebelumnya.
Selain mengumpul rumah kecil (miniature houses), saya juga berusaha mengumpulkan mug / cawan kopi, pelbagai jenama rangkaian kedai kopi (cafe nero, crispy creme, etc).
Proses mencari, dan mengumpul benda sebegini memang memakan masa, tetapi apabila sudah hobi.... Apapun, hobi spesifik seperti ini boleh membantu anda mengawal wang (pembelian hanya secara spesifik. Tiada yang berkenan, tidak akan dibeli).
Wednesday, 30 March 2011
Tuesday, 29 March 2011
Pak Menteri kata............
Bantuan ketika pilihan raya bukan rasuah - Nazri
29/03/2011 3:24pm
KUALA LUMPUR 29 Mac - Pemberian bantuan segera kepada rakyat ketika kempen pilihan raya tidak boleh ditakrif sebagai rasuah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.
Beliau berkata, ini kerana pelbagai bantuan yang disampaikan kepada rakyat menjelang pilihan raya adalah sebagai memenuhi manifesto atau janji yang dibuat kerajaan jika menang pilihan raya.
"Kita dah berjanji kalau menang kita akan tunaikan (manifesto)... sebagai contoh bantuan mesin jahit, kalau kita tak bagi masa nak pilihan raya boleh segera bagi selepas pilihan raya, sama sahaja, adakah ini satu kesalahan?
"Kita juga tak boleh nak hentikan pemberian ini sebab kita akan bagi juga selepas itu (pilihan raya)," katanya ketika menjawab pertanyaan Ab Azizi Ab Kadir (PKR-Ketereh) pada persidangan Dewan Rakyat, di sini hari ini.
Sunday, 27 March 2011
Mawaddah jadi budak pempuan
Pagi semalam (Sabtu), kami (+afi dan nazri) berkunjung ke Finmere Carboot, yang pertama kali memulakan operasinya tahun ini.
Cuaca pada awal pagi agak sejuk dan mendung, tetapi kemudiannya bertukar kepada cerah.
Menjelang jam 9 am, tempat letak kereta mulai dipenuhi para pengunjung dan orang ramai (a.k.a pembeli yang berpotensi) dilihat mula berasak-asak memenuhi carboot terbabit.
Di antara kami, Mawaddah adalah orang yang paling bertuah kerana pelbagai barang yang bermanfaat telah kami belikan untuknya.
Di samping kain baju 'berjenama' (orang yang kaki carboot akan tahu), anak patung (teddy bear) yang elok-elok juga turut kami 'rembat' (1 teddy hanya 20p).
Kami juga mengunjungi satu keluarga tu yang menjual doll house (rumah anak patung), bermacam doll houses dipamer untuk dijual. Daripada yang setinggi pinggang saya, hingga yang kecil boleh dilipat dan dibawa ke mana-mana.
Berbekalkan GBP 2, sebuah doll house bersaiz kecil (mudah dikemas setelah bermain) telah ibu belikan buat Mawaddah.
Ayah dah cakap awal-awal yang ayah tidak mahu terlibat di dalam permainan doll house (tak kuase...!)
Monchong........
Tengah bukak almari baju
Ada 4 sekeluarga (parent, 1 boy, 1 girl)
Semua perkakas dalam rumah dah 'fit in' dan digam kuat
Positifnya, sudah masuk hari ke-2, Mawaddah masih 'taksub' dengan doll house dia.
Ini kerana ikut pengalaman yang lepas, banyak barang mainan dia end-up dengan Ayahhhhh jugak yang tolong mainkan..(tak kuase).
Ini kerana ikut pengalaman yang lepas, banyak barang mainan dia end-up dengan Ayahhhhh jugak yang tolong mainkan..(tak kuase).
Thursday, 24 March 2011
Hassan Marican - lembaran baru selepas Petronas
Saya akui telah ditinggal jauh oleh keretapi di dalam isu ini. Namun, setelah menonoton perlumbaan MotoGP (Qatar) terpandang akan logo Petronas pada salah satu pasukan (Fiat GP tidak silap), teringat saya apakah perkembangan bekas CEO-nya, T. S. Hassan Marican yang telah bersara.
Bersarakah beliau? Atau kerajaan telah menyerapkan beliau (dengan ilmu dan pengalaman luasnya) ke dalam agensi kerajaan yang ada sebagai 'aset' untuk memberi sumbangan kepimpinan dan buah fikiran ke arah menjayakan agenda pembangunan negara?
Zaman ICT ini mudah sahaja. Semuanya boleh 'google'.
Namun, apabila keluar info baru mengenai Hassan (selepas persaraan beliau dari Petronas), beliau tidak lagi menyumbang khidmat dengan kerajaan Malaysia, tetapi kini sedang bersama-sama SembCorp Industries Ltd, cabang pelaburan yang dikawal oleh kerajaan Singapura melalui Temasek Holding (info Hassan dalam SembCorp - SINI).
Baca lanjut di SINI - blog.
Memetik nota kaki penulis blog tersebut:
"a brilliant person serving other country, yet another brain drain. the government should have tied him down as his experience is vital for the country's oil and gas industry. what a waste".
Joke of the month: Welcome Aboard!!!!
In-flight announcements are not entirely truthful.
What might an honest one sound like?
“GOOD morning, ladies and gentlemen. We are delighted to welcome you aboard Veritas Airways, the airline that tells it like it is.
Please ensure that your seatbelt is fastened, your seat back is upright and your tray-table is stowed.
At Veritas Airways, your safety is our first priority. Actually, it is not quite true: if we were, our seats would be rear-facing, like those in military aircraft, since they are safer in the event of and emergency landing.
But then hardly anybody would buy our tickets and we would go bust.
-----------------------------------
The flight attendants are now pointing out the emergency exits.
This is the part of the announcement that you might want to pay attention to:
‘knowing where the exits are makes a dramatic differences to your chances of survival if we have to evacuate the aircraft’.
Also, please keep your seat belt fastened when seated. This is to protect you from the risk of clear-air turbulence, a rare but extremely nasty form of disturbance that can cause severe injury.
Imagine the heavy food trolleys jumping into the air and bashing into the overhead lockers, and you will have some idea of how nasty it can be.
-----------------------------------
Your life-jacket can be found under your seat.
In the event of a landing on water, an unprecedented miracle will have occurred, because in the history of aviation the number of wide-bodied aircraft that have made successful landings on water is ZERO.
----------------------------------
The aircraft is equipped with inflatable slides.
Please remove high-heeled shoes before using the slides.
We might as well add that space helmets and anti-gravity belts should also be removed, since even to mention the use of the slides as rafts is to enter the realm of science fiction.
----------------------------------
Please switch off all mobile phones, since they can interfere with the navigation systems. At least, that’s what you’ve always been told.
The real reason to switch them off is because they interfere with mobile networks on the ground, but somehow that doesn’t sound quite so good.
On channel 11 you will find a video with a voice-over explaining some exercises you can do to reduce the risk of deep-vein thrombosis.
We are aware that this video is tedious, but it is not meant to be fun.
It is mean to limit our liability in the event of lawsuits.
-----------------------------------
Once we have reached cruising altitude you will be offered a light meal.
The purpose of these refreshments is partly to keep you in your seats where you cannot do yourselves or anyone else any harm.
Please consume alcohol in moderate quantities so that you become mildly sedated.
That said, we can always turn the cabin air-quality down a notch or two to help ensure that you are sufficiently drowsy.
-----------------------------------
So please sit back, relax and enjoy the flight.
Cabin crew; please make sure we have remembered to close the doors.
SORRY, I mean: ‘Doors to automatic and cross-check’.
Thank you for flying Veritas
-------------------------------------
Source: The Economist, September 9th, 2006 – Fear of Flying
Datuk T tersalah ambil pelakon porno?
Sekarang ini, mudah sekali mendapatkan tayangan percuma filem lucah. Patutlah bebudak sekarang begitu 'advance' di dalam mendapat dan menonton pelbagai bahan pornografi. Mana tidaknya "dah guru pun kencing berdiri, anak murid lagilah kencing berlari". Yang tidak berubah, para pengamal media kita yang asyik dok "kena kencing".
"Pengedar bahan lucah" telahpun mengaku dan identiti masing-masing telahpun diketahui umum. Soalnya sekarang, apakah PDRM akan menguatkuasakan Seksyen 292 Kanun Keseksaan ke atas 'Trio' kerana kesalahan mengedar bahan lucah?
Apa motif pendedahan video lucah ini dibuat? Anda yang waras tentu boleh fikir sendiri. Sebagai membantu anda di dalam 'menilai' kisah ini saya sertakan input berikut:
"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.” [Al-Qur’an: Surah Hud, Ayat 113]
Membicarakan perkara berkaitan seks masih menjadi 'taboo' dalam masyarakat kita. Apatah lagi menuduh dan mengaitkan seseorang itu dengan salah laku seks.
Sama ada benar atau fitnah, kerosakan telah berlaku. Hendak lihat apa pula tindakan PDRM dan lain-lain kepada 'pengedar bahan lucah' ini.
Manalah tau, setelah disiasat dan dibuat pembongkaran, akan ditemui banyak stok lain yang depa dok simpan.......(tak semua orang politik itu bersih, kan?)
nota: cerita yang menceriakan hari saya minggu ini.
nota: cerita yang menceriakan hari saya minggu ini.
Wednesday, 23 March 2011
Makan-makan & minum-minum & kawan-kawan
Bertempat di LaCucina, St. Clement St., Oxford, Nicole, rakan penyelidik dari Planning Department telah mengusahakan satu pertemuan (big gathering) bersama para penyelidik dari School of the Built Environment.
Pertemuan dan sosial ini juga dibuat sebagai meraikan rakan-rakan yang selamat melalui Conference Day awalnya.
Saya tidak mampu untuk perincikan setiap orang, tetapi boleh saya katakan kami memang berbilang negara.
Peringatan: Yang tak tahannya, depa memang kuat minum (arak)! Justeru, ada beberapa foto yang kurang sesuai direnung lama-lama.
Kredit kepada Nicole di atas semua foto
Bersama A. Li yang dah lama tak bersembang
Edgardo (Mexicana) dan Muhammad (Iranian)
Ramai juga yang menghadirkan diri
Akak Ayul bergambar dengan adik Mawaddah
Anak ke-2 Yani & A. Li, Fawwaz yang dah besar
Orang rumah turut mendapat kawan baru, Sofia (Portuguese)
Jiran-berjiran, Nicole (Taiwanese), Sofia & Gesele (Brazilian)
Jiran meja sebelah, Arthur (Kenyan) & Veronika (German)
Memangla budaya minum (arak) ni telah kuat berakar umbi di sini. Saya tak ingin menyentuh sisi gelap budaya ini kerana anda semua tentu tahu, apabila orang mula nak mabuk, maka dia akan 'hepi lebih'. Walau bagaimanapun, saya mendapat serba-sedikit info baru setelah Edgar beria-ia menerangkan kepada saya tentang pelbagai jenis wain dan cara pembuatannya (macamlah aku ni minum wain wahai Edgar...hoho).
Tuesday, 22 March 2011
Monday, 21 March 2011
Petikan Minggu Ini
Ketika para pemimpin Jepun kini sedang sibuk membina negaranya setelah punah (akibat gempa dan tsunami), apakah pemimpin kita pula sedang sibuk memunahkan negaranya setelah sekian lama ia terbina (tidak habis-habis dengan promosi isu Sodomi dan terbaharu, klip video lucah)?
- Dr Sepet, 21 Mac 2011
Saturday, 19 March 2011
Friday, 18 March 2011
Jalan-jalan & Buku
Al-Mizan
Alhamdulillah, semalam cuaca elok (cerah), kami kebetulan ada beberapa benda yang ingin dicari di bandar.
Selepas menghantar Mawaddah ke nursery-nya, kami mengambil Bas No.15 ke town centre.
Ramai sungguh orang. Kami terus ke gedung buku, Blackwell Oxford bagi mencari dan membeli buku berkaitan kerja kami.
Jika menaiki bas, kami tidaklah perlu tergesa-gesa mengejar masa, berbanding membawa kereta kerana lebih murah (parking di town centre sekarang mahal betul).
Keluar sahaja Blackwell, terlihat pula suatu pameran Sains dan Kesenian Tamadun Islam "Al-Mizan" bersetentang dengan kedai buku.
Pameran tersebut menampilkan pelbagai alat ciptaan saintis Islam dahulukala untuk kajian bintang, penentuan arah kiblat, jam solar, teropong, kajian mikrobiologi dan ubatan, optik dan banyak lagi.
(nota: patutlah para pengembara dan pedagang Arab begitu maju (advance) dengan menguasai laluan perdagangan utama dunia (rempah dan mineral), beratus tahun di hadapan kemajuan teknologi pelajar Portugis, Belanda, Inggeris dan Peranchis kerana lebih awal mengetahui 'rahsia bintang' di langit yang menentukan arah pelayaran mereka ke seluruh pelusuk dunia).
Sayangnya para pengunjung tidak dibenarkan mengambil foto kerana ada sebahagian bahan pameran merupakan koleksi peribadi dan badan tertentu.
Tambah membanggakan, salah seorang konsultan terlibat di dalam pameran tersebut adalah Dr. Afifi, warga Melayu-Malaysia kita yang berkhidmat sebagai pensyarah di University of Oxford.
Buku
Di Blackwell, saya membeli beberapa buah buku, yang setelah membacanya saya rasa adalah perlu untuk dikongsikan bersama di atas dasar kepentingan ilmu.
1) Graci, S. and Dodds, R. (2010). Sustainable Tourism in Island Destinations. Tourism, Environment and Development Series. London: Earthscan Ltd.
- Mengupas cabaran-cabaran ke arah mencapai kemapanan dalam aktiviti pelancongan, spesifiknya di destinasi pelancongan pulau.
- Menghuraikan faktor-faktor kejayaan bagi pelancongan pulau (berpandu kes-kes kajian). Menariknya, faktor kejayaan inilah juga yang mendasari beberapa destinasi pelancongan di negara kita seperti Homestay, ecotourism dan agritourism untuk berjaya iaitu:
+ faktor kepimpinan (atau local champions)
+ pembentukan organisasi yang boleh response kepada kerangka kemapanan pelancongan (organisation)
+ kerjasama strategik
+ penglibatan multi-stakeholders dalam pelancongan (termasuk empowerment)
- cadangan kerangka inovasi ke arah pencapaian agenda pelancongan pulau yang mapan.
2) Singh, K. (2009). Rural Development: Principles, Policies and Management (3rd edition). London: Sage Publications Ltd.
- bagus untuk dijadikan buku rujukan (hampir boleh jadi buku teks) bagi subjek rural development, mahupun rural sustainability atau rural studies. Bahasanya juga mudah difahami. Topik yang dibentang dan dibincangkan pula adalah sebagaimana terkandung pada tajuk buku ini - prinsip, polisi dan pengurusan luar bandar.
3) Brandon, P.S. and Lombardi, P. (2011). Evaluating Sustainable Development in the Built Environment (2nd edition). West Sussex: John Wiley & Sons Ltd.
- hendak beli tapi mahal, jadi saya pinjam dari library. Bagusnya buku ini kerana penulisnya telah bergerak selangkah dari proses untuk mencapai kemapanan iaitu proses 'menilai' kemapanan.
- ini kerana kebanyakan buku masih lagi tersekat di peringkat untuk 'memahami' apa itu kemapanan, elemen dan prinsip kemapanan.
- dalam buku ini dinyatakan metod untuk membuat penilaian dan cadangan kerangka penilaian.
- bagi saya, ada aspek yang saya mudah faham, tetapi ada yang 'mengelirukan' - mungkin kerana konteks dan fokus yang saya cari berbeza dengan huraian penulis.
Sekian.
Tuesday, 15 March 2011
Hari yang indah
Semalam dan hari ini nampaknya cuaca begitu cerah, panas (suhu dalam 12 degree), tetapi sekali-sekala datang angin, sejuk, masih berair hidung dibuatnya.
Apapun, terperap di dalam rumah juga tidak banyak membantu. Makanya, kami mengeluarkan diri dan Mawaddah nampaknya cukup sibuk bermain.
Cuaca baik juga membolehkan kami memotong rumput di laman belakang selain membersihkan tempat menanam sayur dan bunga, sementara menantikan tibanya musim bunga kelak.
Bunga pun dah mula berkembang
Fuhhh...fuuuuuuuuuhhhhhhhhhhh...
Tak keluar buble pon Ayah!
Fuuuuuuuuuuuhhhhhhhhhh..........(muka naik merah)
Fuh..fuh..fuh.. dah semput sikit..hehe
Akhirnya...keluar juga buble...
Keluar lagi 1 buble...
Fuh! penatnye pakcik.....
Subscribe to:
Posts (Atom)