Thursday, 30 September 2010

Petikan minggu ini

The word 'politics' is derived from the word 'poly', meaning 'many', and the word 'ticks', meaning 'blood sucking parasites' - Larry Hardiman

(terjemahan: perkataan 'politics' diambil daripada perkataan 'poly', yang bermaksud 'banyak' dan perkataan 'ticks', yang bermaksud 'parasit menghisap darah'. Ringkasnya, politik menurut Hardiman adalah 'parasit-parasit yang menghisap darah')

Wednesday, 29 September 2010

Wang Ihsan: Orang Melayu makin sedar?

Sumber: berita harian online

Biar rugi, asal hati senang

Setakat yang saya tahu, inilah julung kalinya orang Melayu yang menerima wang ihsan, buat majlis khas dan secara beramai-ramai memulangkan wang bantuan yang diterima.

Mengapa saya berkata demikian?

Pemerhatian terhadap situasi yang berlaku semasa Terengganu ditadbir PAS selepas PRU ke-11 menunjukkan pola songsang (terbalik), bilamana ketika itu bayaran royalti minyak kepada kerajaan negeri di bawah PAS (juga orang Melayu/Islam) telah ditukar kepada 'wang ihsan' oleh pihak Pusat, yang pengurusannya pula diserahkan terus kepada JKKP.

Waktu itu, 'borang yang cari orang', dan bukannya orang yang bersusah payah memohon borang untuk mendapatkan wang ihsan. 

Waktu itu, tidak kedengaran pula mana-mana pihak yang buat majlis untuk memulangkan wang ihsan yang boleh dikatakan juga sebagai 'hasil yang dicurigai', bilamana kerajaan negeri yang dipilih rakyat telah dinafikan hak menguruskan wang terbabit untuk pembangunan negeri dan rakyat.

(nota: selepas PAS tewas di Terengganu pada PRU-12, bayaran royalti dikembalikan kepada kerajaan negeri)

Senario terbaru yang berlaku di Pulau Mutiara ini pada saya amatlah positif.

Mengapa? Kerana melalui tindakan sebegini, mesej yang cuba mereka sampaikan adalah jelas, iaitu setiap orang Melayu wajar menolak mana-mana wang bantuan, wang ihsan dari sumber yang diragui (senang kata - tidak halal).

Dalam konteks yang lebih umum, tidak salah untuk menjustifikasikan bahawa wang dan hasil tidak halal tidak hanya terbatas kepada wang judi, pajak gadai, pusat hiburan, cukai rokok dan minuman keras.

MALAH hasil yang dijana melalui penindasan, merampas hak, amalan rasuah, 'ali baba' dan ketirisan di dalam menguruskan kewangan juga termasuk di dalam kategori yang sama.

Sekalipun dinafikan oleh Guan Eng bahawa wang sumbangan kegiatan judi lumba kuda untuk kegunaan majlis penghargaan warga emas (wang tersebut hanya digunakan untuk program pembasmian kemiskinan - yang sebenarnya ramai orang jadi miskin disebabkan berjudi lumba kuda).

Alhamdulillah, hati dan sanubari orang-orang Melayu nampaknya kian terbuka untuk  insaf dan sedar, dan tidak lagi mahu bersekongkol dengan mereka-mereka yang cuba memperalatkan wang yang sumbernya 'dicurigai' ini.

Begitupun, saya merasakan pada peringkat awal ini adalah tidak adil untuk masyarakat terbanyak terus menuding jari, menyalahkan kerajaan negeri di atas isu ini.

Penjelasan terperinci pastinya menyusul tidak lama lagi dan sekiranya apa yang didakwa itu benar, adalah menjadi tanggungjawab orang Melayu/Islam untuk bertindak demi 'membersihkan' darah-daging kita daripada memakan sumber yang haram, diragui kerana di dalam Islam 'yang haram itu jelas dan yang halal itu juga jelas'.

Namun, Islam juga turut menyeru kita supaya berlaku adil dan tidak zalim. 

Harapan saya jangan pula ada orang Melayu, khususnya di Pulau Pinang selepas ini yang hanya 'buka sebelah mata, dan tutup sebelah lagi' di dalam perkara berkaitan wang ihsan ini.

Kerana tiada jaminan hanya tangan orang Melayu sahaja mampu menghulurkan wang ihsan yang 'tidak dicurigai'!

Sekian.

(nota: bacaan tambahan yang berguna - hukum menerima bantuan dari WANG HARAM)

Tuesday, 28 September 2010

Basikal idaman?

www.kibisi.com
Harga: T.B.C

 Boleh layari: www.puma-bikes.com

www.kibisi.com
Danish Pavilion, Shanghai

Habib Hotel di Kota Bahru

Berita penuh boleh dibaca di SINI

Monday, 27 September 2010

Rumah kunci & mawaddah main kasut

Rumah Kunci 

Setelah tidak lagi aktif mencari dan mengumpul rumah kecil (semakin sukar dicari sejak kebelakangan ini), kami mencari hobi yang baru pula.

Bukan senang untuk mencari hobi baru, setelah bertahun terbiasa dengan hobi yang sedia ada. Suatu hari saya ke 'charity shop' dan terpandang sebuah rumah kunci (3 laci). Dari situ, bermulalah hobi kumpul rumah kunci ini.

 
Setelah itu, setiap kali ke charity shops atau carboot, rumah kunci inilah yang akan saya cari. Banyak juga dijual, tetapi disebabkan saya juga agak memilih, tidak banyak yang benar-benar elok untuk dimasukkan ke dalam koleksi saya.




Mawaddah

Bukan sahaja semakin aktif berlari ke depan dan ke belakang, Mawaddah sekarang ini suka memalukan dirinya dengan mencuba pelbagai perkara baru. 

Selain mencicah kentang goreng dengan garlic sauce, yang akhirnya sos sahaja yang penuh mulut sedangkan kentangnya tidak digigit pun, kini Mawaddah beraksi dengan kasut ibu pula

 Berkasut tumit tinggi, bertopi pula



Dapat pun tangkap dia!

Friday, 24 September 2010

Petikan Minggu Ini

Dalam politik, musuh kepada musuh adalah kawan

Kisah 'Malaysia Pavilion' di Shanghai

Ikuti catatan perjalanan Dr MAZA sepanjang berada di Shanghai baru-baru ini.

Klik: SINI

Beramal berkebajikan

Syarah oleh Maulana Munir, Imam Oxford Central Mosque hari ini begitu menarik. Di sebalik apa yang beliau kupas itu terselit pengajaran yang berguna untuk kita teladani.

Makanya, sebelum apa yang telinga saya dengar ini pantas dilupa, elok dicoretkan di sini sebagai perkongsian ilmu yang bermanfaat bersama para pembaca.

Kisah 3 sahabat di dalam gua
Dikisahkan ada 3 orang sahabat sedang dalam perjalanan merentasi satu padang pasir.

Di tengah-tengah perjalanan, muncul angin ribut pasir yang kuat, sehingga memaksa ketiga-tiga mereka bergegas mencari tempat berlindung.

Dengan susah payah akhirnya ternampak akan mereka satu ruang seakan-akan gua di balik bukit berbatu.

Bergegas mereka dan mendapati pintu masuk yang kecil, tetapi pada bahagian dalamnya luas dan selesa. Masuk dan berlindunglah mereka di dalamnya.

Sebalik ketiga-tiga mereka berada di ruang yang luas, tiba-tiba sebuah batu besar runtuh dan langsung menutup pintu gua yang sempit itu.

Bergelap mereka di dalam gua. Dengan kudrat yang ada, cuba ditolak bongkah batu itu dengan harapan akan terbukalah pintu gua, namun hampa. Terlalu berat batu itu.

Berkumpullah mereka dalam gelap, menggandaikan nyawa mereka akan berakhir di dalamnya.

Kata salah seorang sahabat itu, eloklah kita bermunajat dan berdoa kepada Allah, jikalau ditakdirkan kita mati di sini, moga Allah terima amal kebajikan yang telah kita lakukan.

Berdoalah mereka seorang demi seorang. Yang pertama berdoa; 

Ya Allah, aku sehari-hari bekerja memerah susu kambing. Setiap hari akan ku bawa pulang susu untuk diberi minum kepada 1) kedua ibubapa, 2) anak-isteri, 3) ahli keluarga yang lain.

Satu malam aku pulang lewat dan aku dapati kedua ibubapaku telah tidur. Maka aku terus berjaga sepanjang malam menunggu kalau-kalau ibubapaku terjaga untuk aku beri mereka minum. Sedangkan waktu itu anak-anakku juga menangis inginkan susu yang ku bawa.

Pagi esoknya kedua ibubapaku terjaga dan melihat aku masih disamping mereka dengan susu itu. Mereka bertanya dan aku menjawab: Aku jadi patuh, kerana itu perintah Allah untuk aku patuh kepada kedua orang tua.

Maka, di atas kepatuhan itu, terimalah amal kebajikan aku itu, Ya Allah.

Dengan tidak semena-mena, batu yang mehalang pintu gua tersebut berganjak sedikit, membenarkan pancaran cahaya menembusi kegelapan gua tersebut.

Kemudian, sahabat kedua berdoa. "Aku telah diuji dengan kemiskinan, Ya Allah". Di tempat tinggalku ramai orang yang hidup tiada makanan dan mereka terpaksa melakukan apa sahaja demi mendapatkan makanan.

Waktu itu aku berduit, tetapi jiran wanita berhampiran rumahku tiada makanan. Dia datang merayu kepadaku dengan menawarkan 'hubungan berdosa' sebagai ganti untuk wang.

Pinta beliau begitu sukar untuk aku tolak, dan apabila tiba masanya untuk aku buat hubungan dosa itu, wanita tersebut berkata kepadaku 'Takutlah kamu akan Allah', lantas aku terus meninggalkannya.

Di atas perbuatanku yang meninggalkan dosa kerana takutkanMu Ya Allah, maka terimalah amal kebaikanku itu.

Sekali lagi batu yang menghalang pintu gua berganjak dengan ruang yang lebih luas. Namun tidak cukup untuk mereka keluar.

Kemudian, sahabat yang akhir berdoa.

"Ya Allah, aku telah menggaji seorang pekerja. Setelah bekerja denganku 1 hari beliau telah pergi tanpa mengambil bayaran upahnya".

Susahnya hatiku menunggu bilakah si polan itu akan kembali menuntut wang gajinya. Amanah (wang orang) ini terlalu sukar untuk aku jaga.

Waktu berlalu dan bekas pekerjaku masih belumjuga datang menuntut wang gajinya.

Disebabkan takut termakan wang yang bukan milikku, aku belikan seekor kambing, imbalan dengan kadar gajinya.

Masa terus berlalu, dari seekor, menjadi 2, menjadi 4 hinggalah terpaksa aku pindahkan ia ke hutan setelah jumlahnya beratus-ratus ekor.

Suatu hari, si polan itu muncul di depanku. Wahai tuan, ingatkah tuan kepada saya yang telah bekerja tanpa mengambil upah? Jawabku "Ya". 

Tuan, hari ini saya kembali kerana perlukan bantuan. Saya ingin menuntut wang upah yang sepatutnya menjadi milik saya.

Lalu aku membawanya ke hutan. "Inilah upah saudara, kesemua kambing yang beratus ekor ini".

Makanya Ya Allah, di atas kesungguhan aku menjaga amanah (wang upah) suadaraku itu, terimalah amal kebaikanku ini.

Akhirnya batu besar yang menutupi pintu gua tertolak dan ketiga-tiga sahabat tersebut dapat keluar dengan selamatnya.

Pengajaran

Menurut tuan Imam, menerusi kisah ini, ada 3 pengajaran penting iaitu:

1) patuh dan hormat kedua ibubapa
Tuan Imam cuba bandingkan layanan kita (anak) hari ini terhadap kedua ibubapa kita. Bagaimana kita bercakap dan 'menjawab' kepada mereka. Adakah dengan penuh hormat atau kasar?

Adakah Allah akan berkati dan terima amal kebajikan kita jikalau tidak patuh kepada ibubapa?

2) Menghindar diri daripada maksiat
Tuan Imam cuba bandingkan dengan keadaan kita hari ini. Apakah kita dapat lindungi diri daripada menghampiri maksiat di sebalik kesulitan hidup yang kita hadapi?

Apakah Allah akan menerima amal kebajikan dengan dosa-dosa dan maksiat yang kita lakukan?

3) Jaga amanah (wang orang terutamanya)
Jika tidak amanah, boleh sahaja si majikan buat-buat lupa akan bayaran untuk si polan itu. Atau hanya membayar upah yang dihutangnya.

Tetapi tidak. Setelah kambing yang dijaga beliau membiak hingga beratus ekorpun, sebenarnya merupakan wang amanah si pekerjanya.

Apakah kita boleh mengekalkan sifat amanah terhadap wang orang yang kita pegang/jaga?

Apakah Allah akan terima amal kebajikan kita jika gagal memegang amanah orang?

----------------

Moga beroleh manfaat.

Wassalam.

Wednesday, 22 September 2010

Remaja & seks bebas

"Berdasarkan keterangan tiga remaja wanita terbabit, mereka mengaku melakukan hubungan seks dengan dua lelaki itu ketika berada di sebuah hotel murah di Jalan Pintal Tali di sini"

- berita penuh di SINI.

----------------------------

Tidak cukup dengan perbuatan mereka yang nyata menghiris hati orang tua yang telah bersusah-payah, dari sekecil tapak tangan, membesarkan, memberi makan, pakai, perlindungan, kemudahan, kesenangan kepada mereka.

Tetapi belumpun sempat melepasi umur juvana, diconteng terus arang dan dibaling tahi ke muka orang tua, direndah-rendahkan maruah ibubapa dengan penghinaan sebegini rupa.

Apa yang mereka cari sebenarnya? Kebebasan? Atau seks bebas?

Teringat saya akan jawapan bernas Ahmed Deedad sewaktu ditanya mengenai 'mengapa Islam mewajibkan wanitanya menutup aurat' (dan kupasan beliau turut menyentuh fenomena buruk seks bebas di barat dan kesannya terhadap masyarakat).

"But I said you're playing with fire my child, and you gonna (going to) pay the price, you pay the price now and you will pay the price"

Video beliau dapat ditonton di sini (KLIK).

Politik & Perancangan Bandar


Bidang perancangan bandar dan wilayah (@ desa) boleh digelarkan sebagai bidang yang "jack of all trades, master of none" - yang kena bijak dan tahu semua perkara, sungguhpun tidaklah secara terperinci.

Adalah menjadi satu keperluan bagi seseorang jururancang (dan bakal jururancang) itu melengkapkan diri mereka sedemikian rupa memandangkan sistem bandar memerlukan mereka-mereka yang berkemahiran sedemikian.

Perancangan bandar memerlukan kita 1) faham orang dan 2) faham keperluan orang.

Sistem perbandaran adalah rumit dan unik kerana dibentuk melalui hubungan rapat pelbagai sub sistem di dalamnya. Perjalanan/denyut nadi sesebuah bandar itu boleh kita simpulkan sebagaimana suatu sistem rantaian makanan yang semulajadi.

Perbandaran memerlukan perancangan dan pembangunan sistem ekonomi yang berterusan, yang akan mengepam 'wang' dan 'modal'. Ekonomi jika dirancang dan diurus dengan cermat akan mewujudkan pelbagai ruang dan peluang pekerjaan, mengekalkan penduduk dengan pendapatan serta meningkatkan jumlah simpanan/tabungan dan akhirnya kuasa beli.

Kekuatan ekonomi turut diperlukan bagi membolehkan pengendali bandar memungut cukai daripada pembayar cukai (yang ada kerja) untuk disalurkan sebahagiannya ke arah penyediaan prasarana awam (taman bandar, pasar, dewan, kompleks sukan, etc) dan infrastruktur (air, elektrik, gas, telekomunikasi).

Perbandaran juga menuntut pengurusan sosial dan budaya. Denyut nadi sesebuah bandar boleh terhenti jikalau kadar jenayahnya dan kemiskinannya terlalu tinggi, penduduk merasa tidak selamat dan berhijrah keluar ke kawasan lain. Adalah begitu mencabar untuk jururancang memahami pelbagai orang yang berbagai kaum, agama, resam dan taraf pemikiran yang menghuni bandar.

Tidak hairanlah usaha mengintegrasikan kaum bagi mencapai agenda perpaduan nasional kini tidak lagi dipandang sebagai sesuatu yang realistik. Komuniti berpagar (atau komuniti berkubu) tumbuh dengan banyaknya, menjadikan komuniti yang 'di luar pagar' tersekat keperluan mereka menggunakan kemudahan awam (seperti taman permainan, jalan susur) yang terletak di dalam 'kubu' yang berpagar. Masyarakat semakin tidak mempercayai di antara satu sama lain. Malah, tambah menyedihkan jika 'komuniti dalam pagar' tersebut majoritinya dari bangsa yang sama.

Usahlah dilihat perkembangan lain seperti amalan kitar semula, penjimatan tenaga dan penggunaan kenderaan awam - perubahan mentaliti, sikap dan budaya yang mengambil masa untuk dicapai.

Perbandaran juga menuntut pengurusan alam sekitar dan kualiti persekitaran. Bukanlah dengan menghutankan bandar, tetapi bagaimana gunatanah bandar dapat dirancang (industri dalam bandar?), sistem dan jaringan pengangkutan yang lebih efisyen dapat dibuat (kesesakan lalulintas di zon komersil?), bagaimana pencemaran dan kemerosotan kualiti alam dapat diminimakan (banjir kilat, tanah runtuh, hilangnya zon penampan?).

Ketiga-tiga aspek terbabit, telah dikupas pelbagai pengkaji di dalam ratusan buku-buku yang berkaitan.

Tetapi di dalam membicarakan kepentingan ketiga-tiga aspek/tonggak/bidang di atas, satu elemen yang sebenarnya lebih penting, yang perlu difahamkan dan yang 'di luar' (realiti) sana perlu diperbetulkan adalah:- perbandaran memerlukan kuasa politik.

Kuasa politik, atau yang lazim kita panggil peringkat pembuatan keputusan, atau juga pembuatan polisi, dasar, pelan, sistem, konsep, agenda dan sebagainya lagi.

Segala bentuk kajian perbandaran, tidak kira banci populasi, kuasa beli, perundangan tanah, gazet-gazet (kawasan sensitif alam sekitar) dan sebagainya tidak akan bermakna jika 'orang politik' tidak diajar untuk bagaimana menggunakan data-data ini bagi pertimbangan semasa proses membuat keputusan kelak.

Saya tidak mahu melihat jauh, cukuplah sekadar memberikan contoh yang sedang berlaku di negeri Terengganu, spesifiknya di Kijal, Dun yang disandang MB Terengganu, DS Mat Said.

Adalah menjadi kelaziman bagi setiap MB, atau orang politik untuk mendapatkan hasil yang berimpak besar, dalam jangka masa yang singkat.

Di Terengganu senario yang sama dapat dilihat. Jika di zaman T.S Wan Mokhtar, banyak projek pembangunan dan perbandaran 'dibawa' ke kampung halaman beliau di Dun Chukai, Kemaman.

Di zaman D.S Idris Jusoh pula, projek pembangunan dan perbandaran telah 'ditarik' ke kampung beliau di Besut.

Kini, era D.S Mat Said pula, projek-projek pembangunan dan perbandaran sedang giat 'dipunggah' ke kampung halaman beliau di Kijal, Kemaman.

Kini usaha pembangunan Bandar Baru Kijal sedang giat dijalankan. Siapa yang rancang bandar baru? Jururancang bandar.

Jika di era Wan Mohktar dan Idris, adalah tidak begitu menghairankan jika Chukai dan Besut dibangunkan memandangkan kedua-dua kawasan terbabit merupakan pusat pertumbuhan yang signifikan di wilayah selatan dan utara negeri Terengganu.

Sedangkan pembangunan bandar baru di Paya Lasir ini, sedikit dipersoal kerana bukan sahaja secara demografinya (iaitu bilangan penduduk) Kijal (yang terkenal dengan Lemang Kijal dan Awana Kijal) tidak memerlukan pembinaan sebuah bandar baru, melainkan apa yang amat mendesak adalah untuk usaha menaiktaraf pelbagai kemudahan dan prasarana kepada lebih baik.

Malah, adalah lebih 'berbaloi' untuk pihak berkuasa menggunakan potensi bandar minyak Kerteh sebagai hub-perbandaran yang penting memandangkan kuasa beli yang tinggi di kalangan ribuan kakitangan dan pekerja syarikat minyak di sana.

Dikatakan juga, daerah Kemaman tidak berapa lama lagi bakal menerima sebuah lagi pasaraya/hypermarket baru iaitu Giant, yang ketiga dibina selepas Centre Point dan Mesra Mall.

Menjadi sesuatu yang menggelikan hati kerana sepanjang pengetahuan saya, bukan sedikit warga Kemaman yang lebih selesa berbelanja di Kuantan.

Namun, kerisauan lebih besar saya terhadap projek 'anak emas' Mat Said ini adalah setelah mengambilkira faktor siapnya LPT (Lebuhraya Pantai Timur), yang bakal menyambungkan terus Jalan Kuantan ke Kuala Terengganu.

Rasanya kita semua pernah lihat contoh bagaimana sesuatu bandar yang dahulunya berkembang, tetapi akhirnya suram dan hampir mati setelah PLUS disiapkan. Bandar di Johor seperti Tangkak hampir tersungkur, namun masih bernafas kerana strategi menjadikannya sebagai hub-tekstil berjaya mengangkat nama Tangkak sebagai 'bandar kain'. Begitu juga dengan Bandar Nilai, 'bandar kain' di Negeri Sembilan.

Tidak dapat saya bayangkan setelah siapnya LPT kelak di mana ribuan kenderaan setiap hari hanya akan 'melintas' bandar baru Kijal, tanpa menyedari apa yang sedang berlaku di bandar terbabit.

(9 susur keluar utama LPT fasa 2 sedang giat dinaiktaraf, termasuklah 'susur keluar' LPT ke Kijal melalui Bandar Seri Bandi, Sumber: SINI)

Jajaran LPT fasa 2

Apa-apapun perancangan telah dibuat, pembangunan sedang mengambil tempat. Jururancang hanya merancang dan mencadang, tetapi realitinya orang politik yang duduk di kerusi pembuat keputusan-lah yang berkuasa dan berpengaruh, untuk menjadikan ianya realiti atau tidak.

Cuma di dalam kes perbandaran di Kijal ini, realitinya boleh saya umpamakan seperti menggaru kepala yang tidak gatal di kemudian hari - iaitu tergaru-garu mencari di manakah puncanya yang tidak kena terhadap perancangan ini.

Sekian.

Monday, 20 September 2010

Jika 100% itu cemerlang, 1000% itu pastinya terbilang!

Sumber berita: SINI

Masih terngiang-ngiang di telinga saya akan satu slogan yang dahulunya (dan masih lagi) terkenal di negeri Darul Iman ini iaitu:

"Tiada halangan, hanya peluang"

"Peluang" tersebut nampaknya telah diterjemahkan kepada "statistik kecemerlangan", sekiranya dinilai laporan akhbar Sinar Harian online berikut:


----------------------------------

Penagih dadah Terengganu meningkat 1,366.67%

20/09/2010 5:35pm

KUALA TERENGGANU - Terengganu merekodkan jumlah penagih dadah yang tinggi sepanjang tujuh bulan pertama tahun ini iaitu sebanyak 1,584 penagih berbanding hanya 108 bagi tempoh yang sama tahun lalu iaitu meningkat kepada 1,366.67 peratus.

Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) negeri Terengganu Wan Addenan Wan Mohd. Noor berkata, daerah Besut mencatatkan bilangan penagih paling tinggi iaitu seramai 445 diikuti daerah Kemaman (351) dan Kuala Terengganu (229) manakala Dungun (188), Hulu Terengganu (128) dan Setiu (91).

"Kita dapati daerah-daerah yang berada di sempadan mencatatkan penagihan yang tinggi seperti Besut dan Kemaman manakala daerah-daerah lain juga turut meningkat,” katanya ketika ditemui pada majlis Hari Raya AADK negeri Terengganu di sini hari ini.

Beliau berkata, mengikut profil penagih, 98.2 peratus adalah lelaki dan 98.5 peratus merupakan keturunan Melayu manakala 78.53 peratus terdiri daripada golongan belia yang berumur antara 19 dan 39 tahun.

Katanya, sebanyak 32.36 peratus penagih pula mengambil methamphetamine, 12.63 peratus morfin manakala 9.72 peratus penagih amphetamine. - Bernama

----------------------------------

Selain mencipta statistik 1000% yang terbilang, orang Melayu juga "hampir-hampir" mencapai 100% untuk membentuk majoriti penagih yang dikenalpasti pihak Polis. Tahniah!

Anda sudah tidak jauh untuk mencapai angka 100% dan ingat, "Tiada halangan, hanya peluang"!


Sunday, 19 September 2010

Panduan solat berjemaah

Sumber artikel: SINI

1) Makmum enggan memenuhkan saf pertama

Rasulullah SAW bersabda:


لَوْ يَعْلَمُ النَّاسُ مَا فِي النِّدَاءِ وَالصَّفِّ الْأَوَّلِ ثُمَّ لَمْ يَجِدُوا إِلَّا أَنْ يَسْتَهِمُوا عَلَيْهِ لَاسْتَهَمُوا

“Seandainya manusia mengetahui pahala yang terdapat dalam azan dan saf pertama, kemudian mereka tidak mendapatkan kecuali dengan diundi, niscaya mereka melakukannya”(Hadith Riwayat Bukhari dari Abu Hurairah RA)

2) Makmum yang gemarkan saf akhir/belakang

Rasulullah SAW melihat ada yang mengambil saf belakang. Maka Nabi SAW bersabda:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَأَى فِي أَصْحَابِهِ تَأَخُّرًا فَقَالَ لَهُمْ تَقَدَّمُوا فَأْتَمُّوا بِي وَلْيَأْتَمَّ بِكُمْ مَنْ بَعْدَكُمْ لَا يَزَالُ قَوْمٌ يَتَأَخَّرُونَ حَتَّى يُؤَخِّرَهُمُ اللَّهُ

"Majulah kalian dan ikutilah aku, dan hendaklah yang setelah kalian mengikuti kalian. Kaum yang senantiasa mengambil saf akhir akan diakhirkan Allah Ta’ala dari rahmat-Nya. (Hadith Riwayat Muslim dari Abu Sa’id al Khudriy)


3) Panduan solat berjemaah - kedudukan imam dan makmum (laki-laki dan wanita dan kanak-kanak)


Nota: berdasarkan pemerhatian saya terhadap rajah 1 dan 4 di atas, nyatalah bahawa kedudukan imam dan makmum lelaki adalah selari/sebaris. Tidaklah sebagaimana amalan saya waktu di sekolah dulu-dulu yang mana imam lazimnya berada separuh di depan makmum (atau separuh saiz sejadah).

Moga beroleh manfaat. Wassalam.

Saturday, 18 September 2010

Petikan akhir

Sebagai menggantikan slot yang sepatutnya kami penuhi minggu lepas (tertangguh disebabkan masalah dengan kereta), pagi tadi kami bertolak ke QGarden untuk memetik buah.

Setibanya di sana, kami dimaklumkan oleh salah seorang kakitangan kebun bahawa buah plum masih berbaki, cuma kenalah pandai cari dan pilih.

Musim petik buah telah tiba ke penghujung (bagi plum). Sempat juga kami merasa hasil yang di penghujung musim ini, Alhamdulillah.

Beberapa foto untuk tatapan keluarga di tanah air (tengok cucu sorang nih!)

















Bye-bye!

Friday, 17 September 2010

Petikan Minggu Ini

"Melihat, tetapi tidak nampak"

- Mohd Noor Awang, penyarah (bersara) Perancangan Pengangkutan, FAB, UTM

Waktu itu kami didedahkan dengan aspek keselamatan jalan raya, rekabentuk jalan dan bagaimana halaju ditentukan berdasarkan rekabentuk terbabit.

'Melihat, tetapi tidak nampak' adalah istilah yang digunapakai untuk menjelaskan kes kemalangan yang bersangkutan dengan rekabentuk jalan terutama di selekoh-selekoh yang mana sebahagiannya tidak dirangkumkan pada cermin pandang sisi dan pandang belakang (blind-spots).

Monday, 13 September 2010

Jalan ke Putrajaya: cerminan terhadap situasi dalaman PKR

Sebetulnya saya tidak berminat untuk memanjangkan penulisan berkaitan pemilihan PKR, terutama yang paling hangat diperkatakan kini - Zaid vs Azmin.

Sumber: dollahyankee

Walau bagaimanapun, kebelakangan ini (selain kisah kematian tragis) polimek yang 'dicetuskan' antara Zaid dan Azmin ini semakin pula mewarnai portal-portal berita alternatif seperti di Tranungkite dan yang lain-lainnya (lihat pautan ke portal lain pada Tranungkite tersebut).

Saudara Nobisha pula turut membuat 'copy n paste' artikel Ramli Daud dari Malaysiakini pada blog beliau 'Pemilihan PKR' - berminat? boleh baca lanjut di SINI.

--------------------------

Di antara petikan yang menarik perhatian saya adalah:

"Kini, agenda parti untuk menang pilihanraya umum yang akan datang nampaknya sudah jatuh ke urutan nombor dua. Agenda calon-calon berkenaan adalah memastikan jawatan nombor dua dapat dipegang menjelang bulan November nanti".

Selang satu perenggan selepas itu pula:

“Envelop-envelop” pun sudah ditempah. Malahan wang pendahuluan bagi belanja berkaitan sudahpun keluar masuk akaun-akaun rahsia yang ramai ahli parti tidak tahu mengenainya".

Seterusnya:

"Kalau tidak dengan turunnya bajet seperti itu masakan mungkin jentera parti peringkat cabang dan ranting yang diketahui miskin itu mampu menganjur siri-siri pertemuan dan makan-makan yang ditopengkan dengan majlis berbuka, jamuan hari raya, meraikan anak yatim dan pelbagai acara kreatif yang tidak berupaya dianjurkan selama ini".

--------------------------

Nobisha langsung tidak mengeluarkan apa-apa ulasan, melainkan meminta para pembacanya menilai sendiri (bagaimana keadaannya PKR sekarang ini).

Saya juga tidak ingin mengulas panjang. Satunya kerana saya telah membaca artikel itu, di samping turut meneliti artikel-artikel lain dari sumber yang berbeza.

Keduanya, seperti dijangka apa yang dilihat itu adalah perkembangan yang 'tidak sihat'. Banyak yang diperkatakan orang adalah apa yang 'dipamerkan' PKR merupakan cerminan/mirip/balikan kepada amalan di dalam pemilihan pemimpin UMNO.

Envelop-envelop sudah ditempah???!, berkempen dan melobi untuk calon-calon tertentu?? usahlah dicerita. Jika apa yang sedang 'dipamerkan' ini terus menyerlah, saya secara peribadi melihat apa bezanya memilih UMNO untuk kekal, berbanding membenarkan PKR ke Putrajaya selepas PRU ke-13 kelak?

Turunkan orang 'seperti itu', dan kemudian angkat orang yang 'seperti itu' juga? Bezanya, yang ini (PKR), sebelum betul-betul diangkat lagi sudah nampak benar kecenderungannya untuk menjadi seperti 'yang itu'?

"Seekor kerbau membawa lumpur, habis sekawan terpalit sama". Ini kerana bukan sahaja PKR yang akan terkena tempias daripada polimek ini, bahkan secara tidak langsung PAS dan DAP juga.

Adalah mendukacitakan jika polimek dalaman PKR ini berlanjutan tanpa ada kawalan daripada kepala parti.

Orang melihat keadaan ini. Sebetulnya, ramai orang masih berminat untuk mengetahui kesudahan polimek ini.

Sunday, 12 September 2010

Inikah suspek (Datuk) itu?

Menurut blog Mazidul, sedikit masa lagi masyarakat umum akan dapat tahu identiti sebenar 'Datuk' yang dikaitkan dengan pembunuhan kejam usahawan kosmetik dan 3 lainnya.

Apapun sebuah blog telah menyiarkan foto dan maklumat berkaitan 'Datuk peguam' yang disyaki suspek utama kes.

Foto-foto serta butiran mengenai 'Datuk peguam' yang berpejabat di Banting ini turut disertakan di dalam blog ini (KLIK).

Posting ini hanyalah 'copy n paste', sama ada benar atau tidak individu yang dimaksudkan, hanya penulis asal/blogger terbabit sahaja yang mengetahui.

Sekian.

Sambutan Aidilfitri 2010 @ Oxford








Buttery, Wolfson College, Oxford

Sekian.

Saturday, 11 September 2010

Sudahnya....

Sumber pada rajah

Thursday, 9 September 2010

Tiba masa memetik epal

Cuaca petang semalam agak baik.

Pulang sahaja dari mengambil Mawaddah dari 'nursery'nya, saya paksa dia ikut saya ke laman belakang kerana sayangkan buah-buah epal yang semakin banyak 'terbuang' ke rumput.

Muka orang yang tak penat bermain

Ros putih di balik semak samun di belakang rumah

Ini satu lagi bunga 'misteri'

Hampir kesemua epal ini sudah merah





Penat nak tulis banyak-banyak, sekadar itu sajalah.