Jika anda seorang yang tipikal 'westerner', secara sedar atau tidak anda telah mengambil (a.k.a - makan) kira-kira 100kg daging sepanjang tahun lepas. Pengambilan daging yang menjadi sebahagian sumber protein penting di dalam menu diet harian anda.
Begitupun, tidak semua orang melihat sikap manusia yang mengekalkan pengambilan daging ini sebagai sesuatu yang membantu memelihara alam sekitar.
Justeru, muncul gesaan daripada pelbagai pihak (yang prihatin?), mendesak agar sikap kita terhadap pengambilan daging diubah, demi kelangsungan dan kesejahteraan alam sekitar.
"Less meat=less heat", begitulah slogan yang dilaungkan oleh
Paul McCartney semasa menyertai protes yang dianjurkan sempena persidangan mengenai perubahan iklim Disember lepas di Copenhagen.
Jika 'kurangkan pengambilan' itu bagus, bukankah 'berhenti terus mengambil' itu lebih baik?Mungkin itulah yang anda fikir.
(Lari topik sikit: Begitulah juga pesan saya kepada mereka-mereka yang merokok. Jika anda 'tidak mati' tidak merokok di siang hari di bulan Ramadhan (a.k.a kurang merokok), mengapakah masih sayang untuk 'berhenti terus' daripada merokok?)Menurut Annette Pinner daripada Persatuan Vegeterian UK, bagi penduduk di negara-negara maju, cara yang paling berkesan untuk seseorang individu (skala individu) itu menyumbang ke arah mengurangkan kesan alam sekitar daripada diet manusia, adalah dengan menjadi
Vegeterian, atau Vegan.
Namun, adakah ianya semudah itu (dengan kita berubah menjadi vegeterian)?
Untuk lebih mengetahuinya, mari bersama kita bayangkan apakah yang boleh terjadi sekiranya seluruh manusia di muka bumi ini menghentikan langsung pengambilan daging, susu dan telur daripada menu diet mereka, dan juga apakah kesannya terhadap sektor pertanian (penternakan), alam sekitar dan sosial-budaya masyarakat.
Hasilnya mungkin akan memeranjatkan anda (dan juga saya)!
(sumber: NewScientist 17July2010, pp. 28-30)1) Pada tahun 2008, dunia telah menggunakan kira-kira 280 juta tan daging, 700 juta tan susu dan 1.2 bilion biji telur
(FAO - the UN Food and Agriculture Organisation). Anda sudah boleh membayangkan kos/tekanan terhadap alam sekitar bagi menghasilkan komoditi/bekalan dalam jumlah yang dinyatakan.
2) Segala bentuk aktiviti pertanian merupakan penyumbang kepada kerosakan kualiti alam sekitar. Hanya menyenaraikan sebahagian kecil - Penebangan hutan, ubahguna 'prairies', segala bentuk sistem pengairan, najis haiwan ternakan, minyak untuk traktor/jentera, penggunaan racun serangga dan baja kimia. Sektor pertanian juga menghasilkan lebih banyak gas rumah hijau berbanding kesemua metod pengangkutan jika digabungkan, dan ''memegang kunci' kepada permasalahan alam sekitar yang lain termasuklah pencemaran nitrogen dan hakisan tanah.
3) Dalam sektor pertanian, penternakan menjadi kegiatan yang paling memudaratkan alam sekitar. Ini kerana kebanyakan haiwan ternakan akan memakan bijirin, yang mana bijirin yang sama sebenarnya boleh disalurkan/diproses sebagai sumber makanan manusia (yang turut memerlukan). Sedangkan hanya kira-kira 10% daripada bijirin yang dimakan haiwan akan ditukar kepada daging, susu atau telur. Hasilnya? Kita telah 'dipaksa' untuk membuka lebih banyak tanah pertanian (termasuklah pemusnahan hutan etc.), untuk menanam bijirin yang sebenarnya tidaklah perlu dilakukan (i.e. buka lebih banyak tanah pertanian) jika hanya kita sahaja yang memakannya.
4) Kegiatan penternakan menggunakan 1/3 daripada penghasilan bijirin dunia. Maka, bayangkan jika manusia meninggalkan pengambilan daging dan menjadi
Vegan, hanya 2/3 sahaja bijirin yang diperlukan bagi memenuhi keperluan manusia seluruh dunia. Ringkasnya, bertukar menjadi Vegan akan mengurangkan jumlah tanah pertanian untuk penghasilan bijirin sehingga 21% - kira-kira 3.4 juta km persegi, penjimatan tanah seluas negara India!
5) Penjimatan (tanah) sebesar ini pastinya turut memberi impak yang besar terhadap alam sekitar, yang sebelum ini teruk dirosakkan melalui kegiatan pertanian. Biarpun statistik global kesan daripada pengurangan ini sukar didapati, anda cuba bayangkan, kesannya di US, sebanyak 55% pencemaran tanah dan 37% penggunaan racun serangga dapat dikurangkan daripada sektor pertanian. Begitu juga lebih 50% antibiotik dapat dijimatkan kerana tidak lagi digunakan untuk haiwan ternakan.
6) Bukan setakat itu sahaja. Bidang penternakan juga menjadi penyumbang terbesar kepada pembebasan gas-gas rumah hijau. Sebahagian besarnya didapati dalam bentuk gas metana - dihasil oleh tindakan mikroorganisma mengurai najis haiwan ternakan terutama lembu dan kambing/biri-biri - yang akhirnya terbebas ke atmosfera.
7) Penternakan juga menyumbang kepada pembebasan gas CO2 (karbon dioksida), kebanyakannya daripada aktiviti penebangan hutan untuk membuka ladang, atau kesan daripada aktiviti lampau-tuai dan hakisan tanah yang menyebabkan banyak karbon terhilang daripada tanah. Jika digabung kesemua faktor di atas, penternakan sebenarnya telah menyamai kira-kira 18% daripada kesemua gas rumah hijau (yang jika diukur daripada jumlah CO2), menurut
Livestock's Long Shadow (dalam laporan FAO 2006).
8) Nyatalah, menghentikan pengambilan produk berasaskan penternakan bakal memberikan kesan besar dan perbezaan yang ketara dalam usaha kita mengawal pemanasan global. Kembali menyetujui slogan
'Less Meat = Less Heat'.
Daging kalah teruk!Begitupun, besar atau kecil perbezaan yang bakal dialami juga sebenarnya bergantung kepada apa yang kita buat bagi menggantikan haiwan ternakan dan tanah-tanah ragut yang telah digunakan sebelum ini.
Di dalam dunia masa depan yang bebas daging (meat-free), yang sepatutnya lebih hijau (greener), seharusnya senario berikut bakal kita dan generasi anak-cucu kita nikmati:-
- berkurangnya padang ragut dan ladang untuk menanam bijirin
- lebih banyak hutan dikekalkan, dan diharap bakal mengembalikan biodiversiti
- berkurangnya pembebasan gas rumah hijau, yang memanaskan bumi
- berkurangnya pencemaran yang berpunca daripada aktiviti pertanian
- berkurangnya permintaan terhadap sumber air tawar dan sistem pengairan
- dan seterusnya...seterusnya....senarai yang terus berkembang....
Pendek kata jika dihantar 'kes' pemakan daging ke mahkamah, di atas kesalahan 'menganiaya' alam sekitar, pihak pendakwa hanya petik jari sahaja boleh menang kes ini dengan mudah.
Tunggu!Tetapi tunggu! Jika semua orang begitu komited untuk menghentikan penghasilan dan pengambilan daging, makanya, kos-kos yang bakal mereka (dan kita) tanggung juga boleh jadi begitu signifikan.
(Samalah juga dengan tindakan kerajaan kita memotong subsidi. Wang kerajaan dapat dijimatkan, tetapi ianya tidak akan berlaku tanpa kerajaan perlu menghadapi risiko dan kos-kos yang tertentu)Namun apakah kos-kosnya? Kenalah anda tunggu.....boleh?
Bersambung di siri 2. Wassalam.