Friday, 16 October 2009

Projek Palm Jumeirah, Dubai

Pembinaan unit-unit banglow mewah masih berjalan

Nampak seperti adanya landasan rel (monorel)

Unit banglow dengan rekabentuk dan spesifikasi tersendiri

Mewah, mampu tengok jelah.

Sumber semua foto: sini

Sekali pandang, macam rumah di sepanjang Pantai Miami, California. Mungkin inilah 'syurga' dunia terbaru untuk golongan kaya menikmati kehidupan mereka.

Bukan sahaja yang di atas air direkabentuk dengan canggih, malah teknologi bio-marin yang di dasar laut juga menggunapakai teknologi terbaru - untuk mempercepat pembentukan karangan laut, yang kemudiannya akan mewujudkan ekosistem baru bagi hidupan marin (yang musnah semasa proses pembentukan pulau buatan ini).

Namun, jika tidak silap saya selepas menonton rancangan "King of Construction' di saluran Discovery tempoh hari (SkyTV520), pelan untuk pembinaan pelepah palma baru tidak jauh jauh dari Jumeirah ini telah ada, bahkan mungkin 4 kali ganda lebih besar daripada yang ini.

Di saluran tersebut juga ditunjukkan program pembinaan pusat ski-Dubai (trek berski yang panjang, tinggi macam bukit dan besar). Tidak lama lagi orang Arab tidak perlu keluar ke negara 4 musim kerana salji telah datang ke Dubai.

- 'obsessi' orang Arab hari ini -

2 comments:

Faizal said...

owh...
projek palm...
Cam tepi laut kan....
Xde masalah ke perumahan camni en. hisyam???
cam bencana alam,or pape lar...

Dr. Sepet said...

Payche: dia ada bina satu benteng / beting pasir pada 'ring' paling luar pualau buatan ni. Dia ada tunjuk 'cross-section' beting tu. Memang ikut teori engineer tu akan dapat tahanla ombak besar dari masuk ke dalam kawasan 'pelepah'.

Buat masa ni, negara macam UAE ni masih kurang risiko bencana alam (dulu ada gempa kuat di Bam, Iran).

Tapi dalam dunia hari ini macam-macam boleh berlaku. Hari ini kaya, esok boleh miskin kan?

p/s: saya tak pasti di Malaysia dah mula ke tak "Strategic Impact Assessment/SEA". Gabungan beberapa IA.