Saturday, 30 May 2009

Cakap-cakap orang kaya

Di atas merupakan senarai terbaru kedudukan 40 orang terkaya di Malaysia yang dikeluarkan oleh Forbes. Tiada kejutan besar berlaku dengan banyak nama yang lazim masih berada di dalam senarai tersebut.

Melihat kepada senarai dan jumlah kekayaan ini dari suatu sudut boleh memberikan "motivasi" kepada orang lain untuk berusaha lebih menjadi orang kaya - tidak salah rasanya memasang angan-angan itu.

Saya tidak begitu ghairah melihat senarai dan nilai kekayaan yang mereka ada, cuma lebih penting pada saya ialah untuk kita melihat "siapakah muka-muka baru yang muncul sebagai orang kaya baru". Ini kerana kita ingin tahu latar belakang dan tips kejayaan mereka sehingga berjaya muncul sebagai antara individu baru yang terkaya di Malaysia.

Senarai tersebut juga kelihatannya "kurang lengkap" dengan ketiadaan penyertaan beberapa nama tokoh politik yang saya jangka mereka juga "orang-orang kaya" yang banyak makan jasa rakyat. Bak kata seorang rakan di dalam email beliau, di mana tokoh seperti Daim, Taib Mahmud, Mukhriz, KJ dan ramai lagi. Apakah pelaburan tahun lepas dan tahun ini kurang memberi pulangan kekayaan kepada mereka? Entahlah, sekadar bertanya.

Kalau nak kaya cepat

Kata orang, pekerjaan yang halal ini lambat sikit nak buat kita jadi kaya-raya (tapi pernyataan ini juga tidak semestinya tepat - tetapi logiknya ada).

Di negara "lain", bukan Malaysia-lah, terdapat golongan kaya dan hartawan yang menjana kekayaan dengan cara terlibat dengan aktiviti "pintu belakang". Di antara kegiatan yang lazim menjadikan seseorang itu cepat kaya ialah menjadi penyeludup dan pembekal senjata api, raja dadah, ketua kongsi gelap dan agen pelacuran, taikun perjudian, kasino dan arak, etc. - ini kerana segala yang haram, lazimnya memang orang suka, dan penyedia khidmat tersebut juga akan cepat dapat untung dan jadi kaya-raya.

Namun, itu dari sudut makro. Dari skop mikro pula, contoh termudah adalah para penjual CD haram a.k.a cetak rompak di pasar-pasar malam. Mereka yang menjual CD haram ini bukan tidak sedar risiko dan hukuman berat yang menanti mereka jika tertangkap, tetapi di sebabkan untung "besar yang cepat", mereka sanggup memperjudikan hidup melakukan pekerjaan ini. Tambahan pula, mereka bukannya nak buat kerja-kerja haram ini sampai mati, niat mereka ini cuma untuk mengumpul modal.

Daripada untung segera perniagaan "pintu belakang" yang banyak inilah, mereka kemudiannya "berhenti" kerja haram (atau serah operasi kepada anak didik) dan untung kegiatan tersebut akan dibuat modal dan "dibersihkan" melalui pelaburan ke dalam amanah saham dan menubuhkan syarikat dan perniagaan (yang nampaknya) halal dan legal seperti pembinaan dan hartanah, perhotelan, kewangan, perladangan dan sebagainya.

Itu halnya di luar negara yang kekayaan sesetengah orang diperoleh dari sumber haram, atau illegal yang kemudiannya dibersihkan dengan menjalankan aktiviti legal.

Sepengetahuan saya juga, inilah modus operandi yang digunapakai oleh para pedagang-pedagang CD Haram di Malaysia. Biarpun tahu kegiatan dan pendapatan tersebut adalah haram, namun desakan mendapatkan "wang yang banyak, dalam masa yang singkat", mereka sanggup tidak ambil pusing mengenai risiko yang ditanggung.

Lepas 1 tahun buat kerja haram, modal pun sudah cukup untuk beli lot kedai dan memulakan pernigaaan halal seperti membuka minimarket atau pasaraya. Dengan itu, bermulalah "cita-cita sebenar mereka untuk menjadi seorang usahawan" dengan menjalankan aktivti yang halal dan sah. Modal yang asal terbabit kemudiannya akan bertambah dan berkembang hingga mereka ini menjadi orang kaya.

Mengapa perlu bermula dengan yang haram? Ini kerana menurut pemikiran sesetengah mereka, pekerjaan makan gaji secara halal atau menjadi kuli orang, sampai tua pun belum tentu cukup modal sendiri nak buka perniagaan dan "mencapai cita-cita mereka itu" - buka business sendiri.

Pada akal yang dangkal, pendapat ini ada betulnya juga, namun cara yang salah tetap salah - matlamat tidak menghalalkan cara.

Perniagaan yang dijana melalui sumber (modal) yang haram, tetap akan menerbitkan hasil yang haram, biarpun dilabur ke dalam bentuk yang halal, dan walaupun sebesar manapun sumbangan kebajikan yang telah mereka lakukan.

Contoh mudah adalah orang yang tembak babi, dan kemudian dia jual babi kepada taukeh kedai makan Ah C. Mereka tidak kata "jual babi", mereka cuma "jual harga peluru". Duit hasil jualan tersebut kemudiannya digunakan untuk membeli beras dan ikan, - anak isteri makan dan bakinya disedekah kepada masjid selepas setiap Jummat - semua haram dan semua tidak berkat.

Tetapi

Namun, tidak semua orang kaya bermula dengan kegiatan haram. Usahawan seperti Syed Mokhtar saya yakin beliau menjalankan kegiatan yang halal dan menjadi billioinaire pun dengan hasil yang tidak diragui.

Manakala, yang lain-lain itu sama ada perbankan, pembinaan, komputer, perladangan, pembekal kuasa, perhotelan, kita kena lihat dan siasat juga di mana wang-wang mereka dilaburkan. Bagi taukeh-taukeh perjudian dan pemegang syer dalam kilang arak, itu memang sah-sah haram sumber kekayaannya.

Biarpun mereka ini orang bukan Islam (orang Islam pun ada tumpang 2 kaki), kita perlu ada rasa sensitif di mana wang hasil judi dan penjualan arak ini akan dibayar kepada kerajaan dalam bentuk cukai, dan kerajaan bayar gaji kakitangannya dengan wang cukai-cukai ini.

Lebih rancak kegiatan judi dan arak, makin bertambahkan bilangan taukeh judi yang jadi kaya, maka makin bertambahlah pendapatan kerajaan melalui cukai perjudian dan penjualan arak. Kakitangan kerajaan yang beragama Islam pun kenyang juga bagi makan anak-isteri hasil sebegini (nasihat dan ingatan kepada diri sendiri).

Apapun, bukan kuasa kakitangan kerajaan yang di bawah (yang makan gaji) ini untuk menghalang perkara ini, hanya sekadar mengingatkan. Namun, tidak hairanlah jika ada orang tertentu yang bertegas dengan prinsip, mereka sanggup berhenti kerja kerajaan kerana tidak ingin terpalit dengan situasi ini.

Bukan sahaja pendapatan kita yang kena bersih, aktiviti kebajikan dan sumbangan kepada anak-anak yatim dan golongan yang tidak bernasib baik juga perlu diperhalusi agar terhindar dari anasir yang syubhah - lihat kisah sport toto taja anak yatim (sumber).

Kemampuan vs keinginan

Dari segi pecahan kekayaan di antara kaum juga jelas dapat kita lihat pada senarai di atas. Tidak dinafikan orang-orang Cina jauh lebih kaya dan mampu hidup lebih senang di bumi Malaysia. Orang-orang Melayu yang secara "terang kaya" adalah tidak ramai tetapi jika mengambilkira beberapa nama yang "terhilang", terutama orang-orang politik Melayu, dan anak-menantu mereka, rasanya jumlah sebenarnya akan jauh lebih ramai lagi.

Moral: Jika pendapatan dan kekayaan anda itu datang dari cara yang betul (halal), isytihar sajalah. Jangan buat hamba rakyat yang juga pembayar cukai ini tertanya-tanya dan membuat spekulasi yang bukan-bukan.

Dulu, saya sering juga berangan-angan hendak menjadi orang kaya. Tengok sajalah Robert Kwok - USD 9 billion duit dia. Tetapi bila dah hidup agak lama ni rasanya, tak kaya pun tak apa, janji boleh hidup dengan senang hati dan gembira. Kesian tengok orang yang kaya, terlalu sibuk menjaga harta sampai banyak aspek dan keindahan hidup ini berlalu meninggalkan mereka begitu sahaja (rugi). Kaya bukanlah syarat untuk hidup senang, tenang dan gembira.

Ini kerana, sekaya manapun kita, berapa pinggan nasi yang mampu kita makan? Berapa banyak bilik tidur boleh kita guna untuk tidur 1 malam? Berapa banyak kereta boleh kita naik dalam satu perjalanan? Sekaya manapun Bill Gate, beliau tidak makan sampai 40 pinggan untuk sarapan, tidak tidur 33 katil dalam 1 malam dan tidak naik 3 kereta mewah untuk 1 perjalanan, biarpun beliau amat-amat-amat mampu dari segi kewangan untuk memilikinya.

Menyumbanglah

Syed Mokhtar adalah tokoh yang saya kagumi daripada senarai orang-orang terkaya di atas. Bacalah kisa hidup beliau di sini dan cubalah kita semua fahami. Alhamdulillah! ada orang kaya yang ringan tangan menyumbang. Sedangkan kita yang tidak kaya inipun kadang-kala ralat juga nak hulurkan wang untuk kerja-kerja kebajikan dan dakwah. Walhal setiap sen duit kita itu, ada hak orang lain juga.

Alangkah baiknya jika sumber alam yang Allah kurniakan kepada setiap bumi orang Islam dapat para pemimpin Islam gunakan untuk mengkayakan negara. Lebih ramai orang Islam kaya, lebih baik untuk pembangunan dan pembelaan ummah. Jadilah orang Islam kaya yang menyumbang kepada ummah dan golongan-golongan lemah yang wajib dibantu. Jika orang yang tidak kaya pun Islam minta sama-sama bantu yang miskin dan lemah (keluarkan zakat), yang kaya-raya itu apatah lagi tuntutannya.

Janganlah kita jadi seperti pak-pak Arab yang kaya-raya, tetapi apabila saudara sebangsa dan seagama di Palestin yang tinggal sebelah pagar ditimpa musibah dan krisis kemanusiaan, semua pakat lari, pegi bercuti ke tempat lain, tinggal saudara-saudara ini. Makanya, jadilah mereka bangsa yang celaka kerana kufur dan kedekut dengan nikmat kurniaan Allah.

Jangan tak jadi kaya

Kesimpulannya, jadi kaya adalah penting - kepada orang Islam dan orang Melayu. Ini kerana di bumi Malaysia ini amat makmur dengan nikmat dan kurniaan Allah. Cuma apabila kita sendiri yang pilih untuk salah gunakannya, itu yang buat keberkatannya tidak dapat kita rasa dan kecapi.

Tetapi syukur, masih ada beberapa muka orang Islam dan Melayu yang kaya-raya. Namun harapnya kekayaan itu jangan dimakan seorang atau disorok untuk kaum kerabat. Sebaliknya menyumbanglah buat agamamu, bangsamu dan negaramu.

Orang yang kaya dengan jalan yang betul lagi bersih, akan selamat dan kenyang hidup mereka di dunia dan di akhirat.

Jikapun tidak mampu untuk menjadi kaya dan hidup kaya (sayalah orang itu), hiduplah secara bersederhana. Jangan pula hidup pun cuma cukup-cukup makan, tetapi berbelanja macam seorang jutawan. Malanglah.

Orang yang kaya hasil pendapatan yang haram lagi kotor, mungkin akan kenyang di dunia, tetapi celakalah dia, perut dia, perut anak-isteri, dan kaum kerabat dia di hari akhirat kelak. Ini janji Allah dan Allah tidak pernah memungkiri janji-Nya. Daging yang tumbuh dari hasil yang haram itu, api neraka adalah lebih layak baginya.

Wama-a'laina-illalbala-ru'lmubin.

Friday, 29 May 2009

Serba Dua/2

Nampaknya di Malaysia sekarang, banyak perkara dah nak jadi serba dua.

Buy 1 get 1 free. Dalam bahasa mudahnya - Elect 1 official president, get 1 unoffical president for free! But which one? (Aaaaa....?)


Baru saja sedikit reda cakap-cakap berkenaan krisis politik dan kuasa pemerintahan di negeri Perak yang juga serba 2 = 2 Menteri Besar (MB), isu "serba 2" kini merebak pula kepada sebuah parti kecil di dalam komponen Barisan Nasional iaitu Parti Progresif Penduduk (PPP).

Apa yang sedikit menghairankan saya ialah dengan populasi kaum India yang agak kecil di negara ini (jika dibandingkan dengan populasi lain-lain kaum Melayu dan Cina), di manakah kewajaran untuk mempunyai banyak parti politik yang bertunjangkan kaum India?

Lihat

Parti utama yang memperjuangkan agenda dan suara masyarakat India sejak sekian lama sering dikaitkan dengan Malaysian Indian Congress (MIC), pimpinan Samy Vellu Sangalimuthu @ S. Samy Vellu (sumber). MIC boleh dikatakan saluran penting kaum India menyampaikan aduan, rintihan dan tuntutan mereka kepada pimpinan tertinggi negara (PM dan barisan kabinet).

Namun, perpecahan yang berlaku semasa krisis kepimpinan di dalam MIC telah mewujudkan sebuah lagi parti serpihan kaum India iaitu Indian Progressive Front (IPF), di bawah pimpinan M. G. Pandhitan (bekas Timbalan Presiden MIC, bekas MP Tapah dan bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan dan Industri - sumber).

Itu hal di pihak BN. Manakala di pihak Pakatan Rakyat (PR) pula, ketidakpuashatian pemimpin India terhadap pemimpin utama PKR, telah menyebabkan bekas Ketua Bahagian PKR Kepong, S. Nallakaruppan bertindak keluar dari PKR dan menubuhkan sebuah parti baru untuk kaum India, yang dinamakan Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) - sumber.

Dan yang terbaru ialah pada 19 Mei 2009, di mana tertubuh lagi sebuah parti baru yang juga untuk kaum India yang diberi nama "Malaysia Makkal Sakti Party" (MMSP), pimpinan R. S. Thanenthirran (sumber).

Nampaknya, itulah sebahagian kemeriahan para pemimpin kaum India menubuhkan parti-parti yang "terang lagi bersuluh" mendokong agenda membela nasib dan kepentingan kaum India di bumi Malaysia yang bertuah ini.

Berbalik kepada topik yang asal di mana terdapat juga parti politik kecil lain yang biarpun secara tidak khusus memperjuangkan agenda untuk masyarakat India, namun organisasi dan pimpinan tertingginya dihuni majoriti pemimpin berbangsa India. Contohnya ialah Parti Progresif Penduduk (PPP), pimpinan Presiden 1 iaitu M. Kayveas dan Presiden A iaitu T. Murugiah - ini kes "Serba 2".

Tidak dapat dinafikan bahawasanya krisis kepimpinan dalam sesebuah parti politik telah banyak berlaku sebelum ini, namun ianya terjadi bukan di zaman "saya membesar". Ini kerana saya datang dari generasi terkemudian yang tidak sempat merasai dan melihat sendiri peristiwa perpecahan dalam MIC-IPF, MIC-PPP UMNO-PAS, UMNO-Semangat 46, MCA-Gerakan dan sebagainya. Yang sempat saya alami adalah perpecahan UMNO-PKR pada September 1998 (sumber). Waktu itu saya baru habis SPM dan tidak mengerti apa-apa tentang politik, lantaklah!

Namun, krisis terbaru dalam PPP ini menjadi kes pertama yang saya dapat ikuti sedari awal, setelah mempunyai masa/kelapangan dan internet sendiri di rumah untuk mendapatkan liputan berita mengenainya. Pada tahun 1998 dulu pun saya masih di kampung, di kawasan Hulu yang tiada talian internet dan waktu itu sedang membanting tulang bekerja membina rumah untuk mengumpulkan wang masuk ke IPT. Selepas masuk ke IPT, sibuk pula dengan kuliah dan hal-hal berkaitan pelajaran semasa menuntut. Memang tidak campur langsung hal-hal berkaitan politik ini.

Berita mengenai krisis dalaman PPP ini dapat dibaca lanjut di sini, sini, sini, sini dan sini. Makanya tidak perlulah saya ulas panjang-panjang kronologi yang berlaku.

Sepak-terajang

Rasanya, kedua-dua tokoh PPP (Kayveas dan Murugiah) kini telah faham setelah merasai sendiri apa yang dimaksudkan dengan "sepak-terajang" di dalam dunia politik.

Kayves "sepak" Murugiah.
Murugiah "terajang" Kayveas.

Kayves "sepak" Murugiah keluar dari PPP di atas alasan melanggar perlembagaan parti, dan hasilnya Murugiah bertindak balas dengan "terajang" Kayveas dari menduduki kerusi presiden PPP dengan menabalkan dirinya sendiri sebagai presiden yang baru (sumber).

Episod "sepak-terajang" ini terus berpanjangan dengan kumpulan kedua-dua belah pihak saling menyerang dengan menggunakan media bagi mendedahkan keburukan pihak lawan (sedangkan lawan tersebut sama parti, yang beberapa bulan lepas masih boleh duduk sebelah-menyebelah).

Apabila BN melihat "anak syarikat" sedang dilanda krisis yang dahsyat, maka Presiden BN telah mengutuskan Timbalan beliau bagi mencari jalan penyelesaian terhadap kemelut yang berlaku. Maka, perjumpaan pun diatur dan isi-hati kedua-dua tokoh ini turut diselami.

Malangnya, hingga kini bukan jalan penyelesaian yang dirintis, tetapi sebaliknya keadaan menjadi tambah kalut dan kabut dengan pendedahan demi pendedahan; pembongkaran demi pembongkaran dikeluarkan oleh kumpulan penyokong kedua-dua belah pihak (sumber).

Sebaik sahaja Murugiah diangkat sebagai "Presiden Baru" PPP oleh para penyokong beliau di perjumpaan (kemudian bertukar menjadi AGM) di Putrajaya, Kayveas yang terkejut, kecewa dan tidak berpuas hati, telah secara terbuka meminta Murugiah jika benar-benar ingin membela nasib kaum India, untuk Murugiah keluar dari PPP dan menubuhkan sebuah parti baru (sumber).

Parti baru lagi? Haiiii.....Makin bertambahlah parti politik kaum India dan berat jugalah apabila memikirkan jika setiap kali berlaku saja krisis kepimpinan, akan wujudlah parti baru. Berat nih!

Pokoknya, krisis dan permasalahan orang India (dalam situasi ini) sampai bila-bila pun tidak akan selesai, tidak akan selesai. Malah mereka akan terus lemah kerana berpecah di dalam kelompok yang kecil.

Ingat! Apabila anda cuba berjuang di dalam kumpulan-kumpulan kecil, makanya suara anda dan suara para penyokong anda juga adalah kecil.

Suara yang kecil akan mudah lenyap, ditelan laungan suara yang kuat dan besar oleh parti-parti gergasi di dalam BN. Malah dari segi pembahagian peruntukkan pembangunan, projek, malah untuk dipertimbangkan 1 kerusi Parlimen dan DUN juga ibarat "menunggu kucing bertanduk". Dah diterima masuk ke dalam BN tu duduk diam-diamlah.

Dengan peruntukkan, peluang dan kuasa yang kecil dan terhad ini, bagaimana mungkin anda dan parti anda dapat memenuhi aspirasi membela nasib dan hak kaum India secara berkesan di negara ini? Fikirlah!

Saya bukan orang India, tetapi saya ada beberapa sahabat yang berbangsa India. Krisis PPP ini tidak akan selesai jika kedua-dua pihak masing-masing saling "membaling batu, sembunyi tangan". Buat sarkas juga.

Bertemu dan duduk berbincanglah secara professional, secara pemimpin yang ada karisma. Jangan apabila ada kuasa dan pangkat sahaja nampak ada "aura", tetapi bila hilang kuasa, pangkat dan kedudukan, mulalah buat perangai yang tidak semenggah. Nanti buat malu saja orang nak sokong.

Bagi BN, krisis PPP boleh melarat dan merencatkan perancangan dan imej BN. Bagi PR pula, PPP mungkin tidak meninggalkan kudis kepada usaha mereka menarik sokongan kaum India kepada pembangkang.

Bagi saya, kesejahteraan hidup kita selama ini adalah berkait rapat dengan jernihnya hubungan sesama ahli dalam masyarakat. Jika Melayu dan Cina sahaja yang cukup makan, sedangkan rakan India hidup susah, bagaimana kesejahteraan dan keamanan dapat dipupuk?

Sebagai 1Malaysia, semua kaum perlu dijaga dan keadilan perlu diperuntukkan kepada semua tidak kira kaum dan agama. Ini kerana setiap rakyat ada sumbangannya kepada negara.

Para pemimpin Melayu/Islam pula, ambillah iktibar dari peristiwa yang sedang berlaku ini. Keadilan tidak akan dicapai jika Islam terus dipinggirkan dalam setiap tindakan kita. Islam telah lama mengajar dan menyediakan panduan lengkap buat para pemimpin untuk faham akan erti keadilan dan bagaimana rahmat dari tindakan yang adil itu dapat disebarluas, merentasi batasan perkauman dan keagamaan.

Wassalam.

Thursday, 28 May 2009

Lajarlah kemen-kemen!

Timang tinggi-tinggi, sampai cucur atap
Belum tumbuh gigi, sudah pandai baca kitab
-gurindam Melayu

Lajarlah kemen-kemen - Begitulah pesan Tok Batin a.k.a Penghulu Sudin Bin Busu, Ketua Kampung Perjek di Pos Perjek, Sungai Siput sewaktu kunjungan terakhir saya ke Pos Perjek dan Pos Kuala Mu pada tahun 2005 yang sudah.

Jika ada rezeki, ingin saya visit semula kampung-kampung Orang Asli yang telah saya kaji

Saya menulis tentang topik ini selepas membelek-belek folder lama pada harddrive saya, dan terjumpa beberapa foto lama sewaktu membuat kajian ke atas beberapa komuniti Orang Asli di kawasan banjaran Titiwangsa.

Inilah aktiviti kanak-kanak di setiap waktu petang. Outdoor! Bukan dok melekat kat depan TV setiap hari, sayang nak bakar lemak

"Lajarlah kemen-kemen" diungkap dalam bahasa Orang Temiar dari suku kaum Orang Asli Senoi, jika dialih ke bahasa Melayu membawa maksud "belajarlah rajin-rajin".

Budak-budak inilah yang selalu "pau" gula-gula saya setiap hari (selama sebulan) berada di sana. Bila gula-gula dah habis, depa "pau" durian pulak...

Sedar tak sedar, saya dah berada di UK. Terasa jauh perjalanan saya, dari kajian dalam hutan tebal Kuala Kangsar, kemudian ke Jeli, kemudian Taman Negara, Korbu, Kuala Lipis, Simpang Arang, Rompin, Gerik dan balik semula Kuala Kangsar - akhirnya saya tiba dan menuntut di UK. Tiada hutan di Oxford sini, tiada bunyi unggas (cuma suasana sejuk waktu paginya agak sama) dan orangnya semua pakai cantik-cantik.

Bersama Ajem Bin Amat - semasa kunjungan ABIM Perak ke Kuala Mu

Merantau bagi menuntut ilmu begitu dituntut oleh Islam. Pepatah lama juga ada menyebut "jauh berjalan, luas pemandangan, bertambah pengalaman".

Memang benarlah pepatah tersebut. Apabila melihat tempat orang, minda kita akan jadi terbuka dan timbul keinginan untuk belajar benda-benda baru, dan di masa yang sama memaksa diri kita berubah dengan cara cuba mengadaptasi diri mengikut kesesuaian persekitaran. Inilah yang dipanggil survival, bak kata pepatah (lagi), "benih yang baik, dicampak ke laut menjadi pulau, dicampak ke langit menjadi bintang".

Bersama guru (muda-muda & bersemangat) di Sekolah Kebangsaan Pos Kuala Mu, Sungai Siput, Perak 2004

Buat semua yang sedang belajar di luar sana, pesanan saya: - Lajarlah kemen-kemen!

Tuah cucu

Alhamdulillah, pada pagi Selasa (2 hari sudah) kami sekeluarga di Oxford telah menerima kunjungan mak dan ayah beserta adik-adik yang datang untuk melawat cucu sulung mereka (sambil-sambil menjenguk anak-menantu juga).

Begitulah bila sudah rindu, perjalanan yang panjang dan kepenatan akan hilang sekelip mata sebaik sahaja melihat wajah (bukan anak) cucu di lapangan terbang. Tak menang tangan Mawaddah nak melayan atok dan nenek, serta makcik-makcik + pakcik yang datang menziarah.

Mak dan ayah akan berada di Oxford sehingga minggu hadapan. Justeru, masa yang ada akan kami cuba peruntukkan bagi membawa ibu-ayah dan keluarga melawat dan berjalan-jalan ke sekitar Oxford dan lain-lain daerah berdekatan, di UK ini.

Alhamdulillah juga, buat kali pertama dalam 3 bulan ini kami berdua dapat "berehat sebentar" dari melayan kerenah Mawaddah - waktu siang makcik-makcik akan tolong jaga dia dan atok + nenek juga suka benar dengan cucu yang pertama dia ni.

Itulah tuah jadi cucu sulung dan kami mak + ayah dia pun turut sama menumpang tuah (ke kuah?). Kwang...kwang...kwang...

Pelawat ke-2000

Alhamdulillah,

Sedar tak sedar blog kecil ini baru sahaja menerima pelawatnya yang ke-2000. Saya tidak menjangka akan seramai ini insan-insan di luar sana yang akan sanggup meluangkan masa berkunjung ke blog saya ini. Terima kasih diucapkan.

Nampaknya selepas ini, saya kenalah lebih rajin menulis dan menerbitkan artikel-artikel yang bermutu di blog ini, agar tidak malu dibaca orang.

Harapan saya, kepada sesiapa jua yang melayari dan membaca blog ini, anda akan beroleh sedikit-sebanyak manfaat dan pendedahan yang berguna. Manakala, di atas segala kelemahan serta kekurangan yang timbul, saya mohon berbanyak maaf dan ampun.

Teruskan bersama Dr. Sepet.
Headington
Oxfordshire, UK

Wednesday, 27 May 2009

Di Malaysia ke ni?

Sumber berita : sini

Satu kejadian yang janggal dan agaknya tidak pernah berlaku semenjak kali terakhir di zaman pencerobohan tentera Jepun ke atas Malaya lebih 50 tahun yang lampau.

Pada zaman itu, ramai penduduk Malaya tidak kira Melayu, Cina dan lain-lain telah menerima azab dan penyiksaan yang zalim lagi kejam dari tentera Jepun.

Mereka yang diseksa ini adalah dari kalangan pengintip atau tali barut, penderhaka, dendam (kepada orang cina) dan juga para pemimpin yang menyalakan obor penentangan terhadap penaklukan Jepun.

Setelah lama selepas tamatnya era penjajahan, institusi sosial dan kemasyarakatan di Malaysia nampaknya mulai cenderung untuk kembali ke era penjajahan dan penindasan tersebut. Mengulangi sejarah hitam yang tertulis.

Kejadian-kejadian jenayah dan penyakit sosial yang semakin meruncing sejak kebelakangan ini harus dilihat sebagai permulaan kepada bibit-bibit keruntuhan institusi kemasyarakatan, jika tiada tindakan segera yang berkesan diambil pelbagai pihak.

Kemodenan yang dikecapi, bukan sahaja membawa rahmat dan kesenangan hidup kepada sesetengah orang, malah boleh jadi satu bentuk penjajahan dan penindasan yang baru kepada sesetengah yang lain.

Mujurlah dalam kes ini pihak Polis telah bertindak dengan pantas. Namun itu yang berjaya dipatahkan, bagaimana pula dengan "penghuni di lokap tersebut yang sebelum ini" yang tidak diketahui untung nasib mereka. entah hidup, terlepas, entahkan mati dan hilang tanpa jejak.

p/s: apabila semua sibuk dengan politik, terbukalah ruang dan peluang untuk kegiatan-kegiatan yang tidak sepatutnya berkembang-biak.

Monday, 25 May 2009

Timbalan Presiden PAS

Perlumbaan telahpun bermula.

Kini telah sah bahawa pertandingan bagi kerusi Timbalan Presiden PAS pada muktamar parti bulan hadapan akan menyaksikan pertembungan 3 penjuru di antara penyandang asal dan 2 naib presiden sebelum ini- Nasharuddin Mat Isa (penyandang), Mohamad Sabu (Naib Presiden) dan Husam Musa (Naib Presiden) - Sumber.

Inilah pertembungan yang ditunggu-tunggu setelah sekian lama. Ketiga-tiga calon ini rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi. Masing-masing punya kelebihan, punya pengikut dan punya peluang tersendiri untuk memenangani pertandingan ini.

Adalah sukar untuk saya mengupas secara terperinci mengenai topik ini kerana sama ada mahu atau tidak, ia akan menyentuh hal-hal peribadi orang yang seboleh mungkin kita elakkan.

Ini kerana hal peribadi, hanya individu itu sendiri yang lebih maklum. Kita yang menulis ini mungkin sekadar membuat tekaan, andaian atau telahan berpandukan peristiwa dan tindakan yang diambil mereka, yang jika tidak tepat kita ulas, bakal membuatkan timbulnya fitnah dan penipuan fakta.

Makanya, saya akan cuba mengulas secara umum sahaja, berpandukan berita dan artikel yang dipetik dari beberapa sumber. Harapnya tidaklah ia sampai memfitnah peribadi orang-orang yang terlibat. Insya-Allah.

Semuanya jaguh

Malam ini, tiadalah lagi tidur yang lena buat penyandang kerusi Timbalan Presiden (TP) iaitu Ustaz Nasha. Mana tidaknya, beliau bukan berdepan dengan satu, malah dua orang lawan yang bukan calang-calang kejaguhan mereka.

Kedudukan Nasha sebagai penyandang, jika kena "caranya" boleh memberikan kelebihan awal buat beliau untuk mempertahankan jawatan TP. Ini kerana majoriti perwakilan telah melihat sendiri cara kerja, komitmen, kebijaksanaan dan kemampuan beliau selama 2 penggal menjawat TP parti.

Foto: sumber

Berbanding dengan calon-calon TP lain yang masih belum diketahui kemampuan sebenar mereka, Nasha ketika ini juga seharusnya mempunyai motivasi yang tinggi jika mengambilkira jumlah pencalonan yang beliau terima. Biarpun tiada angka 60% jumlah pencalonan (angka ini tidak ada asasnya), namun nampaknya kalangan perwakilan negeri-negeri masih melihat Ustaz Nasha sebagai calon yang layak bagi membantu TNHH mengemudi PAS bagi tahun-tahun yang mendatang.

Bagi calon kedua, Mohammad Sabu a.k.a Abe Mat - orang lama di dalam PAS. Saya melihat beliau adalah pemimpin yang dihantar PAS untuk menjalankan "tugasan kasar". Maksud saya tugas yang perlu menyingsing lengan, berpeluh, bergari dan diheret Polis dan bermalam di dalam lokap.

Foto: sumber

Mana lagi pemimpin utama PAS yang sanggup dikerah buat tugas-tugas berat di bawah terik mentari dan berbasah disimbah air FRU? Abe Matlah orangnya. Pemimpin-pemimpin lain saya lihat agak terkebelakang dalam "tugas-tugas kasar" seperti ini. Maaf jika saya tersilap membuat andaian ,tetapi inilah yang saya perhatikan.

Maka, kekuatan bagi calon kedua (Abe Mat) ini terletak kepada komitmen tinggi beliau terhadap kerja-kerja parti tidak kira dari peringkat paling bawah, paling berat dan paling kasar, sehinggalah kemunculan beliau di pelbagai pentas ceramah dan forum, bercerita tentang pelbagai isu dan perkembangan semasa politik tanah air. Beliau adalah pemimpin yang betul-betul "turun padang" - ini pandangan saya secara peribadi.

Namun, apakah ini kriteria yang terbaik untuk bakal TP PAS? Terserah kepada pertimbangan para perwakilan untuk menilaikannya.

Calon ketiga, YB Husam Musa yang juga Exco kerajaan negeri Kelantan. Merupakan Naib Presiden parti yang kini cuba untuk mendaki satu lagi anak tangga, bertanding jawatan TP.

Foto: sumber

Husam rasanya bukanlah pemimpin yang asing lagi di dalam, mahupun di luar PAS. Pemimpin yang digambarkan sebagai "profesional-ulamak" ini memiliki karisma serta idea kepimpinan tersendiri. Selesa dengan penampilan yang tidak berkopiah, Husam semenjak kebelakangan ini sering muncul dan agak terkehadapan di dalam membincangkan pelbagai isu. Sebagai contoh, Husam telah mengutus surat kepada PM berkenaan situasi politik di negeri Perak (sumber).

Pada pengamatan saya, dengan cara kerja dan imej yang dibawa Husam, boleh dikatakan beliau adalah calon harapan dan sandaran untuk menterjemahkan aspirasi ahli-ahli PAS yang berlatarbelakangkan profesional dan golongan muda di dalam mencorakkan halatuju parti.

Peluang

Sudah pasti sesiapa jua yang mengesahkan bertanding telah awal-awal lagi mencongak peluang masing-masing. Logiknya, jika tidak berpeluang, masakan mahu juga mencuba. Tiada siapa rasanya yang ingin malu dengan menerima kekalahan yang teruk.

Saya secara peribadi mempunyai calon yang saya rasa berpotensi memenangi kerusi TP ini, dan rasanya anda di luar sana juga yang mempunyai calon kegemaran anda sendiri, bukan? Apapun, biarlah saya simpan ia sebagai rahsia saja.

Perlu kita ingat dan faham bahawasanya sifir politik ini bukannya sesuatu yang mudah dan senang dijangka. Sedangkan musuh boleh dijadikan kawan karib dalam politik, inikan pula sesama rakan yang turut sama merebut jawatan.

Mungkin calon-calon yang bertanding bagi PAS tidak menjalankan usaha-usaha melobi sebagaimana rakan UMNO di dalam persidangan agung yang lepas. Mungkin. Tetapi, memperkenalkan diri adalah cara yang paling berkesan untuk para ahli mengenali calon pemimpin dan apakah manifesto yang ingin diketengahkannya.
===
Di atas kertas, Ustaz Nasha mungkin memiliki peluang yang cerah untuk menang disebabkan beberapa faktor:

1) penyandang jawatan dan dari segi peribadi, beliau tidak terpalit dengan sebarang isu besar yang boleh menggugat kredibiliti beliau.
2) menerima respon yang positif dari sayap utama parti, termasuk Dewan Ulamak yang inginkan pemimpin dari kalangan agamawan terus mengisi kerusi no. 1 dan no. 2 parti (pengaruh Dewan Ulamak).
3) pencapaian cemerlang PAS di dalam PRU12 dan PRK semasa Nasha masih di dalam penggal perkhidmatan beliau sebagai TP.
===
Di atas kertas juga Abe Mat, tidak dapat tidak, mempunyai pengaruh, sokongan dan keupayaan untuk membawa perubahan terhadap halatuju PAS jika beliau menang. Hal ini disandarkan kepada beberapa faktor:

1) aktif dengan kegiatan akar umbi, termasuk turun padang bahu membahu dengan ahli parti terutama semasa perhimpunan Bersih dan kes di Perak dan banyak lagi - mungkin terkesan di hati ahli akar umbi.
2) seorang pemimpin yang berani mengharungi risiko berdepan tindakan undang-undang:- ditangkap, disaman, didakwa di mahkamah kerana terlibat dengan perhimpunan haram dan ceramah tanpa permit, etc. Pemimpin lain dari PAS tidak ramai seperti beliau (kalau PKR tu Tian Chua lah orangnya).
3) seorang NP yang patuh kepada arahan daripada ketua. Beliau begitu komited dengan aktiviti ceramah dan penerangan kepada rakyat mengenai isu-isu dan perkembangan semasa politik dan lain-lain isu (benar atau tidak kandungan ceramah dia tu, hanya tuhan sahaja yang tahu niat hati dia).
===
YB Husam pula, dilihat sebagai seorang lagi calon yang semakin hari semakin meningkat naik namanya. Justeru, persetujuan beliau untuk bertanding TP parti wajar diambil berat oleh perwakilan kelak. Husam dilihat calon yang berpotensi bersandarkan kepada:

1) kedudukan dan pengalaman beliau yang lama sebagai exco kerajaan Kelantan, menerima tunjuk ajar langsung daripada TGNA dan dikatakan pemimpin pelapis yang berbakat.
2) penampilan beliau yang "moderent" dan sederhana, menarik minat golongan bukan ulamak atau agamawan dan golongan muda mendekati perjuangan PAS (kadang-kala orang muda rasa "segan" dengan imej terlalu agamawan - pandangan penulis secara peribadi). Dan cara beliau berurusan turut disenangi oleh para pemimpin PR yang lain.
3) beliau sering muncul secara konsisten di dalam menyatakan pendirian parti terhadap sesuatu isu dan permasalahan. Kadang-kala terfikir juga, di mana Presiden dan TP waktu itu? - sekadar bertanya.

Ini yang penting

Mahu tidak mahu, pertembungan akan tetap berlaku. Makanya, akan adalah pihak yang akan menang, dan ada yang bakal kecundang. Namun, menang tidak bererti dapat semua, dan kalah tidak bermaksud hilang semua.

Saya melihat isu sebenar adalah bagaimana PAS dapat menangani masalah perpecahan yang mungkin berlaku selepas sesuatu pertandingan!

Ini kerana telah wujud bukti bahawa pertandingan (tambahan pula merebut jawatan), mampu menjerumuskan sesebuah parti politik itu secara keseluruhannya ke kancah perpecahan, dan akhirnya parti akan lemah, hilang kepercayaan dan sokongan dan kemudian, tinggal tunggu masa untuk rebah.

Mungkin juga perpecahan tidak akan berlaku di dalam PAS seandainya semangat setiakawan dan keikhlasan mendahului kepentingan peribadi calon yang bertanding. Tetapi niat di hati tiada siapa yang tahu. Plan for the worst, hope for the best.

Kesimpulannya, siapa jua calon yang pandai membawa "isu", maka mereka ini berpeluang untuk menaikkan imej diri ke tahap yang lebih tinggi. Isu yang dikupas secara baik, bakal menimbulkan persepsi tertentu kepada perwakilan dan dari situlah titik perjuangan boleh dihidupkan. Contoh: anda mesti tahu siapa pemimpin yang imejnya dibina atas laungan "reformasi" bukan? - itulah maksud saya.

Akhirnya, kesemua calon untuk TP ini masing-masing merupakan jaguh yang ada karisma tersendiri. Inilah prasyarat terawal yang telah melayakkan mereka diletakkan di posisi tersebut.

Masa masih ada untuk sama-sama kita tunggu apakah perkembangan selanjutnya mengenai hal ini.

Wassalam.

Sunday, 24 May 2009

Berkebun - Update

Alhamdulillah, sudah 2 hari berturut-turut menikmati suasana melihat kebun sayur dan hal-hal yang berkaitan dengannya. Hari Sabtu (semalam), kebetulan si Saiful datang dari Reading, dan kami ambil masa hujung minggu a.Din dan k.Tik dengan menziarahi mereka dan plot tanaman mereka di Wolfson College.

Sebahagian kecil spesis sayur yang ditanam di plot k.Tik & a.Din - banyak juga yang telah ditanam dan hidup subur

Hari ini pula (sayangnya si Saiful balik hari semalam), kami berkelah pula di Millets Farm, Abingdon. Cantik tempat tu.

Foto bukan pemilik sebenar Millets Farm

Apapun kedua-dua kisah hari Sabtu dan Ahad ini akan ditulis oleh orang rumah di dalam blog beliau dalam tempoh terdekat ini.

Ambik semangat

Bagus juga masa di hujung minggu diluangkan dengan berjalan-jalan, menziarah rakan-rakan di sekitar Oxford dan berkelah di kala cuaca yang cukup cantik hari ini. Di samping dapat melapangkan sedikit kepala, boleh meningkatkan motivasi kami berdua untuk bercucuk tanam (biarpun hanya tanam sayur di belakang rumah saja).

Biarpun plot tanaman kami di rumah tidaklah begitu teratur seperti orang lain, sekurang-kurangnya apabila melihat orang lain yang datang belajar di sinipun boleh melakukan banyak kerja, termasuklah menanam sayur, maka mengapa tidak kami mencuba? Harapnya bertambah lagilah semangat kami terhadap hobi ini.

Maka, selepas saja pulang dari Millets Farm, dan berehat seketika, saya kembali menyingsing lengan (ini metafora saja, sebab saya pakai baju lengan pendek pun), menyiapkan batas-batas untuk ditanam beberapa jenis sayuran lagi.

Seperti biasalah, mandur Mawaddah akan menyelia segala tugas saya pada petang ini. Lihat sajalah bagaimana bersemangatnya beliau mengerah saya buat itu dan ini.

Buat kerja tu laju sikit, macam orang takde tenaga je...

Inilah hasil usaha kami yang baru berjinak-jinak dengan perusahaan tanaman sayur. Bila tengok cara orang lain tanam herbs dan salad semalam, baru kami tahu kaedah yang betul. (kami main bantai tanam rapat-rapat) Tapi dah terlambat, kerana sayur yang kami tanam ini sudah boleh hidup sendiri dan sukar dicabut untuk disusun atur semula.

Inilah plot tanaman yang sekangkang gorila tu. Yang ditutup dengan plastik panjang ala-ala setinggan Kg. Kerinchi tu ialah Coriander (sejenis herbs) dan di sebelah kanannya yang ala-ala setinggan Kg. Dalam tu pula Lettuce (sejenis salad).


Lettuce yang dah mula membesar

Coriander juga hidup dengan jayanya (yang bijik-bijik kecil tu ialah racun siput babi)

Kangkung juga tidak kurang baik kadar pertumbuhannya

Yang hitam seketul ini bukan tahi lembu, tapi kompos yang ditambah di atas batas bawang merah yang baru ditanam petang tadi.

Ini pula batas yang baru dibuat petang tadi untuk tanaman ubi kentang

Secara keseluruhannya, kami telah selesai menanam:

1) Salad - Lettuce
2) Herbs - Coriander dan Basil
3) Sayur - Ubi kentang, bawang merah, tomato, cili, kacang botol dan kangkung
4) Buah - Jagung manis dan strawberi
5) Bunga - Chrysantimum

Mood mandur hari ini agak baik, maka dia tidak banyak berceloteh. Mungkin penat dibawa ibu dan ayah berjalan-jalan selama 2-3 hari kebelakangan ini. Sedang saya sedang "buat-buat" bertekun menyodok dan menyiram tanaman, nampaklah wajah "mengantuk nak tidur" beliau.

Nampaknya beliau dah nak khayal dah...(boleh aku curi tulang kejap)

Canteekkk....sat lagi lena lah tu! (kataku sambil berjalan ke arah tikar yang dihampar)

Woit macha! mana mau pigi hah! Oooo, mau curi tulang ye, sambung balik kerjaaa....

Hadooooo...Wassalam.

Saturday, 23 May 2009

1Malaysia: antara Penanti & Manek Urai

Lagi PRK

Selepas menyaksikan proses penamaan calon yang agak hambar di Penanti semalam, dan bakal disusuli hari-hari berikutnya sehinggalah kepada hari pengundian - disebabkan ketiadaan calon oleh parti pemerintah UMNO/BN.

Biarpun ramai yang bertepuk gembira dan ada juga yang sedang berkira-kira untuk memotong jari kerana kemenangan yang hampir pasti digapai, timbul rasa "kejanggalan" dan hilangnya kemeriahan semasa proses penamaan calon, berkempen dan seterusnya suasana di dalam dewan semasa keputusan undian diumumkan kelak.

Rasa saya, dengan mood semasa yang ditunjukkan di dalam beberapa siri pilihanraya kecil (PRK) sebelum ini, parti seperti PKR tentunya tidak berdepan sebarang masalah yang besar untuk mengekalkan momentum kemenangan.

Cuma, untuk menilai kejaguhan sebenar itu agak sukar, kerana lawan yang sebenar tidak muncul untuk berentap. Jika menang pun - "disebabkan lawan sebenar tidak hadir kerana masih senak perut" - senak akibat terkena pukulan di beberapa perlawanan (PRK) sebelum ini.

Saya tidak berminat mengupas atau mengulas lanjut perihal di DUN Penanti kerana terlalu ramai telah mengulasnya. Lihat sini, sini dan sini. Manakala, media arus perdana seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian pula seperti "terlupa" menghantar wartawan membuat liputan di sana. Tidak mengapalah.

Jumaat (22 Mei) yang lalu, kerusi DUN Manek Urai, di dalam Parlimen Kuala Krai, Kelantan telah menjadi kosong memandangkan penyandang asalnya, Haji Ismail Yaakob (60 tahun) dari PAS telah dijemput pulang oleh Allah S.W.T - moga Allah meredhai dan merahmati Allahyarham.

Foto: sumber

Isnin ini, Speaker DUN Kelantan akan memaklumkan kepada SPR akan kekosongan kerusi DUN Manek Urai, makanya kerja-kerja penyusunan untuk satu lagi PRK akan dapat dibuat oleh pihak-pihak yang terlibat.

Elakkan "pembaziran wang rakyat"

UMNO/BN siang-siang lagi telah menyatakan hasrat untuk "kembali" bertanding di Manek Urai, selepas enggan "membazirkan wang rakyat akibat mainan politik pembangkang" di Penanti.

Persetujuan dan komitmen ini telah dinyatakan oleh PM sendiri sewaktu mendengar berita ini dari Singapura. Hari ini juga telah bersidanglah D. Mustapha Mohamed, Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan membincangkan situasi semasa Manek Urai.

Keputusan PM-UMNO/BN ini pastinya melegakan penduduk Manek Urai. Mungkin mereka ketika ini sedang berkira-kira "apalah pula habuan yang bakal diterima aku ye?" Semak-samun di sekitar rumah mungkin dibiar tanpa dibersihkan kerana kelak akan terang-benderanglah semak-samun di sekitar denai-denai dan halaman rumah akibat "dihenyak" tapak kaki ratusan perayu undi dan kumpulan-kumpulan berkempen yang dihantar dari rumah ke rumah.

Mungkin tidur malam pun termimpi-mimpi akan datangnya berkepuk-kepuk bungkusan gula, beras, kopi dan kain pelikat dan atap zink (sumber) hasil pemberian "ikhlas" pihak-pihak yang bertanding.

Foto: sumber

Keesokkannya, pagi-pagi lagi dapat dilihat betapa lebarnya senyuman para pengusaha warung kopi + penjual rokok; meja-meja baru telah ditempah, pekerja part-time telah ditambah, sebagai persediaan menyambut ratusan, malah ribuan "pelanggan" dari luar Manek Urai yang akan datang sebagai perayu undi dan kumpulan berkempen.

Bagi para kontraktor kecil Kelas F pula, ramai yang mula "gatal tapak tangan" (orang tua-tua kata nak dapat duitlah tu). Mungkinkah ada peruntukkan "Kementerian" untuk projek-projek kilat a.k.a. membuat longkang dan meng-tar jalan-jalan kampung sehingga ke tangga rumah?

Foto: sumber

Atau mungkinkah juga akan timbul kisah mengenai orang-orang miskin, warga tua dan kurang upaya yang tidak menerima pembelaan sebelum ini? Atau mungkinkah akan adanya majlis penyampaian kunci rumah PPRT dan pemberian elaun khas orang kurang upaya dan warga tua dalam waktu terdekat?

Pada saya, tidak salah untuk golongan yang miskin tegar ini dibantu, biarpun dalam proses PRK. Mereka-mereka inilah yang sewajarnya dibantu (fakir, warga tua, orang kurang upaya dan anak-anak yatim) - ini kerana mereka hidup susah bukan di atas kehendak dan keinginan mereka. Mereka menjadi miskin kerana tiada kemampuan untuk berubah, bukannya tidak mahu berubah! - cacat anggota, lanjut usia, masih kecil tidak mengerti apa-apa. Maka, bantulah mereka!

Yang kita kata "membazirkan wang rakyat" adalah dengan menyalurkan wang hasil cukai rakyat (cukai yang bukan hanya dibayar oleh orang-orang UMNO/BN, malah wang seluruh rakyat, a.k.a amanah) untuk projek-projek yang tiada impak dan kurang kena-mengena dengan keperluan masyarakat tempatan.

Tidak kurang juga projek "memancing undi" yang berbentuk jangka panjang (yang mungkin tidak akan siap - banyak sudah kes di Kelantan seperti projek bina jambatan) dan berskala besar yang sehingga rakyat "takut" apabila memikirkan betapa besarnya projek tersebut - takut hanya jadi penonton dari jauh. Yang kaya nanti hanyalah kontraktor dan peniaga yang besar-besar juga.

Gagasan pembangunan

Harapnya UMNO/BN tidak lagi mengulangi kesilapan yang sama berkali-kali dengan membawa dan melaungkan "hanya UMNO/BN yang mampu membawa pembangunan kepada rakyat" - tambah-tambah lagi di negeri Kelantan.

Pembangunan apa? Pembangunan material atau pembangunan kerohanian? Ini setiap calon kena berhati-hati memilih topik semasa berucap kelak.

Adalah tidak menghairankan jika pemimpin sebesar Khairy Jamaluddin (KJ) dihentam ahli parti beliau sendiri kerana menyentuh hal berkaitan TGNA, MB Kelantan semasa road-show beliau dalam PRU-12 yang lepas.

Bolehlah kita bayangkan, jika ahli UMNO sendiri tidak suka hal-hal dan batang tubuh Tok Guru MB dipermainkan oleh pemimpin mereka sendiri, apatah lagi hati dan perasaan rakyat biasa dan ahli parti lawan (dan keputusan undi) jika pemimpin dan calon UMNO/BN mengulangi silap yang sama.

Rakyat Kelantan telah dididik untuk memahami keperluan pembangunan fizikal dan bagaimana untuk menghidupkan ia melalui pemahaman terhadap pembangunan rohani. Ini kerana pembangunan fizikal tanpa pengisian dalaman, ibarat "kera mendapat bunga" - benda yang indah, harum dan cantik, tetapi jika tidak kena cara dan jatuh kepada orang yang tidak faham, tiada pengisian ilmu yang mantap di dada, rosaklah ia akhirnya.

Untuk menembusi tembok yang tebal ini, UMNO/BN tidak akan mampu jika hanya menghadirkan gagasan pembangunan fizikal semata, tanpa pengisian bermutu ke arah pembangunan kerohanian atau spiritual.

Inilah modus operandi para pimpinan PAS Kelantan yang terkesan di hati rakyat, di mana kesan dari penerapan nilai Islam dalam diri, telah dicerminkan melalui sikap dan cara hidup pemimpin PAS yang sederhana (tidak elitis) dan boleh duduk sebangku bersembang di warung-warung di kampung.

Rasanya, kisah mengenai Allahyarham Haji Ismail dapat membantu UMNO/BN memilih calon yang selayakkan untuk diletak bertanding di Manek Urai. Sila baca kisah mengenai Allahyarham di sini (Sumber).

Ujian 1Malaysia

Ujian yang dimaksudkan saya ialah, gagasan 1Malaysia kini bakal memasuki fasa yang kedua. Jika fasa pertama adalah dengan pengenalan atau pembentukan konsep serta penguatan falsafah yang mendasarinya. Kini tibalah fasa kedua untuk menguji keberkesanan pemakaiannya.

Ayat mudah "boleh bikin serupa dengan cakap atau tidak?" Itu saja.

Ujian terhadap 1Malaysia ini perlu kita nilaikan dari sekarang iaitu PRK DUN Penanti yang sedang berjalan (belum sampai hari pengundian lagilah).

Rakyat seluruhnya sedang melihat bagaimana gagasan 1Malaysia:

i) Tidak meminggirkan hasrat dan aspirasi para pengundi di DUN Penanti, biarpun parti pemerintah tidak bertanding. Ini kerana, sebagai menteri / kerajaan perlu ingat, masalah rakyat adalah melangkaui perbezaan ideologi politik. Masalah rakyat adalah masalah kerajaan juga. Ini juga kerana operasi kerajaan adalah di atas wang rakyat yang mungkin turut disumbang sebahagian kecilnya oleh para pembayar cukai DUN Penanti. Ingat kepada nilai 'Loyalty' 1Malaysia...

ii) Jika di Kuala Terengganu, 2 bukit dan 1 batang; JKR, Kementerian Pendidikan dan pelbagai lagi menawarkan segala macam insentif pembangunan dan rancangan jangka panjang, mengapa tiada apa-apa imbuhan atau insentif diwar-warkan untuk diterima oleh hamba rakyat di Penanti? Ke mana hilangnya tindakan konsisten pemerintah di Penanti? Ingat kepada nilai 'integrity' 1Malaysia...

iii) Apakah para menteri dan pimpinan tertinggi negara hanya akan turun padang di Manek Urai dan tidak nampak batang hidung di Penanti? Ingat, ada beza fungsi dan tugas di antara seorang Perdana Menteri dengan seorang Presiden UMNO/BN di dalam hal ini. Biarpun "pahit" di Penanti, tiada siapa yang jangka rezeki di Manek Urai, bukan? Ingat nilai 'culture of excellence' dalam 1Malaysia.

Foto: sumber

Untuk saya mengulas kelapan-lapan nilai di dalam gagasan 1Malaysia adalah terlalu panjang. Cukuplah sekadar yang ini dulu. Perkara pokok yang ingin saya tegaskan adalah, janganlah di mata rakyat, gagasan 1Malaysia di peringkat awal lagi telah mewujudkan diskriminasi dan ketidakadilan kepada hamba rakyat di dua kawasan DUN berbeza iaitu Penanti dan Manek Urai.

Tidak bertanding bukan syarat untuk jentera kerajaan lepas tangan. Penanti bukan 100% penyokong pembangkang. Bagaimana pula perasaan para pendokong UMNO/BN di sana? Fikirkanlah.

Jangan pula di Manek Urai untuk minggu-minggu yang mendatang dihujani pelbagai insentif dan projek-projek pembangunan, sedangkan yang sekarang ini (Penanti), tiada apa-apa liputan yang sewajarnya dibuat. Penanti dan Manek Urai kan 1Malaysia juga.

Untuk menang

Saya bukannya tok nujum yang pandai membuat ramalan. Tidak juga pakar strategi atau think-tank sesiapa. Saya sekadar faham diri sendiri saja, berpandukan ilmu yang tidak setinggi mana.

Namun, beberapa pengajaran hasil kesilapan lampau harus dijadikan panduan untuk menambat hati para pengundi di Manek Urai, khususnya dan negeri Kelantan, keseluruhannya.

Ini kerana kes Kelantan adalah unik dan lain dari yang lain. Lihat sajalah Pengerusi Badan Perhubungan (PBP) UMNO Kelantan. Jika di Terengganu yang diperinth BN sendiripun tidak meletakkan anak Terengganu sebagai PBP, negeri yang BN kalah seperti di Kedah dan Selangor pun sama juga. Mengapa di Kelantan yang BN kalah juga, tetapi melantik anak Kelantan menjadi PBP negeri? (sumber) Hoho...

Bagi saya, orang Kelantan ada "angin" mereka sendiri. Kemasukan orang luar yang bercakap dan seperti nak "mengajar" mereka itu dan ini, dan dalam masa yang sama berucap dengan memburuk-burukkan orang alim seperti Tok Guru, amat tidak disenangi. Justeru, belajarlah dari kesilapan itu. Pengalaman membawa KJ semasa PRU yang lepas, sudah cukup rasanya mengajar UMNO Kelantan. Nak bawak masuk orang luar tidak mengapa, tetapi jangan pandai-pandai nak mengajar orang Kelantan itu dan ini.

UMNO tidak boleh menang jika hanya berpaut kepada "dahan" pembangunan material dan isu ketuanan Melayu sahaja. Sedangkan PAS memeluk "batang pokok" dengan agenda membangun bersama Islam. Jika dilanda badai sekalipun, dahan-dahan inilah yang akan patah dahulu, sedangkan batang pokok tetap kuat bertahan!

Sudahnya

Saya bukanlah di posisi terbaik untuk memperingatkan sesiapa. Namun sebagai rakyat dan pemerhati yang prihatin, janganlah dijadikan slogan 1Malaysia sebagai sekadar pemanis kata dan penyedap telinga, jika bagi ujian awal di Penanti dan Manek Urai pun pimpinan negara sudah "tidak mampu bikin serupa cakap".

Bagi Kerajaan Persekutuan, DUN Penanti boleh menjadi medan pertama penilaian KPI mereka - yang tiada calon kerajaan, tetapi lebih utama dan penting kerajaan dapat menunjukkan kepada rakyat betapa komited dan bertanggungjawabnya kerajaan kepada rakyat.

Manakala, DUN Manek Urai pula boleh menjadi medan pertama menilai KPI Parti UMNO, serta barisan kepimpinan UMNO yang baru dipilih baru-baru ini. Ini kerana Manek Urai adalah kawasan Melayu - majoriti populasinya Melayu dan wajarlah UMNO kuat di kalangan orang-orang Melayu, bukan?

Untuk calon PAS, selamat maju jaya diucapkan.

Friday, 22 May 2009

Layan - Lawak Babi


Sumber: disini

Doa Zuriat Baik-Baik

"Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertaqwa"
- Surah Al-Furqan: 74

Diemail oleh Ustaz Mohd Khairi (April12, 2009)

Thursday, 21 May 2009

Jangan terus ON aircond semasa mula hidupkan enjin

Dipetik dari sini - sumber

Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan pendingin hawa.

Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen - ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta).

Disamping menyebabkan kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.

Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika diparkir di kawasan berbumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene.

Jika dibiarkan di kawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan, dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih-lebihan ini secara tidak sedar.


Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini dari berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar.

Benzene
adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut apabila telah menyedutnya.

Wednesday, 20 May 2009

Bah. 1 - Sepetang bersama Dr. Asri

Alhamdulillah, semalam (19 Mei 2009) kami di Oxford telah menerima kunjungan seorang tokoh agama yang tidak asing lagi iaitu bekas Mufti Kerajaan Perlis, S. S. Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Pertemuan singkat (7.00pm - 8.30pm) di Summertown House, yang bertemakan "Peduli Al-Quran dan Sunnah" telahpun berjalan dengan lancar, selain dimeriahkan oleh sessi soal-jawab dan interaksi bersama para hadirin.

Dr. Mohd Asri bersama Ustaz Mohd Khairi

Sambutan yang ditunjukkan oleh para penghuni kampung Oxford juga begitu menggalakkan. Saya tidak dapat membuat anggaran kasar jumlah yang hadir, namun ramai juga muka-muka yang jarang muncul dalam kuliah mingguan, telah bersama-sama hadirin lain pada petang tersebut. Alhamdulillah.

Sebahagian kecil jejaka tampan yang hadir

Terdapat beberapa isu dan perkara yang telah dikupas beliau pada petang tersebut (saya sebenarnya sedang mencari video tersebut dalam laptop sekarang, tapi tak tahu kat mana file tersebut disimpan).

Apapun, paparan Bahagian I ini hanya menyentuh kupasan awal Dr Asri mengenai "fakta mengatasi orang @ dalil dari Al-Quran dan Hadis mengatasi hujjah berdasarkan pendapat yang dikemukakan oleh para ulamak dan orang-orang alim" di dalam mempelajari ilmu berkaitan Islam.

Intipati ceramah: fakta mengatasi orang

Namun, apa yang dapat saya ingat, pertamanya beliau menyentuh tentang disiplin di dalam mempelajari ilmu agama Islam atau ringkasnya, "fakta mengatasi orang" - melihat dan menilai sesuatu ilmu agama itu dari sudut dalil dan hujjah, dan bukan oleh siapa individu yang memperkatakannya.

Ini penting untuk difahami kerana menurut beliau, berhujjah dengan berpandu kepada pendapat para alim ulamak, mufti, para Ustaz - individu, adalah kurang tepat untuk kita ambil bilamana terdapat dalil atau hujjah pada Al-Quran dan Hadis yang betentangan dengan pendapat para individu tersebut.

Ianya kerana sebagai individu, selain Rasul S.A.W (dikurniakan sifat maksum), kita semua tidak terlepas daripada melakukan kesalahan dan kesilapan di dalam memahami dan menyampaikan sesuatu ilmu, khasnya ilmu-ilmu agama - termasuk di dalam golongan ini juga adalah ulamak-ulamak serta tokoh agamawan terbilang zaman dahulu yang juga menulis buku dan kitab yang dirujuk jutaan ummat Islam hingga ke hari ini.

Beliau memperincikan topik ini dengan mengemukakan pelbagai contoh. Seperti Ibnu Shihab Al-Zuhri, seorang tokoh terbilang di bidang hadis, dimana beliau sendiri dikatakan telah mengemukakan hujjah yang menyanggahi fakta iaitu berkenaan kematian Zulyadai'n sewaktu peperangan Badar - Walhal bukti menunjukkan Zulyadai'n tidak meninggal. Maka, tokoh besar seperti beliau sendiri pun ada melakukan kesilapan dan ketidaksempurnaan. Justeru pendapat beliau di dalam hal Zulyadai'n ini telah ditolak.

Begitu juga hujjah yang dikemukakan oleh anak murid besar Ibnu Abbas iaitu Mujahid berkenaan peluang orang beriman melihat Allah di hari akhirat. Mujahid mengatakan "melihat" Allah itu bukan melihat sebagaimana kita melihat, tetapi "tunggu pahala". Namun, setelah dikaji, ulamak terkemudian, mereka telah menolak hujjah Mujahid dengan menyatakan "melihat" Allah, adalah melihat, bukan tunggu pahala. Dan inilah pendapat yang dipegang oleh para Salaf dan majoriti Ahlil-Sunnah-Wal-Jamaah.

Sedangkan Ibnu Abbas itu telah Nabi S.A.W doakan sendiri agar Allah S.W.T alimkan Ibnu Abbas dengan ilmu kitab, dan Mujahid pula murid kanan Ibnu Abbas. Namun, inilah bukti di dalam disiplin ilmu Islam, dalil mengatasi individu, biar sebesar manapun individu atau tokoh tersebut.

======

Bahagian II akan mengupas dapatan daripada sessi soal-jawab dan interaksi di antara Dr Asri dengan para hadirin. Beberapa perkara yang bermanfaat telah dibangkitkan dan telah dijawab. Tidak kurang juga beberapa kupasan, ulasan dan jawapan terhadap beberapa perkara sensitif yang tidak dapat diulas secara terbuka di blog ini (hanya yang hadir sahaja yang tahu), kerana sensitif dari segi undang-undang.

Jumpa di Bahagian II, Wassalam.

Hadiah Pertunangan

Posting ini khusus untuk Khairul Efendy dan Khairul Anuar yang ingin melihat apa yang kami hadiahkan buat mereka.

2, 3 minggu lepas dikhabarkan 2 adik saya berhajat untuk mengikat tali pertunangan. Eloklah jugak dicepatkan, tak baik bercinta lama-lama, keluar makan sama-sama, mak bapak tak pening-pening kepala.

Untuk adik yang no.4 kami belikan seutas jam tangan. Biarpun jenama macam usang (Fossil) tapi makin usang, makin berharga...hoho.





Untuk adik yang no.2 pula, kami pun beli seutas jam tangan. Bagus juga Adidas tidak hanya keluarkan barangan sukan. ADIDAS tau, bukan ADADIS, ADIDOS atau CDIDAS....hoho





Hadiah pun hadiah juga, harapnya duit simpanan korang sendiri cukuplah untuk urusan bertunang dan majlis kahwin kelak. Ingat! Bab nak belajar mak bapak bolehlah sponsor, tapi bab kawin-mawin sendiri sponsor aaaa....

p/s: Kalu rasa tak berape berkenan dengan jam-jam ini, hadiahkan je balik kat aku, no hal..haha.