Monday, 2 February 2009

Sukarnya ibu nak melahirkan-mu

Isnin (2/2/2009)

Jam 4.10am - kami bergegas keluar rumah dan bergerak ke JR Hospital, diiringi suhu bawah takat beku dan salji yang turun dengan lebat.

Tiba di JR jam 4.20am - kami terus ke level 2 untuk pemeriksaan dan pemantauan. Midwife memantau perkembangan bayi (degupan jantung) serta contraction.

Bayi (is a happy baby), menunjukkan keputusan yang baik. Keadaan tidak begitu membimbangkan. Kami disaran untuk pulang semula ke rumah jam 6.10am, mendapatkan rehat dan memantau perkembangan seterusnya.

Apabila pulang, isteri terus merasa contraction hampir setiap 5-10 minit dengan tempoh setiap satu berlarutan sehingga 60-80 saat. Isteri juga tidak dapat tidur, terlelap seketika tetapi terpaksa terjaga kerana sakit.

Baby juga bergerak dengan aktif kat dalam perut ibu.

Isnin (2/2/2009)

Jam 9.30pm, ibu merasa sakit contraction makin kuat, makin kerap dan tempoh setiap kali, semakin panjang. Kami naik kereta dan bergegas ke JR.

Kali ini kami terus ke Level 7, midwife centre dan bertemu Ann Bird yang bertugas malam itu.

Ibu diperiksa luar dan dalam. Pemeriksaan bahagian luar mandapat semua normal dan baby juga menunjukkan perkembangan yang baik.

Pemeriksaan dalaman mendapat contraction telah membuka sedikit ruang dan kepala baby telah berada di posisi yang sepatutnya. Midwife menyifatkan ibu kini di peringkat awal untuk melahirkan.

Kerana tempoh untuk benar-benar mencapai bukaan ruang yang sesuai untuk baby keluar masih (agak) lama, kami dinasihatkan pulang dahulu, mendapatkan tidur, rehat dan sebagainya.

Dan memandangkan jarak antara rumah dengan hospital adalah dekat (5-10 minit berkereta), kami mengambil keputusan pulang dahulu sambil-sambil memantau keadaan selepas itu. Kami pulang ke rumah jam 11.10pm.


1 comment:

nurul.m said...

hisyam. dah selamat deliver ke?? update la..