Friday, 23 May 2008

London Trip - 2

drsepet@high street, oxford - 22Mei2008

Semalam (Khamis, 22May 2008), Dr Sepet dan isteri bersama dengan 2 adik ipar mengunjungi London. Saja berjalan-jalan. Berikut sebahagian bingkisan dari London untuk tontonan bersama:

Kat Muzium Lilin:

Do you smell what The Rock is cookin?

I will terminate YOU! haha

You bring a great change for your people

Biarpun telah tiada, sejarah tidak mungkin melupakanmu

Camne boleh kalah Champion Cup nie??

Jom cari harta karun.....

Buckhingham Palace:


St. James Park:


Sekian dulu.... Wassalam

Thursday, 15 May 2008

HARI GEMBIRA

Assalamualaikum, wbt.

Bertemu kembali bersama Dr Sepet.

Pertamanya syukur kita kepada Allah yang Maha Besar, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Tuhan yang telah memberikan kehidupan buat kita semua, selawat serta salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, kaum keluarga, sahabat-sahabat dan mereka yang mengikuti mereka itu sehingga ke hari kiamat.

Sebenarnya ada berita gembira (bukan untuk membangga diri) yang nak dikongsi bersama para pembaca blog hari ini. Masihkah anda ingat 1 post Dr Sepet yang bertajuk "Tolong Promosi Buku" yang dihantar bulan lepas? Haaaa.....petang tadi (malam-waktu Malaysia) sahabat yang juga penulis bersama buku terbabit, Prof. Madya Dr Ibrahim Ngah dari UTM Skudai telah menghantar email memaklumkan bahawa buku tulisan kami berdua itu telah berjaya merangkul Anugerah Utama Buku Karya Asli Bahasa Melayu, sempena majlis Anugerah Penerbitan UTM 2007 (15 Mei 2008). Setiap kami memenangi hadiah cek RM1500.


Secara peribadi Dr Sepet sangat gembira, biarpun tidak pernah menaruh sebarang harapan yang buah tangan sulung ini untuk memenangi apa-apa anugerah. Niat (kami) sewaktu itu hanyalah untuk menerbitkan satu karya ilmiah, kerana sayangkan ilmu dari tesis (saya) akan terperap sahaja di dalam pusat sumber tanpa mereka yang di luar sana (yang sedang mencari bahan untuk rujukan) tahu mengenainya.

Harapan Dr Sepet agar selepas ini, karya yang bertajuk "Pembangunan Mapan Orang Asli" akan mendapat pendedahan yang lebih di kalangan warga intelek dan khalayak umum, supaya ilmu yang dibukukan ini dibaca dan dihayati semua.....kepada yang telah membacanya, saya ucapkan terima kasih!

Wassalam.

Tuesday, 13 May 2008

Inilah yang sepatutnya

Pelajar luar bandar keutamaan ke MRSM

KUALA LUMPUR 14 Mei - Pelajar luar bandar diberi keutamaan untuk memasuki Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) walaupun mereka tidak mendapat 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Noh Omar berkata, pelajar yang mendapat 3A 2B dari keluarga yang berpendapatan kurang RM600 sebulan akan diberi keutamaan.- Utusan (14/05/2008 12:35pm)

Memandangkan Dr Sepet merupakan salah seorang produk MRSM (Muar 1996-1997) - sistem sekolah berasrama penuh dan kemudahan pembelajaran di MRSM adalah yang terbaik dan banyak membantu bukan sahaja pembangunan intelektual/akademik anak-anak Melayu, malah menjadi tempat pembangunan sahsiah diri dan kepimpinan mereka. Berdasarkan pengalaman saya sendiri, ramai rakan-rakan yang sama menuntut di MRSM kini menjadi orang yang berjaya di dalam karier, menjadi pemimpin dan menjadi orang yang baik (dengan rezeki Allah).

Rasanya masyarakat kita di luar sana menyedari bahawa ramai anak Melayu yang hidup susah/sederhana di luar bandar yang bijak dan cemerlang dalam pelajaran. Masalah yang timbul adalah keupayaan untuk bersaing (disebabkan kurang kemudahan dan sedikit rasa rendah diri). Ke mana lagi tempat ibubapa bagi anak-anak yang cemerlang ini hendak mengadu jika kerajaan tidak membuka ruang dan peluang untuk mereka?

Secara peribadi Dr Sepet amat menyokong langkah yang digerakkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan ini, malah ia sepatutnya menjadi fokus dan dilaksanakan sejak dari dulu lagi. Seharusnya juga anak-anak Melayu dari luar bandar yang diberikan peluang dan keistimewaan untuk masuk ke MRSM, gunakanlah ia (peluang dan masa) ini untuk terus melakar kejayaan dan jadilah insan yang berjaya yang akan menyumbang semula kepada pembangunan keluarga dan kampung, serta agama dan negara yang tercinta.

Wassalam.

Monday, 12 May 2008

Indahnya Negaraku

Terkenang permandangan seperti ini.....




Sumber: www.ncer.com.my

Lori Besar....


Saja je letak foto ni sebab tertarik dengan saiznya (dan harganya = USD30 juta bagi 1 unit). Teringat suatu masa dulu ada lori yang besar macam ni lalu kat jalan depan rumah mak di kampung, katanya dipakai untuk projek Empangan Tasik Kenyir kat Kuala Berang. Memang besar, sampai occupied the whole street.

Sunday, 11 May 2008

Rumah Dr. Sepet Di Marston

Hanya sebahagian foto sahaja disiarkan. Untuk cerita penuh, silalah berkunjung ke blog orang rumah Dr. Sepet di: www.madam-teacher.blogspot.com. Trimas....

bilik yang diubah menjadi ruang tamu

ruang tamu

bilik tidur yang ringkas, tetapi selesa

dapur yang kecil dan mudah diurus (kata orang rumah)

Saturday, 10 May 2008

Main-Main Perang

Bertemu kembali bersama Dr. Sepet,

Minggu ini agak sibuk bagi Dr. Sepet. Namun, berkat kerja 'last minute' progress kerja berjalan dengan lancar akhirnya. Bermacam sumber, dari buku hingga ke artikel perlu dibaca dan difahami, macam berperang dengan masa. Ini bukan perang main-main, kita perlu miliki strategi dan persiapan yang sepenuhnya supaya hasil keraj yang terbaik dapat diberi.




Semoga bertemu semula. Wassalam....

Thursday, 8 May 2008

UMMI by Haddad Alwi and Sulis

Ummi (Ibuku....) - yaa ruuhi wa-hayati....
















Ummi yaa lahnan a syaqohu
Wanasyi-dan dauman an-syuduhu
Fikuli makanin adzkuruhu
Wa-azhollu azhollu uroddiduhu

Ummi...Ummi....Ummi....Ummi.....
Ummi...Ummi....Ummi....Ummi.....
(2x)

Ummi yaa ruuhi wa-hayati
Yaa bahjata nafsi wamunati
Unsi filhadhiri wal-ati
Unsi filhadhiri wal-ati

Ummi...Ummi....Ummi....Ummi.....
Ummi...Ummi....Ummi....Ummi.....
(2x)














Allahu ta'aala aushooni
Fissirri walau fil a'laani
Bilbirri laki wal ihsaani
Bilbirri laki wal ihsaani

Ummi...Ummi....Ummi....Ummi.....
Ummi...Ummi....Ummi....Ummi.....
(2x)















Ismuk manquusyun fi qolbi
Hubbuki yahdi--ni fi darbi
Wadu'a-i yahfazhuki robbiy
Wadu'a-i yahfazhuki robbiy

Ummi...Ummi....Ummi....Ummi.....
Ummi...Ummi....Ummi....Ummi.....
(2x)

Ummi...Ummi....Ummi....Ummi.....
Ummi...Ummi....Ummi....Ummi.....

.........................................................................................................

untuk klip video, sila klik:

http://www.youtube.com/watch?v=N5z-cWGESRY&eurl=http://www.tranungkite.net/v7/
modules.php?name=Video_Stream&page=watch&id=41

"Ya Allah, Kau pelihara dan kasihilah kedua ibubapa kami, sebagaimana mereka memelihara dan mengasihi kami sewaktu kami masih kecil lagi..."

Selamat Hari buat semua ibu-ibu di seluruh dunia yang akan disambut pada 11 Mei 2008 nanti.
Kami sayang Ibu (Mok & Mak)......

Wassalam.

Tuesday, 6 May 2008

Analisis: Isu Bekalan Beras Dunia

Assalamualaikum w.b.t

Bertemu kembali bersama Dr Sepet. Kebelakangan ini seringkali Dr Sepet terbaca akhbar di UK dan mendengar berita melalui TV3 online isu yang berkaitan kekurangan bekalan beras di peringkat global. Beberapa hari ini, sibuk media massa hebahkan komen (atau lebih tepat tuduhan) terbuka Presiden USA (Bush) yang terang-terangan menyalahkan kepesatan pembangunan dan peningkatan kuasa beli dua kuasa baru dunia iaitu India dan China terhadap komoditi makanan (yang asasi adalah beras!).

Benarkah tuduhan yang dibuat? Bukankah kita sebagai umat Islam wajib percaya bahawa perlunya fakta yang jelas diberi sebelum mengeluarkan apa juga tuduhan? Dr Sepet percaya dan berpegang kepada prinsip 'justice' tersebut. Apakah dalam hal kemerosotan ini, India dan China sahaja yang harus dipersalahkan?

Lihat analisis perbandingan yang paling ringkas Dr Sepet berikan agar pembaca sekalian dapat menyelami serta memahaminya dalam keadaan paling mudah.

Rajah 1
Berpandukan Rajah 1, kita dapati negara China dan India merupakan pengeluar padi no.1 dan no.2 di dunia, masing-masing sebanyak 182 juta tan metrik dan 137 juta tan metrik (ini merupakan fakta yang dikeluarkan oleh Organisasi Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) bagi Makanan & Pertanian, 2005).

Biarpun data ini adalah bagi tahun 2005, ianya masih dikira relevan setelah mengambilkira perbezaan 3 tahun (awal 2008), di mana dalam tempoh 3 tahun juga pertumbuhan penduduk dunia dijangka berlaku secara konsisten dengan penghasilan bahan makanan terbabit.

Soalan: di mana USA? dan apa pula kedudukan Malaysia yang sebelum tahun 2005 lagi jelas komited dengan slogan 'Pertanian adalah Perniagaan?" - adakah kita masih menjadi negara Islam pengguna?


Rajah 2
Perhatikan pula pola penggunaan padi pada Rajah 2. yang menunjukkan dua negara pengeluar utama iaitu China dan India masih mendominasi penggunaan padi dengan masing-masing 135 juta tan metrik dan 85 juta tan metrik untuk tahun 2003/2004 (ini fakta sebagaimana sumber Rajah 1).






Analisis Perbandingan Mudah:

China: Pengeluaran (182 juta tan metrik) - Penggunaan (135 juta tan metrik = Baki 43 juta tan metrik

India: Pengeluaran (137 juta tan metrik) - Penggunaan (85 juta tan metrik = Baki 52 juta tan metrik

BAKI TOTAL (China + India) = 95 juta tan metrik!!

Lihat! kedua-dua negara kuasa baru dunia terbabit, bukan sahaja mampu mengeluarkan bekalan makanan mencukupi bagi menampung keperluan peningkatan pesat penduduknya, malah gabungan lebihan terbabit adalah sebanyak 95 juta tan metik setahun! Menakjubkan, kerana dengan lebihan ini ia dapat menampung keperluan 8 negara pengguna terbesar lain pada Rajah 2 dengan bermula dari Vietnam hingga USA sendiri! Itupun masih berbaki sebanyak 21.6 juta tan metrik (boleh diguna bagi keperluan padi Bangladesh pula!).

Hujah saya di sini adalah, wajarkah tuduhan atau komen terbuka oleh Presiden USA baru-baru ini? Mengapa hendak dipersalahkan India dan China disebabkan ketidakbergantungan mereka kepada pihak luar untuk memenuhi keperluan asasi mereka?

Dr Sepet tidak mempunyai saham dalam kupasan ini, cuma sebagaimana yang ditekankan sebelum ini, pengguna (atau setiap orang yang berilmu) perlu menyelak dan menyiasat terlebih dahulu jika terdengar sesuatu hal, untuk diperoleh kisah yang sebenarnya berlaku.

Untuk perhatian pembaca, di UK Dr Sepet makan beras Basmati (yang kalau di Malaysia ketika ini tidaklah mampu untuk mengecapinya!). Harga di Tesco adalah GBP0.89 (89p) per kilo. Kalau tidak ditukar kepada ringgit, bolehlah dianggap 89 sen sekilo. Masih murah.........

Membaca kisah harga barang naik di negara tercinta membuatkan kami yang 'di luar' ni bertuah. Namun, harapan Dr Sepet agar kerajaan yang memerintah ini perkasakan (dengan betul-betul) usaha menjadikan 'Pertanian sebagai aset pertahanan' (sama konsep dengan Petroleum) supaya kita tidak lagi diperkotak-katikan pihak yang mengawal komoditi ini di masa kini dan seterusnya.

Sekian, dan kepada Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

Thursday, 1 May 2008

American Chopper








Source: Orange County Chopper

Amalan Zikir Untuk Semua

Assalamualaikum w.b.t.,

Bertemu kembali bersama Dr Sepet. Kadang-kala saya merasakan jiwa ini perlu disuburkan, dibajai dan disegarkan dengan amalan berzikir. Saya terjumpa (atau dipertemukan Allah), satu zikir (amalan setiap hari jumaat). Oleh kerana takut hilang disebabkan laman web terbabit yang sering di'update', saya simpan web address tu kat dalam blog saya.

Harapan saya, agar ianya akan turut dimanfaatkan oleh sesiapa sahaja yang membaca blog ini.

http://www.youtube.com/results?search_query=zikir+%28amalan+setiap+hari+jumaat%29&search_type=

Wassalam.