Sunday 12 July 2020

Untuk peminat & pemakai topi (bundle)

Assalamualaikum, lama sudah saya tidak kemaskini blog ini. Timbul-timbul sahaja terus iklankan topi. Itulah kehidupan. Izinkan saya hidupkan semula blog ini dengan posting pertama mengiklankan item/barang bundle mampu milik. Kepada para pembaca yang sudi singgah membaca pos-pos saya sebelum ini, diucapkan ribuan terima kasih.

Sekiranya ada yang berkenan atau ingin tahu lebih lanjut mengenai setiap barang yang saya iklankan (atau ingin membeli), silalah mencatit di ruangan komen, atau email terus ke: khkamarudin@gmail.com. Lebih banyak item akan saya kemaskini dari semasa ke semasa. Jangan bosan ye. Ws





Sekiranya berminat, boleh nyatakan diruangan komen. Lebih banyak items akan menyusul.

Monday 4 May 2015

Sea Born X-Band Radar: Sistem Radar Terapung Terbesar Di Dunia (foto)

Super Radar

Ketika Perang Dingin ancaman terbesar yang dihadapi oleh dunia ialah berlakunya perang nuklear. Jika Soviet melancarkan misil antara benuanya, misil ini hanya memerlukan 23 minit untuk memusnahkan New York. Oleh itu sistem pengesan misil yang dilancarkan perlu wujud bagi memastikan ianya boleh ditangkis sebelum meletupkan sasaran. SBX ataupun Sea Born X-Band Radar ialah pelantar radar terapung terbesar dunia milik Amerika Syarikat. Sungguhpun ancaman Soviet tidak lagi wujud, pelantar radar gergasi ini dibina bagi mengesan serangan yang mungkin datang dari Iran dan Korea Utara. Pelantar sepanjang 116 meter dan setinggi 86 meter ini menelan belanja USD 900 Juta (RM 2.7 Billion) untuk dihasilkan. Sebuah pelantar minyak diubahsuai oleh firma Ratheon dan Boeing bagi meletakkan radar yang mampu mengesan misil dari jarak 2000 kilometer. 



Laporan asal Wikipedia 
Gambar TheBrigade 

Monday 19 January 2015

JERSI STAR WARS : JIKA STAR WARS ADALAH PASUKAN BOLASEPAK (10 foto)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS

Gyeah!

Di bawah ialah jersi bola sepak yang dillhamkan oleh Star Wars karya Nerea Palacios.



Sumber Behance

Thursday 11 December 2014

REKAAN MALAYSIA SQUARE DI BATTERSEA LONDON DIPERLIHATKAN (17 foto)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS


Malaysia Boleh

Ini ialah rekaan Malaysia Square di Battersea Power Station. Ianya bekas stesen janakuasa yang kini akan dibangunkan semula sebagai kawasan kediaman dan pusat membeli belah oleh Sime Darby Dan SP Setia. Rekaan Malaysia Square diilhamkan oleh Gua Mulu di Sarawak. Ia akan menjadi focal point untuk bertemu rakan dan melihat Melayu elit lepak ketika di London. HA HA HA. 

Background

Stesen janakuasa Battersea yang terletak di London ialah sebuah bangunan yang ikonik di kota London. Ia digunakan sebagai set filem Batman Returns dan Aliensserta muka depan album Pink Floyd. Stesen janakuasa arang batu ini mula dibuka pada 1933 dan beroperasi sehingga 1983. Ketika perang ia menjadi landmark yang digunakan pesawat pengebom Jerman untuk mengebom London. Stesen ini ditutup kerana kos penyelenggaraan dan tinggi serta generator yang tidak lagi efisyen untuk menghasilkan kuasa elektrik.

Selepas penutupannya terdapat pelbagai rancangan untuk membangunkannya semula seperti membina taman tema dan juga kawasan perumahan. Tahun lalu syarikatSime Darby dan SP Setia memenangi bidaan membangunkan tapak Battersea dengan bayaran mencecah GBP 400 Juta ( RM 1.95 Billion). Bidaan mereka mengalahkan bidaan kelab bolasepak Chelsea FC untuk membangunkan Bettersea sebagai stadium baru mereka. 

Di dalam pelan pembangunan Sime Darby dan SP Setia, Battersea akan digangunkan semula dengan 600 apartment kediaman, hotel, ruang pejabat, stesen keretapi bawah tanah, taman awam dan pusat membeli belah. Sebanyak 75% apartment yang ditawarkan sudahpun habis dijual sungguhpun dijual pada harga diantara GBP 350 000 (RM 1.2 Juta) dan GBP 6 juta (RM 29.23 Juta) sebuah. Pembinaan dijadualkan siap sepenuhnya pada tahun 2017. 




Laporan asal Mirror

Thursday 18 September 2014

PERLUMBAAN BOT LABU GERGASI DI LUDWIGSBURG PUMPKIN FESTIVAL, GERMANY (foto)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS

Luncai

Di Ludwigsburg Jerman terdapat festival tahunan yang bertemakan labu. Festival labu ini ialah yang terbesar di dunia. Labu diukir dan dibentuk menjadi arca gergasi. Selain daripada itu terdapat juga perlumbaan bot yang diperbuat daripada labu gergasi. Peserta dari seluruh dunia datang untuk bertanding di dalam labu gergasi. Untunglah ada banyak labu sampai boleh buat bot. Meanwhile in Africa...... 




Sumber Oddity

Tuesday 5 August 2014

Sekiranya Watak Kartun dan Video Game Kesayangan Anda adalah Obes (foto)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS

Terlebih?

Sekiranya watak kegeraman anda termakan banyak lemang dan rendang syawal inilah jadinya. Kesemua lukisan ini dihasilkan oleh Alex Solis untuk siri yang dinamakan Famous Chunkies. LOL 



Sumber Alex Solis

Tuesday 15 July 2014

MURAL KREATIF ERNEST ZACHAREVIC DI IPOH (foto)

Disumberkan oleh: Blogserius

Ipoh Mali

Karya Ernest Zacharevic banyak kali kami paparkan. Karya beliau sinonim dengan Pulau Pinang dan kini beliau menghasilkan 7 lagi lukisan dinding di Ipoh. Cool. Jom ke Ipoh pula untuk lihat karya beliau.



Sumber Arrested Motion

Friday 27 June 2014

TRAK GERGASI FORD F 650 KESULTANAN JOHOR (Foto)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS

Giant!

Almarhum Sultan Johor Sultan Iskandar ketika hayatnya terkenal dengan hobi menunggang motosikal besar. Semasa kami tinggal di Johor pada waktu petang pasti melihat Almarhum menunggang like a bawse berhampiran Lido. Good times. Anakanda beliau dan kini Sultan Ibrahim nampaknya mempunyai hobi mengumpul kenderaan juga. Baginda mempunyai koleksi kereta eksotik dan salah satu kenderaan unik milik baginda ialah lori gergasi Ford F650. Ford F650 sebenarnya adalah sebuah lori yang diubahsuai untuk menjadi truck seperti di bawah. Model asas F650 diperkasakan enjin Diesel 7.2 Liter dengan 365 kuasa kuda. Sangat tinggi dan besar. Nampak sangat bad ass. 



Sumber Kesultanan Johor

2015 LAMBORGHINI HURACAN LP 610-4 EDISI POLIS ITALI (foto)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS


Dubai? Meh!

Polis Dubai terkenal dengan kereta polis mewah mereka. Tetapi nampaknya polis Itali juga tidak mahu kalah. Pihak Lamborghini menghadiahkan 2 buah Lamborghini Huracan LP 610-4 untuk kegunaan polis Itali. Kenderaan ini diperkasakan enjin 5.2 Liter V10 yang mampu menghasilkan 602 kuasa kuda. Yang menarik tentang Huracan edisi polis ini ialah ianya masih belum dimiliki mana-mana individu. Polis yang menerima model awal yang akan digunakan untuk mengawal lebuhraya Itali. Untunglah!




Sumber Throttle

Thursday 22 May 2014

Kehidupan Pengendali Terowong Seludup Di Gaza (foto)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS

Seludup


Terowong penyeludupan bawah tanah yang menyambungkan Gaza ke Mesir menjadi nadi kehidupan penduduk Palestin yang di bawah pengawasan regin Zionis. Barangan keperluan sentiasa dihalang masuk kerana pihak Zionis percaya senjata juga turut diseludup. Ini menyebabkan barangan asas seperti makanan dan ubat-ubatan tidak sampai ke tangan warga Gaza yang memerlukan. Ratusan terowong bawah tanah seperti di bawah dibina bagi menyeludup kambing untuk dimakan ketika hari perayaan, ubat-ubatan dan juga ayam goreng KFC. Tuan punya terowong mengenakan bayaran yang mahal untuk menyeludup masuk. Because why not ambik keuntungan ke atas your own people right? Mereka terpaksa berhadapan dengan risiko terowong mereka runtuh dan dibom oleh tentera Israel.




Laporan asal NYDailyNews