Cari, beli, baca dan kongsi
Peluang berkunjung ke Pasta Pesta Buku Selangor 2012 membolehkan saya meninjau-ninjau dan membeli naskah dan makalah ilmiah untuk menambah khazanah pembacaan di rumah.
Alhamdulillah, dunia ilmiah dan penerbitan bahan-bahan ilmu masih subur di Malaysia yang bertuah ini. Malah, sambutan masyarakat pelbagai lapisan umur terhadap pesta buku dan minat membeli buku juga saya dapati masih baik, sekalipun semua benda hari ini dapat diaksess melalui Kindle, e-book, e-library dan sebagainya.
Usaha sebegini (pesta buku) perlukan sokongan saya dan anda semua, termasuk juga usaha membudayakan minat membaca seperti inisiatif Buku Jalanan Titi yang telah saya kupas sebelum ini (baca: pinjam, percaya & pulang).
Entah mengapa, bulan ini (dan bulan lepas juga) buku-buku bergenre politik, urustadbir dan kemasyarakatan lebih menjadi pilihan saya.
Bulan lepas (Jun) dan bulan ini sudah beberapa bahan, telah dan sedang menunggu masa untuk dihabiskan pembacaan termasuklah:
1) Jamilah Bakar - Masa Depan Melayu Pulau Pinang (selesai)
- ada idea tetapi "belum ada rasa nak tulis".
2) Thock Ker Pong - Politik Ketuanan Melayu - Perspektif kaum Cina (selesai)
- telah diterjemah in the other way around iaitu mengambil-faham bagaimana orang Melayu-Islam boleh "belajar bersatu" daripada komuniti "Huantuan" kaum Tionghwa.
- menerbitkan artikel (klik tajuk): Idea penyatuan Melayu Islam di Malaysia, suatu pandangan
3) Mahathir - A Doctor in the House (hampir, sebahagiannya telah saya baca semasa di UK)
- menerbitkan artikel (klik tajuk): Naskah Politik Terbaharu - A Doctor in the House
4) Lim Kit Siang - the Right to Differ (hampir)
- tak sempat nak tulis sebab baru sahaja disiar di akhbar (di bawah tajuk: saya tak benci Mahathir, hanya Mahathirisme)
- tak sempat nak tulis sebab baru sahaja disiar di akhbar (di bawah tajuk: saya tak benci Mahathir, hanya Mahathirisme)
5) Teh Chi-Chang @ ChiChang - *Bagaimana kerajaan membelanjakan wang KITA (Bajet) (selesai)
- *diterbitkan dalam posting kali ini!
- *diterbitkan dalam posting kali ini!
6) Abdul Hadi Awang - Beriman kepada hari kiamat (selesai)
- menerbitkan artikel (klik tajuk): Golongan yang tidak masuk syurga
Kita, "orang minyak" dan subsidi
Sepertimana lazimnya, setiap tahun Perdana Menteri akan membentangkan belanjawan negara @ Bajet. Meneliti laporan Chi Chang serta dokumen yang disiarkan di www.penerangan.gov.my (google: sumbangan Petronas kepada negara), pada laporan kewangan yang berakhir 31 Mac 2008, "Orang Minyak Malaysia" @ Petronas telah menyumbang RM62.8 billion kepada perolehan kerajaan (atau sebanyak 44% - untuk tampung bajet!).
Jumlah yang dibayar kepada kerajaan ini adalah juga mewakili 63.1% daripada keuntungan yang diperoleh Petronas.
Malah, jika dicampur dengan pembayaran royalti kepada kerajaan negeri (Terengganu, Sabah dan Sarawak) yang berjumlah RM4.8 billion itu, Petronas secara keseluruhannya telah "mengepam keluar" sejumlah RM 67.6 billion kepada negara (iaitulah 63.1% daripada keuntungan Petronas - tahun berakhir Mac 2008).
(sumber: google image)
Untuk rekod: Laporan yang sama turut mencatatkan jumlah sumbangan terkumpul Petronas sejak tahun penubuhannya (1974) hingga 2008 adalah sebanyak RM403.3 billion!
Soalnya, ke mana wang yang sebanyak ini "telah pergi" atau dibelanjakan?
Tentulah wang Petronas (merupakan wang kerajaan), yang dicampur pula pelbagai perolehan lain (cukai, pinjaman, etc) yang dimasukkan ke dalam Bajet, akan disalurkan bagi perbelanjaan pembangunan dan pengurusan negara.
Melalui hasil-hasil inilah, di dalam bajet ianya akan dibelanjakan kerajaan bagi membina dan menaiktaraf kemudahan sosial dan fizikal kepada rakyat termasuklah membina jalan raya, sekolah, hospital dan meningkatkan keupayaan pertahanan dan penguatkuasaan keselamatan.
Begitupun, komen yang dilontarkan Chi Chang agak sinikal dengan menyebut:
"Namun begitu, di Malaysia, kita: 1) membayar tol, 2) rasa perlu untuk menghantar anak kita ke pendidikan swasta atau sekurang-kurangnya ke pelbagai kelas tuisyen, 3) perlu ke hospital swasta apabila kita sakit tenat, dan 4) mengupah pengawal keselamatan swasta meronda kawasan kejiranan kerana kadar jenayah yang meningkat". (p. 69)
(gated community - sumber: google image)
Saya juga setuju dengan hujah beliau bahawa tujuan "semangat" pada Bajet adalah demi memenuhi matlamat pengagihan semula iaitu yang kaya perlu menyumbang untuk membantu yang miskin dan yang memerlukan.
Malah, sesiapa yang waras pemikirannya-pun tentu tidak akan mempersoalkan kewajaran mengagihkan kekayaan dan membantu golongan yang "benar-benar memerlukan".
Bajet 2008 yang lalu juga turut menyaksikan kerajaan membelanjakan sejumlah RM34 billion untuk menampung subsidi.
Tentunya bagi kerajaan yang membantu rakyatnya, peruntukan untuk subsidi perlu disediakan. Bukan sahaja Malaysia, kebanyakan negara maju juga menyediakan pelbagai subsidi (dikenali dalam bentuk "benefits"). Begitupun, semangat pengagihan subsidi ini haruslah memenuhi tujuan murninya iaitu membantu golongan miskin.
Saya petik Chi Chang sekali lagi, katanya:
"Namun begitu, hampir 400,000 isi rumah (sumber: Jadual 16-1, RMK-9) rakyat Malaysia atau kira-kira 2 juta rakyat masih hidup dalam kemiskinan. RM34b adalah bersamaan dengan RM85,000 untuk setiap isi rumah rakyat Malaysia yang miskin - cukup untuk membawa mereka keluar dari garis kemiskinan. Malah, cukup untuk melonjakkan mereka ke golongan kelas pertengahan!". (p. 21)
Saya dapati asas peruntukan subsidi negara kita adalah terlalu terbuka, yang mana pemberian subsidi oleh kerajaan nampaknya lebih menguntungkan golongan kaya berbanding yang miskin (yang sebenarnya hendak dibantu itu).
Saya ambil contoh subsidi untuk bahan bakar. Tentunya golongan kaya yang naik "Hummer" lebih mendapat untung melalui "minyak murah per liter" untuk disumbat ke dalam tangki besar kenderaan mereka, berbanding golongan sederhana dan miskin yang hanya mengisi beberapa puluh RM minyak untuk tangki motosikal dan Produa Viva mereka.
(Hummer - sumber: google image)
Begitu juga dengan langkah kerajaan yang membayar subsidi yang tinggi kepada penjana tenaga bebas (IPO) sehingga puluhan billion ringgit, yang bukan sahaja memanfaat usahawan yang telah "super-kaya", malah membenarkan rumah-rumah agam milik orang kaya memasang lampu dan air-conds sepanjang hari kerana harga elektrik yang masih murah buat poket mereka! Sedangkan golongan rakyat yang tinggal di rumah PPRT, setinggan....
(rumah agam RM272j - sumber: google image)
Ini hanyalah sekelumit contoh, belum lagi menyentuh skandal-skandal yang tentunya meresahkan rakyat dan para pembayar cukai semua.
Di dalam situasi ekonomi tempatan dan serantau yang masih diselubungi pelbagai ketidaktentuan, adalah sukar bagi rakyat (yang melihat dan berfikir) untuk tidak mengkritik.
Begitupun, kritikan bukanlah untuk menghina, tetapi kerana perasaan sayang kepada negara. Saya sendiri, sewaktu dalam penerbangan MAS ke London 2 minggu lepas, "terpaksa mempertahankan" syarikat penerbangan negara itu daripada terus dicaci oleh pelancong asing. Sungguhpun saya juga mempunyai banyak ketidakpuashatian terhadap MAS, kritikan bangsa asing yang menyentuh negara yang saya cintai, manakan mungkin untuk saya diamkan atau sekadar dengar dan tersenyum tawar sahaja.
Jangan kita rompak hak anak-cucu kita
Seperti yang telah saya nyatakan, saban tahun, kerajaan mengambil sejumlah yang besar daripada kantung kewangan Petronas bagi menampung perbelanjaan kerajaan.
Namun, satu perkara yang perlu kita ingat iaitu minyak adalah sumber yang terhad (tidak boleh diperbaharui seperti balak, getah, kelapa sawit, etc). Justeru, bagi mengekalkan daya saing dan perolehan berterusan kepada negara, Petronas perlu memiliki kewangan kukuh bagi meneruskan eksplorasi dan meneroka sumber-sumber baru minyak, sama ada di Malaysia atau di luar negara.
Namun begitu, satu fakta yang menyedihkan setelah Mac 2009 apabila Petronas membayar RM67.8b keuntungannya kepada kerajaan, Petronas hanya mempunyai baki 21% untuk pelaburan semula (pembangunan dan eksplorasi).
Persoalannya, adakah jumlah 21% peruntukan bagi pembangunan semula itu cukup untuk Petronas mengekalkan daya saingnya di peringkat global?
Menurut laporan Petronas 2009 (p. 53 buku Chi Chang) syarikat-syarikat minyak utama yang lain memperuntukkan 57.1% bagi pelaburan semula, manakala syarikat-syarikat minyak kebangsaan yang lain memperuntukkan 72.09% bagi tujuan yang sama (Petronas hanya memperuntukkan 21.1%).
Saya ulang sekali lagi - minyak adalah sumber yang terhad, dan apabila ianya terhad, ianya perlu diambil dan digunakan secara perkongsian cermat, antara kita dan generasi yang akan datang.
Hak mereka (generasi akan datang) turut terdapat pada setiap perolehan yang kita kumpulkan untuk perbelanjaan hari ini. Jika kita punggah semuanya dan "pakai habis" untuk keperluan kita, maka apakah yang akan tinggal buat mereka (anak cucu kita)?
Justeru, Petronas bukan sahaja perlukan peruntukkan yang lebih untuk membolehkannya kekal berdaya saing dan menjalankan kerja-kerja eksplorasi, bahkan kerajaan juga haruslah lebih kritikal (lebih tepat - tidak membazir) di dalam membelanjakan setiap sen wang Petronas dan hasil cukai yang lain, bukan sahaja untuk generasi hari ini malah yang akan datang juga.
Jika kerajaan dalam setiap kali pembentangan Bajet-nya gemar mengumumkan "berita gembira" atau durian runtuh (sekarang warga FELDA sedang kenyang terima banyak durian runtuh), perlu dikhabarkan bahawa wang tersebut juga haruslah diperuntukkan bagi simpanan untuk keperluan dan manfaat generasi yang akan datang (begitu jugalah untuk generasi di FELDA!).
Kerajaan perlu merebut peluang selagi Petronas boleh mengeluarkan minyak dan menjana untung yang besar menerusi wang petroleum, untuk mewujudkan "Tabung Generasi Masa Depan".
(menabung - sumber: google image)
Kita tahu negara Arab adalah terlalu mewah dan bermewah dengan sumber minyak. Namun apakah kita tahu bahawa kebanyakan negara Nordik juga kaya dengan hasil minyak (penerokaan di North Sea dan benua Artik)?
Begitupun dasar dan politik negara maju dan berkebajikan di Nordik seperti Norway tidak ramai yang diketahui orang. Di Norway telah lama diwujudkan "Dana Petroleum Kerajaan Norway" yang kini dikenali sebagai Dana Persaraan Kerajaan - Global Norway.
"Dana Petroleum Kerajaan adalah instrumen yang penting dalam dasar ekonomi Norway. Dana ini direka bagi memastikan hasil petroleum digunakan bukan sahaja oleh generasi sekarang tetapi oleh generasi masa hadapan" - Gabenor Svein Gjedrem, dibentangkan di Persidangan Argentum, 30 Sept. 2004 (p. 57).
Selain negara di Nordik, negara lain seperti Australia dan Singapura juga turut menyediakan dana seumpama ini, dengan menyimpan lebihan perbelanjaan negara. Dana ini hanya akan boleh dikeluarkan apabila sampai tempoh tertentu, contohnya hanya boleh dikeluarkan selepas tahun 2020.
Kita boleh melakukannya. Lebih tepat lagi, Malaysia perlu melakukannya - itu pun dengan syarat setelah kita dapat buktikan bahawasanya kita telah benar-benar serius merancang dan mengelakkan ketirisan di dalam membelanjakan wang negara.
Amatlah menyedihkan sekiranya kita memerah hingga "kering" kantung Petronas, tanpa meninggalkan hak untuk generasi yang akan datang. Bukannya apa, takut-takut nanti, anak-cucu-cicit kita pula yang akan mencerca dan mencaci di atas kubur kita dek kerana kejahilan, kelupaan dan kealpaan ini!
Allah lebih mengetahui.
Tambahan:
ReplyDeletePada Mei 2009, Pihak Berkuasa Pelaburan Terengganu (Terengganu Investment Authority, TIA) dicadangkan supaya mengumpulkan dana RM11b dengan MENGGADAIKAN hasil minyak masa depan dan HUTANG DIJAMIN oleh Kerajaan Persekutuan.
Ianya bersamaan membebankan setiap anak Terengganu yang berjumlah sejuta orang itu dengan RM11,000 hutang/orang.
TIA kemudiannya distrukturkan semula menjadi entiti Persekutuan dengan nama 1Malaysia Development Berhad atau 1MDB. Dimiliki sepenuhnya oleh MoF dan melapor terus kepada Perdana Menteri
Sumber: Chi Chang (pp. 58-62) "TIA adalah Dana Hutang Berdaulat, bukan Dana Kekayaan".
Berikut adalah penyelesaian terbaik untuk kebebasan kewangan, membuat tahun anda berjaya dengan melawat perkhidmatan pinjaman christian morgan di mana anda boleh mendapatkan pinjaman untuk memulakan perniagaan impian anda tanpa tekanan dan mendapatkan pinjaman anda diluluskan dalam satu minggu. Adakah anda sedang mencari pinjaman? Atau adakah anda pernah menolak pinjaman oleh bank atau institusi kewangan untuk satu atau lebih sebab? Anda mempunyai tempat yang tepat untuk penyelesaian pinjaman anda di sini! Kami memberi pinjaman kepada syarikat dan individu dengan kadar faedah yang rendah sebanyak 2%. Sila hubungi kami melalui e-mel hari ini melalui christianmorganloanservices@gmail.com
ReplyDeleteDATA PEMOHON:
1) Nama Penuh:
2) Negara:
3) Alamat:
4) negara:
5) Jantina:
6) Status Perkahwinan:
7) Pekerjaan:
8) Nombor Telefon:
9) Jawatan di tempat kerja:
10) Pendapatan bulanan:
11) Bilangan Pinjaman Diperlukan:
12) Tempoh Pinjaman:
13) Kadar Faedah:
14) Agama:
15) Pernahkah anda memohon;
16) tarikh lahir;
Terima kasih,
Puan Christian
Saya seorang pemberi pinjaman pinjaman berdaftar dari Persekutuan Rusia, saya memberi pinjaman kepada perniagaan dan individu ke seluruh dunia dengan kadar faedah yang rendah dan berpatutan sebanyak 2%. Sekiranya anda telah menolak pinjaman oleh institusi kewangan bank untuk satu atau lebih sebab atau Adakah anda meminjam kewangan mencari pinjaman perniagaan, pinjaman peribadi, pinjaman gadai janji, pinjaman kereta, pinjaman pelajar, pinjaman penyatuan hutang, pinjaman tidak bercagar dan usaha modal? Anda berada di tempat yang tepat untuk Penyelesaian pinjaman anda Jika anda berminat dengan tawaran pinjaman, sila hubungi kami di Persekutuan Rusia melalui e-mel: chrisrichardloanfirm@hotmail.com melalui Whats App Number +1 (845) 731 5341
ReplyDeleteDo you need a loan? If yes! Contact FIFO Capitals and Mortgages Limited ® for small and large loans amount. We give out loan at 2% interest rate. Contact us today via E-mail at,,,((FIFOCapitals@gmail.com)),,, We also give out from. £5 thousand Pounds to 100 million Pounds for individuals and companies, the credit is open to all regardless of nationality....
ReplyDelete