Servis rutin untuk kereta jenama Toyota Rush telah dibuat pada hari Sabtu lepas (28 Julai 2012) di Vigor Auto Sdn Bhd, Klang Sentral.
Elemen dan kos terlibat adalah seperti berikut:
- Tukar minyak enjin (selepas setiap 10,000 km)
1 botol minyak enjin Lexus 5W-40 (fully synthetic 4 liter) = RM180.00
- Tukar oil filter (bersekali dengan tukar minyak enjin)
1 unit Yzzez = RM25.00
- Tayar (buat proses 'alignment') (lazim selepas 10,000 km)
Kos = RM20.00
- Tayar (buat proses 'balancing') (lazim bersekali dengan 'alignment' @RM5/tayar)
Kos = RM20.00
- Kos buruh = RM10.00
Belanja Keseluruhan = RM255.00
Nota:
1) Penting: Sekalipun had lazim menukar minyak enjin adalah 10,000 km, ia juga banyak bergantung kepada penggunaan kereta. Jika anda tinggal di kawasan bandar dan sering terperangkap di dalam kesesakan jalan raya, perlu diingatkan bahawa sekalipun kenderaan berhenti (mileage rendah, tak cukup 10,000 km), enjin kereta still running. Ini menjadikan bacaan speedometer 10,000 km itu tidak tepat kerana angka tersebut mungkin dicapai lebih awal berbanding yang ditunjukkan. Mungkin nilai yang sebenar telah sekali ganda daripada yang ditunjukkan di speedometer anda!
Pemilik kereta yang peka lazimnya akan menukar engine oil + oil filter sebelum mileage mencecah 10,000 km (contohnya selepas 7,000 km).
2) Bagi saya, elemen yang sama (kos yang hampir sama) akan diulang bagi servis selepas 10,000 km yang akan datang, dengan tambahan penggantian 1 unit air filter (RM60) + minyak gear (RM120). Sebagai nota, kenderaan dengan simbol 'VVT-i' umumnya perlukan strong air suction bagi kelancaran enjin. Justeru, anda disaran agar rajin membuka kotak angin dan memeriksa keadaan air filter. Habuk yang terkumpul oleh proses air suction lama-kelamaan akan menjejaskan prestasi enjin.
Prestasi minyak yang baru (Lexus 5W-40) sintetik sepenuhnya (fully synthetic) adalah baik, terutama memastikan pick-up kereta lancar terutama sewaktu pemanduan laju, memotong dan ketika naik bukit selepas Plaza Tol Duta ke arah Ipoh. Antara minyak enjin lain yang dicadangkan tetapi berharga lebih mahal ialah Caltex (RM228) dan Shell, kedua-duanya bagus bagi jenis sintetik sepenuhnya.
3) Umur tayar semasa hampir masuk 3 tahun. Hayat pemakaian lazim bagi tayar adalah 5 tahun tetapi banyak bergantung kepada had penggunaan/perjalanan. Memandangkan setiap hari saya berulang-alik dengan jarak perjalanan 98 km+ (lasak), pemeriksaan tayar adalah diperlukan bagi menilai tahap keselamatan terutama lapisan bunga, tanda haus, rekahan dan paras amaran botak (tread wear indicator) - lazimnya ukuran minima 1.6mm.
4) Kedai "Tayaria" menawarkan pilihan tayar yang pelbagai (bersaiz 16') seperti berikut:
- Yokohama = RM300/tayar (paling ekonomik) @ RM1,200.00
- Bridgestone = RM380/tayar @ RM1,520.00
- Pirelli = RM540/tayar @ RM2,160.00
- Scorpion = RM840/tayar (paling bagus bagi long-distance frequent travels) @ RM3,360.00
5) Minyak petrol. Memandangkan perjalanan ulang-alik ke tempat kerja yang jauh setiap hari, saya perlu 'berkira' di dalam perbelanjaan bahan api. Setelah membuat perbandingan dengan mengisi tangki dengan 3 jenama minyak iaitu Petronas, Shell dan Esso, bagi setiap bulan yang berbeza, saya simpulkan bahawa Shell fuelsave menawarkan penjimatan maksimum bagi nilai wang yang sama.
Pengisian petrol RM60.00 mampu bertahan selama 4 hari (perjalanan 98 km/hari), berbanding Petronas dan Esso (3 hari). Begitupun, dari segi kuasa enjin (penukaran gear dan pick-up) saya dapati lebih baik sewaktu menggunakan minyak Petronas dan Esso berbanding Shell. Namun, bagi pemandu berhemah macam saya, isu pick-up tidak mengatasi isu penjimatan kos bahan api.
Diharapkan info yang diberi dapat membantu pemilik Toyota Rush yang ingin buat servis kereta dan anda semua juga.
thanks for the info. Sgt2 berguna lebih2 lg time2 nk menjelang raya ni. teruskan menulis dr sepet.
ReplyDeletegood info, thANKS.
ReplyDelete