Wednesday, 1 August 2012

UPDATED 2: Aduan Sampah (selesai)

Alhamdulillah, sebagaimana yang telah saya nyatakan di blog ini beberapa hari yang lepas berkenaan aduan longgokan sampah haram berdekatan tempat tinggal saya, selepas 3 hari, aduan berkenaan akhirnya terjawab. 

Foto ini diambil pada 27 Julai 2012 (Jumaat)



Aduan melalui email seterusnya saya panjangkan kepada (1) pihak Majlis Perbandaran Klang (MPK) (bahagian aduan) dan (2) kepada Skuad Sinar Harian Zon Klang. Harapan saya "salah satunya akan mengena", kalaupun tidak keduanya.

Alhamdulillah, Sinar Harian memberi maklum balas segera melalui penyiaran aduan ini pada cetakan keesokan harinya. Tiada tindakan dari MPK mungkin disebabkan sudah masuk hujung minggu.

Laporan Sinar Harian (Sabtu, 28 Julai 2012)


Alhamdulillah, petang semalam (Selasa) sewaktu pulang, saya terpandang situasi seperti foto di bawah.

Foto ini diambil pada 1 Ogos 2012 (Rabu)


Pihak MPK nampaknya telah bertindak, dengan menyampaikan isyarat yang terang lagi jelas bahawa "kami menjawab aduan anda" dengan membakar sahaja longgokan sampah tersebut.

Sekalipun nampak sedikit kurang sensitif dengan isu pembakaran terbuka, namun setidaknya langkah tersebut telah melenyapkan sampah-sarap yang kotor dan busuk itu daripada terus menimbun di situ saban hari. Harapnya, akan kuranglah sedikit bilangan nyamuk dan lalat setelah isu ini ditangani.

Syukur kepada Allah, semuanya lancar dan membuahkan hasil. Perubahan juga telah dirasai. Kombinasi inisiatif (aduan) penduduk, dibantu oleh media (Sinar Harian) dan tindakan agak pantas pihak berkuasa (MPK), satu permasalahan rakyat (seperti hal sampah ini) berjaya ditangani.

Saya masih skeptikal, tetapi tetap mengharapkan tiada lagi tangan-tangan manusia yang tidak bertanggungjawab yang akan kembali melonggokkan sampah-sarap di tempat ini di masa yang akan datang.

No comments:

Post a Comment