Thursday, 18 October 2012

Akane Kisarazu dari Skuadron 4ATH, Jepun (foto)

Disumberkan oleh: Blogserius

What the what..?


Budaya Kawaii memang sinonim dengan Jepun. Semua benda dalam dunia inipun mahu di-KAWAII-kan oleh mereka. Jadi tidaklah mengejutkan apabila sebuah helikopter tempur anti kereta kebal AH-1S Cobra diberikan sentuhan kawaii sempena festival udara Kem Kisarazu

Badan helikopter ini dilukis dengan maskot Skuadron 4ATH iaitu Akane Kisarazu. Yep even the squadrom mascot is an "anime" character. Ini berbeza dengan apa yang dilakukan oleh juruterbang dari Amerika Syarikat yang lebih gemar menggunakan maskot berupa gadis pin-up. Menurut laporan Sankaku Complex pihak pasukan pertahanan diri Jepun, bilangan orang ramai yang ingin memasuki tentera bertambah sejak karakter anime dan cosplayer sebegini digunakan ketika hari terbuka kem. 

Mungkin di Malaysia pihak tentera boleh menggunakan taktik yang sama bagi menambahkan minat orang awam untuk berkhidmat dengan tentera?



Laporan asal SankakuComplex 

No comments:

Post a Comment