Wednesday, 8 August 2012

Knight XV : SUV Berperisai Untuk VVIP Paranoid (foto)

Dipetik dari: Blogserius

Kereta raya anda?

Jika anda menonton filem Fast 5 anda mesti tak akan lupakan kereta perisai yang digunakan oleh The Rock. Kereta perisai tersebut ialah Gurkha LAPV (light armoured patrol vehicle), sebuah kenderaan berperisai yang direka khas untuk bertahan walaupun diserang dengan periuk api. Gurkha dihasilkan oleh Terradyne Armoured Vehicle dan dijual dengan harga hanya USD 425 000 (RM 1.32 Juta) sebuah.

Knight XV ialah Gurkha LAPV untuk kegunaan awam. Kinda like what Hummer H2/3 to the original Hummer used by the US military. Knight XV berbeza dengan Gurkha dari segi jumlah perisai (armor) yang dipasang. Jika Gurkha mampu bertahan serangan periuk api, Knight mampu bertahan serangan senjata automatik. Kaca Knight XV masih lagi kalis peluru. Tayarnya juga mempunyai teras aluminium. Ini membolehkan Knight XV berfungsi walaupun setelah tayarnya hancur ditembak.

Bahagian dalaman juga diberikan sentuhan mewah dan pimp. Sistem audio visual terkini serta sistem infra merah untuk memandu pada waktu malam turut disertakan. Jadi berapakah harga untuk sebuah Knight XV? Ianya lebih murah dari Gurkha LAPV iaitu hanya USD 295 000 (RM 923 000) sebuah.








Laporan asal Horsepower dan Conquest Vehicles

No comments:

Post a Comment