Thursday, 8 March 2012

Persiapan menghadapi kenaikan paras air laut: Bandar Terapung Amsterdam

Atlantis Moden
Sudah agak lama tidak saya sambung penulisan berkaitan isu-isu alam sekitar. Bukan sudah ketandusan isu, tetapi disebabkan kesibukan serta tumpuan terhadap bahan bacaan dari genre berbeza pula bulan kebelakangan ini.

Namun begitu, untuk entri kali ini, saya ingin kongsikan sebuah kisah yang menarik bersama para pembaca iaitulah berkenaan pembinaan bandar terapung (floating city) di Amsterdam, Belanda.

Seperti yang telah saya kupas pada artikel sebelum ini (lihat entri Dr Sepet bertajuk: Fenomena pencairan ais), pelbagai negara di dunia ini telah disahkan secara kajian saintifik, bakal terjejas teruk, kesan daripada fenomena pencairan ais di kutub utara dan kutub selatan. Salah sebuah negara yang terlibat adalah Belanda.

Selain Belanda, kajian oleh para saintis turut meramalkan beberapa bandar utama dunia juga turut terjejas teruk seperti:

1) Beijing, China dijangka akan memindahkan kira-kira 20 juta penduduknya ke petempatan baru kesan kenaikan paras air laut.

2) Bagi Shanghai dan wilayah sekitarnya, dianggarkan sejumlah lebih dari 40 juta orang akan dipaksa berpindah.

3) Bagi Calcutta dan Bangladesh, dianggarkan sejumlah 60 juta orang bakal dipindah dan diberi petempatan baru.

4) Di Manhattan, New York pula, tapak WTC yang kini sedang dibangunkan semula, bakal berada di bawah paras laut dengan kenaikan sebanyak 20 kaki* dalam.

(nota: *Saintis menganggarkan sekiranya ais di Greenland mencair atau terbelah dan terpisah ke lautan; atau jika setengah dari Greenland dan setengah benua Antartika mencair, atau terbelah dan terpisah ke lautan, paras air laut dunia mampu meningkat sehingga antara 18 - 20 kaki).

Untuk lebih nampak (atau tidak nampak negara yang tenggelam), saya syorkan anda melihat peta 'baru dunia selepas pencairan ais' seperti di bawah:


Saya pasti para pembaca telah dapat melihat secara kasar peta baru negara-negara terbabit pada masa depan sekiranya berlaku fenomena perubahan iklim (dan pemanasan global) ini. 

Barangkali ilustrasi di atas sedikit "dramatik" untuk menggambarkan bagaimana hampir keseluruhan negara Belanda akan berada di bawah laut sekiranya pencairan ais berterusan. Namun ianya tidak banyak beza jika anda meneliti kupasan Al-Gore di dalam buku beliaunya "an inconvenient truth" (m/s 202-203).

Siap-Sedia

Namun bagi masyarakat Belanda yang telah begitu lama sinonim dengan bidang kelautan dan pelayaran, persediaan menghadapi kesan fenomena pemanasan global ini telah digerakkan secara inisiatif bersama di antara pihak kerajaan, pihak swasta, dan juga masyarakat. 

Salah satu inisiatif menarik adalah penganjuran pertandingan rekabentuk dan perancangan untuk menyedia/ membina rumah terapung dan bandar terapung bagi Amsterdam, Belanda, sebagai persediaan untuk tinggal di atas laut pada masa hadapan.


Sumber kedua-dua foto - SINI

Menurut laporan ini (Sumber), secara relatifnya, harga sebuah rumah terapung adalah jauh lebih murah berbanding rumah konvensional. Dengan harga di bawah €400,000 (termasuk €140,000 untuk kos sewaan plot air untuk tempoh 50 tahun), setiap pembeli bakal menikmati hartanah seluas 170 meter persegi yang dibahagikan kepada 3 tingkat, termasuk 45 meter persegi teres terbuka (menikmati cahaya matahari). Model rumah yang dibina memiliki 3 bilik tidur, 2 bilik air dan siling setinggi 2.6 meter.

Setiap rumah juga dilengkapi dengan teknologi terkini seperti sistem pemanasan bawah lantai, sistem penyejukan bersepadu di atas siling. Selain itu, sistem pengudaraan dan penebatan haba yang baik juga turut membolehkan bilik tidur (yang hanya 1.5 meter dari aras laut) sejuk dikala summer dan panas dikala winter. Menurut perekanya, rumah terapung ini juga mampu menjimatkan penggunaan tenaga sebanyak 15% berbanding rumah konvensional.

Yang membuatkan saya terfikir adalah; di saat Belanda semakin aktif dengan inisiatif rumah dan bandar terapungnya, banyak lagi negara terutamanya di benua Arab yang kini giat menebus-guna laut untuk projek pembangunan mega dan mewah seperti di Dubai dan lain-lain negara teluk. 

Bagaimanakah rupa kawasan dan wilayah-wilayah setelah air laut naik 18-20 kaki pada masa hadapan?


 Foto: The Jumeirah, Dubai (source of photos: google images)

No comments:

Post a Comment