Sunday, 27 November 2011

Trip to Henley on Thames & River and Rowing Museum

Sabtu, 26 Nov. 2011. Bertolak dari rumah (Headington) jam 10 pagi.

Jalan sesak teruk sebab jalan M40 ke London ditutup tanpa diketahui sebab. Saya syak UFO jatuh dan pihak berkuasa sedang bertungkus-lumus menyorokkan bangkai pesawat. Hati tambah hangat apabila driver OxfordTube mencilok secara melulu.

Makanya, perjalanan 30 batu memakan masa lebih 1 jam. Tiba di RRM (River & Rowing Museum), Henley on Thames. Sejuk dan baru lepas hujan. Suhu dalam 11degree celcius.

Di tingkat bawah ditempatkan ruang pameran karya "Wind in the willows", iaitu buku cerita kanak-kanak klasik yang popular. Wataknya boleh anda lihat sendiri. Maka tidak hairanlah Mawaddah begitu kaget dan seram-sejuk. Kasihan, tetapi apakan daya sebab tiket sudah dibayar...

Mawaddah ketakutan dan amat 'horror' sekali apabila saya dekatkan dia dengan tikus kecil. Kecil pun tidaklah kecil, adalah sebesar peha saya...

Bagi mengubat 'trauma' Mawaddah, kami naik ke tingkat atas iaitu ke River and Rowing Museum.

Setelah beberapa ketika berjalan, kami hiburkan Mawaddah dengan aktiviti melukis dan mewarna di satu sudut yang disediakan khas.
Ini pula seksyen Rowing/mendayung.
Bukan sahaja Mawaddah dan Ibu, Pakcik juga perlu merehat-rehatkan kaki.

Memandangkan nasi goreng hijau dan ayam kentaki yang dibawa tidak akan habis dengan sedirinya, maka kami keluar dan makan di luar sebelum berjalan-jalan menyusuri sungai Thames.

Cuaca masih sejuk dan redup, namun itu tidak melunturkan sifat agresif penghuni sungai ini (macam nak terkam orang saja..)

Kami bertiga hanya menyusuri sungai sambil merakamkan beberapa keping foto sebagai kenang-kenangan.

Di tepi sungai juga terdapat taman permainan. Ada 2 seksyen iaitu untuk budak besar yang lasak, dan kedua, untuk budak lasak dan suka berlari macam Mawaddah. Ramailah orang, tetapi saya 'crop' mereka semua sebab tak nak buat semak.

Bertolak pulang ke Oxford jam 3 petang memandangkan Maghrib masuk awal iaitu jam 4:02 petang dan Isya' 5:56 petang (Solat Zuhur dan Asar - 1:43 petang, dah cover semasa di sana).

No comments:

Post a Comment