Sunday, 23 October 2011

Lawak tak kelakar - Kupasan 2 isu semasa.

Ulasan  bagi posting ini saya buat secara pakej, 2 issues for One!

Isu Prof Aziz Bari

Isu penggantungan Prof Aziz Bari masih menjadi tajuk perbincangan yang hangat, bahkan saban hari muncul kumpulan-kumpulan NGO dan persatuan akademik yang meminta supaya isu ini diurus secara berhemat demi menjaga martabat universiti sebagai pusat ketinggian ilmu dan juga nama baik komuniti akademik dan pengajar di negara ini.

Apabila ada di kalangan sahabat yang bertanyakan saya mengenai isu ini, saya secara peribadi dan jujur menganggap apa yang telah berlaku, baik ke atas diri Prof Aziz, mahupun UIAM merupakan suatu episod malang yang menimpa bidang akademik dan kebebasan menyatakan pandangan mengikut bidang kepakaran seseorang akademia.

Rasa terkilan ini sukar saya sorokkan dan telah saya coretkan di dalam FB beberapa hari lepas. Menariknya semalam seorang yang dipetik sebagai pengerusi Alumni sekolah (tidak menggunakan jawatan politiknya) telah mengeluarkan pernyataan di dalam akhbar. Saya petik sebagaimana berikut:

Sehubungan itu, beliau menasihatkan Abdul Aziz supaya menumpukan kepada tugasnya sebagai pensyarah undang-undang perlembagaan dengan menerbitkan lebih banyak artikel dan kajian dalam jurnal perundangan antarabangsa.

"Beliau tidak perlulah menyibukkan diri dengan menyertai muktamar PAS atau persidangan parti-parti pembangkang untuk menyuarakan pandangannya, sebaliknya menumpukan kepada usaha sebagai ahli akademik," katanya.

Beliau berkata sebagai ahli akademik, Abdul Aziz, perlu menumpukan kepada tugasannya sebagai pensyarah dan menyerahkan urusan politik negara ini kepada anggota politik.

Sumber dan artikel penuh: SINI

Sudah agak lama tidak saya ulas pernyataan "tepuk dahi" seperti ini. Kali terakhir saya ingat waktu posting berkaitan Ahmad Maslan beberapa bulan yang sudah.

Pendidik Penggerak Bangsa

Benarlah tugas akademia adalah memperkayakan khazanah ilmu melalui usaha-usaha penerbitan. Namun, tuntutan zaman telah berubah. Ilmu yang bertimbun di universiti tidak akan memberikan manfaat ataupun kesan jika ianya tidak disebar dan dikongsi bersama masyarakat terbanyak.

Di sinilah saya kira Prof Aziz telah memberikan sumbangan buah fikiran beliau berpandukan ilmu dan kepakaran yang beliau miliki (kepakaran ini tidak dimiliki orang politik).

Pernyataan berkenaan pengasingan tugas akademia dan orang politik juga turut menimbulkan soalan kepada kotak pemikiran saya: 

Q: Bukankah seseorang ahli politik itu mendapat 'ilmu politiknya' daripada bahan/kajian akademik?

Malah, bidang Sains Politik juga telah menjadi suatu bidang/profession yang diajar secara khusus di IPT.

Ini menunjukkan politik dan dunia akademik tidak boleh diasingkan dan tindakan menasihati akademia supaya "duduk di bawah tempurung" hanyalah akan menjadi suatu LAWAK TAK KELAKAR.

HIMPUN

Lanjutan daripada penyataan "tepuk dahi" di atas juga saya selitkan pandangan peribadi terhadap HIMPUN.

Mentaliti sesetengah pemimpin kita yang masih ingin melihat wujud pengasingan tugas orang akademik dengan orang politik turut berjangkit dengan dunia agama di negara kita.

Mana tidaknya, telah acap kali kita membaca berita penahanan penceramah atau Ustaz daripada menyampaikan kuliah/ceramah agama dengan alasan ketiadaan TAULIAH.

Justeru, tidaklah menghairankan kita jika Islam itu sendiri disulitkan untuk disebarluas kerana ianya memerlukan TAULIAH.

Dengan kata lain, urusan mengajar agama perlu diserahkan kepada anggota agama BERTAULIAH, dan orang yang TIADA TAULIAH tidak perlulah "menyibukkan diri" dengan nak memberikan ceramah dan kuliah agama kepada masyarakat.

Namun demikian, setelah diwar-warkan isu murtad, sehingga ada yang mendakwa (tanpa bukti) seramai lebih 250,000 telah dimurtad, barulah semua pihak gelabah dan menuding sini dan situ.

Saya tidak nafikan gejala murtad berlaku, tetapi berikanlah hatta satu "link" atau sumber untuk membolehkan orang ramai aksess apakah benar dakwaan "250,000 murtad" itu?

Semasa Himpun hari Sabtu itu juga ada penceramah mengeluarkan cadangan supaya diperkenalkan peraturan bagi menghalang ajaran Kristian didakwah kepada Orang Melayu.

Ni apa ni?

Apakah kita benar-benar pasti bahawa orang Melayu itu murtad dek kerana dakwah puak-puak Kristian ini? 

Atau dek kerana ketidakfahaman (lemah iman) kerana kurang pendedahan terhadap Islam itu sendiri - mungkin dakwah sedikit sulit kerana isu TAULIAH itu sendiri.

Sebelum para pembaca yang pro "anti-murtad" ini menyanggah pendapat saya, suka saya perincikan maksud saya seperti berikut:

1) Dari konteks global, Islam merupakan agama paling pesat berkembang di Britain - fakta BBC.

2) Boleh anda bayangkan kesan sekiranya puak-puak Himpun gesa jugak supaya perkembangan agama selain Islam dihalang di Malaysia dan ianya dilaksanakan?

3) Lihat kesan global.

4) Iaitu, bagaimana sekiranya kerajaan UK mengikuti langkah puak-puak Himpun di Malaysia dengan menggunakan alasan UK ini negara Kristian, makanya penyebaran agama lain (terutama Islam) perlulah disekat. 

5) Atau negara berjiran dengan Malaysia seperti Singapura, Thailand mahupun Filipina yang ingin meniru langkah yang sama?

6) Apakah masa depan Islam dan dakwah di bumi orang bukan Islam?

Apa fikir anda?

No comments:

Post a Comment