Friday, 2 September 2011

10 Lukisan Termahal Di Dunia (bergambar)

Baru sebentar tadi saya selesai menonton dokumentari dari BBC iPlayer bertajuk "The world's MOST EXPENSIVE Paintings".


Apakah yang menyebabkan para pengumpul lukisan yang super-billionaire ini amat ketagih atau gila membeli karya-karya pada harga yang begitu tinggi, sehingga ada yang sanggup membayar harga melebihi $100,000,000.00 bagi sebuah lukisan?

Adakah kerana 'cinta' terhadap seni lukis? Atau sebagai simbol status dan ingin membina reputasi di kalangan billionaire?

Sukar dipastikan. 

Apapun, senarai 10 lukisan termahal ini hanyalah mengambilkira karya-karya yang muncul dan dijual di rumah lelongan sahaja. Majoriti pembelinya tidak pernah diketahui identiti mereka dan kebanyakan lukisan yang terjual ini telah "hilang terus" dari pandangan umum (a.k.a menjadi koleksi peribadi). 

Hanya sebilangan kecil karya yang berakhir di galeri-galeri persendirian sama ada di London mahupun di Venice.

Selamat menatap. (nota: sumber setiap foto dinyatakan. Kredit kepada BBCiPlayer)

Ke-10

Ke-9

 Ke-8


Ke-7

Ke-6
(nota: lukisan no.8 dan no.6 dibeli oleh individu yang sama - kaya tak dia?)

No-5
(milik Roman Abromovic)

No-4

No-3

No-2

No-1

Spekulasi menyebut 3 lukisan termahal yang disenaraikan di atas telah dibeli dan dikeluarkan dari tatapan umum oleh billionaire berbangsa Georgia yang kini menetap di Moscow.

Selain orang kaya yang gila dari Georgia, pemilik-pemilik kepada lukisan-lukisan ini (cakap-cakap mereka yang di dalam 'liga pengumpul karya seni') adalah dari kerabat DiRaja Qatar, billionaire Russia, Kanada, Amerika, si Yahudi pemilik empayar Estee Lauder, Taikun Media Jepun dan ramai lagi individu misteri.

Senarai ini diiktiraf kerana wujudnya transaksi terbuka (lelongan) tetapi pengacara rancangan ini sendiri mengakui banyak lagi lukisan karya artis terkenal ini turut terjual jauh lebih mahal melalui transaksi sulit.

Ada sesetengah karya seperti oleh Picasso ini hanya muncul sekali dalam tempoh 50 tahun, malah ada yang hanya muncul selepas 80 tahun ianya kali terakhir dilihat, menjadikan ianya amat-amat "rare".

Malah bukan sedikit karya-karya agung lagi berharga yang telah musnah sebelum ianya diketahui masyarakat umum. Terutamanya karya-karya milik orang-orang kaya Yahudi yang dirampas dan dimusnahkan sewaktu penaklukan Hitler di Eropah tidak lama dahulu.

Moga beroleh manfaat!

No comments:

Post a Comment